Sep 18, 2013

Sifat Pemalas Sentiasa Subur Dalam Diri Kami

Gittewwwwww... Huhu!

Entah la. Aku ni memang pemalas tahap gaban punye. Buat apa pun aku rasa malas. Kecuali tido, yang tu aku rajin. Qery pun tau aku pemalas. Gila tak tau. 5 tahun berkepit sebelum kawin kan. Takkan la aku boleh berpura-pura rajin selama 5 tahun? Itu tidak mungkin. Huhu! Dia memang tau la aku ni pemalas, degil, suka menjawab, kuat membebel, kalau ada yang tak menepati cita rasa aku akan buat muka, benda yang buruk-buruk memang dia dah tau dari dulu lagi. Jadi bila dah kawin, dia tak de la tanjat sangat.

Bila kawin ni, banyak benda yang aku terpaksa rajin kan diri. Setiap hari rutin aku

- bangun siapkan Qery air dan tunggu sampai dia gi kerja
- vakum rumah
- mop lantai
- basuh baju
- lipat baju
- gosok baju
- cuci kasut futsal/bola dia.

grrrrrrr... aku memang tak sukaaaaa buat benda-benda ni. 

Qery 3 minit sebelum sampai rumah, dia akan call mintak air nescafe sejuk. Amboi sangat kan diaaaa...

Q : Rumah kita ada air nescafe sejuk tak sayang???

Lolssss... cakap jela nak air nescafe ais kan. Sajaaaa je ayat bunga-bunga. huhu! Paling tak boleh bla, masa tengah tidur, pukul 2 pagi gerak aku sebab nak minum. Pfttttt. Bukan tak boleh amik sendiri kan, tapi sebenarnya dia penakut nak turun sorang-sorang. Hahaha!

Q : Sayang... haus la.
S : Pegi la dapur minum, ada je air dalam peti ais tu
Q : Selalunya kamu yang amikkan... hek hek hek hek *bunyi cam budak nak start nangis tu*

Aku sabooooooooo je laa... haha! Mesti dia rasa dia dah cukup comel buat macam tu.

Pastu haritu aku ada up gambar kat IG. Qery nak solat. Tapi kain pelekat dia tertinggal kat bawah. Masa tu dah pukul 2 pagi kot. Baru lepas tengok midnight kan. So baru la nak solat Isya'. Pastu suruh aku amik kain pelekat kat bawah. Aku dah baring, takdenya aku nak turun semata-mata nak amikkan dia kain pelekat. 

Pastu dia amik kan telekung aku..

Q : Kite amik kain kamu, adan uke, alash agi. (padan muka, malas lagi)

sambil buat muka merajuk. pastu terus solat. Eh eh ehhh.. aku pulak yang malas kan. Dia yang malas amik kain pelekat tu. Huhu!


Dua-dua pemalas. Memang macam tu la jadinya. Selalunya aku la yang terpaksa buat-buat rajin. Pernah la sekalii....dia tertinggal apa entah kat atas. Masa tu aku tengah buat air, dia suruh aku naik amik barang dia. Aku cakap tunggu la kejap bagi aku buat air dulu, pastu tetiba aku dengar dia naik tangga hentak kaki kuat-kuat sambil membebel. Hahahaha! So funny. Tergelak2 aku kat dapur. Yela tangga tu kan kayu. Dia kan gergasi, bila hentak kaki aku rasa jiran sebelah pun boleh rasa bergegar.

Adoila, kadang2 rasa macam 'dah kawin ke belum aku ni' haha! Dua-dua macam tak matang je. 

 Ahad tu aku gosok baju Qery, budget nanti esok senang la dia nak gi kerja, seminggu ni takyah la aku gosok dah. Baju Qery memang bewarnaaaa warni. Sekali aku baru gosok half, Qery cakap Isnin cuti. Selasa dengan Rabu dia pakai kemeja shirt sebab dia sukan. *tak tau nak nangis ke nak happy dengar ayat dia, huhu*


Tapi tak kisah la dua-dua pemalas pun. Yang penting rumah iolls ada cermin besar . Kuang ajo korang kan, siap perli aku 'biar takde gas nak masak, asalkan ada cermin besar nak ber ootd' Muahahaha! Kbye

Sep 17, 2013

Mood cuti lagi

Malasnye aku nak update blog ni. Rasa nak cuti lagi je. Semalam pegi Melaka dengan emak mertuaku. *kelip-kelip mata*. Bukan apa, saudara belah Qery dorang still amalkan kunjung mengunjung saudara lepas buat kenduri. Mak Qery kata aktiviti menyalang. Aku dengar menyalang tu dah lain macaaamm je bunyi dia. Huhu!

Pukul 9 pagi bertolak la dari KL ke Melaka. Jalan clear sangat, apa lagi laju je la si Qery tu bawak kereta. Mak Qery duduk belakang sorang-sorang. Sampai sana lebih kurang 10 lebih dekat pukul 11 kot. Malas nak cerita pasal saudara mara sangat. Boleh? Haha!

Tapi yang penting,pukul 1 macam tu, kitorang jalan-jalan Melaka. Ada Aida dengan Cepul sekali. Masa tengah jalan-jalan tu, aku terus terfikir 'tak sangkaaaaaa aku berjalan-jalan dengan saudara mara Qery'. Berjalan dengan saudara mara sendiri pun amat jarang sekali. huhu!

OTW balik KL tu jem melampau-lampau. Perut lapar. Lepas tu buat permintaan kat mak mertua nak makan asam pedas. Haha! Kong ajo punye menantu. Dah terpaksa lah mak mertua telefon ayah suruh beli ikan pari. Mihmihmih!

Sampai je rumah, dalam pukul 6 lebih tu, hantar Aida dengan Cepul kat rumah mak mertua, aku dengan Qery balik rumah sendiri. Nak mandi segarkan badan. Janji dengan mak lepas maghrib nak datang makan. Nak datang makan je okey, bukan kau nak menolong masak pun kan. Hahaha! Sekali lepas maghrib tu dua2 tertido. Pukul 9.15 baru sampai rumah mak Qery.

Qery nak cover line la dia tertido. Tak nak la cakap tertido ke apa kan.

Qery : Sorry mak lambat, abang ada keje sikit kat rumah tadi. 
Mak Q : Biasaaaaalah tuuuu *sambil senyum-senyum*

Lolsssss??? 

Kebetulan bibir Qery bawah tu darah sikit, sebab dia gi cukur janggut ke apa aku tak tau la sampai terdarah kat situ. Pastu haritu dia gi jumpa kawan2 main bola dia, kawan dia tanya apasal darah, dia boleh jawab 'biasalaahhhhh'

Aku perhatiiiiiiiiiiii je perangaiii dia tu..huhu!

Okey la. Aku sebenarnya nak sambung balut barang ni. Nanti aku update lagi tau. Bye bye

Sep 13, 2013

Bersiaran dari rumah emak abah

Gittew. Ni semalam la ni, lepas aku midnight dengan Qery, dapat wasap dari kak ida, bagitau abah call Ode sebab sakit sangat. Pastu pagi ni Qery gi kerja, aku tumpang nak balik rumah mak kejap. Tengok tengok abah, mana tau abah sakit sebab rindu anak bongsu dia ni. Pftttttt...

Sampai-sampai pagi tadi pukul 7 lebih, tengok abah dengan mak tengah tidur. Okey la tu kot. Pastu mak dah bangun, dia bagitau la semalam doktor bagi injection. Tadi aku tengok abah start kereta keluar lepak dengan kawan-kawan. Amboiiii sangat kan abah aku tuuuu.. Kalau sakit duduk rumah, kalau sihat melepak. Memanggg terbaik. Haha! Tp biarlah, asalkan happy sudah. Huhu!

Mak aku hari-hari puasa, sebab dia kata rumah takde orang. Abah pulak jenis makan luar. So lebih baik la dia puasa. Aku pulak menunggu Qery balik, kejap lagi balik rumah sendiri. Nak balut barang2..

Kan aku update gambar kat IG semua orang cakap aku macam Jemah kan. Jemah tu takde la gemok, haha! Tapi lebih berisi la dari aku pun. Ni semua salah hormon la ni. *tetiba*, aku tak makan sangat pun, tapi kenapakah aku kelihatan berisi? Ishh.. stress betul.

Jadi semalam terus la aku diet. Memang betul-betul lah diet. Semalam tak makan apa kot melainkan buah ni.

 tsk

Seumur hidup tak pernah diet kot. Paling aku stress, Qery pun diet. Apakah???

Dia tak makan nasi langsung. Lepas tu asik mintak oat je. Aku dah la tak suka oat. Ini memang merunsingkan kehidupanku. Aku kan, biarlahhh Qery gemok, jangan aku yang gemok. haaaaaa... Kalau Qery kurus aku gemok, memang down gila mak incik.

Jadi, nak tak nak, terpaksalah aku diet jugak. *nak nasikkkk...nangis dalam hati* 

 Dari melayan perasaan perut, baiklah kite keluar tengok wayang midnight. Nanti dah penat balik rumah boleh terus tidur. Dengan harapan tak ingat nasi la.


Cermin atas tu dari Ikea. Aku dengan Qery tampal-tampal ikut suka, tu yang senget benget. Mula-mula Qery tampal, 2 3 petak okey, masuk ke 4 dah senget, aku tak puas hati, aku pulak tampal. 2 3 okey, lepas tu senget jugak. Haha! Pastu kitorang hentam je tampal, senget pun senget la. Konon2 senget berseni. Puiiii...

Harini kat rumah mak, datang2 tengok ada orang bagi shawl. Dari Ihijaab. Nanti akan ku review ye.

Sapa ada IG boleh la follow Ihijaab =)

Copy gambar dari IG
TQ Onald sebab selalu bagi gambar cantik-cantik.

 bye bye bye

Sep 12, 2013

Jangan Kacauuuuu

Semalam Qery main badminton. Dia balik pukul 12.30 pagi macam tu la. Aku mesti la tak tidur lagi tunggu Qery balik. Eh, rasanya kelmarin pun dia balik lambat kan, sebab main futsal. Kong ajo betul hari hari balik lambat. Huhu! Tapi aku dah cakap dengan dia, nak main futsal ke badminton ke silakan. Aku jenis tak kisah sangat. Asalkan jangan buat benda lain sudah la. 

Balik rumah terus la dia mengemas, pasang pewangi rumah, pasang penghalau nyamuk yang letrik tu, alihkan almari semua. Aku dah ngantuk dah, tapi saja la tengok dia buat kerja. Dah la tak menolong dia, lepas tu selamber gi tidur dulu kannn..

Pastu dia nak lekatkan kad kad hadiah yang orang bagi dalam album. Aku dah macammmm...

S : Tak payah la tampal kad tu sekarang. Itu esok esok kan boleh.
Q : Kamu pegi la tidur dulu
S : Banyak kot kad. Nak tidur pukul berapa?

Masa tu dah pukul 2 lebih dah. Aku kalau ikutkan hati memang nak tidur je, tapi mengenangkan kena tidur kat tingkat atas sorang-sorang, tatuttt jugak. Haha! Jadi nak tak nak tercongok je la depan Qery. Masa Qery nak masukkan kad ucapan tu dalam album, album tu macam dah rosak. Dalam hati aku 'alhamdulillahh' haha! Boleh la tidur.

Pastu dah baring-baring semua, aku kacau-kacau la Qery. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Korang ni fikir apa tu. Hahahaha! Maksud aku, kacau macam ermmmmm... kacau la... tolak kaki dia, cucuk telinga. Pastu Qery marah.

Q : Tidur la, jangan kacau kite, kamu tu esok tak sekolah..
S : Memang la kite tak sekolah, kite kan dah besar....

Lolssss!!

Bila Qery cakap macam tu, aku rasa nak gelak je, sebab ayat tu macam masa aku sekolah2 dulu je. Mak mak kan suka cakap 'tidur la esok sekolah'. 

Q : esok kite sekolah.. kite nak tidur..
S : Kesiann kamu,sampai sekarang pun tak lepas sekolah rendah lagi.

(-_-')

 Gambar sebelum pindah perabut. Apalah nasib bilik aku kat rumah mak, mesti Ayie dah ambik alih. Hihi!

p/s : Pemenang testimoni tabita akan diumumkan bulan ni ye. So sapa-sapanak hantar silakan.
Trial : RM130
Regular : Rm290
Exclusive: RM330
all free postage and free gifts. =)

Bukan mainnnnn lagi korang yeeeeahhh...hihi!

Aku perhatiiiiiiiii je masing2 komen semalam... Huhu! Sukeeee lettew aku masak maggy kan. Kiranya masakan paling top minggu ini la. Pfttttttt

Baru dua kaliiii je tau aku masak maggy, sampai hati cakap i masak hari2, nampak sangat muka aku ni muka masak maggy. hahahaha! Qery pun belum merasa maggy masakanku. Tapi siaplah kalau Qery dah rasa, ofkos lepastu dia akan request maggy setiap hari *mata ke atas*

Sebab dah beli barang dapur, takkan la tak masak pulak. Lagipun aku masak ni untuk diri sendiri nak makan. Qery aku tau dia memang tak suka sup. Habis kalau dah ada rice cooker je. Memang sup je la pun boleh masak kannn.. Ke boleh masak tumis2 dalam rice cooker jugak?? Tidakla ku tahuuuu...

Ditekankan sekali lagi. Aku masak ni untuk diri sendiri ye. Qery aku dah pesan suruh makan luar. Hahaha! jadinya aku tak kisah pun sedap ke tak. Tapi biasalahhh... tangan chef macam aku ni, masak apa pun mesti la jadi. Tinggal sedap atau tak je. Miahahahaha!

Takpe, kot lepas tu sakit perut pun tak kisah. Toilet ada dua. 

(-_-')


Masak sup paling senang kot. Sapa-sapa berani mintak resepi aku tumbuk nanti. huhu! Dah semua la terkagum-kagum kat IG dengan FB. Korang terkagum macam tu menampakkan yang aku ni sebenarnya tak pernah masak je kan. Hahahaha! Terbaikkkk korang kennn.. Siot betul.
 
 

Dah la banyak gila bahan takde. Walaupun begitu, tetap sedapppppppp. 
Sapa laaaagi nak pujiii.. Mihmihmih!

Setel masak, pindahkan dalam slow cooker


Ini la slow cooker yang aku tersalah beli haritu. Berguna jugak ko ye. Lepas tu Qery balik tengok aku macam penat gitu. 

Aku memang pandai gila berlakon kot. Padahal takde la penat pun. Sajaaa menagih simpati. 

Q : Siannnnn dia penat ke masak.
S : Haah.. tengok ni tapak tangan dah kasar dah *padahal memang sejak lahir dah kasar kennn*
Q : Kenapa masak. Lain kali tak payah masak. Rehat dulu sebulan dua ni. Kita makan luar je k.
S : Baiknyeeeeeeeeeee suami kite ni

Gaya dan ayat mesti lenggang lenggok dan menggoda, barulah hasilnyaaaaaaaaa kedebabom. Hahaha! Tak pasal-pasal tak boleh memasak dah sebulan dua ni. Kang masak jugak dianggap derhaka pulak. Ishhh... serba salah i. Muahahahaha!

Jadi malam tu, kite gi pasaraya lagi.

Der... makcik sangat hari-hari pergi pasaraya kannn... Kali ni bukan beli barang2 basah. Tapi kite beli barang nak penuhkan peti ais. Beli jugak la satu paket ayam yang kepak tu. Letak kat tempat beku tu, nak masak tak tau bila, yela mana tau tetiba mak mertua i datang, boleh la cover sikit konon2 masak. Hahaha!


Jangan ditanya kenapa ada air Redbull dengan Livita dalam peti ais tu. Orang muda memang memerlukan banyaaaaaaak tenagaaaa.. Bukan?? Hihi!

Byeee
=P

Sep 11, 2013

Macam-macam

Tiba-tiba dah hari Rabu. Kejap betul masa berlalu. Perasaan aku bila dah jadi isteri ni, ofkos la happy. Tapi banyak benda yang aku jarang buat dulu, sekarang aku buat. Contoh bangun pagi-pagi, tengok Qery bersiap, buatkan oat dia, nescafe suam bla bla bla bla. 
 
Dulu aku bangun tenghah hari. 
 
(**)
 
Aku mesti kena tengok dia bersiap, Qery bersiap kat tingkat bawah. Nanti mesti adaaaaaa je benda dia tertinggal kat atas. Tertinggal stokin la, tie la, minyak rambut la. Aku la tu yang kena naik ambik. Pfttttt.

Q : Eh, kenapa stokin kite ada kat atas dalam almari eh???

ayat nak suruh aku amikkan stokin pagi tadi, siap bagitau detail kat mana. huhu! Pagi tadi Qery minum Oat uolls, motif sangat.



Sebenarnya taknak review cerita pasal rumah lagi, tapi since ada yang tanya sebab nak pasang sebelum raya haji kan. Hihi! Wallpaper ni bukan 3D, ini wallpaper biasa je. Cuba korang pergi mana-mana kedai perabut *especially yang chinese punye*, tanya dorang ada pasang wallpaper tak. Selalunya mesti ada.

Qery kan jadi pengawas peperikasaan yang jaga UPSR tu. So aku tak taula semalam dia balik pukul berapa, tapi sebelum balik tu sempat la dia kol.

Q : Sedapnyeeeeee kalau dapat minum milo ais
S : Ok sayangggggg

Gittewwwwww... Hahahaha! Solehah sangat ni. Nasib baikkkkkk laaaaaaaaaa rumah aku ada peti ais kennn.. cecepat buat air. Tengok2 Qery balik bawak KFC.


Aku upload gambar ni kat IG dengan FB. Kemain semua nak nganjing aku kan. Siap mintak resepi. Hahaha!

Disebabkan takde barang dapur, jadi malam tu aku dengan Qery keluar gi pasaraya sekejap.



Itu beg futsal Qery ye. Malam tu dia ada futsal. Tinggallah i keseorangan. Tapi aku okey je tinggal sorang2 pun, takde masalah. Ko nak balik pukul 1 pagi pun takpe. Asalkannnn balik. Huhu!


 Barang2 dah beli. Boleh la aku masak

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Kbye

p/s : Sapa nak order barang silakan. Barang2 boleh refer SINI.

Sep 10, 2013

Kelam Kabut gila

Ish Ish Ish. Semalam aku tak tau la nak kata apa. Ahad kan aku sanding belah Qery. Aku lupa yang Isnin *semalam* aku pindah barang dalam rumah. Kan barang2 kat rumah mak *ecehhh, panggil rumah mak okeyyy, sungguh gedik* tak bawak pindah rumah aku lagi. Memang plan Isnin tu nak bawak masuk semua. Dah tempah lori semua la. Pastu aku pulak dah berjanji dengan customer yang order since Jumaat petang tu sampai Sabtu nak pos Isnin. Pastu, dah kelam kabut. Dengan order kemana, kemas rumah kemana, balut kemana, pastu trial boleh pulak habis. Nak buat trial tu boleh tahan lama jugak. Pfttttt...

Pagi tu mata tak boleh bukak. Tapi gerak jugak Qery. Dua-dua penat. Sebab lepas sanding ada buat outdoor. So balik rumah pun dah lewat, pukul 10.30 malam baru balik, kemas bla bla bla. Itu yang pagi tu susah gila nak bangun. Nasib lori datang pukul 10pagi. So dapat la baring lama sikit. Pukul 10 tu dah tercongok depan rumah mak. Tengok muka mak n abah pun kesian jugak. Yela, 25 tahun kot aku duduk dengan dorang. Lagi-lagi aku bongsu kan. Itula pasalnya mak abah susah sikit nak terima kot. Aku pindah pun mata dorang dah merah-merah berkaca-kaca. Olololololoooo... Tedih tangat lettew. 

Aku ni memang macam lembut-lembut, tapi hati batu sikit. Aku tengok orang nangis, belum tentu aku akan nangis. Jadi aku tengok mak abah mata merah-merah, tengok gitu je la. Memang la sedih. hati sedih la ofkos, tapi muka i tetap maintain kiut. *mata ke atas*

Lepas ambik barang-barang kat rumah mak, pergi pulak rumah mak mertua, sebab mak Qery nak hadiahkan peti ais. Auwwww!! Suka sangat sangat sangat. Haha! Aku memang cadang nak gi beli peti ais dah. Sekali mak mertua hadiahkan. Terus feeling menantu kesayangan. Padahal memang aku je la pun menantu dia pun. Hahaha!

Tudiaaaaaa peti ais. Sampai rumah, nasib lori boleh masuk. takut sebab kawasan rumah aku ni sempit sikit jalan raya dia, tapi pagi-pagi tak sempit la sebab takde kereta park tepi. Kalau malam, bersepahhhh kereta.

Abang-abang lori ni dia baik hati sangat. Pindah bawak masuk siap susun, siap balut barang2 kite pakai plastik apa entah aku pun tak tau, tapi kerja memang cermat, dan murah. Sewa lori tu RM90 je kot. Pftttt. Setel pindah bawak masuk rumah dalam pukul 1 camtu, aku ajak Qery makan. Bukan tak nak masak tau, tapi gas takde... *mujurlah takde..haha*

Dah makan, sampai pulak orang nak pasang TV. Masa tengah pasang TV, aku dah baring atas katil. Kepala pusing. Pukul 3 macam tu, aku bangun, tengok order semua. Reply wasap bla bla bla bla, Pukul 4 buat trial tabita bersama Qery. Qery tolong sebab dia kesian tengok aku dah tak macam orang. Tapi biasalah kalau orang lelaki tolong. Sikit sikit panggil aku. "Eh tengok ni" "Kenapa botol ni kecik" "Nak tisu" Padahal tisu depan mata. Aku jugakkkk kena ambikkan. Anjeeeee hangat.

Setel je repackaging trial tabita, datang la Wak. Wak ni tukang drill lubang nak pasang frame la, banyak la kitorang nak dia pasangkan. Kat hall, dalam toilet, cermin, rak. Dalam pukul 7 camtu baru habis. Terus Qery berdesup gi pos barang. Aku duduk rumah, setelkan air batu. Peti ais dah ada kenn.. Hahaha! Pastu buat nescafe satu jag, letak dalam peti ais. 

Qery tu, sehari minum air aku rasa doploh gelas kot. Sikit-sikit air. Tapi aku suka je. Banyaaaakkk pahala tuangkan air. *itujelapunpahalanyakot* hahahaha! So dalam peti ais memang aku dah sediakan banyak air. Untuk dia saja.. Balik dari postage pukul 9.30 malam. Aku memang dah get ready pakai baju tudung semua sebab Qery dah pesan nak gi Aeon nak beli towel. Aeon Balakong ni 5 minit je sampai. Syorgaaa sungguh. Hahaha! Towel Qery tak serap. Pastu towel bawak satu je, yang lain tertinggal rumah mak. Takpela, bagi la adik2 pakai. Kite beli baru je. 

Habis beli barang2 semua, pegi makan sambil tengok gambar-gambar pelamin. Aku memang puas hati sangat la pelamin kat dewan Qery tu. Nanti la aku update yeah. Pastu balik rumah, kumpul kekuatan nak bukak jugak hadiah. Sebab nak kemas rumah kan.


Hadiah aku dah simpan dalam stor. Ini semua hadiah Qery. Dan yang paling lawak. Ada orang hadiahkan rice cooker. Jenama sama. tapi size lain... Aaaaaa... Agakanya dia tak kot, yang kecik aku nak masak maggy, yang besar aku nak masak.......maggy jugak. Hahaha!

 Tadaaaaaaa..

TQ Puan Hamidan n Encik Abu Bakar. Sangat memahami diriku ini. Aku akan pastikan maggy tu yang tersedap pernah aku masak. Gittewwww kannn..

Sep 6, 2013

Watchuduin??

Hallu hallu hallu.....

Bersiaran lagi kali ini. Mihmihmih! Ekceli iolls baruuuuuuu je kemas rumahhhhhh.Tanjat tak?? Hahahaha! Semalam aku sangat frust dengan periuk *masak maggy* aku tu. Semalam lepas maghrib aku kemas rumah. Qery keluar setelkan postage, lepas tu dia nak menjemput rakan taulan majlis belah dia Ahad ni. Lepas tu nak ambik stok Tabita semua. So dia balik rumah dalam 10.30 macam tu la. 

Nasib baiklahhh aku ni bukan jenis yang takut duduk rumah sorang-sorang kennnn.. Tetiba bangga dengan diri sendiri. Haha! Sangat tak rasional takut di rumah sendiri. Walaupun tak sampai seminggu pun lagi duduk rumah ni, memang la ada stor yang gelap gila, lepas tu belakang rumah aku ni macam scary sikit. Boleh tak aku masak Maggy pukul 1 pagi, tetiba kat tingkap dapur tu macam bergegar. Kong ajo betul. Dah la tingkap bahagian tu takde langsir. Hahaha! Gelakkan diri sendiri.

Tapi sebab aku cool. Siap bukak tingkap hokeyhh.. Tengok takde apa. Sambung masak maggy. Itupun aku jeling2 jugak la kat tingkap tu. Tingkat dapur aku ni cam sliding door gitu. bila gelap, luar nampak samar-samar je. Aku usha jugak mana tau tetiba ada sosok tubuh ke kan... *mata ke atas*. nasib takde. Ilusi aku je kot tingkap gegar-gegar. Mungkin angin lettew.

Lepas aku on kan suis semua, dengan harapan 5 minit siap la maggy aku. Rupanyaaaaa tak... aku salah beli periuk kot. Hahaha! Periuk tu untuk reneh herba ke apa aku tak tau la, sebab dalam dia kaca, so dia memang lambat gila panas. jadinya, aku buang maggy tu sebab dia dah kembang. Aku masak maggy cup je. Qery dah lama tidur. Aku kan burung hantu.

Pukul 6.30 gerak Qery, terus buatkan dia air nescafe.. Auwww... Terasa diri ini tersangatlah suri rumah. Padahal buatkan air je. Hahaha! Dia dah mandi semua, dia tanyala aku..

Q : Semalam tak tidur ke?
S : Tak pun.
Q : Buat apa je?
S : Jaga suami la.

Pastu kena jeling dengan Qery. Hahahaha! Iolls nak sweet-sweet di subuh hari pun tak boleh.. Lepas Qery minum air, salam tata tata. Pastu Qery call aku.

Q : TQ sayang buatkan air nescafe *nampak sangat sebelum ni aku bagi dia minum air masak je, haha*
S : Ok. Sedapkan??
Q : Sedap, macam mana buat?

Lolssssssss....

Aku beli kot 3in1 tu. Hahaha! Memang ituuuuu je la kan rasanya. Sajaaa lettew nak puji-puji istewiii dia yang homei ni. Auwww... Okey sebelum korang muntah aku stop dulu.

Pasal rumah, nanti aku review ye. =)

La ni bagi tengok sikit-sikit dulu. Hihi!

Nak gi basuh baju jap. *lap hingus dan air mata*

bye2

Sep 5, 2013

Bermulalah kehidupan seorang isteri

Ecewahhhhh....Dapat tak feeling yang aku cuba nak sampaikan tewwww... Hahahaha! Dari semalam aku bercita-cita nak update, tapi semalam macam kebizian melanda dengan order masuk. Jadi harini, pukul 6.45 hantar Qery depan pintu, tata tata salam tengok dia gi kerja. Terus aku on laptop sambil sengih-sengih. Aku pun tak tau kenapa aku nak kena sengih. Huhu!

Aku pindah masuk rumah ni hari Selasa malam. Selasa tu Qery dah start sekolah. Dia amik cuti sehari je, sebab dia jadi pengawas peperiksaan untuk UPSR. So Selasa tu dah start meeting bla bla bla la. Aku ok je tak kisah pun. Jadi Selasa tu aku tunggu dia habis meeting. Pukul 6 petang baru dia balik. Kelam kabut kemas barang, angkut hadiah2 masuk kereta. Pastu kite berambussssss.. Yeayyyy!! Dah lamaaaaa aku tunggu saat-saat ini. Hahahaha!

Tapi set dalam bilik still tak angkut lagi ke rumah ni. Atas ihsan mak martua ku. Dia bagi Toto yang dia belum guna. Siap pesan kat aku, 'Mak bagi toto baru, keras lagi ni' Hahaha! Aku gelak dalam hati. Masuk je rumah baru, terus rasa best. Sebab feeling rumah sendiri kan. Nak kata rumah ni sepah sangat tak de la. Sebab 2 bulan sebelum kawin kami dah start menyewa, dah start beli perabut, dah start panggil orang cuci and samak rumah ni, dah beli langsir, beli frame, ayat-ayat Quran. Aku masuk-masuk rumah ni dah cantik. Cuma baju takde tempat nak letak. Sebab rak kat  rumah lagi. Next week baru call lori suruh pindah semua. Tu semua family mertua yang arrange, siap nak hadiahkan kan aku peti ais lagi. Sukaaaa.. Huhu!

Malam tu tido la kami berdua atas toto keras tu. Pfttttt. Tapi toto tu bentang kat bawah la. Malas nak tidur kat atas, sebab tingkat atas tak kemas lagi. Bawah ni aman sikit. Jadi tidur je la kat bawah. Semalam lepas Qery pergi sekolah. Aku macam blur tak tau nak buat apa. Dengan secara tiba-tiba aku ambik mop, mop semua lantai. Ini la kalau mak aku tau, mesti dia boleh menangis tengok anak dia rajin secara tiba-tiba. Hahaha! Mop sapu, kemas baju, basuh baju-baju Qery. Next week baru beli mesin basuh. jadi minggu ni memang hari-hari aku cuci baju sendiri. Aku okey je cuci tangan. Aku lagi suka kot sebenarnya, sebab terasa macam zaman unibesiti. 

Ontheway gi keje tu, dia call aku bagitau balik lambat, sebab Rabu ada Koko. Ok fioneee.. Balik la pukul berapa pun, asalkan balik. Hahaha! Cuma rumah ni takde benda nak di makan la. Gas semua takde lagi. Nasib Qery ada beli air mineral dengan 100Plus. So aku minum je la sampai pukul 6petang. Pastu kelam kabut pergi pos barang. 

Semalam kaki aku lenguh gila, aku rasa ada kot doploh kali aku turun naik tangga. Masa nak balut tu, kebanyakkan barang2 bisnes Qery dah letak dalam bilik atas. Tapi sebenarnya, aku buat kerja kat bawah, sebab dah beli rak semua kan. So kejap-kejap plastik takde, naik tangga, pastu kang lotion tak jumpa, naik tangga, pastu free gift pulak. Geram betul. Haha! Qery pun kalau dia tertinggal barang kat atas, dia suruh aku naik ambikkan. 'Yanggggg, tie tertinggal' 'Yanggg, jam tertinggal' Pfttt.. Lepas tu aku amikkan jugak lah. Dah separuh tangga dia cakap apa tau. 'naik la laju-laju, lari sikit'

Amboiii...hahaha! Saja nak menduga hatiku ini.

Dah setel pos. Qery bawak aku gi makan. Pastu kite pegi beli periuk letrik. Tengah pilih-pilih, aku jumpa la satu periuk ni comel sangat. Aku pun bagitau la Qery macam nak periuk tu. Qery pun panggil brader baju pink (pekerja Aeon) sambil mintak carikkan stok baru. 

Brader : Abang nak size mana bang.
Qery : Yang ni la, tak besar tak kecik sangat
Brader : Yang ni ok la kalau makan berdua.
Qery : Agak-agak muat tak kalau masak 2 bungkus Maggy

Hahahahahahahahahahahahaha!!!!!

Aku masa tu, gelak sampai berair mata ko tau... Apasal laaaaa Qery ni jujur sangat. Tak cover langsung. Nampak sangat la aku beli periuk tu semata-mata nak masak Maggy ke apa kan. Hahaha!

S : Kenapa cakap kite nak masak Maggy, hihi!
Q : Mak kamu kata haritu 'Ana maggy dia pandai masak'
S : Hahahaha! So funny!! Tapi takyah kot jujur sangat bagitau orang tu kite nak masak maggy

Pfttttttttt.. Lawak betul la aku rasa.

Pastu tengok wayang, habis pukul 1 pagi. Dalam wayang masa pukul 12 tu, aku bisik kat Qery

'Jom balik, dah lewat, nanti mak kite marah'

Pastu dua-dua gelak dalam hati, bahu je bergerak2. Hihi! Dah kawin...sapaaaaa nak marahhh balik lambat kannnnnnnnn... Bangga gila aku dapat balik lambat. Sampai rumah pukul 1.30. Bersihkan badan. Aku tengok Qery dah terbaring atas sofa. Atas sofa tu lembut sikit kalau nak tidur. Tak sampai hati nak gerakkan dia bangun tidur kat toto. Aku biarkan je. Kesian la sebab minggu ni kan dia dah start kerja. Tidur bawah kan badan sakit sikit. Jadi bagi Qery selesa. Aku takpe, tak kerja duduk rumah, anytime boleh baring atas sofa. 

Harini hari ke 3 kat rumah sendiri. Banyak lagi nak kena kemas, sebab semalam Qery baru bawak pindah baju-baju dia. Okeylah, smapai sini je bebelan aku. Aku nak gi basuh baju. Inai takyah cite, memang dah takde dah. Hahaha! Lantakkan...

 Semalam upload kat IG dengan FB. Ada yang tanya ini wallapaper ke apa. Yup ni wallpaper. Nanti la aku dah kemas rumah, baru cerita pasal rumah ye.

Korang dah boleh start order. Insyaallah barang semua ada. =) Apa-apa roger je nak barang apa eh. Byeee

Sep 2, 2013

Selamat Pengantin Baru Sepet =P

Kelip-kelip mata sikit. Termalu-malu nak update ni. Haha! Tapi macam nak update jugak. Harini memang so funny dengan perangai Qery, dia cipta banyak gila alasan nak balik rumah mak dia, hahaha! Memang sah anak mak kan. Last-last dia kata dia rindu mak sangat-sangat, nak balik kejap je rumah mak. Pftttt.

Aku tak kisah pun, bukannya jauh pun. Balik je la, tapi dengan syarat aku kena ikut la kan. Hoihhh..mana boleh pegi sorang, kite kan baruuuuuuu je kawin, kena la melekat sampai sebulan. *gelak dalam hati*. Hari ni je dua kali okey balik rumah mak mertua. *lap peluh*. Family mertua baik sangat.

Sabtu kan aku tu dah selamat nikah, tapi Qery still tak tidur rumah aku. Ahadnya lepas sanding baru tidur. Pastu pagi esok tu bangun kemain la ramai yang usik siap mesej2 iolls kat facebook. Amboiiii diaaaaa tuuu... Haha!

Okeylah. nak reply order korang. Tapi esok still tak boleh pos tau. Esok baru aku pindah rumah sendiri. Jadinya rabu baru boleh pos. Jadi sapa-sapa nak order dah boleh ye. =)