Jun 26, 2018

Raya AidilFitri 2018 Day 1 Rumah Mertua

 Tahun ke-5 beraya sebagai isteri orang. Dan dah 5 tahun jugak mengulang benda yang sama. Haha! Aku dengan Qery, rumah makpak kami memang area KL. Kalau jem 30 minit sampailah, kalau dekat 10 minit je. 

Family mertua aku sejenis tak balik kampung sebab dua-dua belah atuk nenek dah tak ada. Jadi dorang memang raya kat rumah sambil tunggu saudara mara datang.

Family aku pulak, even arwah opah dah takde. Kami balik jugak tronoh, melawat saudara mara ramai lagi kat sana. 

Satu hari sebelum raya (acara wajib), pergi rumah mertua tolong sikit-sikit. Petang sikit pergi rumah mak kat ceras baru pun tolong sikit-sikit sebab tiap malam raya kan rumah mak aku ada takbir. 

Tapi benonya kat rumah mertua, aku takde buat apa sangat pun, hahaha! Mertua aku subuh dah masak, aku datang selalunya memang dah siap masak. Tinggal nak kacau-kacau, takpun tinggal nak masak lontong je. 

Tahun ni rumah mertua ada penambahan umat, ada Busu dan bibik. Bibik ni actually jaga Busu (adik bongsu mak mertua aku ni kurang upaya, syndrome down). Dulu Busu ni maklong jaga, tapi sebab maklong tak sihat. Mak mertua aku willing nak jagakan. Jadinya bibik ni memang di import khas untuk jaga Busu lah, duk bagi makan, mandikan. Busu ni badan besar, mak mertua aku pun tak lalu nak angkat selalu. Tu yang ambik pembantu. Gitu...

Nak dijadikan cerita, bila Busu dah duduk dengan mak mertua aku. Maka ramailah adik beradik mak mertua aku akan datang beraya. (sebab nak jenguk Busu, yela arwah ayahnya pesan suh tengok-tengok adiknya bila dorang dah tak ada) 

Jadi tahun ni, mak mertua aku nak kena masak kuantiti yang banyak. Subuh-subuh adik mak mertua aku (Bibit) dah sampai nak tolong apa yang patut. Aku sampai pukul 9 camtu kot. Fieya awal lagi 8.30 tak silap aku dia dah sampai. Kan aku dah cakap Fieya menantu kesayangan. Tu la sebabnya, dia kena potong daging, kahkahkah! takde kena mengena langsung kennn...

Jangan konfius tau. Bibit tu mak saudara Qery (adik mak mertua aku)
Bibik tu onggaji.

Sampai sana aku tukang gaul lauk je. Masih memegang job yang sama. Syukur Alhamdulillah. haha!

Haih semua nak menyibuk

Setelah kena amukan dengan mak, terus ke depan main depan bapaknya.

Cucu anje anje atok Diaz. Memang manja nau lah Diaz dengan atok neneknya. Mana tak manja, dari baby atok nenek jaga. Tapi kalau kena marah dengan nenek, terus baik. Hahaha!

Cam biasa aku beli kuih tiap tahun. Lebih la 10 jenis, pastu balang ada 6 je. Tugas yang sangat susah ye, nak pilih 6 kuih terbaik nak masukkan dalam balang. Stress jugak bergaduh dengan Fieya. Si Fieya pulak tak bagi buh kuih sedap, suh buh yang biasa-biasa je. Yang sedap dia nak makan. Kongajo ni, hahaha!


Padahal buh kuih dalam balang je, tapi gambar kena banyak. Sebab tugas ni nampak mudah, tapi rumit. Gitu sekali penipuannya, haha!

Habis tolong rumah mertua, aku gerak rumah mak kat Cheras Baru pulak. Itu next entry, aku habiskan rumah mertua sesiap.

Terus cerita pasal raya.

Actually Raya kali ni memang kelaut kelam kabut apa pun tak prepare. Baju raya Qery last minit cari, kuih last minit, baju seluar kasut raya mak aku pun last minit, kasut beg raya untuk mertua pun last minit, angpau pun pagi raya baru masukkan duit. Pagi raya Qery pergi masjid solat raya. Tinggallah aku terkontang kanting menyiapkan bebudak ni. 

3 orang anak setel. Lepas tu nak menyiapkan diri sendiri lagi. Dengan nak siapkan beg baju spare susu segalanya nak bawak rumah mak. Mak mak paham lah ni kan, haha! Yela kang tumpah air baju kotor, berak kena tukar pampers pulak, susu kena bawak kang haus. Kalau bawak diri sendiri je memang senang. Pastu nak kemas sikit rumah yang bersepah masa aku tengah bersiap tadi. 

Kitorang sampai lewat lah rumah mak mertua, pukul 10 pagi okay, selalu pukul 9 lebih. Masuk-masuk terus kelam kabut nak salam raya. Huhu!

Tahun ni mak ayah mertua pakai baju sedondon hitam.

Anak sulung bertuah. Mintak ampun lebih sikit banyak dosanya. Haha!

Amboi mak, walau apa pun terjadi, senyum tetap senyum ye, haha!

Diaz tu percubaan nak tukar duit raya dengan nenek ke apa.

Menantu kesayangan tahun 2014 2015, lepas tu Fieya take over. Biadap betul dia caras iolls. Haha!


Yang baju purple tu Bibit. First time dalam sejarah la dorang beraya sekali pagi raya dengan family mertua aku. Sebab nak beraya dengan Busu. Jadi meriahlah pagi tu ramai orang. Huhu!

Qaiser Runako pun happy sebab banyak orang bagi dia duit raya, haha!


Inilah dia tu... Tak tau lah kenapa mak mertua sayang sangat dengan dorang ni, tak patut kot. Hahaha! (nada jeles)

Senyum fake je Fieya tu. Iri hati semakin menebal. Haha!

Fuh, kepuk-kepuk sampulnya.

I'm speechless melihat gambar ini. huhu!

Baju purple semua family Bibit, anak sulungnya Redza

Purple ke Biru, eh tak tau lah aku.

Walau acaneee sekalipun, saya tetap saiyangggg pompuan ini. Walaupun lagi tua dari saiya dan panggil aku kakna kakna. Terpaksa bagi peluang kat beliau untuk beliau feeling muda. Baiknya sayaaa..haha!


Muka mintak duit raya lebih ke apa tu.

Wow, saya anje-anje dengan ayah mertua. Amahzing, haha!

Over pompuan ni, haha!


Suami bagi duit raya, senyum kena lebau banyak.

Nora anak Bibit. Jangan piyem acik, acik tak tau dia ada boifren ke tak. 


Anak bongsu paling bertuah, haha!


Geng kunyit detected. Geli okay aku nengok gambar ni, haha!

Ini lagi iyek, haha!

Bebudak ni dah pesan sesiap. Dapat duit raya terus bagi daddy simpan. Nanti kat rumah baru kira, kita kumpul pergi Jepun. Tinggi harapan mak dorang, haha!



Inilah dia Busu.

Adik kesayangan Bibit.

Kau tau Fieya dari dorang kecik, duk ngajar cakap "sayang aunty in the world'' Seriusly gais... panggil aunty tak best okay, hahaha! Sebab Diaz panggil iolls Mami, kahkahkah! 









Ok gambar family kita, walaupun anak 3 orang, syukur dapat ambik gambar dengan proper. Walaupun terpekik-pekik semorang suh anak aku tengok camera, haha!


Hahaha! Tolong la dapat lempang Fieya sekali je pun iolls dah puas hati. 

Family bahagia. Insyallah. Tahun depan kita pakat pakai baju warna sama lah. Baru best.









Lepas bergambar, upacara makan-makan. Lepas tu masing-masing cabut pergi rumah mak memasing, Aku ke Cheras Baru, Fieya ke Klang. Sebab hari Jumaat kan, nak mengejor solat Jumaat pulak. 

Raya Cheras Baru next entry.