Oct 4, 2012

Lari dari rumah

Keluarga aku kalau dorang ingat cite pasal ni, kompom dorang gelak bahan aku sampai menangis2. Psycho sangat dorang ni. Korang pernah tak ada keinginan nak lari dari rumah? Kalau ada, sila tanamkan saja angan-angan tu. Sebab very no no no good.

Meh aku cite dulu eh. Masa aku kecik, aku ni suka melukis tau. Aku suka tulis la. Tak kire la buku sekolah ayie ke, ceera ke, jemah ke. aku contengkan saje. Gila kentang, kekeke! Kerana perangai aku yang 'baik sangat' tu, aku sering dimarahi oleh ahli keluarga.

Pernah la aku pinjam water color abang aku,tapi aku tak bagitau dia. Family aku dulu kalau tanya takde nak slow-slow, semua jenis tengking sesaja. Ayie bengang agaknya, sebab aku selalu bagi masalah kan, hahaha! Dia terus tanya aku marah-marah lebih kurang gini la bunyi dia

'KO AMBIK WATER COLOR AYIE KAN!! MANA KO LETAK???'

I is takuit, hahahaha! Aku kalau takut terus diam..bukan taknak mengaku, tapi dah ko marah-marah i takuit la kan. Bila aku diam, dia tak puas hati. Dia seret aku sampai ke dapur. Huwarghhhhh..aku redha..hahaha! Yang si Ceera ni pulak marah la Ayie, agaknya dia kesian aku diperlakukan bagai adik tiri kan. Cubit tak yah cite la, masa tu keadaan aku memang macam orang teraniaya. padahal aku yang bersalah dalam ini hal. Kekeke!

Ayie tak puas hati, sebab dia tak salah dia pulak kena marah. Dia selalu sorokkan barang2 sekolah aku. Seruling, buku muzik. Dia kejam. Bila aku cari tak jumpa. Nak gi sekolah esok takut cikgu marah. Cikgu dah pesan suruh bawak seruling dengan buku muzik kan. Nangis-nangis la cari dengan mak aku. Rupanya ada dalam laci tudung mak aku. Ko bayangkan kenapa boleh ada dalam tu. Kuikui!

Aku suka sepahkan rumah, balik sekolah baju campak je mana-mana, Ceera pulak kejenya kemas rumah. Dia paling bengang la dengan aku sebab semua benda yang dia kemas tu aku la yang sepahkan. Satu hari dia baru lepas kemas rumah tau, aku balik sekolah campak je tudung. Dia punya hangin, hahahaha! Dia suruh aku simpan tudung tu, aku tak simpan-simpan. Lepas tu makan la penampo dia.

Aku pun nangis...

Masa nak gi sekolah agama petang tu, aku tulis surat kat mak aku. Tapi letak atas meja cermin. Kan dalam cite melayu kan kalau ada surat nak pesan pape letak kat cermin meja alat solek tu kan. Gitu la gayanye. Kepilkan surat tu tindih dengan barang. Pegi sekolah agama dengan hati yang lara...hahaha!

Dalam surat tu..

'Mak, Ana dah tak tahan lagi..Ana nak lari dari rumah'

Der? macam la mak aku kisah kalau dia baca surat ni. Anak i 9, kalau lari sorang tinggal 8, banyakkk lagi..haha.

Tapi takde pun aku lari, balik sekolah agama tu selamat je sampai rumah. Lepas tu langsung tak teringat pasal surat. Tak ada jugak orang bercakap pasal surat tu. So memang dah lupa gila la.

Beberapa tahun kemudian. Ini tahun tau..bukan hari ataupun bulan. Mungkin la 3 tahun macam tu. Jemah kemas-kemas rak buku dia. Sekali dia jumpe surat aku tu. Dia pegi hebah satu family. Semua bahan aku sampai aku nangis. Sentap habis la time tu. Macam mana la surat tu masih wujud???????

Tapi bukan aku je yang pernah ada perasaan nak lari dari rumah. Ala masa kite kecik-kecik, kena marah sikit je nak lari dari rumah. Entah pape. Ceera dengan jemah pun pernah nak lari dari rumah. Tapi nak lari duduk belakang rumah je. Boleh??

Korang pun mesti ada buat macam ni masa kecik kan. Ini sedikit gambar curi dari blog Ceera.

 
 Gambar masa aku kecik sangat tak tau umur berapa.  rambut kelinting. walaupun rambut i kelinting, semua sayang i je. Dan paling boring dulu, bila jumpa sapa-sapa mesti dorang cakap camni kat aku.

'nak pinjam rambut boleh??'

Ingat aku suka?? hahaha!

 Main-main dalam bilik dengan Ceera dan Ayie, aku tak sure kenapa aku pakai bedak tu??


Ceera, Sepet, Abah, dan Jemah. Kitorang dari dulu memang suka amik gambar tunjuk gigi *walaupun i sedar diri gigi tak cantik*

Masa ni aku 6 tahun. Okbye

Oct 3, 2012

Muka comel, pakai tudung apa pun comelnyeeee

Tajuk di atas dirujuk kepada aku. 


Kekekeke! Tak la..main-main je. Bukan aku la. Di rujuk kepada saudara seislam kite di bawah ini =)

*tuan punye gambar, kalau nak saya remove bgtau tau, sebab saya nak mintak permission tapi tak tau awak punye facebook, orang tag-tag saya =P*

Comei sangat kan. Cik Sazana kite la tag gambar ni, dia kata dia try kat kawan dia. Sebab dia cakap muka dia tak sesuai pakai shawl macam aku pakai. 

Uih comei sangat orangnya.
 Jeles i..huhu!

Nampak sangat nipunyeeeeeeee

Pernah tak ko berkawan dengan orang cakap besar? Aku jarang jugak dapat kawan macam ni. Memang tak suka pun kawan dengan orang cakap besar. Sebab rasa menyampah. Semuanyaaaaa diaa je yang betul. Tu takpe, kalau ko cakap gini, dia akan cakap giniiiiiiioooooiiiii.. Haaa..gitulah...

Ada satu harini, perbincangan pasal blog, memang kawan-kawan satu department aku tau aku ada blog, tapi bukan la satu spital tau. Aku bukan la popular mana ken. Setakat satu department tau tu kira alhamdulillah la. Ada la sorang budak ni baru masuk. Dia pun join la cite kemain excited buat blog boleh dapat duit, update je apa-apa pun, copy je apa-apa fakta letak dalam blog, orang baca blog ko, lepas tu ko dapat duit.

Aku pun dengan tak malunya tanya la dia..

'ko buat iklan under apa? Nuffnang ke?'

Yela sebab Nuffnang kan femes, lagipun senang nak daftar dengan Nuffnang semua kan. Dia pun cakap la dia pun under Nuffnang. Aku pun terima je la. Tapi aku takde la cite aku pun ada buat iklan dari nuffnang ke apa kan. Aku dengar je la dia cite..

Kawan-kawan aku yang dengar cite dia ni tanya lah kat dia, kita bagi nama dia A la eh..K ni stand for kawan.

K : duit tu dapat macam mana?
A : Duit tu nanti nuffnang bank-in masuk terus dalam account kite.

Erk?? Nuffnang bank in terus?? Apakah?? Selama aku hidup Nuffnang tak pernah bank in aku duit, Nuffnang hantar cek ada la. Aku pun macam peliknyeeeeeee... Terus aku tanya A ni.

Aku : Ko buat iklan nuffnang?
A : Haah.
Aku : Atau ko buat iklan under syarikat lain?

*sebab aku ada jugak buat syarikat lain, yang ni dorang bank-in terus, cuma Nuffnang je bagi cek*

A : Tak la, ada syarikat lain ke? Nuffnang dia bank-in je kat aku.
Aku : Ko pernah dapat ke?
A : banyak kali dah.. *lepas tu dia sambung la cite dia kat kawan2 aku*

Ok fioneeee, nampak sangat ko nak up diri sendiri. Sebenarnya aku dah tergelak, kawan2 aku ni yang tak tau pape pun percayaaa je la kat dia tu. Hello?? Blogger terhebat dalam dunia pun Nuffnang bagi cek okey, tetiba sampai ke engko Nuffnang bank-in. Geli aku..

Aku tanya la blog dia pasal apa ken, mana tau femes sangat kan sebab tu Nuffnang bank-in terus masuk account dia, kuikui! Dia pun sambung la cite..blog dia pasal fakta-fakta ni, dia copy je mana-mana fakta, dia masukkan dalam blog dia. Aku dengar je la budak ni membebel. Tapi percaya tu tak la. Sebab kita dah tau dia macam mana. Cite nak up diri sendiri, kekdahnya menipu. Mungkin la kalau aku takde blog aku akan percaya cakap dia kan.

Sebab cara dia cite tu memang real habis. Banyak lagi benda dia cite yang aku akan buat-buat dengar. Tapi nak percaya tu, ko paham-paham la.

Ada sedara aku ni pun suka up diri sendiri. Cite pengalaman kerja pung pang, tender syarikat itu syarikat ini, boleh setel dengan company besar, cite pasal company dia, cite pengalaman dia..bila tanya ko dah keje bape lama, baru 3 bulan. Tak ke ko rasa nak lempang diri sendiri.

Aku memang tak boleh la berkawan dengan orang cakap besar ni. Rasa nak gelak tapi tak sampai hati.

Baju untuk mereka yanng plus size =)

24H Sticky Mode : Entry baru di bawah =)

Tiba-tiba aku rasa aku sangatlah prihatin kepada semua wanita-wanita tak kira macam mana pun bentuk tubuh koraang ken..hehehe! Yela bofore ni ada yang sentap aku asik tunjuk shopping online jual baju slim melim je. Yang comel-comel perhati je. Olololooooo..meh kat kite meh.. Kite nak tunjuk satu online shpping jual Plus size pulak yeah....

Baju-baju ni semua menarik perhatian aku. Lawa =)

 Cantik, tak silap aku dua helai je lagi ni. baik korang cepat sebelum terlambat, harga pun RM37 je. Murah...!!

Yang ni design dia cantik kan. ada 3 warna je. RM42. Harga-harga baju ni semua below RM50, semua mampu la.

Ini pulak kain lycra, ada banyak warna, harga RM45.


Korang nak tau harga pergi klik kat online shop ni yeah. Aku tunjuk gambar baju-baju dia tauuu






Jadi sapa-sapa yang rasa susahnyeee nak cari online shop untuk plus size boleh ke


Yang penting harga murah okey, hehe!
Cepat beli sebelum saiz korang habis.

Oct 2, 2012

Beg saya ini =)


Sebenarnya, aku rasa ada berpuluh jugak la orang tanya pasal beg yang aku selalu pakai ni. Mananya tak berpuluh, sebab aku dah pakai beg ni dekat dua tahun. beg ni memang cantik. Aku suka. Sebab tali dia boleh adjust.

Buat masa ni aku tak dapat cari lagi yang replika punya. Aku try jugak cari sebab ramai nau yang nak beg macam ni. Tapi sampai ke sudah, tak ada. Aku pernah tengok dua orang je pakai beg sama macam aku sepanjang 2 tahun tu. Sekali tu kat dalam Hong Kong Disneyland, ada sorang orang Korea ni pakai, satu lagi kt Jusco Balakong, ada sorang chinese pakai.

Disebabkan beg ni pesan dari aunty Qery kat Korea. Aku pun tak tau berapa harga sebenar beg ni ye sebab beli dengan purse. Aunty dia bagi half prize sebab i kan comel. Ahahaha~~

Aunty dia selalu gi Korea, selalu jugak la dia bawak balik beg LV untuk diri sendiri. Sebenarnya beg yang aku pakai ni untuk aunty dia pakai sendiri. Tapi sebab aku yang manja sangat ni dah berkenan. Maka dengan sekelip mata menjadi milik aku. Kuikui!

Ada jugak la aku beli beg gucci dari aunty dia jugak, tapi tak pakai sebab beg tu berat sangat. Kecik tapi berat, pernah la pakai beberapa kali, jap aku cari balik beg tu..


Yang LV tu pun berat hamat. Tapi sebab dah biasa kot. Aku redha je. Sebab tu aku selalu bawak beg LV tu jalan bongkok2, berat....sobsss. Qery selalu bising kalau kena bawak beg aku sebab dia kata berat. Padahal dalam tu ada payung, purse dengan mekap sikit. Tu je pun. Berat dia macam kau sumbat sampah.

Aku okey sebab dia punya tali tu lebar so tak sakit bahu. Aku pun try cari kat google kot la ada beg design sama macam aku ni, boleh la aku suruh korang tengok and beli sana je kan, tapi tak ada. Tak pernah jumpa jual kat online. Gerammm..

Agaknya sebab design lama kot. Yela dah berapa tahun ni?? 2 tahun kan. Sekarang design baru lagi banyak. Sapa-sapa nak tu, maaf sangat eh. Aku tak tau nak cari mana beg ni. Kalau korang terjumpa mana-mana beg yang sama macam aku, tau ada jual kat mana, tolong bagi link kat aku. Terima Kasih =)


Alahan @ Allergy : Boleh dirawat atau tidak?

Entry ni supaya lagi 5 tahun aku tak lupa benda ni yang aku belajar masa aku kerja. Harap-harap boleh ingat sampai bila-bila. Amin

Masa kerja kat farmasi dulu, top drug yang keluar dari farmasi adalah ubat selsema, dan ubat allergy. Sebenarnya ubat allergy ni kebanyakkannya sama dengan ubat selsema. Kalau ko gatal-gatal la. Dan kebanyakkan ubat allergy tu effect dia mengantuk. Ada banyak jenis ubat selsema (Atarax, Clarinase 24H, Clarinase, Actifed, Piriton, Xyzal, Zyrtec ada banyak lagi la, yang original punya produk aku ingat, yang generic punya aku tak sure sangat, kena tengok trade name dia dulu).

Begitu ramai yang ada problem flu ni. Flu ni kalau yang kerap ni maknanya kita ada alah kepada sesuatu benda yang kite sendiri tak tau apa dia yang kite alah kan. Kita ingat flu biasa Tapi kalau dah bertahun kau flu je, takde makna lain dah tu. Kadang2 korang memang give up dah. Ada yang memang stok Avamys kena ada dalam handbag, tiap-tiap pagi bangun kena spray. Ada yang stok Oxynase pun simpan je dalam beg. Dorang memang ingat tak ada ubat yang boleh rawat alahan ni.

Kesian okey, aku tengok kawan2 aku memang tiap2 hari tissue kena ada dalam poket, hidung merah-merah. Bersin, mata berair, gatal-gatal. Asik la telan ubat je.

Yela kan, alahan ni kite memang tak boleh buat apa sebab ini berkaitan dengan immune sistem badan. Memang ramai orang kata alahan ni tak membawa maut, setakat gatal-gatal je, tak pun flu, takkan la sampai maut kan. Tapi ada beberapa makanan yang boleh membawa maut seperti telur, kacang yang boleh mengembang kan nerve korang sampai korang tak boleh nafas semua. Kena ambil steroid pulak untuk redakan nerve.

Kalau korang adalah salah sorang yang mempunyai alahan yang teruk, ekceli korang boleh buat test kat hospital. Even tak semua hospital ada benda ni. Ko kena tanya doktor tu dulu la ye. Apa yang korang boleh buat.

Buatlah SPT. Apa itu SPT?? SPT ni adalah ringkasan untuk Skin Prick Test. Yang mana SPT ni ada beberapa allergen dalam dia. Antaranya telur, ayam, anjing pun ada. Tapi kalau Islam, selalu kita tak test yang anjing ni, hehe! Bila dah tau result korang allergy kat mana. Hari yang sama dah boleh tau akceli, tak payah tunggu seminggu dua. Selalunya lepas tu doktor akan syorkan korang amik staloral sublingual immunotherapy. Apakah Staloral Sublingual Immunotheraphy ini????

Aku panggil dia staloral je boleh?? Hehe! Staloral ni bukan ubat tablet yang besar-besar tu. Ekceli dia adalah macam dopper tu. Air macam ubat titis mata. Tapi ko kena titis kat bawah lidah. Sebab tu kita panggil dia subligual. Which is ada dua jenis. Ada staloral untuk stater , dan ada staloral untuk maintenance. Staloral ni bukan senang nak dapat. Doktor kena isi borang dulu, farmasi pun kena isi form untuk order, lepas tu kena hantar kat jabatan kesihatan ke apa aku tak ingat, dah lulus baru kita order dari mana tak ingat, Canada kot. Proses untuk dapatkan Staloral tu paling lambat tak silap 3 bulan. Aku tak ingat sebab dah lama tinggal. Tapi kalau korang nak kan info yang tepat, silalah berjumpa doktor-doktor pakar.

Harga Staloral ni agak mahal jugak la, kat spital lama aku kerja tak silap 6 bulan punya usage (memang ko kena order 6 bulan sekali sebab susah okey nak order) lebih kurang RM2500. Ko kena guna staloral ni dalam 3-5 tahun macam tu.

Dalam masa 3-5 tahun tu, dia akan usik bahagian immune sistem korang. Contoh la kalau ko allergy kat kucing kan, lama-lama alah tu akan hilang, dia akan adapt kan dengan korang punya alahan tu. Macam mana nak terangkan yeah aku pun tak reti. Jadi untuk korang yang ada alahan sampai nak tidur pun kena pakai Z-Net, silalah buat SPT untuk test alahan korang k.

Lebih kurang 3-5 tahun, korang dah tak payah sengsara lagi telan ubat allergy. Macam mana rupa Staloral??

Kotak begitu cantik? Kerana ianya fridge item. Hehe! Ko kena simpan dalam frige. Aku rasa info aku memang tak complete. Kalau korang nak tau memang korang kena jumpa doktor. lepas tu nanti orang farmasi akan terangkan macam mana nak guna.

Dulu aku dengan Kew je yang selalu explain. Sekarang ni banyak benda nak kena refresh balik. Taknak la asik lupa je. Rugi aku belajar walaupun tak pandai mana. Hehe!

Oklabye!

Akhirnya.... =)

Beberapa minggu ni, bila bukak facebook. Ramai sangat status yang gila meroyan la, asik nak meroyan je kejenya. Lepas tu ada pulak yang asik nak jual barang je. Kalau setakat jual je tak ngape, ni siap tag tag aku suruh aku join jual sekali ke apa???

Lagi bisnes MLM la, serabut kepala otak aku. Bukan sorang dua tau. Aku selalu malas nak layan, aku ignore je. Tapi yang tak bestnya before ko ignore ko mesti terbaca jugak kan. Memang rimas astavaganza la. Aku tau nak meniaga memang itu la caranya. Tag orang, up status bagai. Tapi kalau dah sejam 10 kali asik engkoooo je, masalah jugak bagi aku.

Maybe la korang tak salah dalam hal ini. Yang salahnya aku sebab sikit-sikit nak rimas kan. Jadi aku bajet nak unfriend je. Tapi ada yang ko ni kawan aku jugak sebenarnya. tak sampai hati la pulak nak unfren kan. Kalau setakat aku tak kenal tu takpe la. Mungkin la dia tak perasan aku unfren dia ke apa kan. Kuikui!

Entah macam mana, aku belajar dari mana entah, just click macam dalam gambar bawah ni je.


Katakann la aku menyampah dengan status Qery, aku pun bukak la facebook dia, go to Friends and click kat Show in News Feed tu. So lepas tu ko punye home takde la nampak status annoying dia tu. Boleh la ko senang hati sikit. Buat masa ni adalah dekat 10 orang aku buat, kekekekeke!

Maafkan aku, kadang2 aku memang psycho sikit. Benda sikit pun nak meluat. Entah pape. Ada satu girl ni status dia asik meroyan tau. meroyan tu tak kisah, ini siap pakej mencarut bagai. Yang klaka, *cea aku tau pulak semua kan, mana taknya..sejam sampai 10 status, harusla aku stress dan ingat sampai sekarang* Harini dia amukan satu dunia, mencarut macam dia je la yang teraniaya. Esoknya dia up status macam dia alim pulak. Lusa amukan lagi, malam tu alim balik..Oh titaaaakkkk.. Aku tak dapat terima..huhu!

Apakah ini semua?  Tapi aku takde la nak kata status aku kat facebook semua okey, kadang2 macam bagus pun ada jugak. kekekeke! Eh kepada lelaki yang add aku kat facebook, awal2 bagitau, aku tak accept lelaki tau. Kalau i accept, penuhlaaa fren i *ceaaa konfiden market tinggi lagi, kahkahkah*

Jadi, kalau korang rasa nyampah tahap nak muntah tengok status kawan korang, tapi tak sanggup nak unfren, boleh la buat macam aku buat tu. Bahagia hidup. Tapi kalau korang nak buat macam tu kat aku pun boleh jugak, tapi jangan bagitau tau..nanti aku sentap. Huhu!

Oct 1, 2012

Update di kala malam

Aku rasa ada sejam kot aku hadap laptop ni. Tak ada idea nak cite apa. Fikir apa pun tak tau. So kita bual je la eh. Lyla skirt batch 1 dah tutup untuk tempahan. Tak boleh order dah. Kalau nak jugak tunggu sampai aku bukak order balik eh. Untuk korang yang dah tempah Lyla Skirt tu, skirt korang still dalam proses. Mungkin dalam minggu ni akan siap semuanya. Tunggu taaauuuuu.

Segala iklan pun tak buat dalam masa seminggu ni. So kalau korang nak aku buatkan dalam minggu ni sorry *macam la ramai nau nak iklan dengan kau kenn...hehe*. next week boleh. Sebab rumah aku sekarang ni tengah serabut. Dengan aku aku sekali serabut. Aku punya rak baju rak beg semua kena angkut keluar. Barang2 meniaga i semua nak pek nak humban kat rumah Qery, biar dia pegang sampai next week ni. Sebab bilik aku jadi bilik pengantin. jadi semua benda kena campak keluar la.

Aku tak berani nak letak barang2 aku kat sini. Nanti orang keluar masuk bilik ni kan. Kang ada yang hilang ke apa. Aku jugak yang menangis. Ramai tanya kenapa aku bukak order skirt seminggu je. Sebab ni lah. Kenduri abang aku kawin. Even takde kene mengena dengan aku, tapi sebab kompom rumah ni nanti serabut, baiklah aku tutup order dulu. Sapa-sapa yang tak sempat order tu boleh order next week ye =)

haritu ramai email and mesej tanya beg baru takde ke? Sebenarnya minggu lepas dah ada dah. Tapi begnya aku belum sempat snap gambar. Insyaallah minggu ni jugak aku publishkan k.

Minggu lepas kot, ada orang kol aku. Tengok nombor, macam nombor spital lama tempat kerja i, aku ingatkan Judit ke, takpun kakak-kakak kat sana nak tanya pasal handbag kan. Aku pun angkat la dengan konfiden sekali.

Staff : Hello, boleh saya bercakap dengan Zuhana?
Aku : Tak boleh? *konon nak buat lawak la, kekekeke*
Staff : Saya dari hospital bahagian reception. *serius je*
Aku : Oh ye kenapa? Ada apa ye?
Staff : Ada pos laju datang bagi barang akak, saya simpankan, nanti akak datang amik eh.
Aku : Oh yeke dia hantar sana eh, hehe! Awak simpan la, nanti akak datang amik, tapi boleh wakilkan orang lain ambik tak?
Staff : Boleh, sapa nama dia tu kak?
Aku : Mr K
Staff : Bukan Dato K ke?? hehe! *eh kau ni tadi serius, pelik sungguh haku, huhu*
Aku : Bertuah la kalau dato k, hehe!

Aku pun call Qery suruh dia ambik kan parcel tu..


Siap tulis kat situ Mr K, hahaha! Comel je.

Baju dari Whitesoot le apa lagi..

Baju ni aku tak pakai lagi, tunggu masa yang sesuai. Hehe!

Haritu mak aku masak kerang besar. Besar first time aku tengok, kampung ken...tapi aku pernah la tengok orang makan kerang besar macam ni indon.

 Aku ni kureng sikit kalau kerang. Lagi-lagi kerang besar. Ko boleh rasaaaaa dia punya isi kan.. Kalau kecik2 tu boleh la lagi. cicah dengan kicap tak rasa sangat.

 Besar kan, mak aku masak rendang, tapi aku tak makan. Hehe!

Kalau termakan kerang yang berpasir, tekad setahun tak usik kerang dah. Tapi aku suka lala. Kupang kureng sikit. Lala dia macam manis2.  Lama dah rasanya tak makan lala. 

Nampak macam aku punya tudung gelembung semacam kan. Tak kisah la. Tetap nak upload gambar ni kat sini. 

Okbye! =)



Sabtu Ahad yang memboringkan

Sejak Qery jadi student ni, apa pun tak boleh. Stress aku. Setiap Sabtu Ahad ada kelas okey semester kali ni. Dah la kelas sampai petang. Hetchu!!

Bila ajak dia gi dating, alasan dia..

'kite penat la'
'tak cukup tido nak rest'
'ada kelas sampai petang'
'banyak assingment'
'ada training bola'
'ada meeting'
'ada koko'

Apakah????? Geram betul aku. Dah berubah..mesti dia ada perempuan lain *drama sangat, haha*

Semalam paksa jugak dia keluar. Dia penat ke apa ke aku pedulik apa. Huhu! Itu pun dia setuju siap ada syarat. Macam bagus je sekarang ni..syarat dia, tolong dia buat assignment. 

Baiklah....erghhhhh!!! Dating tak ikhlas! Rasa nak patahkan kaki dia..

Semalam gi Pameran Pengantin Malaysia laju-laju kat PWTC, itupun Qery bising sebab tak ingatkan dia nak pergi hari Sabtu. Abih aku pun tak ingat, macam mana nak ingatkan dia pulak. Semua aku nak kena ingatkan. lepas tu bila aku tak ingat marah. Dia tak ingat takpe. Ringaaan je tangan aku ni..huhu!

 Sempat la snap gambar dengan Kak Yana kat PPM. Itu pun tak boleh lepak lama-lama. Sebab teringat2 assignment Qery yang melambak tu. Dia dapat assignment aku yang stess. dah kenapa?? haha!

Dikelilingi orang mengandung, muka aku pun macam perempuan mengandung dah. Nice... =)

Kiri Kak Zureen, kanan Kak Nad. Tengah Kak Sepet *pitam panggil kak Sepet, tak remaja lah...huhu*

Sekarang ni asik kena marah dengan Qery je. Dia nak datang bulan kot. Sikit-sikit nak marah. Aku tak salah pun kena marah. Gewaammmm.

Balik PPM tu kan, asik-asik dia

Q : Alamak......aduiiii
S : Kenapa?
Q : Kamu ni! Hish!
S : Kenapa?
Q : Takde, saja nak marah kamu.

Kejap kang...

Q : Ya Allah.... 
S : Kenapa?
Q : Sibuk nak tau, bukan boleh tolong pun

Tehkaaahhhnaaann mak hinccccikkk di sebelahhhh ittew!!
 
Dia kalau banyak kerja memang gitu la perangainya. Kelam kabuit. Pukup 3 pagi mesej aku mintak emailkan assignment dia kat prof. Boleh?? Aku mintak esok pagi je la subuh tu aku emaikan. Tak boleh okey, nak time tu jugak. Gugur bulu hidung i menahan amarah. Dia bukan tak boleh buat kan. Saja la tu nak suruh aku teman dia sekali. Pendengki tengok orang tidur nyenyak.

Tapi best tengok dia kelam kabut. Aku suka je perli-perli dia.

Q : Kite bizi tau, nak pesan kamu jangan gatal-gatal je k, please
S : Tengok la macam mana...

Auww! Rasa sangat bergaya bila boleh jawab macam tu. kekekekeke!

Cupcake Challenge at Publika, Solaris Dutamas (29 Sept 2012)

Ingat tak entry aku yang before ni ada cite pasal pertandingan cupcake anjuran Celcom? Semalam la pertandingan tu. Sebelum apa-apa nak aku ucapkan TAHNIAH kepada pemenang. Memang cantik cupcake yang korang buat tu. Kalau aku buat tak tau la rupa apa. Mungkin la rupa takde tapi rasa mesti sedap *nak jugak tu, hihihi*


Inilah calon 55 peserta yang layak masuk ke pertandingan cupcake ittew. 22 dari Kuala Lumpur, 24 dari Selangor, 3 orang dari Negeri Sembilan, 4 orang dari Penang dan 2 orang dari Johor. Sampai dari Johor pun ada. Memang hebat la..
Yang korang tengok pakai apron biru tu la pesertanya. Kemain gigih masing2 buat cupcake.

 Inilah cupcake yang berjaya menambat hati juri-juri kita =)
Homeiii kan..nak makan pun sayang je

Juri Pertandingan:
1) Chef Rose Weiss
2) Chef Sherson Lian
3) Chef Dato' Fazley Yaakob

Inilah pemenang yang hebat itu

1) Chef Vincent Liew
2) Juneci Siong
3) Mac Leong
Best okey pemenang, sebab dorang bawak balik hadiah best.


Juara : RM10,000 dan Samsung Galaxy S3
No. 2 : RM5000 dan Samsung Galaxy S3
No. 3: RM2000 dan Samsung Galaxy S3
Yang lain-lain dapat hadiah cenderahati LG Prada mobile phone.
Huwarghhhh!! Rugi korang dan aku tak masuk, kalau tak menang pun boleh bawak balik LG Prada mobile phone. Sob sob sob

Again, Tahniah kepada pemenang =)
Terima Kasih Celcom buat program macam ni. Sangatlah FUN!!
I liokeeee..