Jul 6, 2015

KOMBO SET (SEHINNGA 30 RAMADHAN)

Eh lupa nak bagitau mengkeme semua ni. Ramai nak beli Set Skincare kan, apakata beli sekali dengan produk yang lain. Mihmih!

Sekarang ada harga promo tau. Harga kombo ni sah sampai 30 Ramadhan ni je, habis puasa, habislah harga tu. 

 
Cara aku pakai.

Pagi
1. Cuci muka (cleanser)
2. Sapu rata Toner
3. Sapu serum
4. Sapu Krim

Kalau nak keluar jenjalan tunggu krim meresap, then baru pakai BB Cream.

Malam.
1. Pakai Sakura Mask (20-30minit)
2. Cuci muka (cleanser)
3. Sapu rata Toner
4. Sapu serum
5. Sapu Krim

Ada banyak cara, tapi ini cara aku pakai. Selalunya, kalau malam aku malas pakai sakura mask, aku pakai petang2 lepas solat. Gitu. 
 
 Kalau korang nak jimat boleh beli kombo. Kita ada 5 kombo.

1. HOT COMBO (JIMAT RM25)
 Ini yang paling laris sekali. Senang beli sekali semua. Hihi!


2. LIKE COMBO (JIMAT RM15)
 Ada yang dah beli Sakura Mask, boleh grab set yang ni.


 3. HAPPY COMBO (JIMAT RM20)
Ramai yang dah beli BB cream kan, kalau nak try produk Sakura Mask and Set Skincare lagi lah di alu-alukn. huhu!


 4. LOVELY COMBO (JIMAT RM20)


5. SWEET COMBO (JIMAT RM15)
 


Belilah sekali semua, pastu pakai everyday insyaallah bulan mulia ni jelitalah korang, haha! Masa pakai tu duk zikir2 selawat sekali. Semoga cantiklah korang untuk suami, semoga korang lebih konfiden nak pegi kelas atau kerja. Semoga dapat membantu masalah-masalah kulit yang korang hadapi. Kadang2 kita bukan nak muka jelita melampau-lampau sangat, cuma nak rasa kulit bersih je. Kebanyakkan produk yang berkesan and cepat sangat cantik mesti mengelupas lepas tu pedih perit ke apa. Tapi Insyaallah produk Seqy Beauty tak macam tu. Eh jangan risau, semua lulus KKM. Kalau risau jugak ingat kita tipu, silakan test sendiri produk2 kita. =)

Jom order sekarang.

Contact HQ 
011-2107 6726

Atau refer Stokis/Agen berhampiran

Cuti-cuti Malaysia : Farm In The City

 Again, ni bukanlah pertama kali aku datang sini. So kejakunan tu terkawal sikit, haha! Cuma aku excited sebab bawak family mertua datang tengok haiwan-haiwan ni ha. Yela bukan senang nak tengok kura-kura siap boleh pegang bagi makan semua. Kat Zoo Negara pun takdok ye, ada panda je, itupun kena bayar harga lain dan mahal. tsktsk.

Mereka yang jakun ye, iolls rilex cool cool je tepi tu. Padaha masa first time datang tu jakun habis, hahaha!

Pastu cam, eh korang main lah. Kak Hana dah biasa sangat main dengan kura-kura ni. Amboi statement macam kerja kat situ hari-hari pegang kura-kura. Taknak kalah perangainya pun. Huhu!

Bukannya ada perasaan pun mamat ni. Malas nak layan agaknya, haha!

Yang ni aku jakun, landak besar gila menyorok dalam batang pokok ni. Masa aku datang dulu takde pun, tak tau la takde sebab dia bersiar-siar ke, atau dia tidur kat dalam pokok tu. Bapak mertua aku tunjuk, terkejut monkey kakton terus keluar handfon snap. Begitulah kalau tak boleh kawal kejakunan tu. 

Nenek basahkan kepala Qaiser risau cucunya panas, hihi! Pakngah bawak arnab suruh Qaiser pegang.

Ha, kat sini dorang dah ada sediakan tempat cuci tangan. Kalau korang rasa kotor nak cuci tangan lepas pegang haiwan2 ni, boleh la. Takyah kesat-kesat kat baju tau. 

Poyo gila Qery nak pakai cermin mata. Heeee nasib baik dah jadi laki aku. Tak boleh sound2 kang durhaka susah, so nangis dalam hati je, huhu!

Aku nak tolak stroller, dia pun sibuk nak tolak. Saja lettew nak peluk2, lalalalala~~

Adik Qery si Syah tu bulan 8 ni nak kawin, tak sabarnyaaaaa nak makan beradap.

Seronoknya haiwan ni dibelai-belai. 



Aku bajet kambing ni dah kenyang sebab orang datang je bagi makan.

Ecehhh kata tak jakun, hahaha! Sibuk jugak nak bagi makan. *mata ke atas*


Korang sila bawak anak-anak datang sini ye.




Ikan dia punyalah banyak. Kenapalah dorang tak bagi aku 10 ekor. Bukannya luak pun. Masak asam pedas sedapnyaaa.. telan-telan ailio.

Muka cuak sebab Qery suruh berdiri bawah binatang tu. Gila tak cuak, kalau dia terkam kepala i, senget benget tudung nanti tak gojes.


Dah habis pusing, lepak sini kejap.

Ada show apa entah, tengok sekejap.

Pastu habis.

Yeayyyyyyyy!! Habis jugak entry bercuti ni. Stress aku nak taip tau, dah tak ingat sangat sebab bulan 2 kejadiannya ni. Watever, tepuk tangan kuat-kuat untuk diri sendiri.

Set Skincare Seqy Beauty : Produk Kecantikkan dari Sepet Noh

Gittu.... Tajuk taknak kalah ala-ala kau saja lah yang ada produk sendiri, hahaha!

Aku hilang ingatan nak update kat sini pasal Set Skincare. Ampun. Mungkin korang dah tau pasal produk sebelum ni iaitu


Aku update detail produk kat website Seqy Beauty.Kalau korang nak baca detail yang lebih lanjut, apa ingredient, cara pakai, fungsi setiap set, boleh refer SINI.

Kat sini taknak cerita formal sangat lah ye. Kita cerita biasa-biasa je tau. Asal korang paham udah. Hihi!

Set Skincare ni ada 4 barang.

1. Cleanser 50ml
2. Toner 50ml
3. Serum 30ml
4. Krim Pagi/Malam (2in1) 15g

Kebiasaaanya boleh tahan 6 minggu atau lebih. 
Harga RM130 Semenanjung, RM140 Sabah/Sarawak.


Setakat ni feedback yang kita dapat memang 100% tidak mengelupas. Kulit akan jadi soft, pori mengecil, jerawat cepat kecut, bekas parut dan jeragat makin pudar. Takpe tu nanti kita tunjuk testimoni.
Pembelian Skincare, RM1 kita akan sumbangkan ke tabung amal. Setakat ni kita dah bagi kat Sek Tahfiz, Anak-anak yatim beberapa buat sekolah, Tabung syiria, kalau korang ada follow facebook Raja Shamri, dia ada tolong beberapa kawasan perkampungan untuk dirikan beberapa buah rumah untuk mangsa2 banjir dulu, kita ada salurkan ke situ jugak. Berapa amount dia tak perlu bagitau lah ye. Ada sumbangan yang kita bagi dalam bentuk wang ringgit, ada jugak dalam bentuk makanan. So sambil membeli, korang pun dapat pahala/saham akhirat. Semoga rezeki kita semua diperluaskan lagi.

Set Skincare kita memang dah dapat lulusan KKM since dia belum keluar lagi. So jangan ragu-ragu. Hihi!

Kalau korang macam konfius pasal masalah kulit korang, cuba tengok gambar kat bawah ni, if korang ada masalah salah satu dari gambar boleh la try.


Ok sekarang jom kita tengok testimoni Skincare.

Pakai 4 minggu, memang dah nampak jerawat and parut jerawat hilang, kulit pun nampak licin.

Jenis jerawat kecik-kecik tak ada mata macam ni pun terus hilang.

Walaupun belum habis baik pulih lagi, tapi memang nampak beza , jerawat dah berkurang tinggal bekas-bekas je.

Bintik2 hilang dan pori mengecil, kulit pun lebih lembut

Jerawat dah hilang lepas pakai 3 minggu











Ada banyak lagi testimoni, bagi yang ni dulu kat korang, hihi! Kang baca banyak sangat sampai lupa nak order. Eh? Hahaha!

KLIK SINI untuk pembelian combo.

Kalau berminat boleh contact

HQ
011-2107 6726

Atau contact Stokis/Agen berdekatan