Jul 11, 2016

Sehari Sebelum Raya (Rumah Mertua)

 Kalau nak di kira secara tepat, ekceli ni tahun ke 3 aku beraya dengan FIL. Tapi tapi tapi... kalau nak kata sambut raya tu rasanya baru 2 kali kot.

Raya kali pertama : Aku kawin masa nak hujung-hujung raya. So takde lah sambut raya ke apa. Tak beraya pun dah masa tu. Cuma kita kawen betul-betul dah nak habis raya. Kira raya lah jugak kan. Huhu!

Raya kali kedua : Tengah menunggu hari nak beranak anak pertama. So kiranya itulah pertama kali bergambar salam salam semua.

Raya kali ketiga : Dah ada dua anak. Yeay! Hihi! Mungkinkah raya kali ke empat bertambah sorang lagi. Krik krik krikkkkk...

Selalunya bila esok nak raya, aku akan tolong sikit-sikit FIL aku masak. SIKIT je ye, hahahaha! Memang betul-betul sikit. Sebab mertua aku jenis lepas subuh dah masak. Aku tengah hari baru nak sampai. Hantu betul. Haha! 

Ada dua orang anak, tapi rasa macam kena jaga 3 orang anak. Sebab Qery tak boleh buat banyak kerja. Kaki dia injurt. Semua benda pagi tu jadi kelam kabut. Anak-anak biasa bangun pukul 10.30 pagi. Bila gerak awal dah melalak yang sorang ni. Pastu sambung pulak sorang ni mendayu-dayu tangisannya. Haha!

Pastu pandang Qery tengah syok tido. Urut dada kejap. Haha! Masalah anak-anak aku ni, kalau nangis memang nak maknya aje. Kalau Qery tegur lagi kuat dia nangis macam kena pukul. Nak menenangkan Izz Qaiser mau sejam sebab nak berpeluk je. Kadang tu kesian lah kat Luth. Selalu kena beralah dengan abang dia. Nasib la dia tak paham apa lagi. Kalau dah besar sikit mau berebut. Ok taknak bayangkan sekarang. Huhu!

Dah reda, barulah mandikan Izz Qaiser, pastu mandikan Luth Runako. Pastu bagi Izz Qaiser makan kejap. Gerak Qery suruh tengokkan anak sementara aku nak mandi kejap. Pastu baru suruh Qery mandi. Sidai baju dulu sebelum keluar. Barulah boleh gerak ke rumah mertua. Itupun dah tengah hari.

 Orang nak make up dia nak make up. Haih! Habis dia calit eye shadow aku kat pipi. Lantaklah nak.

 Aku punyalah mencari eye shadow jenis stick merata-rata, susah gila nak jumpa. Pastu selamber je budak ni main siap cungkil2 pakai jari kecik tu. Nasib mak ko penyabar. lah sangat.

 Runako baik sangat, senang betul lah jaga dia sekarang ni. #syukurselalu

Saya muka macam abang Izz cuma gelap sikit je.


Sampai-sampai je rumah mertua, letak anak then terus ke dapur. Sekali tengok lontong dah masak. Hahaha! Selalunya kan aku punya part masak lontong je.
 Tengok Fieya tengah mengacau lontong ni. Tengah masukkan santan and serbuk kunyit. Mak mertua aku pun berkata. "Ingatkan Zuhana datang lambat lagi, mak suruh Fieya masak". 

Fuhhh selamat, hahahaha!

Fieya masak sedap. Lagi sedap dari menantu pertama masak. Kahkahkah!

Pastu mak mertua pun cakap la.

"Fieya ada buat kuih Zuhana, kuih Dahlia. Sempat lagi dia buat kuih"

OMG, nampak sangatlah menantu pertama dia ni pemalas tahap siput sedut, hahaha! Fieya ekceli memang pandai sangat ambik hati mak mertua tau. Seriuslah, she's good at everthing. Haaa tetiba omputeh.

Dia peramah, pandai, happy go lucky. Kalau nak buat perbandingan dengan aku opkos kalah menjunam. Takpe i is pasrah dan menerima hakikat ittew. Hahaha! So ajak isi kuih raya sesama sambil belajar nama kuih.

 Aku : Fieya, ni kuih apa warna warni.
Fieya : Ala, ni selalunya yang warna putih tu. Sedap. Apa eh sugi sugi.
Aku : Sugi ke suji?

Pastu dedua tergelak, adudududu. Sugi tu berus gigi kan. 

 Seperti tahun lepas, aku tukang beli kuih raya je. Nak membuat kuih raya mohon maaf di pinta. Mak hencik tak reti dan tak kuasa. Huhu!

 Kuih Dahlia by Fieya. Siap ada dua version. Satu keras sikit, satu lembut sikit. Katanya percubaan pertama buat keras sikit, tapi still lah boleh makan. Tak puas hati, buat kali kedua baru ok. 

Oihhh.... Aku percubaan pertama kalau keras pun dah kepoh kat Instagram and Facebook. Hahaha! Tak hingin aku nak buat yang kali ke dua punya. Hadaplah ko keras ke hangus ke. Huhu!

 Qaiser sibuk ke sana ke sini. Lantok sana.


 Takpe Fieya, tahun depan kalau nak buat kuih kita buat sesama rumah mak. Tapi iolls boleh tolong tolong buh kismis je lah. Hahaha! Kang kalau tak sedap takuittttttt sangat. 

Qery ditugaskan menjaga Runako. So dia pun ambik gambar anak dia banyak-banyak.







 Yang ni paling win. Huhu!


Pukul 3 petang macam tu setel dah semua benda. Then lepas berbuka baru ke Cheras Baru sebab malam tu ada takbir. Nanti sambung entry lain eh.

Jul 8, 2016

SIAPA NAK DUIT RAYA?!?!?!

STICKY MODE : ENTRY BARU DI BAWAH

Rasa macam dah lama tak bagi hadiah kat customer Seqy Beauty kan. Bincang-bincang dengan Qery, ok lah kita buat contest untuk korang semua. 

Siapa yang boleh join? OPKOS SEMUA PELANGGAN SEQY BEAUTY yang ada INSTAGRAM.



Cara dia senang sangat.

1. Ambil gambar raya korang bersama produk Seqy Beauty. Tak kisah la korang ada BB Cream je ke, atau Sakura Mask, atau Skincare, atau XXS Lotion.

Maksud gambar raya? Gambar korang dah bersiap-siap, cantik-cantik pakai baju raya. Lepas tu selfie dengan produk Seqy.

2. Hashtag 

#rayabersamaseqybeauty
#rayalebihbermaknadenganseqybeauty

3. Jangan private instagram, tag ig seqy beauty kat gambar selfie korang tu.

Itu je.

Pemenang akan di pilih secara rawak. Lagi banyak gambar korang berselfie dengan produk Seqy, lebih banyak peluang nak menang!! Tak kisah lah korang nak selfie sehari seribu kali pun tak apa. Hehe!

Tarikh penyertaan dari Raya Pertama sehingga Raya Ketiga. 

Isnin kita umum pemenang.

5 Pemenang akan dipilih. Setiap seorang bakal menang DUIT RAYA RM100.

Jangan lupa balik kampung bawak produk Seqy sekali. Manalah tau rezeki korang =)

Seqy Beauty, Pakai Seminit Cantik Selamanya

Jul 3, 2016

Kasut Raya Izz dan Luth!

 Ramai tanya kat mana aku beli baju and kasut anak-anak. 90% beli kat Kenanga je. Aku ni pun kedekut jugak. Hahaha! Nak beli harga borong. Tak sanggup la nak beli baju dorang kat kedai-kedai biasa tu. Mahal sangat. Lagipun kejap je boleh pakai. 

Lagi pun cantik dan berkualiti je baju-baju kat Kenanga. Tak kisah la orang nak kata baju takde jenama ke apa. Lantok sana. Huhu!

Baju raya Qaiser dengan Runako bagitau siap-siap, semua kat Kenanga termasuk kasut raya sekali. Hihi! Eh kecuali baju melayu tu beli kat PKNS. 

Memula tu cadang nak ke Kenanga sebab nak beli kasut Qaiser. kasut dia semua dah sempit. Kang masa pantang tak keluar, pastu bila habis pantang tu nak keluar jalan-jalan, sekali try-try kasut dia banyaaaaak dah tak muat. Ada la 2 3 pasang je muat. Eh Qery mana boleh anak dia kasut sikit. Bapak borek anak rintik. Huhu!

Cari lah kasut Qaiser, beli dua pasang. Sekali kedai depan ada jual kasut baby. Menggelupur la aku duk membelek semua. Cantik comel sangat. Ingatkan takde jual sebab baby kecik lagi baru 2 bulan. Sekali eh ada je jual. Terpaksa beli 4 pasang. Nasib baik satu belas-belas ringgit je. Haha!

 Sampai rumah, ko tengok la Izz. Kasut adik dia pun dia dah belasah. 

 Omei sangat kan. Muat-muat je dengan kaki Runako.

 Terus suruh bergambar dengan kasut.




Mengikut perangai Qery sangat.

Kalau dalam kedai kasut, kedai Al-ikhsan, kedai mainan. Punyalah suka. Suka yang macam onggila. Kejap ambik kasut ni try, kejap ambik kasut tu. Yang di ambiknya semua kasut besar. Haha! pernah la dia pegang bola sambil nangis meraung kuat-kuat sebab nak suh kami beli. Adudududu!

Runako, mohon suka masak atau jadi chef pulak. Senang mak kau takyah masak. Hahaha!

Jul 2, 2016

Izz Cemburu dengan Luth?

Semua orang ada perancangan keluarga kan. Macam aku mula-mula kawin dulu, kitorang memang plan nak anak secepat mungkin. Laki bini suka budak kecik. Aku memang suka sangat budak kecik sebab dorang ni comel macam aku gak. Seronok main dengan budak-budak sebab dorang ni kalau kita marah pun buat muka tak reti je. Haha! Kadang tu kita yang sakit hati lama-lama, dorang rilek je macam tak ada apa berlaku. Kitorang punya nak anak tu sampai tak ada lah nak tunggu honeymoon dulu ke, nak berdua dulu ke apa. Ada rezeki Alhamdulillah.

Pastu bila anak cepat lekat tu kawan-kawan tanya apa tips. Huahuahuahua! Soalan nak kena penampauu sorang-sorang. Opkos lah usaha dengan bersungguh-sungguh. Kahkah! Kembang-kembang hidung aku tahan gelak. Tak ada lah, dah nama pun rezeki. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari gittew. Tak gheti-gheti uolls....

Lepas bersalinkan Izz, aku period macam biasa even menyusukan anak. Memang cantik je tiap-tiap bulan datang. Eh orang lelaki tak baca blog aku kan, hahaha! Ni blog untuk perempuan je eh. Kalau korang baca mohon jangan muncul ataupun komen kat sini. Awas sana. Huhu!

Plan anak kedua ni memang nak cepat gak. Amboi kau ni Sepet tak sesabo dah kenapa. Haha! Bukan apa, aku nak Izz ada kawan. Disebabkan aku suri rumah, jaga anak sendiri jadi kesian lah dia sorang-sorang je. Jadi kami laki bini macam biasalah usaha bersungguh-sungguh sekali lagi. Haha! 

Alhamdulillah dapat lah Luth. Then masa beranak Luth aku punya emosi dan fizikal agak penat jugak lah. So fikir untuk anak ketiga ni nak tunggu Luth cukup 2 tahun dulu. Pastu aku suarakan pendapat aku kat Qery. Eh Qery ni memang tak penyabo, haha! Dia cakap takpe lah beranak ramai-ramai meriah sikit. Takyah tunggu-tunggu. 

Ewahhhh bunyi macam dia pulak yang beranak kan. Kembang kempis hidung aku mendengornya. Huhu! Tapi bila dah hampir nak 100 hari ni, aku rasa eh boleh je la kalau nak beranak lagi. Kahkahkah! Tampo diri sendiri kali sejuta.

Jadi, bila Izz dapat adik masa umur dia belum 2 tahun. Hari pertama tu dia macam blur jugak. Asik jeling-jeling je bila aku pegang Luth. Lepas tu dia macam jauhkan diri dari aku. Asik main dengan Qery je. Nak tidur je cari aku. Kesian gak tengok, sebab dia belum paham. Even aku bagitau banyak kali. Izz ini adik, lepas ni kena kongsi mami. Luth nak mami, Izz pun nak mami. Daddy pun nak mami. Ops, haha! Mainan kena kongsi dengan Luth. Kena sayang Luth, mami sayang Izz dengan Luth, Luth sayang Izz, Izz pun kena sayang Luth. 

Dia dengar perkataan sayang sayang tu terus dia cium adik dia. Haha! Tapi still la dia bukan paham sangat. Dia rasa kalau dia nak mami, then mami kena layan dia. Gitu.

Muka tak puas hati tak dapat duduk kat riba mami, huhu! Dulu dia je yang duduk situ, sekali kena turun pangkat pulak duduk kat sebelah je. Monyok gila muka.
Mula-mula struggle jugak sebab dia tak puas hati kalau Luth menyusu. Dia punya mengamuk. Sampai sekarang pun still macam tu jugak, huhu! Tapi sekarang ni kena pandai pujuk la. Kena cakap baik-baik. Luth haus, lepas Luth minum, Izz pulak, lepas tu kita tidur sama-sama. Nanti Izz hug mami je ok. Baru dia ok. Tapi kalau pujuk time dia mengamuk, habuk pun takdok. haha!

Stress gak kalau dua-dua pakat nangis. Tapi sedapkan hati sendiri je. Dorang tak tau apa. yang tauu apa-apa tu kau. Haha! Kau yang nak beranak rapat camni. Jadi kau kena terima semua ni. Pandai-pandai pujuk anak sendiri. Gitu.

Anak sulung ni, dia lain tau. Bukan la lain apa. Sebab dia dah biasa diberi perhatian. Dia biasa dapat mainan takyah kongsi. Dia dah biasa kalau nangis nanti dia boleh hug makpak dia takyah rebut. Dah biasa berkepit dengan makpak. Tu yang bila ada adik, dia rasa pelik. Kena kongsi semua. Ofkos kena bagi masa kat dorang untuk adapt dengan situasi.

Mula-mula dulu, kalau aku pegang Luth, dia akan duduk jauh sorang sorang. Kena panggil meh duduk sama-sama dengan Runako, baru la dia datang.

Jangan kau berimaginasi nanti bila ada adik, anak pertama ni akan terus sayang adik, akan kongsi mainan, akan jaga adik elok-elok. Mungkin la terjadi kalau anak sulung kau dah besar. Dah paham. Tapi biasanya kalau anak pertama pun kecik. Dorang memang takkan paham. Hahaha! Mesti nak berebut, mesti tak bagi mainan kat adik. Mesti nampak macam jeles.

Normal. Takyah macam risau sampai nak jumpa pakar kanak-kanak. Anak kau normal. yang tak normal tu kau. Yang kena pegi belajar cara ajar anak tu pun kau. Hahaha!

Aku la tu yang kena banyak membaca perihal anak-anak ni. Umur macam ni apa kefahaman dia. Apa dia nak, kenapa dia memberontak, kenapa dia cemburu semua lah. Itu makpak kena main peranan. Explain lah kat anak walau sejuta kali pun, tak paham pun bagitau je. Gitu.

Sekarang Izz dah boleh borak dengan adik dia. Borak apa aku pun tak tau. Pagi-pagi bangun dia akan cari adik dia dulu. Siap paksa adik smile kat dia. Haha! Pantang lah kalau Luth bersuara, laju-laju lari pegi kat Luth nak bercakap cara Luth gak. Yang aku tak tahan tu, pandai pulak gosok2 kepala Luth. Penyayang sangat lettew. haha!

 Prinsip abang. Barang dia, dia punya. Barang adik pun dia punya. Haha!


 Semua barang Runako memang dia akan rasmi dulu. Huhu! Nasib Runako tak paham pape lagi.

Sekarang ni dah sayang sangat kat Runako. Cuma ada masa-masa dia nak mami. So Runako kena beralah. Hehe!

 Asik nak baring sebelah Luth je. Tangan Luth kan tak boleh nak kawal lagi. Kalau terpukul muka Izz, kemain Izz ketawa seronok. Dia ingat adik dia nak main dengan dia. Haha!



 Siap suruh Luth pandang camera lagi. Haha!





Sekarang ni, walaupun memang tak boleh percaya pun Qaiser jaga Runako, tapi aku selalu gak bagitau Qaiser. Kalau aku nak gi dapur tu, aku pesan. Izz tengok adik jap mami nak gi dapur. Nanti dia duduk je la sebelah Runako. Duduk tepuk2 adik dia. Aku duk ngintai je dari tepi bukan gi dapur pun. Haha! Saja nak tengok apa dia buat. Biat dia rasa yang dia dah besar dan mami boleh harapkan dia. Hihi!

Sekarang pun kalau dia boring, dia ambik fon suruh kol daddy. Bila Qery angkat. Dia cakap..

Daddy, bunga api pop pop pop. Alik. 

Haha! Qery tergelak2 sembang dengan dia. Terus wasap aku lepas tu, bagitau Qaiser borak dalam fon macam brader-brader sangat. Padahal pelat. Hahaha!

Ok sekarang ni anak ketiga bila?

Krikkkkkk...... (sambil kira bila lah nak hari ke 100)

Jul 1, 2016

Terpaksa Keluar (KONON)

Kalau korang follow facebook dengan instagram aku mungkin korang tau lah masa tempoh berpantang tu aku ada keluar jugak. Masa aku nak up gambar kat instagram Qery tanya aku, tak takut ke nanti orang mengata bla bla bla bla.

Eh? Selama ni orang mengata iolls memang tak terkesan pun di hati. Hahaha! Biasalah orang ni kadang-kadang memang menunggu point nak mengutuk je kan. Tapi Alhamdulillah memang takde pun orang nak sound ngutuk2 aku. Semua cam lantok kau la Zuhana, badan kau, yang sakit engkau, yang pegi klinik engkau, yang keluarkan duit bayar spital pun engkau, kau punya pasal lah. Hahaha!

Masa berpantang, macam-macam hal belum setel lagi sebenarnya. Nak kena buat video untuk masuk iklan TV9, then nak kena photoshoot untuk produk-produk baru. Lepas tu nak kena ke Media Prima hantar CD. Lepas tu nak check up anak sebulan. 

Itupun nasib baik perjumpaan dengan Dato Aliff Syukri cancel. Kalau tak, ada yang hari ke 11 berpantang dah keluar rumah. Haha! Kisahnya, Dato Aliff tu kan ada buat perjumpaan minum petang FREE tapi limit untuk beberapa orang je la. Aku try je wasap, mana tau dapat pulak. Sekali last minit esok nak jumpa malam sebelumnya dia gi tukar waktu perjumpaan. Terus tak available. Memula kata nak jumpa petang. So boleh la Qery balik rumah then ambik aku pegi sama-sama. Sekali dia gi tukar nak jumpa awal pagi. Hoih! Celah mana nak pegi. Qery kerja pagi tu. Anggap je takda rezeki. 

First time keluar rumah masa berpantang, ofkos masa nak cek kuning Runako. Hari ke 4 berpantang kena ke hospital cek. Yang ni normal kot untuk kebanyakkan yang beranak kat swasta. Rasanya kalau beranak goverment dorang ada service yang nurse datang rumah cek. Tapi tak tau la betul ke tak. Aku agak je. Huhu! 

Then second keluar masa hari ke 28. Sebab ada video shoot untuk buat iklan. Punyalah seronok. Nasib mak mertua i sporting. Memula tu takut gak aku, tapi bila bagitau mak mertua aku kata okay je. Pergilah nak buat macam mana. Kerja tak boleh tangguh dah. Fuhhh! Mak mertua aku pesan pakai stokin je jangan gerak laju sangat. Sebab dia tau menantu dia ni tak pernah jalan pelan2, berdesup peginya. haha!

Excited nak keluar so siap pakai kasut baru lagi. Haha! Itupun masa nak keluar cek kasut dalam stor. Sekali nampak kasut ni. Terus buat-buat terperanjat beruk. Eh bila masa aku ada kasut ni. Haha! Orang pompuan je memahami benda-benda macam ni. Kita punya eh eh eh, konon-konon punya eh je tu. hahaha! Lagi-lagi kalau beli online, sekali laki tanya bila beli. Kita punya ehhhhhh tu ayat auta pusing cerita, tak ingat la, dah lama beli la. Siap skip taknak pandang muka suami masa jawab tu, rasa berdosa sangat. Jangan sengih2 ye. Hahaha!

 Dalam pantang makan steak uolls. Omputeh sangat selera tu.

Lepas habis shoot video. terus balik rumah sebab dah bengkak susu. Kalau tak bengkak ada gak kemungkinan aku merayap, hahaha!

Pastu kali ketiga keluar rumah masa nak photoshoot produk. Rasanya pantang hari ke 30 kot. Petang pukul 5 keluar rumah, balik pukul 12malam. Huh!



 Suka makeup dia ada bling bling


Dah balik rumah pun rasa sayang gila nak cuci. Terus buat video satu kali. haha!


Kali ke 4 keluar masa berpantang hari ke 36. Sebab nak hantar CD ke Media Prima.


 Panas gila cuacanya pun.

 Sekali Qery kata. Jom teman gi The Mines jap nak beli perfume. Ehhhhh langkah kanan sangat. Aku pun memang nak beli stokin jugak. Haha! Dan dan tu la stokin takde. Bukan tak boleh tunggu lepas pantang baru beli stokin kan. Kihkih!


 Lepas beli perfume sekali terserempak dengan Power Rangers. Haih laki sapa la tu.

Muka puas hati dapat gi shopping mall. Ni mak mertua aku tak tau ye. Mohon jangan bocorkan rahsia, haha!

Kali ke 5 keluar, berpantang hari ke 38 sebab nak check up inject Izz dengan Runako.



Qaiser paling seronok sebab dia yang paling betul2 ikut pantang tak keluar rumah, kahkahkah! So bila dapat jalan tu suka gila lah.


Dan masa last day berpantang, kitorang laki bini dah keluar dating dah. Dengan alasan nak beli baju nak gi bercuti esoknya. Banyaaak je alasan kau. Nasib baik mertua aku pasrah je. Huhu!



Sekian sahaja cerita keluar masa berpantang iolls. Mohon kalau nak membebel dalam hati je ye, hahaha!