Feb 13, 2013

Feeling Jojie sangat

Ini semua salah Ceera, dua hari lepas dia datang rumah. Macam biasa masuk bilik aku lepak-lepak. Lepas tu dia telah menunjukkan fesyen shawl Jojie.

Korang kan tau aku punye fesyen sama je sebelum ni. Aku takde la rasa bosan. Tapi kadang2 marilah kite cuba cara lain. Mana tau kot nampak lebih jelita. kihkih!!

Kan aku beli shawl yang best tu kat kawan aku. Kerana suka gila tahap tak boleh bla, telah beli semua warna yang dia ada. Pedulik hape aku kan. Kejap aku tunjuk yeah. Kot korang pun nak beli silakan. Murah je shawl dia RM25. Jap aku bagi link facebook dia. KLIK SINI


Dia panjang lebar dan best, macam gambar kat bawah.
 

Aku try la dengan Ceera pakai shawl ni. Buat cara dato ct pakai, Ceera muka dia pakai lawak gila. Berdekah2 kami berdua gelak. Tak dapat terima muka sehuduh itu. Rugi aku tak snap gambar. Takpe lain kali aku snap gambar dia, haha! Aku pulak pakai cara dato ct tu dah macam rupa bibik..

Lepas tu try Jojie punye gaya. bajet nak macam Jojie jugak, padahal hidung kemek kan. Bila try-try tengok cam okey je.


Cantik gila okey Jojie. Dia pakai simple je, tapi cantik. Esoknye nak dating, terus try-try pakai macam Jojie.

Sebenarnya tak yakin sangat nak pakai macam tu. Siap masuk kereta Qery..tanya dia dulu..kalau dia kata okey, baru aku pakai, kalau Qery kata tak okey, aku akan tukar balik pakai macam biasa. Biasanya Qery kata tak okey. Tapi kali ni dia kata okey pulak. Haih pelik betul mamat ni.


Jadi marilah kite teruskan perjalanan dan feeling Jojie semalam. Tapi itu je la sekali aku pakai. Sebab tak selesa. haha!


Memang selesa sangat pakai shawl macam ni, kepada new readers, kot ada la, haha! Camne nak pakai macam gambar kat atas. KLIK SINI

Okla bye! =)

Feb 9, 2013

Bestnyee Celcom Portawifi TradeIn!

Dulu, aku macam konfius sikit, sama ada nak guna wifi, atau nak pakai broadband. Sebab aku fikir, duluuuuuuuuuuu kalau nak pasang wifi kena ada line telekom. Dulu laaaa... Hihi! Lepas tu kalau boradband pulak, selalunya selow melow. Dalam kekonfiusan aku tu. Aku tak berapa nak stress sangat, sebab kat rumah aku ada wifi, dan aku ada broadband. Hamik kau, ketamakkan telah berlaku. Huhu!

Tapi, setelah petir memetir-metir line wifi aku. Aku pun tak tau la apa yang kena petir, tapi aku tau la line takde sebab kena petir. Sampai sekarang rumah akhak takde wifi. Sedeh! Guna laaaaa broadband saja. 

Tapi tapi tapi tapi....


Baru-baru ni, ada PROMOSI BROADBAND CELCOM, broadband dia boleh...

1. Cucuk kat laptop *amboi cucuk ayat aku kampung gila*
2. Cucuk kat kereta (kalau nak jadikan dia berfungsi seperti wifi)
3. Cucuk kat plug rumah (pun kalau ko nak jadikan dia seperti wifi)


bagusssye, kite boleh kongsi2 internet sampai 5 users!! Takde la satu boradband satu laptop. Gittew. Best kan..

Kenapa korang PERLU BELI PORTAWIFI??

1. Sebab korang boleh surf internet pada kelajuan 21Mbps kat rumah kat dapur, kat bilik air, kat laptop, dalam keretaaa pun bolehh...


2. Portawifi boleh share sampai 5 users!! Broadband ko ada?? Hihi!

3. Kalau korang dah ada boradband, boleh tukar dengan protawifi dengan harga RM99 je. Pastikan broadband tu masih elok tau, jangan bagi yg rosak pulak)


Kalau takde boradband lama, jangan nangis.  Boleh je beli portawifi dan dapatkan rebate sehingga Rm216, cuma daftar dengan mana-mana pelan Celcom First Data.

Celcom First Data
Basic
Advance
Pro
Monthly commitment
RM68
RM98
RM138
Rebate
RM156
(RM13 x 12  months)
RM180
(RM15 x 12  months)
RM216
(RM18 x 12  months)
Volume
4GB
6GB
10GB
Speed
21Mbps
PortaWiFi device
Only RM159 including in-car charger and tri-pin charger
(RRP:159)
Advance payment
RM199

PROMOSI SAMPAI 31 MARCH 2013!

Jangan lepaskan peluang yang best ni

Maklumat lanjut, korang boleh KLIK SINI
atau
http://www.celcom.com.my/promotions/trade-in-portawifi.html

Feb 7, 2013

Seperti yang dijanjikan =)

Jangan berdebar2, ini bukan entry KEJADIAN SABTU LEPAS. hehe! Ini janji nak bagi hadiah kat TOP AGEN/DEALER VCOA BULAN JANUARI.

Kepada semua agen/dealer ku. Terimalah hadiah yang tak seberapa ini. Akan ku pos esok. Tapi tak tau la sampai bila kat korang. Hihi!

TOP AGEN!!

1. Norshahirah Shaharin (019-4987924) Agen Sungai Buloh
2. Norfadzilah Shaary (019-3369681) Agen Kg Dato Keramat
3. Nurhasniza Kumaruzaman (019-7567044) Agen Puchong

TOP DEALER

1. Siti Fatimah Binti Rahmat (019-2334967) Dealer Bangi Lama
2. Zainab 'abidah Bt Abu Bakar (012-2292739)Dealer Gombak
3. Salwah Bt HAji Abdul Samad (012-2292739) Dealer Rawang

Sapa-sapa yang berdekatan dengan kawasan2 ni, boleh terus cod je k. Dorang memang terbaik dari ladang =)








Feb 6, 2013

Valentine?

Sebelum korang berfikiran negetif, aku bagitau awal-awal, aku tak pernah sambut valentine ye, sebab aku tau orang Islam tak boleh sambut. hihi! Semalam sign in facebook tengok kawan aku nak sambut valentine, tak kisah la kawan aku christian kot. Sukati dia la nak sambut pun kan, haha!

Aku start tau valentine day masa aku form 4, first time ada orang lelaki BERANI nak mintak kapel dengan iolls, haha! Awal tahun 2004. Dia mintak kapel, then dia suruh aku bagitau jawapan NAK atau TAKNAK masa 14 Feb. Aku macam 'WHY LA 14 FEB??'

Aku pun tanya kawan2 aku, semua bagitau aku 14 Feb tu valentine day ataupun hari kekasih. Oh semua orang tau la maksudnya, maybe aku tak tau sebab aku takde pakwe kot. Kesian aku, comel tapi takde boifren *muntoh*

Masa sekolah dulu kan, aku bagitau satu rahsia yeah. *sebenarnya tak rahsia pun, saja je buat-buat macam rahsia, nak bagi cerita macam best, huhu* Masa tingkatan 3. Aku dah tak pakai plastik kat tudung tau. Ko paham tak? Jap aku google gambar plastik tu.

Alamak. aku ada jumpa, tapi tak sampai hati nak letak kat blog, sebab gambar entah sapa2, haha! Kang tak pepasal aku kena saman kan. Aku rasa korang paham kot. Cover buku skrap yang plastik tu. kita bahagi 2 bahagian, lepas tu pakai kat tudung, jadi bentuk dia bulat seperti tudung fareeda mahupun ariani. Haha! 

Aku pakai plastik tu masa tingkatan 1 sampai tingkatan 2. Kalau takde plastik tu, rasa down gila sebab tetiba rasa muka hodoh. Jalan pun tunduk je. Bila ingat2 balik, rasa nak sepak diri sendiri. Haha! Siap ada wap-wap kat plastik tu, bawak keluar lap air2 dia, dan pakai balik. kadang2 tengah tulis nota, plastik tu jatuh, tertutup kat bahagian mata, dah macam robocop. Sapa yang pernah pakai plastik tau la kot. Sapa yang pakai tudung fareeda mungkin tak tau sebab plastik dia dah kena jahit sekali. Hew hew hew

Jadi masa form 3 dah dapat petunjuk, aku dah tak pakai dah plastik tu.Lagipun Ceera selalu sangat sorokkan plastik ataupun dia suka buang plastik kerana dia tak dapat terima adik dia sehodoh itu. Letih aku asik beli cover buku skrap. Tapi takpe, tanpa plastik, pun rasa diri comel jeeee.. *sifat perasan ni memang sejak di bangku sekolah*

Masa form 3 la aku ada suka sorang lelaki ni. Auw!! Gataiii nyeee. Suka tapi dalam hati je la. Takde la bercerita ke apa. Semua orang pun tak tau. Dah la sekelas pulak tu. DUSH!!! Walaupun budak lelaki tu tak tau pun aku suka dia, aku tetap tak kisah, haha! Aku suka sebab dia homeiiii!! Pastu pemalu. Aku ni suka lelaki pemalu sebenarnya, tapi tak tau la cane boleh dapat Qery. Masih tertanya2 lagi ni. Hihi!

Semata-mata semangat nak gi sekolah, sebab dapat tengok dia. Melampau. Niat nak belajar tu tak tau singgah mana, haha!Dalam kelas pun kadang2 curi-curi tengok dia, tapi takde la nampak sangat, kalau dia lalu aku pandang la, sebab aku dalam kelas duduk depan meja cikgu. #Ini semua phoyooooo....Duduk depan sekali, yang budak aku suka tu, duduk meja sebelah. Susunan kedudukan dalam kelas aku selang lelaki perempuan.Jadi belakang aku lelaki, sebelah meja pun lelaki. Lelaki belakang aku tak suka, lelaki sebelah i is suka miang gatai. haha!

Nak dijadikan cerita, kalau aku kena marah, kerja sekolah tak siap, kena denda, aku malu sangat dengan lelaki yang aku suka tu. Walaupun lelaki tu tak tau pun. Eh letih la aku tulis lelaki lelaki. Aku bagi nama dia "S" la eh. Aku malu dengan S sebab aku pun tak tau kenapa aku perlu rasa begitu. Huhu! Tapi S takde perasaan kot. Dia tengok aku kena denda kena marah macam biasa je.

Sehinggalah hampir setahun aku berperangai phoyooo.. Dah nak akhir tahun, baruuuuu akuu tau S pun syok kat aku. Ceaaa...perkataan 'syok' macam la S tergila2 kan aku kan, haha! Tak kisah laaa. Nasib baik aku baru tau akhir tahun, cer kalau aku tau awal tahun, lagi gilaaa nak tahan malu kena denda depan kelas, haha!

Tapi aku pun takde la bagitau aku suka kat S. Aku macam diam2 takde perasaan je. Buat2 macam

'Zuhana, S suka awak, dia nak kapel dengan awak tau. awak nak tak?'

'Oh really? Ok tengok la macam mana'

Haaaaa....kira aku cool gila la dapat menahan panahan jiwa. Hello? I is suka gila kat dia okey. Mana maunyaaa nak kata TAKNAK kan, haha! Tapi takpe, rilex. Malunyeee kalau orang lain tau aku minat kat sapa-sapa. Sangatlah tak cool kan. Lepas tu mampus kena bahan dengan geng2 aku yang cool tu. Jadi aku pendamkan saja niat tu. Sampai la aku masuk tingkatan 4. 

Masuk tingkatan 4, orang pertama yang aku tercari2 adalah S, haha! Gilaaa ahhh...berapa lama tak jumpa kan. Pastu nebes nak tau sama kelas ke tak. Terjengket2 intai tengok dia beratur kat barisan mana. Lelaki kan beratur kat depan perempuan belakang. Pastu dia masuk kelas apa aku tak ingat, yang penting tak sama la. Fuh..nasib baik tak sama kelas, kalau kena denda lagi takde malu. Almaklumlah, pemalas buat kerja sekolah. Hinssss

Setiap kali balik sekolah, dia akan tunggu aku *ceaa konfiden kata dia tunggu aku kan, haha* kat bawah pondok sekolah. Dia balik awal, tak silap aku kelas sastera balik awal kot. Kelas sains balik lambat. Dalam 2.10 macam tu. Dorang 1.30 dah balik dah. Aku balik selalu la buat-buat tanya 'eh tak balik lagi' padahallll kan..haha!

Tapi takde la dating ke apa. Sebab aku malu kot nak dating. Kalau dia ajak lepak kat sekolah pun aku cakap aku nak balik, sebab kawan2 aku ada. Takkan la aku nak balik sorang2 nanti. Rumah dengan sekolah aku jalan kaki 20 minit tau. I is bosan la jalan sorang-sorang, daripada aku dating, baik aku jalan kaki balik dengan kawan-kawan. Gittew. Jadi setiap hari pun dia hampa. Sehiggalah aku dapat tau aku dapat masuk asrama kat negeri sembilan.

*Sebenarnya aku dah cerita dah pasal ni, tapi cerita ni dah delete.jadi aku cerita lagi.Kalau yang dah tau tu diam2 je eh..tak yah komen 'tolong la sepet, dah baca kot dulu' haha! kang aku sentap. Aku ofkos happy gila dapat masuk teknik. Sebab? Aku tak suka sorang laki ni selalu tunggu aku kat kantin. Nak mengorat. Lepas tu suka panggil2 aku zuhana zuhana. Euw! Benci gilaaaaa.. Sumpah tak suka lelaki macam tu. Mengorat secara terbuka, tak malu betul. Bila dapat tawaran masuk teknik, aku happy la tak payah tengok muka lelaki yang tak malu ittew.

Tapi S kecewa. Satu hari. aku masuk perpustakaan. Aku tak tau dia cari aku sampai pusat sumber. Disebabkan dia pengawas pusat sumber, dia terus ajak aku masuk bilik APD (Alat pandang dengar), dalam APD kalau takde cikgu tak boleh masuk, tapi sebab S kan pengawas, jadi boleh la masuk. Hew hew!

Dia pun meluahkan bla bla bla bla. Tak bagi aku masuk asrama. Rindu bla bla bla. Tak sanggup tak jumpa bla bla. Kahkahkah! Dah geli ke belom?? Aku dah geli...hahaha! Dalam tu aku macam blur. Aku suka la jugak, tapi takde la sampai sanggup tolak tawaran masuk asrama kan. Gila ke aku nak bercinta punya pasal sanggup tak nak gi asrama. Jadi, aku pun cakap elok-elok dengan dia. Aku bagitau aku memang nak masuk asrama, aku cakap kalau aku masuk asrama pun kite boleh jadi kawan, masing2 ada handfon boleh contact. Iolls dah ada handfon 3310 masa tu. Canggih ye.

Sabtu terakhir aku kat sekolah. Cea sabtu terakhir ko.Tak boleh bla. haha! Aku datang jugak sekolah sebab nak ambik surat, cop, semua-semua. Kebetulan sabtu tu ada unit beruniform. Aku nampak S, dia macam gelisah. Pastu dia panggil aku. Aku macam dah redha je nak tinggalkan dia. wahhh!! Marila lempang diriku ini, haha!

Kami pun berlepak di bangku kantin sekolah yang panjang tu. duduk berdepan tau. Bukan sebelah2. No no no. Dari dulu aku tak suka duduk sebelah-sebelah. sampai sekarang ni. Susah nak komunikasi tau. Kepala teleng2. Hehe! Kalau nak bercakap, kena pandang seluruh wajah, depan2. Baru puas hati. Dia pun start la  cerita bla bla bla bla, sejak bila suka bla bla bla bla. Aku tak pernah bagitau aku suka dia masa tu. Aku tahannn je ni, gigih tak gigih kan. Masa tu la dia mintak kapel. Dan suruh aku bagitau jawapan masa 14 Feb. Aku takde la tanya dia kenapa kena bagitau 14 Feb tu. Tapi aku tanya kawan2 perempuan aku.

Masuk teknik. 8 Feb 2004. Masa ni baru kenal kawan2 baru. Malam tu kite lepak tanya suai kenal buat sendiri-sendiri. Tanya la. Ko dari mana, ayah ko kerja apa, mak ko kerja apa. Ada boifren ke tak. Tetiba tanya boifren ada ke tak kan.Sesuatu okey dorang ni. Aku pun jawab je la. Dari Cheras, mak suri rumah, abah berniaga, takde pakwe.

Lepas tu semua macam... 'KEMONNN laaaa z-u, jangan la nak rahsia-rahsia, menipu la muka macam ni takde pakwe'

Iye aku tau aku comel *kahkah* tapi memang betul aku takde pakwe. *dan aku pasti semua yang baca sekarang ni ada perasaan nak muntah* huhu

Dah selesai sesi suai kenal. Malam nak tidur tu, aku teringat S. Lagi seminggu je nak 14 feb. Nak kena bagitau S yang aku tak boleh terima dia. Bercinta di waktu sekolah? Aku tak pernah bercinta kan. Lagi nak sambut valentine. Haha! Memang tak la.

Sampai la saat 14hb Feb 2004. Aku balik rumah. Aku on fon. Aku baru mesej S hai, S terus kol aku. Masa ni malam tau...

Masa ni la pestime aku tolak lelaki yang aku suka, haha! Gila kentang weh. Dalam hati, takpe. Lepas sekolah boleh jumpa lagi. Lepas je aku tolak, bertalu-talu kawan2 baik S call. Pujuk aku suruh kapel. I is hello?? Apa ni? Paksa2 ni? Huhu! Dorang cerita la S malam tu jalan sorang-sorang, kat sekolah tak bercakap, bunyi macam frust sangat la ni. Aku buat tak reti je. Habis tingkatan 5. Aku kerja kat Times Square. S datang teman aku masa rehat. Tanjat iolls, dah 2 tahun tak jumpa, tetiba dia tau aku kerja kat Times Square. Tapi masa tu dia takde la ngorat aku, aku pun tak tau la kot dia ada makwe dah kan. Lepas dari haritu, aku dah tak jumpa dia dah. Sampai la sekarang ni.

Setiap kali orang sebut tarikh 14 Feb, aku bukan teringat sangat pasal valentine day, aku mesti lebih teringat kisah2 ni..Rasa lawak, sebab kecik2 dah gatal. Siap frust aku tak paham. Aku takde la frust pun masa tu. Chill je, ramai lagi kot lelaki pemalu kat teknik iolls masa tu, kahkah!!

Kepada adik-adik, tak payah la bercinta di waktu persekolahan ye. Tak payah jugak sambut valentine. Tapi kalau nak perasan lawa masa sekolah, silakan. perasan lawa adalah perasaan paling best aku pernah alami masa at sekolah. Huhuhu!!

Okeyla...semoga hari korang ceriaaaa harini. Byeee!!

Feb 5, 2013

Ini kerja korang ye

Semasa aku tengah berbizi-bizi dan bajet bizi di rumah sendiri, aku memang tinggalkan fon dalam bilik. Dalam bilik ada Ceera, sebab dia nak tidokan Yunnan. Pesan kat Ceera suruh tengokkan barang2 aku. Handfon semua main tinggal je dalam bilik.

Aku pun memang banyak lepak dalam bilik, tapi ada la kejap2 keluar bilik semua kan. Malam tu nak tidur, tengok2 gambar. Dan terus pelik, uih budak2 ni tak sah tauu kalau tak snap gambar syok sendiri kat fon aku. Aku dah agak dah....


Amboi Nisa, Nisa dah big girl dah.Tak main dah dengan budak kecik-kecik, nak main dengan budak besar je. Pastu suara dia paling kuat. Dulu tecik je, larat la aku nak dukung, sekarang ni, baik kau jalan kaki. Bertambah pendek maksu kalu dukung ko. Haha! Dah la maksu paling pendek dalam adik beradik. Sabooo je la.

Aku memang paling rendah tau dalam adik bradik aku, yang lain semua tinggi je. Nyampah. Nasib la aku bongsu, takde la sentap sangat.. Kesian tak cukup zat agaknya, huhu!

Tetibe cerita ketinggian adik beradik. 


Ni bila masa pulak? Tudung sapaa la jadi mangsa. Aku rasa aku takde tudung bawal macam ni. Motif snap gambar passport macam ni ken? Nak ke luar negara ke? Huhu!


Q : Boleh tak kite nak beli casing doremon ni kaler pink
S : Erm boleh je *malas nak layan*
Q : Tapi nanti kawan kite nganjing kat skolah
S : Camtu ambik la warna biru...

(____________________)

Macam la kalau beli warna biru pun tak kena nganjing kan..

Pakwe sapaaaaa la tuuuu...huhu~

Saya sayang customer saya.

Eceh...ayat manis tau. Tapi sumpah tak tipu. Kadang2 bila aku fikir, tanpa customer, siapalah aku. Walaupun pembelian RM1, aku tetap sayang tau. Tak kisah la yang cerewet ke, yang suka marah-marah ke, yang sweet ke, yang kelakar ke, semua aku sayang. 

Aku seperti tak boleh bla bila bukak facebook, bila ada orang marah customer dia. bila customer marah2 barang tak sampai, lepas tu dia pergi marah balik customer dia. Jangan macam tu tau. Customer beli dengan kite sebab dia percaya kat kita. Dia marah mungkin sebab dia frust, dia tak tau keadaan pos laju sekarang macam mana. Kite yang tau ni kite kena explain. Kalau dia still tak boleh terima, just pulangkan duit dia, tapi tak perlu marah2 customer tu dengan bahasa kasar. Bahasa adalah melambangkan bangsa. 

Sekarang ni ramai tau orang melayu macam ni. I is pelik. Kadang2 aku tengok bangsa lain elok je bahasa dia layan customer, yang melayu ni yang ramai emosi. Kadang2 tak semestinya dia tanya kite, dia nak beli kat kite, kadang2 dia tanya kite, tapi dia beli kat orang lain. Aku dah biasa pun. Anggap je bukan rezeki kite. Jangan nak marah2 and paksa orang beli kat kite. Sangat wierd tau.

Minggu lepas aku bizi, kerana aku nak bertunang, aku mintak maaf sangat memang 2 hari aku tak tengok handfon, bukanlah langsung tak sempat nak tengok fon. Tapi aku pun ada tetamu untuk di layan, aku ada family,. Secara amnya, ewahh..haha! Aku pun perlukan masa untuk bersama keluarga, sangatlah tak sopan bila hari yang penting untuk aku, tetiba aku sibuk nak berbisnes kan. Gila duit sungguh, haha!

Jadi ada yang paham, ada yang tak paham. Takpe yang tak paham tu aku anggap je dia memang tak paham, nak buat macam mana. Hihi! Tapi bukannya setiap sabtu ahad aku bizi. Cuma minggu lepas je pun. Tapi disebabkan aku rasa macam hectic gila life sabtu ahad pun nak berbisnes. Seperti kau takde life, kadang2 keluar pun tak senang, nak buat apa pun tak senang, kerana orang kol nak itu nak ini kan. Hihi!

Ada masa aku memang jawab. Kadang2 kalau i is dalam wayang, sorry tau. Kite buat2 tak perasan je vibrate tu. Hihi!

Aku sebenarnya takde tetapkan masa pun untuk sesiapa mesej aku. Korang boleh mesej aku anytime, pukul 9 pagi, 9 malam, 3 pagi, sabtu, ahad, public holiday, anytime korang rasa teringat nak beli, korang boleh terus mesej aku. Aku tak ada masalah. Tapi kalau macam public holiday, sabtu ahad, korang pepaham tau, kalau aku reply on the spot tu, kire alhamdulillah la.Haha! kalau aku reply lambat tu, mungkin aku tengah melayan anak buah, tengah dengan family, tengah dating, tengah ada hal.

So far so good, semua customer pun memahami. Semua agen dealer pun paham keadaan aku, aku pun tak kisah kalau customer tetiba beli dengan orang lain sebab aku lambat reply. Sebab aku paham, aku slow, aku tak dapat nak commit kalau hari sabtu ahad. Aku baru lagi dalam bisnes ni, aku punya service memang aku mengaku tak tip top macam orang lain. Tapi aku serius bersyukur, bila bisnes online, ramai kawan2 yang aku kenal, walaupun kat handfon je, tapi aku rasa aku ramai gila kawan. haha!

Kepada semua peniaga online, hargai customer anda, jangan kerana mereka marah2, korang pun marah balik. Biasalah tu. Adat berniaga. Pengalaman tak dapat dijual beli. 

Kepada customer, tak kisah la korang suka beli kat siapa. Maafkan jika service so so je. Hihi! TQ sebab percaya kat aku. Semoga korang dimurahkan rezeki, diberkati hidup, dan ceria selalu. =P


Salam sayang dari Sepet
012-2678-134

Tetiba bagi no fon, suruh order barang lettew, haha!
(promo felinna inchloss dengan vcoa dah nak tamat, cecepat grab k)

1 gambar je yeeee.

Ok la bagi satu gambar ye, korang ni sajaaa je la. sanggup sms mintak upload satu gambar. Pergi la add ceera dengan viruspadu dengan kakak2 aku yg lain, berlambak gambar haku dalam facebook dorang, hihi!


Tataplah sampai puassss...haha! Sebab lagi sebulan baru aku cerita full. Ko berdoa Ceera update cepat k. Pergi tweet atau komen kat fb dia, suruh dia update. Huhu! Kepada semua yang wish, terima kasih kerana doa kan yang baik-baik untuk aku. Buat masa sekarang, marilah kita count down bersama2. Miahahahaha!

Kbyeee!!

Feb 4, 2013

Jalan-jalan jeeee

Semalam yakni ahad, tetiba cerita hari Ahad kan, cerita hari Sabtu kite pospon la eh , tunggu semua gambar siap, aku cerita sekali harung. Boleh??

Semalam aku dengan Qery dua2 bangun lambat. Sebab rasa letih gila. Tak cukup tidur kan. Aku bangun tido balik. Sampai la pukul 2 petang. Haha! Nasib laaaa... Bangun2 turun dapur tengok mak masak nasi goreng. Tak lapar pun, tapi mak suruh makan. Aku makan je sikit.

Lepas makan terus siap2, pukul 3 Qery datang nak gi PPM kat SACC Shah Alam. Saja je pergi sana. Mula2 ingat nak tengok-tengok design pelamin bla bla bla. Lepas tu tak boleh la ramai2 ni, i is malas nak jalan. Terus ajak Qery balik. Hihi!

Tapi sebelum balik, kite snap gambar bersama Kak Yana dan Qery dulu.


Mula2 ingat nak bergambar dengan frame kat bawah tu, tapi geli ayat2 nya seperti 'be mine' 'hers' 'marry me' euwww...boring kot. Takde ke ayat lain kan. Asik itu itu je. Terus tak jadi aku amik.


Motif sangat kan..haha! Kak Yana tetiba pegang beg. Aku pun tak tau..
 


Makcik Yana nak tumpang ke?? =P
 
 

Itu je, sebenarnya aku malas nak cerita, haha!

Okbye

Feb 2, 2013

Tak ada perasaan.

Di saat korang membaca ini, aku sedang menjalani satu proses mengeratkan lagi hubungan sesama islam. Ecewah, tetiba sangat ken. Entry ni aku tulis pada malam hari. So biasalah. Kalau merepek, paham-paham la labu.

Ada yang tau, ada yang tak tau, ada yang memang malas ambik tau. Hello? Sepet je okey, kalau Lisa Surihani ofkos i tau semuanyaaaa...haha! Kepada yang tau tu, doakan semuanya berjalan lancar ye. Bukan aku tak nak cerita kat korang sekarang. Tapi aku rasa, belum masa nak cerita lagi. Tapi pasti akan ku ceritakan jugak. 

Jadi semua yang nak tau *feeling arits sangat ni, haha* di harap bersabar. I is kompom cerita, sebab dah janji dengan mereka2 yang terlibat untuk cerita. Sebenarnya pun aku malas nak cerita, nak jadikan koleksi peribadi je. Tapi bila dah berjanji dengan orang, kita kena tepati lah kan. hihi!

Sekarang ni, aku takde perasaan lagi. Rasa macam, apa pun terjadi, aku kena harung jugak. Jadi harungi je la. Doa banyak2 supaya semua berjalan dengan lancar. Doakan aku ye.

Oh, sapa mesej aku, sorry. I is bizi sekarang ni. Esok baru kite bukak kedai. =P

Ok la byeee!! =)

Feb 1, 2013

Pengumumannnnnnn!!!!!!

Ha engkau, konon sangat pengumuman aku tu. Bajet macam semua orang nak baca je. Haha! Tak kisah. Kalau yang macam tak tau apahal la minah ni meroyan nak buat pengumuman kan. Dia fikir dia pengetua. *sambil betulkan shawl*

1. Harini KL cuti.

Aku baru tau semalam malam. Aku selalu pos barang kat Cheras. Kawasan KL. Jadinya kalau dah cuti, Pos laju pun tutup. Alkisahnya, tak dapatla daku mengepos barang korang. Kecuali kalau Qery is rajin nak cari Pos Laju kat Ampang. We will see , tengok kepada masa. Sebab esok rushing sikit. Jadualnye padat. Apa-apa pun aku akan cuba sedaya upaya. Tapi ramai mesej aku bgtau Isnin cuti. Aku tengok kalender takde cuti pun. Ke korang buat cuti sendiri? hihi!

2. Pos laju tak berapa nak laju

Okey, ramai bagitau aku barang tak sampai lagi. Aku wakil pihak pos laju meminta maaf la sebab service kurang memuaskan. Sebenarnya barang sampai lambat bukan bidang kuasa aku.  Sebab aku pun bukan bekerja dengan pos laju. Tapi itulah kan, selagi barang tak sampai, selagi tu masih menjadi tanggungjawab aku untuk pastikan barang tu ada kat mana, kenapa tak sampai lagi. Bla bla bla. Tapi aku memohon kerjasama semua, supaya cek sendiri kat pos laju. haha! Kalau aku free aku boleh cek kan. Kalau aku kat luar, aku susah sikit nak cek, jadi korang boleh tengok tracking number yang aku bagi kat atas tu, boleh cek online, atau pun boleh call terus pos laju. Kalau still seharian tak dapat contact pos laju, bagitau aku. Sebab aku boleh tanya masa aku pos barang nanti. 

Ini pesanan abang pos laju kat aku tadi, aku bagitau korang yeah. Buat masa ni, dorang kekurangan staff. dan parcel terlalu banyak, banyak dari yang di jangka. maklumlah nak raya cina. Lagila banyak parcel. Aku paham. Korang aku tak tau la boleh accept ke tak. Aku cuma buat pengeposan menggunakan pos laju. Kalau korang request nak suruh aku guna skynet ke gdex ke, sorry yeah. Aku tak buat. Lagipun sama je semua. Skynet pun bukan semua benda esok sampai, kadang2 ada jugak yang pending. Jadi baiklah aku guna pos laju je. Kalau korang nak cepat, sila datang rumah iolss, haha! Senang aku bagi terus. =P

3. Esok dengan harini, aku tak berapa sangat tengok fon.

Ceaaa...cam perlu ke ko bagitau ko tengok fon ke tak kan, haha! Maksudnya, aku tak janji dapat reply mesej korang secepat mungkin. Mungkin la korang sms pagi, malam baru aku dapat jawab. Gittew, diharap korang boleh bersabar lah ye. Huhu! Tapi aku akan cuba curi2 masa reply mesej/wassap tu yeah.

4. PROMO VCO TREENEA

(BELI 2 KOTAK RM75 (SEMENANJUNG), RM80 (SABAH/SARAWAK)
(BELI 3 KOTAK RM75 + RM40)
PROMOSI DARI 1 FEB - 7 FEB

AGEN DAN DEALER SILA SMS/WASSAP AKU SEGERA (tapi macam biasa slow sikit makcik reply, kahkah, suruh orang mesej, tapi ko slow, apa pun tak boleh)

Kepada agen/dealer yang nak COD, aku free Ahad malam sahaja. Itupun korang kena turun sama ada Tesco Cheras atau Tesco Ampang. Kalau tak boleh, isnin aku pos. Tolong mesej 012-644-8704 (Qery) untuk COD.

5. PEMENANGGGGGGGG BEKAS COMEL!!

1. Pengomen pertama - Arai@Nana
2. Pengomen ke-30 Ana 

Tahniahhhh...sebenarnya aku tak bukak lagi email, haha! Tapi korang sila email je kat aku, nama alamat no telefon beserta warna kegemaran lagi sekali. Nanti aku reply.

6. Felinna Vitamin C Dah habis!!

Tolong jangan bank in untuk vitamin C ye. Pleaseee.. Sebab memang dah habis. Aku tak tau bila Felinna nak keluarkan balik stok tu. Kalau dah ada, cecepat aku bgtau. Pun tak nak buat pre-order. Tak nak aku ambik duit korang, yang tak pasti lagi benda tu sampai bila. Jadi, kalau korang jugak, boleh cari kat dealer2 yang masih ada stok. Aku cuma ada losyen je. Kalau nak beli losyen, silakan sms, hehe!

7. TOP AGEN

Next week baru aku bagitau korang, sebab aku kena kira balik, semak semua list2 pembelian korang. Mohon bersabar ye semua. I is slow. Buat kerja memang perlahan. Siput pun tak nak ngaku sedara. Hihi!

OKbyee!!