Jun 6, 2018

Anak Buah Pertama Bertunang

 Haih nampak sangat dah kertu, duk cerita pasal anak buah bertunang. Huhu! Aku dengan anak buah pertama beza nam tahun je uolls. Sekarang umur aku 30, jadi umur dia sekarang 24 tahun lah. Aku dulu pun bertunang masa umur 24 tahun. Dulu sebenarnya nak kawin awal, tapi disebabkan Ayie tetiba nak kawin, jadi kita bagi dia kawin dulu. Iolls tak nak kongsi pelamin, kahkahkah!

Tunang Ika ni terkejut sangat, secare tiba-tiba, ekceli memang dah lama tau dia nak tunang, tapi duk tangguh-tangguh, mandangkan belah laki kerja bukak kedai makan, so bizi sikit. Tu la bila ada masa terus nak buat. Persiapan ni kurang dari seminggu okey. Ahad tu majlis, Isnin sebelum tu baru tau nak bertunang.

Aku dengan adik beradik pun apa lagi, berderu-deru tanya, pelamin dah tempah ke, camera man ada tak, hantaran berapa banyak, khemah, baju tunang, mekap segalanya lah. Alhamdulillah by Friday semua dah setel. Syukur dipermudahkan.

Ika ni kerja dengan Seqy, nasib baik lah ko ada Kak Fieya setelkan dulang hantaran Ika uiii.. Hahaha! Tapi lepas tu adjust la sendiri, yang penting dulang ada. Makcik-makcik dia punya baik duk sponser macam-macam, aku bagi duit je ko beli lah barang hantaran. Tapi Ika pilih yang murah-murah je, hahaha! Hantaran tunang takyah mahal eh, beli makanan je, macam kek, muffin, coklat, gitu-gitu la.

Ada kakak aku yang lain sponser camera man, pelamin. Murah rezeki ko. Maksu dulu semuaaaaa buat sendiri tau. Hahaha! Tak jeles pun, rezeki Ika sangat murah, rezeki dapat makcik-makcik baik dan gedik, kekekeke! 

Di hari kejadian, aku sampai lambat, dekat maghrib. Majlis lepas Isya. Takyah datang awal sebab catering, plus semua pun dah siap. Macam pelamin dah pasang, kitorang datang tinggal makan dan membawang je.

 Aku cakap kat Qery, rumah baru nanti kita buat satu dinding cantik. Nanti anak nak tunang senang takyah tempah pelamin. Amboi mak ko, anak sulung belum masuk pat tahun pun lagi, hahaha!

 Opah kau, lega dah anak-anak semua dah kawin. Sekarang tinggal cucu je lagi. Tapi tak tau la kot mak yang nak kawin pulak. Ekekekeke!

Ritu tanya mak, takde ke orang tanya-tanya mak ajak kawin. Mak cakap masa mak bukak kedai. Ada la beberapa orang singgah tanya ajak kawin. OMG! Laku keras KakHasmah kita. kena sebut KakHasmah, takut sebut KakMah, hahahaha! 

Ala kalau mak nak kawin ke taknak kawin ke, sukati lah. Asalkan bahagia. Tapi mak cakap tak nak, tak kose. Pastu aku terus cakap, mak jangan cakap taknak taknak mak. Selalu yang tak nak tu tetiba je nak pulak. Terus mak aku senyum malu-malu. amboi biasa dia tu.

 Eh aku belum buat entry Abang sulung aku kawin kan. Yang duduk atas sofa sebelah Kak Ida tu, adalah Kak We. Kak Ipar iolls Kedah mari.

 Emak dan Emak Bang Ngah. Kita panggil apa eh kalau mak dengan mak mertua. Lupa pulak aku.

 Masa ni ramai tukar tudung bawal, sebab akak belikan free. Aku rembat dua helai. Yang lain ambil selai. 



 Team Lombok, hahaha! Geng Abang ipar aku ni, konon nak buat plan pergi bercuti team lelaki pergi Lombok Tu tunjuk L tu. Tapi sampai ke sudah takdok. Gebang je lebih, hahaha! Aku siap dah bagi kelulusan kat Qery dah kalau nak pergi silakan. Tapi takde degar kabar berita team L dorang ni.

Bebudak main mekap kat atas sementara majlis berlangsung. Huhu!
 




 Anak buah kekecik. Darwish, Atuf, Aira, Tika, Mia.

 Tika, Mia, Keisha.

 Staff Seqy a.k.a anak buah paling sayang.



 My kazen, haha! Dulu masa kecik, kita sesama kecik, sekarang dah sesama besar. Tapi maksu rasa semua lagi besar dari maksu kan. Auw! Berapi telinga mereka baca ni, haha


 Family belah Bangah.

 Family Ika.

 Kakak pun nak feeling sorang-sorang, tapi tak dapek. Anak nak ngikut jugak, huhu!




 Masa ni aku tengah nyusu anak. Sebab tu takde dalam gambar, huhu!







 Alololo so sweet. Habis lah ko Zuhairah, along nak kawin dah, hahahaha!




Kepada Ika, enjoy your journey of life. Gaduh sikit-sikit sokey. Semua pasangan ada baik buruk. Yang buruk boleh tukar pelan-pelan jadi baik. Manusia tak sempurna walau apa pun kejadiannya. Dia cantik ke, dia hensem ke, dia tinggi ke, dia rambut lawa ke, dia kurus cam model ke, dia hidung kemek ke (ni maksu, haha) semua ada kekurangan. Syukuri setiap yang kita ada dalam dunia ni.Insyaallah hidup akan bahagia sampai syurga. Moga bahagia dan sentiasa jadi anak dan bakal isteri yang baik untuk keluarga. 

Ecewah maksunya, umur berapa tu. namplohjuta tahun ke, hahahaha!

Kbyeeeee....

P/S : PROMOSI SEQY MASIH BERLANGSUNG. TINGGAL BERAPA HARI JE LAGI.

KLIK SINI UNTUK PEMBELIAN DI WEBSITE.
KLIK SINI UNTUK PEMBELIAN MEMALALUI TALIAN.
KLIK SINI UNTUK SEMAK AGEN DAN STOKIS BERDAFTAR.

3 comments:

Warisan Petani said...

Selamat bertunang

Juls Julie80 said...

tahniah anak sedara 1st dah bertunang..

tp kann..

nnt saat paling syahdu bila ank sedara tu kawin
hahah sebab rasa cam kejapnyer masa berlalu...kecik main sesama..dah besar, dia dah kawin dah pun...tu la kawan gaduh..kawan membawang dll.. anak sedara akak beza 8 thn jer... musuh ketat sebab dia kesayangan arwah ayah masa kecik dulu..hehehe

Sepet said...

Juls Julie80 : Yeke, tak sabar nak tunggu dia kawin ni. Selalu cucu pertama ni memang kesayangan semua kan. Dulu pun selalu arwah abah balik kenduri je mesti bagi cucunya jajan. Anak bongsu tak dibaginya, kongasam betul, hahaha!