Gituuuu tajuk dia. Haha! Lepas bersalinkan Yurika, aku buat jadual harian. Actually dah lama ada jadual harian, tapi masa mengandung ya ampun tak tau la wei, semua kelaut dalam perangai aku ni. Tak suka betul la sebab tak tau kenapa mengandung Yurika ni badan tak larat, pinggang sakit sangat maybe sebab masa mengandung pun gigih dukung si Runako tu. Yela tak dilayan kesian pulak, budak tu tak sampai setahun setengah pun lagi, nak tak nak layan kerenah dua orang tu. Nanti ada adik dah tak tak boleh manja macam dulu. Huhu!
So gigih la buat semua jadual, sesuaikan dengan tiga orang anak. Lagi-lagi dalam pantang ni, memang tak menentu masa. Dapat anak yang tidur 23jam sehari syukurlah. Dapat anak yang nak nangis, nak berdukung tu haru la. Huhu! Aku memang kena buat sebab Yurika ni tak menentu. Kadang tu baik sangat, kadang tu nak manja terlebih. Bila ada jadual ni membantu jugak la. Bukan apa, bila kita kelam kabut banyak benda lupa.
Ada jadual, kalau blur boleh tengok balik apa yang belum buat lagi. Then ada jadual ni pun mudah jugak kita nak plan apa-apa. Ini pun jadual tak lengkap. Banyak yang aku tak masukkan. Sebab masa memula buat tu ter print banyak, so guna je dulu. Habis nanti kita edit lagi. Yang ni benda basic la korang boleh ikut kalau nak kehidupan lebih teratur. Dan supaya korang tak menjadi pelupa tegar. Kekeke!
Kemain solat pun nak tulis kan, haha! Iya gais. Tulis jangan tak tulis. Zikir selawat baca Quran memang kena tulis la, sebab sejenis aku ni bila tak diingatkan, memang takkan ingat la. Atleast boleh dijadikan self reminder untuk diri sendiri. Macam sedekah tu, kadang tak ingat pun, takde duit haritu, senyum pun boleh. Nak sedekah juga tapi takde duit, pack baju lelama tshirt nak gi kerja nampak orang minta sedekah kat mrt tu bagi ke dia. Pepandai uolls lah. Huhu!
Mandi tu memang kena tulis lah. Maknya ni kadang tak sempat mandi tukar baju je. Kahkahkah! Sarapan pun kena ingatkan. Kalau tak selalu lupa je. Minum pun sama. Jenis yang pemalas nak ke dapur makan. Kau rasaaaaaaaa boleh ingat ke nak sarapan. perut pun takde bagi signal lapar ke apa. Helok je dia dendiam situ. Tapi sebab menyusu badan ni, gigih jugak la minum pun.
Basuh baju semua tulis, kadang memang tak jenguk mesin basuh sebab kelam kabut. Ha ni aku taip ni Yurika tengan menangis kemain lagi. Dukung dia jap..
Tak tau la berapa lama masa nak siapkan satu entry. Dari pagi tadi ni menaip, pukul 2 petang belum habis lagi, hahaha! Ok kita sambung, kena tulis gais apa yang kita buat. Kang laki balik dia tengok ohhh dah basuh baju, oh dah lipat baju, oh dah kemas rumah, ohhhh dah itu dah ini. Kalau laki kau balik tanya 'apaaa je awak buat harini', kau lemparkan kertas ni ke muka dia. Haha! Jangan kongajo sangat. Bagi la elok-elok. Sambil bagi dia minum nescafe, pastu tick tanda (/) kat column ''bagi suami minum nescafe'' depan muka dia. gigih tak. Hahaha!
Rutin harian macam pakai set skincare semua tu untuk aku, memang kena tulis la. Sebab kadang tu pagi kelam kabut, petang baru sempat pakai skincare.
Yang update blog facebook instagram bagai tu memang kena tulis. Kalau tak tulis tu, memang tak update la aku.
Aktiviti harian tu, contoh korang plan apa haritu, atau ada benda tetiba korang kena buat haritu. Boleh la tulis. Memang membantu sangat.
Banyak sangat yang aku tak masukkan lagi. Aku buat column sendiri kat belakang kertas, contoh macam ''baca buku untuk anak'', ''ajar ABC'', and etc. Nanti aku tunggu kertas print ni habis, buat yang baru. Yang lengkap aku tunjuk lagi sekali kat korang. Boleh tiru, takyah mintak izin , tampo kang. Hahaha!
Buatlah jadual ikut kesesuain hidup korang. Malam ni termenung jap depan komputer. List dulu kat kertas apa yang korang buat setiap hari, benda basic and benda yang korang nak improve kan. Contoh macam aku, yang selawat baca Quran tu, aku mengaku la aku tak buat everyday sebelum ni. Bila ingat baru buat. Tapi sebab nak improve nak berubah #konon. Keke! So aku tulis lah. Kalau korang tengok aku punya ni, dalam hati korang ehhh ni aku buat setiap hari. Then korang boleh la tambah memana yang korang jarangggg buat tu.
Macam bila suami balik takde buat air pun (itu aku la) haha. Tapi nak jadi isteri solehah katanya, nak buat la. So buat la column ''buat air untuk suami'' dengan pesanan bawah tu semoga suami saiyang, hahaha!
Okay lah. Korang nampak tak banyak lagi aku tak tick tu. Baik aku buat kerja lain pulak. Semoga bermanfaat untuk korang semua. Byeeee
****************************************************************
****************************************************************
3 comments:
Bagus2. Tahniah dapat baby baru. Rasanya yang bab masak air tu nak senang pakai je main Jepun tu. Settle 1 keje
biasa le...apa² pun tahniah
Salam sepet... bestnya Entry ni, terkejut ahkak baca siap ada jadual harian! Ok nak tiru... kalau tak tu, memang tak ber update blog kan! Same goes yang lain jugak!
Tips Solo Travel Ke Paris Dengan Kos RM1,500 sahaja
Post a Comment