Jun 11, 2013

Sempat order lagi.. =)

Semua trial set bogel. Sebab semalam amik stok lupa nak bagi beg dia sekali. Mihmih! Jadinye...harini tunggu beg dia. Tapi dont worry tau. Tetap harini aku pos. 

So sapa-sapa yang nak order sehingga jam 6 petang masih di pos harini ye. Cuma kena cepat2 bank in sebelum jam 6 la. Lepas tu kite pos esok pulak. Gittew

Trial set ni bukan korang yang baru-baru nak cuba je boleh beli. Kalau korang nak jadikan dia travel set pun boleh. Yela kan set exclusive atau regular besau sangat. Boleh la kalau nak kemana-mana bawak yang ni je. Jimat ruang.

Kalau yang dah beli, sekali lagi diingatkan, simpan resit pembelian, amik gambar sebelum selepas.. Hihi! Mana tau aku tetiba baik hati nak bagi set exclusive free ke kan. Hati manusia siapa yang tau kan..Ecewahh..haha! Dah la masa tu dekat nak puasa. Mana la tauuu tetiba aku baik hati. *tetiba la sangatttt* kekeke..

Kbye

HIV Test

Korang yang dah kawin mesti pernah buat HIV test ni kan. Procedure dulu aku tak tau la macam mana. Start tahun bila kena buat test HIV ni pun aku tak tau, tapi bagus jugak kan. Sebelum kawin kite nak tau la kite ni normal ke tak. Hihi. Mana la tauuuuu kan, kite rasa kite okey, tapi sebenarnyaaaa.... haaa.. 

Sapa-sapa yang nak kawin atau belum kawin boleh la baca mana tau dapat tolong mana-mana kan. Apa yang perlu korang buat untuk HIV test..

1. Print borang HIV. Korang boleh google sendiri dan download. Lepas tu baru print.
2. Pergi mana-mana Klinik Kesihatan terdekat dengan rumah, bayar RM1. bawak bersama-sama dengan borang yang korang print tu.
3. Cakap nak buat ujian HIV sebab nak kawin. Nanti korang akan diberi satu lagi borang untuk diisi.
4. Tunggu sehingga turn korang, dorang akan amik tekanan darah, amik darah. Dan result terus tau, takyah tunggu-tunggu sehari. Sebab dorang guna alat yang macam buat pregnancy test tu. Terus dapat result serta merta.
5. Buat HIV test dalam masa 3 bulan ke tarikh perkahwinan. Sebab result dia dah takde value kalau ko buat lebih dari 3 bulan. Paham??

Contoh ko nak kawin bulan 12 ni, tetiba ko nak buat HIV test sekarang. Tak pasal2 je nanti nak nikah dah tak laku. Kalau nikah bulan 12, buat la bulan 10. Bulan 11 12 pun takpe, jangan rajin gila buat bulan 9. Okeyhh...

Semalam aku buat HIV test, Qery pun buat kat situ. Dua-dua takut. Seram okey, padahal memang la takde buat apa-apa kan. Tapi tetap aku seram. Haha! Tak sampai sejam pun, tunggu turn semua. Dapat dah result. Best!

Darah dia amik sikit je. Macam ko tercucuk pin tudung kan. Lepas tu ko picit darah kat jari bagi keluar. Sikit je kan...

 Lagi 3 bulan.

Dalam masa 3 bulan ni, aku kena terima pelan2 bahawa lepas kawin, 100% kena dengar cakap Qery. Jangan nak degil sangat. Jangan nak ikut kepala sendiri je. Kena banyak sabar. Kena bayak redha. Walaupun sekarang aku macam tak boleh terima lagi. haha! Persediaan memang perlu banyak dari segi mental. OMG dah la Qery ni psycho. 

Tapi sapa suruh kau nak kawin dengan lelaki psycho kan. Takde orang paksa. Ko yang nak kawin. Ko pun lebih kurang je Sepet. Lagi psycho kot. Ok tanamkan dalam hati. Qery baik. Qery baik sangat. Qery baik sangat sangat. Qery terlalu baik. Qery sangat sangat sangat baik. Qery paling baik. Qery tersangatlahhhhhhhhh baik. Qery BAIKLAAHHH SANGATTT... *mata ke atas*

Kbye

Jun 10, 2013

Makbul dalam diam..gittew

Sempena 1 Syaaban ni, nak bersyukur je rasa..hihi! Meh nak share kat sini pulak.

Sabda Rasul S.A.W : "Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas dari kegelapan alam kubur, bebas dari hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya."

Ok dah. Aku rasa korang tau kot aku ni tak berkawan sangat. Bukan bermakna aku takde kawan yeah. Kawan aku ramai, tapi aku tak berkawan sangat mungkin atas faktor aku kerja online. Aku tak jumpa orang. Keluar pun dengan family and Qery. Kalau macam nak lepak jalan-jalan, memang belum lagi terlintas nak lepak keluar dengan kawan-kawan. Gittew. Paling2 pun nak shopping ajak Qery, kalau bosan dengan Qery, aku akan ajak adik beradik. Camtu.

 Tapi selalu lepas solat, aku mesti doa mohon Allah bagi aku kawan yang baik-baik. Dekatkan aku dengan orang yang baik-baik. Jauhkan aku dengan orang yang berhasat dengki. Memang setiap kali lepas solat, mesti doa macam tu. Memang aku sendiri tau aku tak ramai pun kawan, tapi tetap nak doa macam tu. Haha!

Lepas yang aku share ayah aku sakit. Berpuluh email masuk, wassap, mesej kat fon, mesej kat facebook mintak aku sabar. Ada yang share pengalaman, share info, share doa-doa. Rupanya Allah dah makbulkan doa-doa aku, dalam aku tak sedar. Walaupun kawan-kawan yang aku tak nampak, Silent reader yang senyap-senyap. Alhamdulillah semua baik-baik belaka. 

Terharu sorang-sorang je lepas baca. Ada yang sempat reply, ada yang tak sempat nak reply. Sorry kalau yang tak sempat nak reply tu tau. Memang aku appreciated sangat. Apa yang korang share tu semua aku dah list kan dalam buku. Macam biji aprikot, durian belanda, habbatussauda, air zam-zam, kurma, carrot, brokoli, taugeh, banyakkk sangat.Hihi!

Macam haritu aku cari biji aprikot, 5 kedai aku cari, kedai organic, kedai ahso, farmasi, last-last give up and tanya kat facebook. Kebetulan Kak Hasween kata ada jual kat cafe hospital ampang. Terus aku pergi. Syukur gila ada lagi sebotol. Terus aku beli. Senyum sampai telinga. Tapi pahit sikit kan. Ada yang cakap capsule aprikot lagi bagus. Tapi aku tak tau mana nak cari capsule apricot tu. Dah cari banyak kedai. Tak jumpe. Huhu!

Ada akak yang baik hati siap cakap boleh pos durian belanda kalau nak. Semoga semua-semua manusia yang baik hati ni dapat pembalasan yang baik jugak. Aminnnnn... =)

Lung cancer ni adalah salah satu cancer yang paling susah nak survive, tapi kite anak beranak akan cuba ikhtiar sebaik mungkin.Insyallah. TQ semua yang bagi semangat. I love you.

p/s : trial set tabita (repacking) sapa order and bayar selepas pukul 10.30pagi tadi, semua pos esok. TQ

Kursus Kawin setel

Alhamdulillah. Akhirnya setel jugak kursus kawin. Benda yang paling malas aku nak attend. Sebab kena duduk dan dengar 2 hari. Aku dah set kat kepala hotak sejak dulu lagi kursus kawin adalah boring. Jadi bila nak melaksanakan tu rasa macam tak best gila. 

Sapa yang belum pernah masuk kelas kursus kawin, ada dua hari. Sabtu dan Ahad. Sabtu macam half day, pukul 2 petang sampai 6.30 macam tu. Hari Ahad dari 8 pagi sampai 6.30 petang. 

Qery dah ada sijil kursus kawin pun, aku yang takde. Aku cakap takpe aku pergi sorang. Tapi dia nak pergi lagi sekali teman. Aku suke je. Kihkih!

Sabtu. Ceramah bosan sikit. Nasib baik berapa jam je. Penceramah sepatutnya dua orang, tapi sorang tak datang. So penceramah yang datang tu cover sampai balik. Agaknya dia pun penat, so dia bagi balik awak pukul 5.30. Alhamdulillah sangat. Haha!

Ahad. Aku dah la dapat tidur 3 jam je. Dapat pulak hari tu satu hari kena duduk. Alahai..aku mintak Qery belikan air dengan gula2 sebelum pergi, so kalau ngantuk boleh la tahan lagi. Ahad ada 4 penceramah.

Penceramah pertama. Loghat Ganu pekat sangat, lepas tu suara perlahan, cakap kemain laju. Aku sampai dah tersengguk2 tahan ngantuk. Serius memang ngantuk gila. part dia 2 jam. 2 jam aku struggle supaya jangan tidur. Bukan aku sorang je okey, semua orang pun menguap2. 

Lepas tu minum petang 20minit. Aku tak minum pun. Aku terus gi blok C sebab nak masuk toilet. Sakit perut. Memerut kat blok lain sebab nak privacy. Kat tempat kursus tu memang ada toilet,tapi paham2 la ye. Kang aku masuk, orang lain dah tak boleh masuk dah. Haha!

Penceramah ke 2. Yang ni funny. Suara kuat. antara top ranking penceramah kat Jakim kalau tak silap la. Kalau tak silap....sebab aku pun tak ingat sangat. 

Penceramah ke 3. Paling lawak. Rasa nak gelak sampai keluar gigi. Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat. Dalam bidang psychology. Memang lagi kelakar dari Jozan. Haha!Aku sampai beli buku dia ok. Buku dia tu adalah best selling. Kalau korang ada konflik rumah tangga, wajib beli buku ni. Sebab apa yang dia cakap tu memang 99% betul. Sapa yang belum kawin lagi bagus beli, sebab kita nak prepare apa yang sepatutnya kita perlu. Sebab bila benda dah jadi, susah sikit nak betulkan. 

Buku tu bertajuk TAKLUK HATI PASANGAN. tolong beli ye. Hihi!

Penceramah ke 4 pun funny gila. Rasa nak gi lempang je ustaz2 ni. Namanya Ustaz Suhaini Ahmad Wakid. Yang ni nampak rilex je. Tapi ayat2 dia memang lawak habis.

Tapi kalau boleh vote mana paling kelakar, ofkos la aku pilih penceramah ke 3. Haha! Rasa macam nak pergi je ceramah2 dia kalau dia ada buat la.Siap amik contact number dia okeyhhh... Korang boleh google sendiri tentang  Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat. Kalau ada masalah suami isteri. Orang yang paling best untuk nasihat adalah ustaz ni. Hihi!

Balik-balik ceramah tu, Qery cite dulu dia punye penceramah pun ustaz yang sama. Ustaz ni memang lawak dan bijak. Umur 30 lebih dah ada title prof madya doktor. Kite??? Apa pun tak boleh. Haha!

Sapa-sapa nak kursus kawin, boleh la try cari Pusat Bimbingan Sri Permaisuri. tempat dia takde la best mana. Tapi penceramah dia super best. Sazzy Falak pun buat kat sini. Yusri pun. Erra pun. Mihmih! Lisa i tak sure. K la. Byeeeeee

p/s : Aurawhite still RM150 free postage, free shaker, free 10pcs mask, free lip tint. Semua produk dari Felinna, Myracles Beauty, dan Maixara layan dapat free lip ting dan masks.

Jun 7, 2013

TQ korang.. =')

Entry pagi tadi emosi ke? Hihi! Actually aku okey je masa tulis entry tu. Takde nangis ke apa. Cuma rasa nak share je. Tapi rupanya ramai je yang ada pengalaman sama. Dah alang2 macam tu. Minta korang share boleh... Aku memang ada google makanan apa yang tak boleh makan, but mungkin korang yang ada pengalaman ada tau lebih dari apa yang aku dapat ni.


If dapat membantu, aku tersangatlah menghargainye. Hihi! Sebab kadang2 aku blur. Bila ahli keluarga kite sendiri yang terlibat, walaupun kita ada basic knowlegde, tapi still macam kite tak tau apa-apa. Bila blur memang akan jadi macam ni. Terus macam kau tak pernah belajar apa pun. Hehe! Paham tak? 

Lung cancer. Sebab abah aku perokok tegar. Since kecik merokok. Budak kampung memang selalunya dari kecik dah merokok. Mak aku kata anggaran dalam 60 tahun jugak abah merokok. So paham-pahamla. Alhamdulillah la memang abah takde sakit lain, macamkencing manis atau darah tinggi ke apa. So memang dia survive untuk lung cancer je.

Okey la. Aku sebenarnya rushing harini. Nak buat HIV test. Barang korang petang ni baru pos. So sapa-sapa nak order boleh lagi order. TQ yang wassap semata2 bagi semangat. TQ TQ.

I love u walaupun tak pernah jumpa. Byeeeee =)

Abah sakit apa?

Lately ni memang aku ada cerita, abah aku sakit. Tapi tak pernah lagi bagitau apa sebenarnya sakit abah kan.

Bulan 4 haritu, abah dah sakit dalam 2 bulan. batuk non stop,sakit kat dada sampai ke belakang. Muntah. Sampai berat turun 10kg. Abah ni jarang macam ni. Dia walaupun sakit, dia tetap akan bukak kedai. Kedai tu macam kehidupan dia dah. Kalau raya pun, cuti 2 hari je. Lepas tu dia akan bukak macam biasa.

Sejak sakit tu, slow-slow dia tutup kedai. Mula-mula dia bukak pagi dengan petang je. Pukul 5 terus tutup dan rehat kat rumah. Kedai tu kalau abah aku sihat, memang beroperasi dari 7 pagi sampai 10 malam everyday. Tak de cuti. Tapi bila aku perasan yang abah aku ni macam pelik sikit. Jadi kite memang tau dia memang sakit.

Next week pulak dia dapat bukak sampai tengah hari je, then dia balik kejap kejap sebab tak tahan panas katanya. Balik pun tidur. Plus masa tu gigi palsu abah patah. Tu yang lagi dia tak boleh nak makan sangat. Setakat bubur. Terus hilang selera makan.

Berat turun lagi. dan lagi dan lagi. Ada satu hari tu, dia jadi pelupa. Pagi-pagi mintak kunci kedai. Padahal kunci tu ada dalam poket seluar yang dia tengah pakai. Seminggu tu ada dua kali dia jadi macam tu. Sebagai anak yang tinggal serumah, haruslah perasan kan perubahan dia tu. Dengan setiap malam dia batuk, duduk kat singki dapur sebab nak muntah. Pukul 3 4 pagi. Nasib la aku tak tidur. Kadang2 aku turun tengok sebab macam teruk je bunyi dia. 

Berapa banyak kali jugak dia kata tak tahan sakit. Before tu kite ke HUKM. doktor suspek TB. Tapi dalam kahak takde virus TB. Ubat TB memang ada makan, and side effect dia memang takde selere makan, dan badan jadi sakit-sakit. So abah melalui semua fasa tu. Hati sapa la yang tak sedih tengok abah sendiri macam tu. Dari semalam elok-elok sihat, tetiba je terus sakit teruk. Makan ubat TB je la.

Lepas tu, kitorang anak beranak tak percaya abah ada TB. Sebab kalau TB mesti semua anak beranak effected. Ofkos. TB ni senang berjangkit.Tapi aku emak okey. Alang2 abah dah sakit teruk, kite semua decide ke swasta. Cek abah sebenarnya ada sakit apa, sebab kalau nak tunggu gov memang appointment lambat lagi. Sebelum menyesal kalau jadi apa-apa, better kite cari inisiatif lain. 

Masuk Pantai, doktor kata calcium terlalu tinggi. So abah kena kurangkan calcium tu. Then doktor suruh buat ct scan. Aku pun bawak abah buat ct scan. Next week follow up dengan doktor. Doktor admit lagi untuk buat biopsi. Bila dah buat. Baru tau sebenarnya abah ada cancer. 

Doktor terus tulis surat ke HUKM. Untuk buat appointment dengan dua orang doktor. Satu doktor Hayati, sorang lagi doktor oncology. Semalam appointment dengan doktor oncology. Aku Kakcik dengan Andak teman abah ke spital. 

Bila sampai turn, aku abah dengan kakcik je masuk. Andak kena tunggu luar sebab anak-anak dia ada.  Doktor tu baca semua report. Dia kata abah kena buat kimo. So abah sign tanda setuju la kena buat kimo. Perasaan aku? Aku redha..

Semua benda ni aku dah fikir, kalau bagus result dia aku terima, kalau buruk result dia, aku redha. Aku dengan mak aku memang kite dua2 dah bincang, kite terima walau apa pun terjadi. Sebab abah dah cancer stage 4. Aku cuma doa, yang abah sempat tengok aku kawin. Tu je.

Sebab tu aku ada sedikit serabut, hihi! Walaupun aku dalam blog macam happy-happy. Tapi sebenarnya dalam hati i is so sad. 

 

Kepada customer yang disayangi, kalau macam tetiba aku ada emosi ke, im so sorry, hihi! Memang kehidupan ada sedikit kelam kabut, aku still okey. Still boleh separatekan hal peribadi dengan bisnes. Mihmihmih!

Oh ada yang mintak opinion pasal nak tabita ke nak myracles ni Sepet. Macam ni, Tabita kesan dia tersangatlah cepat. korang boleh tengok seawal 3 minggu. Dan kalau Myracles, kerana Myracles tak menggunakan langsung bahan kimia, ofkos kesan dia takde la seawal 3 minggu ko dah nampak muka floles. Takde la. Mungkin kena guna sampai 3 bulan macam tu baru boleh nampak beza ketara. Semua terpulang kat tangan masing-masing. Kalau rasa wedding nak dekat, boleh la guna tabita dulu, and bila dah rasa kulit okey, boleh stop and guna myracles pulak. Gitu. 

Tak kisah. Aku okey je mana-mana. Haha! Kbye

Jun 6, 2013

Salam Israk Mikraj

Semalam rasa penat gila, tak tau la kenapa. Pagi tu pukul 10 macam tu mak ketuk pintu bilik suruh tengok-tengokkan abah sebab mak ada appointment kat hospital ampang. Aku takdela duduk 24H depan abah aku kan, patutnya semalam janji dengan Qery nak buat ujian HIV. So cancel. Sebab mak balik pun pukul 2 macam tu. Aku dah start packing barang.

Petang tu dah pos, terus gi survey barang-barang hantaran.Tapi takde lagi yang memuaskan hati. Takpe, ada masa kite round tempat lain. Pastu ke alamanda. makan je kat sana. Jalan sikit, pastu balik rumah dalam pukul 8.30. Aku balik tu terus tertidur. Bangun-bangun tengok pukul 3 pagi.

Kelam kabut update blog. Huhu! Kang kalau aku teruskan tidur. Memang tak berupdate blog ni, sebab pagi ni aku dah kena gerak ke spital, abah ada appointment dengan doktor. 

Ada yang dah start pakai Tabita? Ada rasa muka macam pedih-pedih?Itu normal ye.. Pedih, tegang, then mengelupas. Ikut je step dia. Kalau tahan dapat la result yang memuaskan. kalau tak tahan boleh stop. Itu sebab aku suggest sapa yang baru nak cuba-cuba amik set trial. Tapi ada je yang memang dah lama guna, terus beli exclusive set. Pilihan masing-masing. Hihi!

Start guna produk tabita. Lebih nice kalau korang stop pakai barang mekap. Sampai lah pengelupasan itu berakhir. Lepas tu kalau korang nak pakai mekap pun takde hal.

 Minggu ni aku dah stop pakai mekap. Gambar ni kan Qery wassap dari camera dia, bila aku transfer dia tak jadi sharp. Kenapa eh? 

Area yang ketara tegang adalah kawasan mulut dah hidung. Memang normal. Aku pun sama. Jangan risau sangat. Huhu! Nak cantik cepat kan...


Okey lah. Nanti kalau ada masa aku update lagi.

Ha sebelum aku terlupa. Sapa yang beli tabita dari aku. 3 testimoni terpilih akan dapat FREE SET TRIAL. So aku memerlukan gambar sebelum dan selepas. Syarat2 dia nanti baru buat, saja nak ingatkan korang suruh amik gambar sebelum selepas. Resit pembelian jangan buang. Simpan, sebagai bukti korang beli dengan aku k. 

Aurawite still aku minum. Yang ni tak boleh tinggal. Kbye

Eh lupa, Selamat menyambut hari Israk Mikraj.Selamat bercuti kepada yang cuti.

Jun 5, 2013

Bukan Cadle Light Dinner.Huhu!

Semalam lepas postage, dalam pukul 6 macam tu aku dengan Qery gi Sogo. Pastu keluar Sogo dalam pukul 8 macam tu. Aku dah kebulur. Dari pagi tak makan lagi ni. Perut dah bunyi-bunyi.

Ingat nak makan kat Tesco, terbayang-bayang dah yee mee dia. Pastu Qery kata kalau Tesco kena patah-patah balik. dia malas. Ok fine. Pastu ajak makan asam pedas linda onn. Pun Qery kata kena patah-patah balik. Aaaa stress la aku kan. Dah la semua nya aku suka dia reject. Last-last dia kata makan kat Bora Ombak.

Baiklah, dah lama tak makan sini, sebab menu dia macam dah tukar sikit, dulu sedap tau. Sekarang ni dah so so je. Tukar chef kot. Entahla. Sampai sekarang aku tak berapa sangat makanan kat Bora Ombak ni. Tapi ramai orang buat kenduri kawin kat sini sebab suasana dia.

 Cantik kannnn... Ok air lychee dia melampau besar. Aku pikirkan kecik. Sekali datang begituuuu... Takpelah. Kucing lalu lalu pun tengok je air lychee iolls. Nak sikit lettew.

 Kemain lilin. Bukan meja aku je tau. Semua meja ada lilin. Huhu! Tapi best jugak. Boleh feel feel. Order makanan. Borak2 sikit dengan Qery. Sekejap je makanan sampai.

Makanan sampai bersama-sama dengan pemuzik ini. aku tak tau panggil apa. Hihi!

 Dorang nyanyi 3 lagu. Suara gadis ini (Mira kot nama dia, sebab masa aku upload gambar kat IG, ada yang kenal katanya nama dia Mira), suara dia tersangat merdu hokeyhhh. 



Jun 4, 2013 | by sepetnoh on Keek.com

 Lepas dorang nyanyi je, terus kitorang amik contact number ketua dia. Kekeke! Tak sia-sia datang sini.

Jadi suasana menjadi sangat romantik. Nak bercinta pun best je. Lepas tu aku upload gambar kat IG, tulis la 'i love him'

 Pastu semua macam pelik-pelik aku romantik. Hahaha! Eksekiusmi, i tengah feeling bercinta ni, tolonggg la mengerti. Aku jiwang tau sebenarnya, hati mudah terusik. Auww..lempang kang. Haha!

Ok lah. Nanti kite jiwang lagi di lain hari. Jangan pelik tau. Kalau korang pelik, aku pun terpaksa pelik jugak. 

Sapa-sapa nak berjiwa romantik seperti aku, tolong pergi Bora Ombak. Tolong okey. siap mintak tolong lagi. haha! Tapi brader ni ada malam dari hari Rabu sampai Ahad je. Hari Isnin dengan Selasa kite romantik tempat lain. Kbye..

Aku tak de credit card

Sebenarnya aku tak tau sangat apa kepentingan kredit kad ni. Mungkin konsep dia beli dulu bayar kemudian. Gitu la kot eh. Memang dari dulu pun takde orang offer aku pun untuk buat kredit card. Sampailah sekarang. Nampak nauuu kan...haha!

Tapi kalau orang offer pun. No No No. Jangan nak serabutkan aku. Sekarang ni dah la ramai orang yang ada kredit kad kena tipu kan. Ada orang call sana sini la. Member tempat kerja lama aku ada kredit kad, setiap hujung tahun redeem barang. Dapat la macam beg camping, set periuk. Laki bini punye credit card la ni.

Memang agak susah nak berbelanja kalau takde kad kredit, sebab kalau nak keluar duit kat bank pun ada limit sehari macam tu kan. Tapi bagi aku macam tu better. Takde la kite senang-senang je nak berbelanja ikut sedap nafsu. Duit pun bukan la banyak sangat kan. So beringat-ingat la sikit. Dah la nak kawin ni, nak kawin duit memang keluar banyak. Buat masa ni aku dengan Qery still capai target taknak guna duit parent langsung. Mana yang kite boleh usaha, kite usaha sendiri. 

Qery pun still jual baju-baju jersi, simpan duit sehari seposen. Hihi! Selagi termampu, kite usaha. Jangan malas. Kita ada dua tangan, ada dua kaki, ada 20 jari. Mata celik, telinga boleh dengar, ada suara. Gunakan semua tu. Ada orang takde kaki, tak de tangan. Pun masih boleh usaha nak cari sesuap nasi. Inikan kita yang cukup anggota. Kadang2 aku sedih tau ramai sangat orang melayu kita ni malas tahap gaban. Bukan la malas basuh kain ke apa. Itu aku kot.haha! Malas tu boleh, tapi jangan sampai malas dan menyusahkan orang. Haaaa...itu not good la.

Semalam belek-belek purse, sebenarnya nak kemas, aku rasa dah 2 tahun tak buang card. Sebab kadang2 jumpa orang dorang bagi name card. Dah berzaman dalam purse, yang tak guna tu, kita buangkan aje. 

Setelah di belek-belek. Ini je card yang berguna. yang lain semua sampah. Huhu!


1. Kad Popular. Ini sangatlah penting, sebab senang nak beli buku, walaupun aku bukannya rajin baca buku. Takpe, Qery rajin beli buku. Aku ada jugak la beli novel-novel, tapi tengok mood. Ada masa nak baca novel, seminggu entah berapa buah beli, kalau mood malas, setahun pun takde. Hihi!

2. Kad Sogo. Ini baru ada semalam. First time membeli belah kat Sogo. Konon nak cari barang-barang hantaran, katanya situ pilihan banyak dan murah. Tapi aku tengok...hurm. Memang banyak berjenama, tapi tak banyak yang cantik. Kalau ada pun boleh beli perfume je la. Yang lain macam kasut, better cari tempat lain. Kasut tak banyak cantik lah. Banyak kasut orang tua dan kasut pejabat. Kong ajo sangat kan cakap kasut orang tua, padahal aku pun pakai kasut cap Bata. Haha! Takde la. kasut kawin mesti nak cantik kan kan, walaupun tak pakai. Pfttt

3. Lesen. Habaq hang. Aku ada lesen ye. Dah takde P dah pun. Walaupun begitu, aku bawak kereta sekali je. Haha! Sebab aku memang tak suka bawak kereta. Dan tak nak bawak kereta. Dulu kena amik lesen pun sebab Qery paksa. Lepas tu bawak sekali tu pun sebab kereta Qery masuk bengkel. Qery emosi aku tak nak bawak kereta, katanya nanti kalau dia sakit takde orang hantar gi spital. Hello..i boleh call ambulance okey, miahahaha!

4. Kad Watsons. Aku rasa sebulan banyak kali jugak aku beli kat watsons ni. Sejak abah aku sakit ni lagi la rajin ke watsons, kalau tak jumpa farmasi, watsons pun boleh la kan. Situ kan ada farmasi jugak. Sampaikan setiap bulan dapat redeem barang free. Huhu!

5. Kad Thai Odyssey. Ini baru jugak. Yang aku cakap aku pergi mengurut dengan Qery sekali tu. Dia offer buat card. Buat jela. Sebab nanti2 komfem datang lagi. Sebab Qery suka urut kaki. Ada card boleh kumpul point. Nanti dapat free macam yang minyak-minyak aroma terapi tu. Aku pun tak tau la. haha! Main sebut je.

6. CIMB. Aku hanya ada CIMB bank sahaja. Maybank bukan taknak buat, tapi aku cuma love CIMB. Haha! CIMB bagus, bila transaksi banyak pun rilex. Qery guna Maybank, masa buat bisnes tahun lepas, seminggu 3 kali okey pergi Maybank asik kena block. Kegilaan. Sampai orang kat Maybank tu bosan tengok, dan dia suruh buat akaun semasa. Kalau akaun semasa tak kisah berapa transaksi pun takde hal. Kad bank adalah sangat penting untuk semua orang. Kalau takde kad bank, mesti ada sugar daddy. Okeyhh...mihmihmih!

7. Jusco Card. Iolls dan Jusco ibarat keluar pintu rumah, terus pintu masuk Jusco. Hahaha! Kadang2 pegi Jusco semata-mata nak buang air je. Haaaaaaa...nampak tak peribahasa dia. Haha! Kemonnnn laaa, makcik sepet dan jusco tak boleh dipisahkan. Bangun la mall tersohor tahap antarabangsa macam mana pun dalam Malaysia ni, Jusco tetap kegemaran ku. Eh silap. sekarang tukar Aeon. Sebut Aeon sengau2 sikit baru best.

8. Kad Ceve. Haritu beli purse Qery, Dia bagi kad. So lepas ni kalau beli kat sini dapat la less. Gitu. Cantik tau beg-beg dia. Taste aku la. Sebab dia memang kulit. Tapi takde lagi la beg tu, tak mampu lagi nak beli untuk diri sendiri. Korang kalau yang minat kulit-kulit ni, boleh try tengok.

9. IC. Menunjukkan saya bukan pengundi bangla. Haha! Pfttt

Itu sahaja. Yang perlu ada dalam purse. Duit takde takpe ye anak-anak. Asalkan banyak kad. baru la nampak purse tebal berkepuk-kepuk. Taktik semata-mata. 

Pastu susun cantik-cantik.

 Boleh tunjuk gambar Qery je. Sebab gambar aku dalam tu masih takde tudung, mihmihmih!
kena print gambar baru yang proper sikit, walaupun sendiri punye purse sendiri tengok. 


Name card sendiri perlu diisi di dalam purse sendiri. Agar menjadi sampah di dalam purse orang lain kelak.

Kepada wanita-wanita bekerja mahupun suri rumah, mahupun student. Sila kemas dan buang kad-kad dan resit di dalam purse anda sekarang. Tak payah nak buat-buat tak terasa eh..cubit kang.

p/s : Myracles Beauty masih Rm150, free postage, free 10pcs mask, free 1 lip tint dan free 1 candy tint. (Hot item), produk muka 100% tiada bahan kimia dan tiada pengelupasan.

Jun 4, 2013

Alololo, so kesian..hihi!

Start aku resign, memang aku kurang mesej Qery. Mungkin sebab aku dah hari-hari jumpa. Ataupun sebab aku memang malas. Aku bukan apa, malas nak kacau dia. Pagi-pagi harusla dia sekolah. Kadang2 pukul 2 petang baru dia mesej aku. Lepas tu kalau dia ada training bola. Sampai pukul 7 malam. Baru nak mesej aku. Gittew. 

Benda ni macam dah biasa je. Lepas tu sambung malam pukul 9 atau 10 dia dah ada aktiviti dia. Aku pun tak tau atau malas ambil tau. Haha! Dia nak ada futsal je, ada badminton ke, dia nak karaoke ke. Lantak kan dia. Lelaki ni kita kena bagi dia masa nak enjoy sebelum kawin. Kang kite sekat-sekat dia. Sampai dah kawin tak puas enjoy.

Tapi aku rasa lepas kawin pun aku bagi je dia main futsal semua. Kejam gila kan kalau sekat-sekat. Biar minat ke situ, jangan minat ke benda lain. Campak cincin ni kangggggg....haaaaaa....gittew je ugut. Haha! Eh aku tak pernah ugut camtu eh. *jeling*

Kadang2 aku kesian jugak kat wife-wife yang kena tinggal ni. Wife jaga anak, laki kerja enjoy dengan kawan-kawan. Ramai je yang berperangai macam ni kan. Lepas tu nak balik rumah punye susah. Banyak bagi alasan. Kerja tak siapla, banyak kerja la. Penat drive la. I'm so kesian tau. Aku dah cakap dah kat Qery, kalau dia jenis kena kerja sebulan pegi mana-mana. Aku nak ikut. Lantak la kan. haha! Biar susah senang sama-sama. habis engkoo je nak senang. Ketidakadilan di situ.

Tetiba aku emosi. Apakah sungguh. haha!

Semalam aku tengah balut barang.. Sekali dapat mesej dari fon bisnes. Aku memang separate private number dengan number bisnes. No bisnes ni memang tak boleh call in, aku dah setting blocking mode. Bila orang asik nak call aku, kerja jadi stuck. So aku memang terus buat blocking mode. Tapi Qery boleh call. Ofkos. Mihmihmih! Call out boleh. Aku pun baca la mesej tu. Tengok sender dari Qery. Pelik betul kenapa dia mesej kat no ni kan.
 
Sekali.....

Haha! Tergelak tesengih-sengih aku. Kelako betul. Kesian, dia ada mesej aku kat private number, tapi aku tak baca pun. tengok dari jauh je. Sebab aku tau dia saja je hantar mesej tu. kalau dia ada hal penting dia akan terus call. Lagipun tengah bizi kan. Malas nak layan. huhu!

Nak kena layaaaaan mesej diaaaaa jeeee.. Amboiiiii..

p/s : Promosi free gift masih berjalan seperti biasa. sehingga diberitahu.