Jun 28, 2016

PERSIAPAN RAYA

Wahhh, lama tak tulis tiba-tiba je cerita pasal persiapan raya khennnn. Hihi! Puasa kali ni rasa lebih best dari yang lepas-lepas. Opkos lebih best sebab ada baby Luth. Makin bertambah ahli dalam keluarga, lagi excited aku rasa. Aku je la yang rasa kot, haha!

Bukan apa, excited nak membeli baju raya anak-anak je pun. Seronok tengok dorang pakai baju baru cantik-cantik. Makpak pakai sendu tidak mengapa, zaman up up menjobo sudah berlalu.

3 tahun lepas, berdua je dengan Qery. Kitorang beli baju raya last minit. Lagi seminggu gitu baru hegeh-hegeh mencari. Dah ada Qaiser, cari baju Qaiser dulu then baru cari baju kitorang. Yela baju size baby ni cam tak banyak pilihan. So pilih la baju anak dulu then baru ngam-ngam kan dengan baju makpak. 

Kali ni dah ada Qaiser dengan Runako, minggu pertama puasa kitorang dah cari baju. Tapi cari baju memang cepat gila. Jenis aku ni tak reti nak pusing-pusing dulu, tak reti nak survey-survey. Nampak terus beli. Aku tak kuasa nak berjalan berjam-jam semata nak cari selai baju. Oihhhhh memang tak masuk akal betul kan, hahaha!

Dulu Qery jenis yang survey gak la. Leceh gila kalau ikut dia cari baju raya. Stress je, haha! Aku lagi suka kalau dia kata nak gi beli baju raya dengan parent dia, lega terus hati takyah penat mengikut cari baju. Ya ampun.... FIL aku lagi gila tau. hahaha! Bukan aku kata dorang gila ye. Dorang punya gila survey tu memang WIN gila.

Bulan puasa ni, makpak mertua aku boleh pegi Jalan TAR keluar rumah pukul 9.30 pagi balik rumah pukul 6.30petang. Mengucap dalam hati aku dengar Qery cerita. Tapi memang makpak mertua aku jenis gitu. Dorang boleh je berdua naik train gi jalan-jalan round Kolumpo. Kadang tu tak membeli pun, saja jalan survey harga, belek-belek barang, cuci mata. Hoihhhhh, aku memang tak boleh langsung ikut mak mertua aku shopping. Kalah tang berjalan tu. Aku bukan suka shopping sangat pun. Kalau ko ajak aku berjalan bercuti tu iya aku suka, ini kalau jalan shopping naik train bagai aduhaiiii, bukak komputer online je la wei. Huhu!

Itu aku tak cerita dorang setiap malam raya pegi Jalan TAR cari baju murah. Aku selama hidup 28 tahun kat KL tak hingin nak mengadap Jalan TAR, lagi-lagi malam raya. Tak sanggup nak berhimpit-himpit, dengan ramai orang lagi, pastu nak pilih baju pun susah. Dorang siap naik train satu family pegi Jalan TAR. Aku sejak kawin taknak ikut langsung dorang pegi sana, hahaha! Baik aku join Takbir kat rumah mak aku kenyang dapat makan sup tulang. Kahkahkah!


Ok berbalik cerita tadi, aku ke PKNS cari baju untuk hari raya pertama. Motif kita memang nak cari baju raya untuk hari pertama sahaja. Lepas tu balik. Jangan nak melilau ke tempat lain. Anak-anak mintak mertua jagakan sekejap. Kitorang ke Shah Alam pukul 3 petang, balik pukul 4 petang. Gittew sejam je jangan lelebih, haha!

Nasib baik sekarang ni Qery dah mengikut perangai aku sikit. Jenis dah tak memilih beli sangat. Redho je baju tu cantik ke tak, pakai je jangan banyak bunyi. Haha! Kadang tu aku sedapkan hati Qery dan hati sendiri. Takpe yangggg, kita pakai kain buruk pun nampak cantik je. Gitu skali membongaknya.

Seronok sebab dah terbayang anak-anak pakai baju raya warna sama dengan kitorang. Minggu depan kitorang ke Kenanga pulak. Beli baju omputeh untuk Izz, Luth dan Qery. Senang cari baju budak kat Kenanga. Cantik, harga berpatutan. Aku cam onggila pilih baju dorang. Tu cantik ni cantik eh yang sinun pun cantik. Last-last beli semua, kahkah! Aku ada perangai gila jugak. Kalau cam susah nak buat pilihan, aku beli je dedua. Itu kalau mampu la. Kalau tak mampu aku tak beli langsung. Krik krik krik je terus keluar dari kedai. Tapi itu jarang berlaku, kalau aku tak mampu sekalipun, aku akan gunakan kuasa mengepau Qery. I punya teknik peralihan suara doremon ke suara manja miaw2 masih bergiat aktif. Jangan tak percaya. Huhu!

Aku untuk raya ke dua dan seterusnya takyah beli. Hoi baju kurung aku berpuluh helai dalam almari tak pernah pakai. Wah cita gebang gila puluh-puluh konon, hahaha! Tak de lah aku kira, tapi sejak aku kahwin, ingat tak aku pernah gi Jakarta n Bandung, borong banyak gila kain. Ada kot seploh helai aku tempah jahit sampai la ni tak pernah pakai. Itu belum kita beli jubah-jubah online, pastu ada beli untuk raya tapi tetiba time raya aku termengandung so simpan tak pakai-pakai. 

Kali ni ko pakai lah sampai lebam. Kot iye aku pakai. Entah-entah sibuk pakai baju omputeh gak. Yelah, laki n anak pakai baju omputeh, tetiba aku pakai baju kurung. Nampak isteri solehah sangat, padahal solehaktuih je.

Sekarang ni baju semua dah takyah cari. Tinggal nak tunggu kuih raya siap je. Itupun order dengan kakak-kakak sendiri. 5 balang Ceera dah paksa beli dengan dia. Kongajo sungguh. Ko tak ada pilihan, memang kena beli bila Ceera jual. Dia siap paksa adik beradik ambik sorang empat balang. Biadap betul. hahaha!

Pastu beli dengan Akak. Akak aku punya ipar memang buat kuih. So beli je la dengan Akak, senang. Aku bukan letak kuih kat rumah aku pun. Nak letak rumah mertua. Rumah aku beli kerepek keropok je. Kuih takyah. 

Pastu semalam sediakan sampul raya untuk dua-dua belah family. Urut dada sejenak bila kira ada 30 helai sampul. Aku sanggup kira sampul je. Jumlah dia aku tak sanggup nak kira. kang kalau kira berkemungkinan besar aku akan makan maggy je untuk 2 3 bulan selepas itu, hahaha! Punyalah nak sedapkan hati. Alah Zuhana oi, orang lain kemain kau sedekah, dengan family setahun sekali je pun nak berkira. Okay terus cam insap walaupun korang pun tauuuuu hakikatnya, hati manusia itu berbolak balik, kahkahkah!

Anak Akak 4 orang
Anak Kaklang 3 orang
Anak Kakcik 4 orang
Anak Ode 3 orang
Anak Andak 2 orang
Anak Atam 3 orang
Anak Ateh 2 orang
Mak
FIL ada 5 orang
Anak aku 2 orang
Duit Raya untuk Qery

Wow, untuk Qery pun ada. Semoga Qery tak baca entry ni, haha! Tak pernah bagi dia duit raya, sebelum ni aku je mintak dia duit raya siap paksa bagi banyak lagi. Kalau Qery tanya nak berapa siap keluarkan sepuluh jari campur jari kaki sekali, pastu tarik jari kaki Qery sekali. Kau nampak dia punya tamak tu, haha!

Eh ok lah. Nanti rajin aku update lagi. Kalauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu rajin ye. Aku punya KALAU tu bila dah 6 harkat ko pepaham je lah. Macam tak biasa. Hihi! Bye

1 comment:

Izyan Balqis said...

IQ pun dah beli baju raya dah..cuma tak der la meriah sangat, beli kain siap dan buat baju kurung, tahun ni banyak beli baju blouse, tshirt dan seluar setelah bertahun tak beli baju kasual..

FIL IQ yang macam mertua awak tu, pusing satu shopping mall belum tentu beli, survey dulu,.hehe