Jul 28, 2016

PERSEDIAAN BUKA BOOTH DI PKNS BANGI

Semalam hantar anak rumah mertua dalam pukul 6 petang gitu. Nak beli barang sikit-sikit, pastu balik rumah cepat sebab dah janji dengan Lina nak sorting barang ke kereta dia malam tu.

Produk semua dah siap masuk kotak, tinggal lagi nak masukkan rak rak dalam kereta jela. Pastu sebab ada buat pintu gerbang orang kawin tu, kitorang ni dah la tak reti menyusun segala. Nasib baiklah Lina dulu pernah buat pelamin orang semua. So dia ada la pengalaman nak susun-susun bunga ni. 

Kau bagi bunga kat aku??? Tolongla tak reti okay. Aku ni bukanlah pencinta alam sangat. Rumah pun takde sejenis tumbuhan langsung. Huhu! Oksigen pun curi jiran sebelah punya. Tak reti aku nak mendeko bagai ni. 

So malam semalam gigih la Lina dengan Qery fikir macam mana nak susun. Aku perhati dari tepi, tukang tengok lurus ke tak. Tukang pegang bunga, tukang gunting. Gitu. 

Okay, untuk pengetahuan korang. SEQY MATTE LIP CREAM tak dapat nak jual masa kat booth.

Sedihhhhhhhnyaaaaaaa.. Sobsobsob! Kita dah buat sehabis baik dah, tapi tak ada rezeki nak jual lipstick kat booth. Masih kena tunggu lagi. Jadi dapat belanja korang warna lipstick sahaja.

Cantik tak cantik tak. Hihi! Tak sabar nak jual. Harga memang mampu milik Insyaallah. 

Tapi jangan risau, produk kita yang lain opkos ada yang special.

Semua produk dalam gambar atas ni kita ada jual masa kat booth nanti.

Yang terbaru dari Seqy, XXS Lotion.

Dan yang terbaru dari Simply Hana, kita ada kolagen SHE.

And barang paling laku keras masa kat booth, Set Skincare! Loose item besar kecik pun ada okay. 

Kita memang nak bagi korang menang hadiah cabutan bertuah. 

 
 Milik siapakah produk-produk FREE kat gambar atas ni?


Jadi, MESTI DATANG dan beli produk Seqy dan Simply Hana ye. Datang bawak saudara mara kawan semua. Nanti kita selfie satu kali masuk sini. =P

Jul 27, 2016

Membebel Je

Hai uolls, ada gak seminggu tak bersiaran ni. Perut dah tebal makan banyak gila tak hingat, hahaha! Jadi dia punya malas nak update tu pun kemain lagi la bertimpa-timpa. 

Minggu ni nak bukak booth, so since minggu lepas pelan-pelan siapkan stock nak bawak ke booth. Mula-mula siapkan stok, then sediakan hadiah cabutan bertuah untuk customer yang beli nanti.

Excited sangat buat hadiah cabutan bertuah. Kali ni kita up sikit hadiah yang best-best. Dulu kita bagi BB cream 5 kotak, sekarang bagi 10 kotak, then kita bagi set skincare, sakura mask, toner, cleanser, krim, serum, toiletries bag, xxs lotion, kolagen she, sling bag dan sample-sample seperti biasalah.

Pembelian RM150 ke bawah layak cabut 1 hadiah, Rm150 ke atas layak cabut 2 hadiah. Before ni kita buat, ada tu beli BB Brown dapat cabutan bertuah set skincare. Bertuah sangat ni. Huhu! So kali ni kita tengok siapa yang kenaaaaaa...

Goodies bag pulak 50% dah siap, lagi 50% nak kena cari. 

Kita ada 10 set bag make up 4in1.
1 set eye shadow naked
9 lip tint + 9 eye liner

Tak cukup, nak kena cari lagi. Tapi siapa cepat dia dapat lah. Tak boleh pilih-pilih nak mana ye. Konsepnya di sini, redho je lah dapat apa. Hahaha!

Actually Qery baru lepas baik dari sakit kaki. Tu yang semua pun kelam kabut. Minggu lepas ke hospital jumpa dua doktor. Satu doktor kaki, satu lagi doktor kulit. Kaki dah pulih alhamdulillah, then tinggal nak monitor kulit Qery je.

Dah lama la ekceli, Qery bagitau aku yang janggut dia sebelah je tumbuh. Macam ada satu tompokan tu tak tumbuh. Rasanya since aku pregnant Runako kot. Pelik sebab kawasan yang tak tumbuh tu bulat bersih. Nak kata panau, takde pulak warna putih. Panau kan kulit akan jadi cerah sikit. So biarkan je lah.

Satu hari, baru-baru ni. Masa tengah siapkan stok. Qery duduk bersila kat lantai. Then aku berdiri nak ambik barang kat belakang. Sekali aku nampak kat kepala dia macam botak kelompok-kelompok. Terkejut wei, hahaha! Sebab selama ni kan Qery suka buat rambut pacak, jadi takde la aku perasan. Kebetulan haritu dia sikat rambut tepi. Terus ambil fon snap gambar. 

Risau sebab Qery jenis rambut banyak. Pulak tu dia takde lagi keturunan berkepala pulau. Kekeke! Kebetulan nak jumpa doktor rawat kaki Qery, jumpalah sekali doktor pakar kulit.

Rupanyaaaaaaaaaaaaaaa, Qery mengalami simptom stress yang melampaui batas. Haha! Doktor tu tanya ada stress ke, atau ada apa-apa yang berlaku kat family ke. Sebab kejadian ni kebanyakkanya berlaku kat orang yang baru lepas accident, atau orang yang ada family problem, atau ada salah sorang dari family baru lepas meninggal ke. Gitu. Doktor kata stress tu telah makan sistem imunisasi dalam badan Qery, then melemahkan bahagian akar-akar rambut. Tapi dia berkolompok. Sebab tu botak tu ada beberapa tempat je. Gitu.

Aku tak sure lah kalau Qery stress dengan aku ke apa sebenarnya, hahaha! Tapi Qery kata kat doktor, dia cikgu. Kerja cikgu sekarang maybe, yang membuatkan dia stress. Ofkos lah before ni dia ada cerita kat aku pasal sekolah itu ini, tapi aku tak tau la yang dia terlampau stress ke apa. Sebab lepas dia cerita, dia macam biasa je. Aku agak dia sangat stress masa jadi Ketua Guru Disiplin kat sekolah. Balik rumah ada je masalah. Nak rotan tak boleh, nak marah tak boleh, nak denda tak boleh. Hanya boleh bagi kata nasihat je. 

Tahun ni Qery mintak tukar taknak pegang jawatan tu lagi, so dapat la Ketua Guru Pengawas. Katanya better sikit. Kesiannya siapa jadi cikgu kan. Tahun sebelum ni dia memang agak stress lah aku rasa. Sampaikan dia jumpa doktor bagitau dia stress. Huhu! Doktor tu kata, bukan Qery sorang je datang klinik sebab stress, ramai lagi cikgu-cikgu lain yang datang sebab stress. Alahaiii, semoga kebaikkan guru-guru ni dibalas kebaikkan. Aminnn.

Semalam pulak Qaiser demam, flu, kahak, and batuk. Then tengok klinik kemain ramai orang. Nak menunggu macam dah malam sangat. Mintak Qery beli je ubat kat situ. 2 3 hari tak elok kita cek balik kat klinik ni. Harap sihat la anak-anak sebelum bukak booth.

Malam tadi pun tak tidur sangat, kejap-kejap duk mengecek panas badan Qaiser. Tengok ok lepas makan ubat, harapnya sehari je la demam. Ok lah tu je nak membebel. Nanti bebel lagi. Byeee


Jul 20, 2016

Jom Beli Produk Seqy Dan SHE Di PKNS Bangi, 29-31 Julai 2016!

Lama rasanya tak bukak booth kan. Actually kalau tak before puasa kita memang nak bukak booth kat Melaka, tapi last minit penganjur cancel. Urut dada gak la aku mendengarnya. Yelah kan, kita dah set date tu untuk bukak booth, dah buat payment (deposit) untuk homestay, then siap bayar full payment untuk booth.

Lagi beberapa minggu cancel. Sobs, kalau nak cancel tu awal lah sikit. Boleh kita cari tempat lain untuk bukak booth ke apa. Tapi macam biasa lah, aku kan tak suka lah nak kondem mana-mana pihak. Anggap itu asam garam kehidupan. Dugaan kehidupan gittew. Allah dah atur cantik untuk kita, so pasrah dan redho lah, kita merancang Allah juga yang menentukan. Kikiki!

So this time, kita harap tak ada apa-apa halangan lah. Dah gian nak jumpa customer kot. Padahal bukannya aku yang beriya-iya menjual pun, hahaha! Sibuk nak bergambar je, bajet retis sangat. Alah masa ni la pun aku nak berjumpa orang. Kalau tak tu terperap kat rumah, kalau aku spesis ikan masin kompom GRED AAAAA. 


Apa yang best kat sana?

Macam biasa...

30 GOODIES BAG
CABUTAN BERTUAH

DAN DAN DAN DAN!!

Kalau SEQY MATTE LIP CREAM siap, Insyaallah kita akan jual kat booth!

Tapi yang tu Insyaallah ye, nanti ada atau tak ada, kita akan war-warkan kemudian.

So apa yang kita akan jual kat booth nanti.

1. BB Cream (Fair, Natural, Brown)
2. Sakura Mask
3. Set Skincare
4. Loose Skincare (size besar dan kecil)
5. XXS Lotion
6. Simply Hana Collagen (SHE)
7. Seqy Matte Lip Cream

Semua kita akan bagi special price, harga berkasih sayang, harga adik beradik mahupun harga runtuh tak tercapai dek akal. Silakan datang jangan malu-malu. 

Tarikh : 29 - 31 Julai 2016
(Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Masa : 10 pagi - 10 malam
Tempat : PKNS Bangi
Event : Oh My Bazaar
Booth B16

So warga Bangi memang dah Wajibulghunnah la kena datang sini beli. hahaha! Yang mana duk KL Seremban tu meh la panjangkan langkah ke Bangi. Gais, sini banyak tempat shopping, tempat makan hipster pun banyak gak. Kot la nak jalan-jalan, takkan la datang semata nak beli and jumpa Sepet kan, AUW! haha! Terharu sangat yang datang tu memang nak jumpa iolls je. Nanti kita otograp. #mohonlempangkan hahaha!

Jumpa korang di sana sana sana sanaaaaaaaaaaaaa!

Jul 19, 2016

Raya Rumah Lina

Jumaat lepas kot xsilap, kitorang beraya rumah Lina. Punyalah Qery merayu-rayu nak datang raya rumah beliau. Nak tak nak terpaksalah Lina buat gak makan-makan, hahaha! Lagi best Lina kata dia nak masak ketupat palas. Dap ehhhhh...

Nak bersiap, pastu stress sebab baju baru memang banyak. Tapi yang special untuk menyusu tu tak banyak. jadi pakai je la baju lama. Lantok sana. Sat lagi kalau kena caci dengan Ceera pun aku redho je. Huhu!


Sebelum keluar rumah snap gambar anak banyak-banyak dulu. 
 
 Runako, kadang tu mami sian kat awak. Sebab tak dapat nak bagi sepenuh perhatian kat awak macam mami jaga abang izz dulu. Kesian la jugak, lagi-lagi bila awak diam je bila abang izz buat perangai ke apa. Macam paham-paham je abang izz punya perangai mengada manja terlebih tu. Huhu!

 Tapi Runako, itu lah nasib anak-anak yang bukan anak sulung, kahkahkah! Huntunglah anak pertama ye dak. Mami anak no 9 Runako, bayangkanlah mami...bayangkannnn..hahaha!

Walau macam mana sekalipun, opkos mami berusaha jugak bagi layanan kat anak-anak mami bila korang perlukan mami. Gittew dah macam surat terbuka pulak aku ghasa, haha!
 
Aku rasa Runako cam lebih nampak lelaki sikit dari Qaiser. Qaiser cam putih comel. Eh puji anak sendiri, haha! Luth pulak gelap sikit then mata redup je. Ni kalau dah besar kompom mami ngorat Runako, sorry Izz. You jambu sangat, mami tak boleh bla tau. hahaha!

 Tapi Qaiser dia memang pelawak kot. Haritu borak dengan dia.

Mami : Qaiser, nanti duduk rumah nenek kejap tau. Mami ada kerja sikit kat luar.
Qaiser : Anak! *taknak*
Mami : Ok nanti mami belikan satu car untuk Qaiser. 
Qaiser : Duway *dua*

Mampuihhh. Sapa ajar ko mintak lebih ni nak, hahaha!

Dia memang taknak satu okay. Kalau contoh dia mintak gula-gula. Aku akan cakap la 'OK SATU JE YE GULA LEPAS TU DAH". Nanti dia akan cakap 'DUWAY DUWAY, ATU NO NO" *dua dua, satu no no*

Mintak dengan muka comel pulak tu, takkan tak bagi pulak kan. Huhu!
 
 Runako dah 3 bulan. Baju tu sikit lagi tak boleh pakai, so mami snap gambar banyak-banyak. Baru puas hati. 

 Percubaan Qaiser bermanja dengan Runako.

 Runako pun layankan je.




 So sweet abang. Kang dah besar kalau gaduh mami tunjuk gambar ni. Huhu!

Sampai je rumah Lina, nampak ketupat palas. Terus kriuk kriuk kriuk perut aku.

 Sedapnya lina masak. Aku ni kalau orang datang rumah, tak kose lah nak masak pun. Beli je. Tak kose ye. Aku pun bukan rajin nau nak masak. Huhu!
 
Bunyamin yang noti gila. 
 
 Tanya Ceera, eh datang raya ke? Bukan rumah korang semua sama je ke. Terus dia ngamuk kat iolls. "EH I DATANG BERAYA OKAY, TAK NAMPAK MAKEUP NI"

hahahaha!

Lina dengan Ceera kan biras. Anak dorang kan konsep dia 'anak aku = anak kau, anak kau = anak aku' gittew. Ceera berjalan, Lina jaga anak. Lina berjalan Ceera jaga anak.

 Aku sibuk makan, Qaiser cam biasa lah nampak geng ajak main. Aku pernah bagitau kan, Qaiser ni dia bukan jenis pemalu. Selalu budak dia ambik masa, masuk gear satu, gear dua, dah panas skit baru join main. Qaiser tak ye. Dia masuk rumah nampak brader-brader sebaya dia, terus dia cuit bahu ajak main. Terjom jom. Hahaha!

 Main bola, sebelum nak sepak tu dia tunjuk skill je dah setahun kat situ, bola tak jugak sepak. Yunnan dah menunggu2 bilalah Qaiser nak sepak bola ni, hahaha!
 Dasyat okay Lina pakai kain batik. Huhu!

 Runako lek lek baring.




Masa dorang makan, aku dengan Ceera duk nyusu anak dalam bilik. Sempatlah duk plan strategi bisnes. Haha! Tapi strategi pepoyo je lah. 
 
Pastu Qery dah bising ajak balik. Okla jom balik. Perut dah kenyang makan. Senang hati. 

p/s : Lina, nak ketupat lagi.

Jul 18, 2016

Beraya Rumah Kawan Qery

 Adui lama beno mood makan ketupat palas. Ya Allah, aku rasa feveret aku tahun ni adalah lemang atau ketupat palas. Aku boleh makan gitu je tanpa rendang ke apa. Sedap wei. Rasa macam nak makan hari-hari je.

Pastu memang lupakan langsung pasal diet ke apa segala. hahaha! Eh lupa aku tak pernah diet pun. Makan macam ada saka. Nasib baik la sendiri jual XXS Lotion, sebelum tidur sapu so takde la rasa bersalah sangat masa makan tu. Huhu!

Qery kata kawannya buat open house, aku okey je ngikut tak kisah. Pastu excited nak pegi sebab dia kata rumah kawannya cantik gila. Okay la aku pun excited gak. Pepaham lah aku kan golongan yang tak dilahirkan kaya raya. So rumah pun biasa-biasa, tu yang excited. Aku rumah memang biasa sangat, setakat ni takde la pasu bunga bernilah tujuh puluh ribu kan. Hoih! Itu tujuh purnama pun tak mampu nak beli pasu bunga harga tu woi. hahaha!

Rumah kawannya dekat dengan IOI City Mall. Malam lalu aku jeling2 je mall tu. Ini kalau pegi tengah hari balik ada yang nyinggah ni. Hihi! 

Sampai sana, Runako kawan2 Qery tolong pegangkan. Qaiser macam biasalah jumpa rakan sebaya memang luar kawalan dah. Habis lah muka kena cakar dengan anak Alim. Hahaha!

Lampunya romantik warna biru uolls. Memang cantik gila lah. Sukaaaa sebab laman beso. Aku nak rumah camni la, tapi krik krik krikk dulu. Hihi!

Suma pangkat kakak-kakak dah, yela sebaya Qery kan. Beza 4 tahun dengan aku. Tapi takmo panggil kakak la. Biar la nampak sebaya gitu, haha! Sebelah aku ni Azlina tokey tudung.

Isteri Alim, lama dah kenal Dayah ni sejak keje kat KPJ Selangor kot. Ada lah lebih kurang 8 tahun jugak. 3 anak dah..

Dorang ni member sekolah menengah tak silap. Last jumpa masa sekolah menengah la kan. Memang macam-macam la ceritanya. Tapi macam biasa laki aku dengan Alim, poyo sikit malu-malu konon. Opkos kena malu-malu kan isteri kat sebelah. Kang kena jeling, hahaha!


 Walaupun Qaiser kena cakor kat muka, tetap gumbira. huhu!

 Nak ajak bergambar sesama. Tuan rumah tu yang pakai tudung hitam nama Eira. Sebelah tu tudung pink Datin Ila. Tapi tak bagi panggil datin, suh panggil Ila je. First time kita ada kawan datin yang cantik sangat tau. Memang cantik sangat okay. Muka macam bebudak je. yang tudung kelabu tu Azlina jual tudung. Nanti senang nak beli shawl dengan dia je. hihi!

 Yang lelaki-lelaki kat belakang dua orang tu takyah dikenalkan lagi. Baju hijau tu tuan rumah En Razak tak tau nak panggil apa. Huhu! Yang sebelah dia suami Azlina ittew.


Nanti nak rumah camnilah. Cantik putih bersih lapang. Suka.

TQ jemput, sori lah kalau anak kita berlari-lari peluk tiang baring atas carpet. Rumah kita takde semua tu, tu yang jakun. Hahaha!

Jul 15, 2016

Nak Feeling Cantik Sejak Lahir? Consume Collagen SHE, Setel!

STICKY MODE : ENTRY BARU DI BAWAH

Amboi tajuk dia, agak melampau, hahaha!

Untuk yang mana belum tahu tu. Selain Syarikat Seqy Beauty, aku dah menubuhkan satu lagi Syarikat bernama Simply Hana Empire (SHE). Actually ramai yang keliru dan ingat yang SHE ni produk Seqy Beauty.

NO NO NO. Seqy Beauty menjual produk KOSMETIK dan SHE menjual produk (MAKANAN KESIHATAN). Tapi maybe sebab SHE baru lagi, pulak tu baru ada satu produk. 


Ouf first baby untuk SHE adalah Simply Hana Collagen. Senang panggil Collagen je lah. Hoih Collagen SHE ni kita dah buat dari hujung tahun lepas. Tapi akhir bulan 5 baru nak jual. Sebab aku nak makan sendiri dulu.

Tak best lah jual produk kalau kita sendiri tak cuba dulu. Betul tak. Kita nak jual kat orang, biar kita yang rasa dulu, best ke tidak, apa perubahan dia semua. Macam yang korang tau, produk ni buat since akhir tahun lepas. Tapi aku baru consume lepas beranak.

KENAPA????

Sebab aku taknak orang fikir, eleh memang la Sepet nampak kulit ok sebab seri orang mengandung. So aku decide untuk tunggu lepas habis pantang. Itupun aku ambik lepas habis minum segala mak nenek pati itu pati ini bluek hahaha!

Lepas beranak, masalah orang perempuan ni biasalah..

1. RAMBUT GUGUR bagaikan juara.

2. SUSAH LAWAS tahap gaban.

3. ENERGY OUT of service

Ini masalah utama perempuan berpantang. Ok lah ekceli kalau tak berpantang pun aku sure ramai je wanita-wanita kat luar sana yang ada problem ni. Tapi khusus untuk wanita berpantang macam aku kita punya tahap masalah dia lebih teruk dari yang biasa. Kan kan kan.

Iya dulu masa aku anak dara pun rambut senang gugur. Setiap sudut mesti ada kelompok rambut berkepal-kepal. Dalam bilik air toksah cerita. Dalam bilik pun sama. Dah kawin ada anak sorang, kalau selak carpet kompom kat hujung2 tepi tu berkumpul rambut-rambut. Memang rasa, banyaknya rambut kau ni Zuhana. Hahaha!

Sampaikan lepas beranak Izz, aku terus potong rambut sebab stress gila. Stress sampai aku rasa itulah rambut paling pendek pernah aku potong. Rambut gugur banyak sangat, bila dah potong rambut still ada jugak la rambut gugur, cuma sebab dia dah pendek so lambat sikitla nak nampak dia berkelompok gitu.

Masalah kedua pulak, takutnya nak membuang. Kita dah la menyusu badan. Kompom lah air banyak produce ke susu. Haih tak boleh la nak bayangkan. Orang yang dah beranak memang paham sangat masalah ni. Bila rasa sakit perut tu, terus takde mood pastu cam seram-seram gitu. Huhu!

Masalah ketiga pulak adalah energy. Memang energy kita totally out. Teran nak beranak tu penat oi. Tenaga dah banyak habis kat situ. Nak produce energy balik memang makan masa gak la. Then dengan badan sakit kena urut 3 hari berturut lagi, dengan sakit pinggang sebab nyusu anak lagi. Dengan nak uruskan dua baby lagi. Memang penat dia tak boleh nak cerita.

Aku mengalami kesemua penat-penat ni dalam lebih kurang 8 hari berpantang. Habis makan PATI ikan haruan, pati ayam bla bla bla. Pantang hari ke 9 terus aku makan Collagen SHE. 

Minggu pertama makan, yang paling nampak sekali adalah RAMBUT TAK GUGUR LANGSUNG!!.

OMG, memang teruja gila sebab aku memang jenis banyak rambut gugur. Kalau bukak getah rambut tu memang keliling getah tu melekat kusut-kusut rambut aku. Huhu! Bila mandi pun aku cek masa nak lerai-leraikan rambut. Tak ada langsung rambut tersangkut kat tangan. Walaupun rambut kusut di skala 6, hahaha! Tetap rambut tak gugur. Syiokkkk gila.

Lepas tu senang gila nak membuang. Selalunya kalau nak membuang tu aku mengadu kat Qery dulu. "Alaaaa sakit perut, takutnya nak membuang". Sekali eh eh eh senang wah hebat, hahaha! Mohon jangan jijik ya. 

Then aku perasan masa awal dulu bahu aku ni rasa macam penat sangat, jaga anak sikit je lepas tu mesti tertido sebab penat tu tak tertahan-tahan dah. Aku ingat lagi masa beranak Izz asik tidur je. Sehari berapa kali Izz tidur, tiap tu jugak lah aku tidur. Huhu!

Tapi, dah ada dua anak. Luth tidur, aku tak tidur sekali pun sebab Izz tak tidur. Pun aku takde rasa penat melampau ke apa. Masih boleh bangun nak buat kerja-kerja lain. Dan aku perasan, aku senang sikit nak tidur. Dulu susah sangat nak tidur. kalau baring tu kena main game sampai tak tau lah menang berapa juta kali. Huhu!

Bila ambik Collagen SHE, dah baring tu ngantuk-ngantuk sikit then senang je tidur. Maybe sebab pagi petang tu dia dah boost enery kita. Then malam memang dia suruh badan rehat. Gitu. Teori aku je lah yang tu. Hahaha!


Then aku bagi sample kat semua STOKIS Seqy Beauty, suruh dorang pulak rasa. Nak tau apa pulak perubahan yang dorang rasa.

STOKIS Seqy kebanyakkannya memang kakak aku kan. Macam yang korang tau, peringkat umur dorang 30 ke atas. Ada yang dah 40 ke atas. Habis je Collagen, dorang report kat aku perubahan yang dorang alami.

1. RAMBUT TAK GUGUR (Sama dengan aku)

2. SENANG LAWAS (Pun sama)

3. TAK CEPAT PENAT (Pun lebih kurang sama macam aku)

Tapi dorang lebih banyaak rasa perubahan dari aku.

4. BIJI BAWAH MATA HILANG!!

Bukan sorang stokis je yang perasan. 3 Stokis kata biji bawah mata hilang. Aku tak sure biji bawah mata tu kategori biji kolestrol ke apa. Tapi itulah yang dorang bagitau. Biji kecik-kecik kat bawah mata hilang.

5. EYE BAG BERKURANGAN!

Ok yang ni aku pun perasan gak, tapi aku tak boleh nak kata apa sebab aku ada anak kecik. Memang hitam bawah mata tu normal. Cuma masih kategori dalam piawaian lagi. Hihi!

6. TUMIT KAKI DAH TAK MEREKAH!

Haaaaa, ni kakak aku cerita dia memang ada problem ni sejak dulu lagi. Tapi bila makan Collagen SHE, terus hilang rekahan tu. Dia tak perasan jugak mula-mula. Anak dia yang perasan bila dia gesel-gesel kaki kat anak dia, dah tak rasa kasar. Hihi! Ala kita pun kadang tumit tu kasar, bila gesel dengan selimut pun boleh rasa melekat-lekat kan. 

7. KULIT MUKA TEGANG DAN LEMBAP!

Umur macam aku mungkin tak perasan sangat. Maybe lah umur 20 ke 35 still banyak lagi Collagen dalam badan. Then kita selalu tak perasan sangat pasal kulit muka. Ala bukan tak perasan, selalunya memang kita tak ambik peduli pun kan. Huhu! Macam kakak-kakak aku, dorang ni ada yang dah berumur 40 ke atas. Ada kedut-kedut sikit, then kulit kering. Bila makan Collagen SHE memang nampak kulit tegang katanya. 

8. MEMUTIHKAN KULIT!

Ok ni jujur kata. Aku memang putih. Bukan berlagak nak kata sendiri putih tau. Huhu! Ok la Alhamdulillah putih sejak lahir, haha! So aku memang takde apa masalah nak putih lagi ke apa. Tak ada langsung.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... Memang aku perasan aku LEBIH PUTIH dari biasa. Hoiii! Aku perasan masa kat rumah mertua. Rumah mertua aku ni banyak cermin. Ruang tamu ada cermin, dapur ada cermin. Ada satu haritu aku lalu kat dapur pastu macam terpandang cermin. Sekali macam terkejut OI KENAPA AKU PUTIH SANGAT. Taknak la perasan sendiri kan. Banyak kali aku tanya Qery. 

"Bie, Ney nampak putih sikit kan". Gaissss, lelakiiiiiiiii. Dia jawab IYA pun kita yang perempuan ni macam was-was je dengar, hahaha! 

Pastu beberapa hari selepas tu mak mertua aku cakap.

"Zuhana, mak rasa Collagen tu buat kulit putih la. Mak rasa mak putih sikit"

Oh terus aku cam, haaaaa betullahhhh. Aku pun rasa benda sama. Pastu bila stokis pun kata gitu baru lah aku cam percaya. Collagen ni memang boleh buat kulit cerah.

Ini adalah perubahan yang aku dan stokis-stokis sendiri alami. Bukan reka cerita nak suruh orang beli. Bukan kopipes info dari mana-mana Collagen lain. Sesungguhnya dosa kalau tipu. Huhu!

Jadi, aku buat kesimpulan semua. Kalau korang ada masalah-masalah seperti di bawah. Boleh cuba consume Collagen SHE.

1. RAMBUT GUGUR

2. TIDAK LAWAS

3. KURANG BERTENAGA (LEMAH)

4. MASALAH BIJI BAWAH MATA

5. MASALAH EYE BAG (MATA PANDA)

6. TUMIT KAKI MEREKAH

7. KULIT BERKEDUT

8. KURANG CERAH (UNTUK YANG NAK PUTIH) *ayat sopan je, hehe*

Korang boleh cuba. Sebenarnya memang banyak lagi kebaikkan Collagen SHE.

Menguatkan akar rambut dan kuku.

Menyembuhkan luka dan merawat parut.

Melambatkan proses penuaan.

Milk booster.


Kalau aku terima testimoni lain then aku akan update lagi kat korang semua.

3 Cara Pengambilan :

1. Koyak sachet dan kemam serbuk kolagen (makan seperti gula-gula)
atau
2. Tuang serbuk kolagen ke dalam air (sejuk) dan minum.
atau
3. Boleh dibuat topeng muka. Cairkan sedikit serbuk kolagen dengan air dan sapu ke muka. Selepas 30 minit, bilas dengan air sehingga bersih.

Selalunya kita buat cara pertama je. Cara kedua tu korang boleh buat sekiranya korang ada ulcer kat mulut. Mungkin sakit sikit bila nak kemam serbuk kalau ada ulcer kan, then boleh bancuh dengan air, pastu minum macam biasa. 

Ada jugak customer inform lepas dia kemam kolagen tekak dia rasa pedih perit. Then boleh ikut cara kedua, bancuh kolagen minum dengan air. 

Cara ketiga boleh buat kalau korang rasa nak fokus kat kulit muka sahaja. Gitu.

Suggestion pengambilan :

1. Kalau korang betul-betul nak cepat nampak perubahan, dan korang jenis mampu. Boleh ambil kolagen 2 kali sehari. Satu pagi dan satu malam.

2. Recommended. Satu sachet sekali sehari.

3. Satu sachet selang sehari.

Selalunya aku nasihat kat customer, permulaan 3 bulan pertama. Please ambik sehari satu sachet. Then bila kolagen tu dah cover banyak area dalam badan kita, selepas 3 bulan baru ambik selang sehari. Gitu.

Waktu terbaik untuk ambik kolagen SHE.

SEMASA PERUT KOSONG!

30 minit sebelum sarapan.
atau
2 jam selepas makan malam. Yakni sebelum tidur.

Bahan-bahan :

 Marin Kolagen, L-cysteine, Vitamin C, Fructose, Apple Juice Powder

Collagen SHE.

 1 kotak 15sachets
RM85 Semenanjung
RM89 Sabah/Sarawak

Contact : 011-1223 5753 / 011-2107 6726

Stokis KL
Ceera 012 3388 457
Nina 019 319 0117
Murni 019 3530 882

Stokis Selangor 
Ira 012 978 9311
Zara 016 204 8884

Stokis Seremban
Zaimah 012 205 2091

Stokis Penang
Mimie 012 4040 494

Stokis Johor
Aza 012 374 7284

Jul 14, 2016

Raya Pertama 2016 (Rumah Mertua)

Haiiiiii, ok nak cerita raya rumah mertua pulak. 
 
First time raya kat rumah mertua ada geng, so takde la aku krik krik krikkk sangat kan. Uolls, Qery dah la takde adik bradik pompuan. Ater nya nak borak dengan mak mertua kan cam terbatas sikit. Takkan la nak over-over pulak. Ala memang la kadang tu aku gosip dengan mertua kan. Tapi ayat tu takde la remaja sangat. Takde la aku cakap siot, der, bercerita sambil buat muka jeling-jeling ke apa. Kalau ngan mertua opkos i akan buat muka comel selamanya tu. Hahaha!

Gais, mak mertua kata muka aku macam artis korea hokeyyy. Kau mampu nak buat mimik muka persis dugong masa bergosip. Opkos not. Lols.
 
Nak dijadikan cerita, pagi raya tu dalam 7.30 Qery dah keluar gi masjid nak sembahyang raya. Aku ni siap-siapkan baju anak kang nak bawak rumah mak kat ceras baru. Rumah mertua aku takyah risau pasal baju anak sebab memang ada complete. Haha! Aku kan suka tinggal-tinggal anak secara tiba-tiba kat rumah mertua. So memang pampers bebudak sebeban kat sana, susu, baju semua ada. Cuma rumah mak aku kat cheras baru tu aku kena bawak lah.

Pastu nak mandi, sekali sorang-sorang menangis. Qaiser buat perangai macam biasa. Macam-macam skill aku duk pujuk. Last-last cakap dengan Qaiser, jom la siap-siap kita nak main dengan Kak Aira, dengan Atuff. Terus tersenyum suka sangat nak jumpa geng. Huhu!
 
Kali ni sembahyang raya macam habis lambat pulak. Dalam pukul 10 gitu kot baru Qery balik. Nasib baiklah semua dah siap. Berdesup ke rumah mertua.

Sampai sana terus nak salam-salam. kelam kabut aku keluarkan duit raya dorang. Huhu!


Pak n Mak mertua i yang sporting

Runako baru dua bulan ko dah muat baju raya nak. Huhu!

Anak lelakiiiiiii.....gitulah. Asik nak mainnnnn je kejenya.



Mak mertua aku malu-malu nak anje-anje dengan suami. Hahaha!

Fieya tengah ngandung, duk sorok-sorok perut. haha!

Single and available. Sapa nak ngorat pm tepi ye. 


Alololo cucu atokkkk.. haha!




Ok sesi salam menyalam pun bermula.


Banyak dosa ni, cium lama sikit. Haha!

Anje sangat kan, hahaha!

Semoga aku masih lagi menjadi menantu kesayangan walaupun hakikatnya Fieya dah merampas takhta ittew *sejak dia buat kuih dahlia* hahaha!

Ampun Bang Qery. Selalu menjawab melawan mengada-ngada merapu merepek menggedik dan tercantik di malam hari. Auww. Hahaha!

Kita tukar-tukar sampul ye bang.

Syah pulak mintak maap.


Ni kalau adik beradik i tengok ni kompom cemburu sebab dorang pun tak dapat duit raya. Hahaha!
Tahun depan ada rezeki lebih kita bagi semua ehhhh.. *ayatpenenanghatimereka,kekeke*


Tengok tu, nak merebut takhta i la tu. Hahaha!

Qery dah kenapa muka malu2.

Over okey, kalah menantu pertama. Huhu!

Yeay!! Runako dapat duit raya!


Anak bongsu pulak nak mintak maap.

Anje-anje sangat Cepul ni. Lagi anje dari iolls tau. Haha!


Tapi boring okay jadi Cepul. Bukan boring apa, boring dapat abang cam Qery, hahaha! Gais, Qery sangat garang dengan adik okay. Adik merayau merewang sikit-sikit pun nak kecoh. Lek lah kan. Hahaha!

Aku dulu nak merewang siap kautim dengan Ceera lagi. Kalau mak tanya Ana pegi mana, tolong jawab pegi beli buku atau pergi perpustakaan. Kah!!

Celah mana perpustakaan pun aku tak tau, tau tau dah sampai Midvelley. Lalalala~~

Pandai-pandai kau lah nak hidup Cepul oiiii. Huhu! Sapa suruh tak geng dengan Kak Hana, akak bab kautim kautim ni memang pro.


Dak kecik ni pun nak salam. Hihi!





Cucu pertama. Huntonglahh.. Hahaha! Semua melayan dia je.





Habis salam tetiba ayah mertua kata nak bagi duit raya kat semua orang. Yeayyyy!! Terus laki aku peluk ayahya kuat-kuat. Dasar...

Over takkkk.. Hahaha!

Ayah mertua aku kan baru lepas pencen. Tu yang bermurah hati sangat tu. Huhu!



Terus panggil Qaiser suruh salam atok lagi sekali, haha!


Nako bangun bangun, atok nak bagi duit raya. Huhu!







Gambar raya Family Din

 Habis bergambar terus makan. Lapar woi...

Itu sahajalah cerita Hari Raya Pertama kami..

Selamat Hari Raya korang. Lupa nak mintak maaf. Maafkan kami kalau ada terkasar bahasa. Kadang tu aku mulut boleh tahan laser gak kat blog. Ampun kalau terasa. Tak sengaja. Semoga korang kurus walaupun makan banyak-banyak. Aminnn.