Sifat Pemalas Sentiasa Subur Dalam Diri Kami

Gittewwwwww... Huhu!

Entah la. Aku ni memang pemalas tahap gaban punye. Buat apa pun aku rasa malas. Kecuali tido, yang tu aku rajin. Qery pun tau aku pemalas. Gila tak tau. 5 tahun berkepit sebelum kawin kan. Takkan la aku boleh berpura-pura rajin selama 5 tahun? Itu tidak mungkin. Huhu! Dia memang tau la aku ni pemalas, degil, suka menjawab, kuat membebel, kalau ada yang tak menepati cita rasa aku akan buat muka, benda yang buruk-buruk memang dia dah tau dari dulu lagi. Jadi bila dah kawin, dia tak de la tanjat sangat.

Bila kawin ni, banyak benda yang aku terpaksa rajin kan diri. Setiap hari rutin aku

- bangun siapkan Qery air dan tunggu sampai dia gi kerja
- vakum rumah
- mop lantai
- basuh baju
- lipat baju
- gosok baju
- cuci kasut futsal/bola dia.

grrrrrrr... aku memang tak sukaaaaa buat benda-benda ni. 

Qery 3 minit sebelum sampai rumah, dia akan call mintak air nescafe sejuk. Amboi sangat kan diaaaa...

Q : Rumah kita ada air nescafe sejuk tak sayang???

Lolssss... cakap jela nak air nescafe ais kan. Sajaaaa je ayat bunga-bunga. huhu! Paling tak boleh bla, masa tengah tidur, pukul 2 pagi gerak aku sebab nak minum. Pfttttt. Bukan tak boleh amik sendiri kan, tapi sebenarnya dia penakut nak turun sorang-sorang. Hahaha!

Q : Sayang... haus la.
S : Pegi la dapur minum, ada je air dalam peti ais tu
Q : Selalunya kamu yang amikkan... hek hek hek hek *bunyi cam budak nak start nangis tu*

Aku sabooooooooo je laa... haha! Mesti dia rasa dia dah cukup comel buat macam tu.

Pastu haritu aku ada up gambar kat IG. Qery nak solat. Tapi kain pelekat dia tertinggal kat bawah. Masa tu dah pukul 2 pagi kot. Baru lepas tengok midnight kan. So baru la nak solat Isya'. Pastu suruh aku amik kain pelekat kat bawah. Aku dah baring, takdenya aku nak turun semata-mata nak amikkan dia kain pelekat. 

Pastu dia amik kan telekung aku..

Q : Kite amik kain kamu, adan uke, alash agi. (padan muka, malas lagi)

sambil buat muka merajuk. pastu terus solat. Eh eh ehhh.. aku pulak yang malas kan. Dia yang malas amik kain pelekat tu. Huhu!


Dua-dua pemalas. Memang macam tu la jadinya. Selalunya aku la yang terpaksa buat-buat rajin. Pernah la sekalii....dia tertinggal apa entah kat atas. Masa tu aku tengah buat air, dia suruh aku naik amik barang dia. Aku cakap tunggu la kejap bagi aku buat air dulu, pastu tetiba aku dengar dia naik tangga hentak kaki kuat-kuat sambil membebel. Hahahaha! So funny. Tergelak2 aku kat dapur. Yela tangga tu kan kayu. Dia kan gergasi, bila hentak kaki aku rasa jiran sebelah pun boleh rasa bergegar.

Adoila, kadang2 rasa macam 'dah kawin ke belum aku ni' haha! Dua-dua macam tak matang je. 

 Ahad tu aku gosok baju Qery, budget nanti esok senang la dia nak gi kerja, seminggu ni takyah la aku gosok dah. Baju Qery memang bewarnaaaa warni. Sekali aku baru gosok half, Qery cakap Isnin cuti. Selasa dengan Rabu dia pakai kemeja shirt sebab dia sukan. *tak tau nak nangis ke nak happy dengar ayat dia, huhu*


Tapi tak kisah la dua-dua pemalas pun. Yang penting rumah iolls ada cermin besar . Kuang ajo korang kan, siap perli aku 'biar takde gas nak masak, asalkan ada cermin besar nak ber ootd' Muahahaha! Kbye

Comments

NenetPenne (NP) said…
korang memang kelakar laaa
tak ada gaya laki bini tapi mcm kawan2..
boleh pulak datang idea dia nak pakai kain solat kamu yer sepet??
hahahaha...lawak....
NHML said…
hahaha bab pakai kain telekung time nk solat tu husbnd pun buat benda yang sma, malas nk ambil kain pelekat katanya, asalkan tutuap aurat heheh
hahahaha lawak betul qery ni...

cmni pon boleh
Unknown said…
hahaha.. bab kain utk solat tu so funny.. tergelak2 sakan ai kat ofis ni..

korg mmg sempoi.. :)
Irfa said…
LPS NI APLOD GAMBO QERY PAKAI KAIN BATIK LAK YE,KAMU ADA KAIN BATIK TAK?
HIHI
mila said…
hahahahahahahaha lucu btl lah korg nih
FiQa said…
ok. fine. lawak abes pagi ni gelak guling2. hahahaha
FiQa said…
ok. fine. lawak abes pagi ni gelak guling2. hahahaha
FiQa said…
ok. fine. lawak pagi ni, gelak guling2.. hahaha...lawak lah sepet nehhhh
Shazwani Ramly said…
eeeee cerita sejak kahwin ni makin best lah kak. kekekek kemain ye kemain pemalas ye. :D lols
Unknown said…
haish sepet.. kenapa comel sangat nie.. seronok baca kisah kamuu...
abok said…
muahahaha... i ler tu yg komen kat fb...
abok said…
muahahaha.. i le tu komen psl cermin.. btul x kan?? tgk mkn kat umah mak mertua smlm.. dasar sgt ken..
Akak suke bace blog awak sejak sorg kwn yg bernama ady kenalkan....Awak & qery mmg happy go lucky.
Wish I can be like d two of you....having a wonderful life
.....chill je. Akk ni seorg doktor, umo 30thn, ank 3,(Ramai org igt akk ank dara lg...hehe. especially mkcik2) Tp yg x bestnyer akk merupakan sorg yg serious. Kalau org buat salah...akk akn cepat marah. Mgkin ade sesape nk bg nasihat yg blh sy praktikkan...