Lawak sangat kawan-kawan aku kat facebook ni. Adududu!
Punyalah harini bizi gila. Anak kemana apa kemana. Anak lapar siap suruh tunggu kejap Mami nak balas komen. Hahaha! Kongaja punya emak. Tapi belum balas lagi tengok muka anak yang comel itu terus campak fon. Ok kita makan dulu.
Itulah dia, nak buat kerja tapi tengok muka anak terus terbantut. Huhu! Dalam umur macam ni memang dorang nak perhatian kita kan. Kadang tu kesian gak la kat dorang. Cumanya Qaiser ni yang bagus dia pandai main sorang-sorang. Kau lambakkan mainan. Dia boleh hidup sihat kat situ. Hahaha!
Sekarang ni yang buatkan kerja iolls tergendala adalah Runako. Dia dah start nak tengok mak dia depan mata je. Cer aku bangun kejap mulut dia pun ternganga sambil air mata terkeluar. Pakej tu. Hahaha! Tapi takpe. Aku cuba sedaya upaya untuk seimbangkan mana yang boleh.
So harini aku cuba menyelami hati kawan-kawan yang teringin sangat nak berjaya. Cuma ada sebab-sebab tertentu yang menghalang dorang untuk terus berjaya. Gituuuu.
Rata-rata antara korang ni masalah dia ada PEMALU. Memang besar sangat masalah korang ni, hahaha! Aku pun ada masalah pemalu ni. Sampai sekarang masalah pemalu aku ni ada lagi. Takpe, yang tu jap lagi esok kita update kat blog. So korang get ready okay. Team Pemalu ala-ala Sepet Noh sila bukak blog esok. Kita akan menyahut seruan berniaga sambil malu-malu kucing. Ayuh!
Gitu rasa nak lempang diri sendira. Hahaha!
Then paling lawak sekali, aku up status ni saja nak melawak dengan korang. Korang boleh betul-betul PM aku. OMG korang ni sangat lurus tak ada bengkok-bengkok. Rasa bersalah terus aku dibuatnya, hahaha!
Korang tak pernah ke tengok orang jual baju kat facebook tu. Yang dorang iklankan
"bukan RM100, bukan 70, bukan RM50. Nak tau pm saya"
Tak sampai lah lawak aku tu rupanya ye, hahaha! Gelak sorang-sorang. Sabo je lah.
Ok semua, team pemalu sekalian. Esok temu janji kita ye.
#teampemalu
#teamtakdemodal
#teamtakkonfiden
#teamtakdeorangsupport
Esok esok esok. Okay.
#teampemalas boleh baca je, #teampemalas kita takmo okay, hahaha!
Kbye
3 comments:
Masing2 memang in the mood dlm masalah tu kak. Tu yang serius manjang. Tu terus PM tu. hhaaaha
Ahkak pun pemalu..krik2
Wah..klua tros nama kite anis sfeera..hihi
Post a Comment