Ramai yang tanya aku apa lah maksud nama anak kau ni Pet. Selalunya aku bajet diva malas nak jawab, kahkah! Takde lah, aku ni ada perangai buruk. Aku RAJIN jawab SEKALI je. Contohnya family aku dah tanya, then aku jawab untuk pertama kali. Bila orang seterusnya tanya aku suruh tanya Qery, hahaha!
So aku bagitau kat sini je la, walaupun korang dah google ke apa ke buat-buat je la tak tau.
Izz (Kekuatan) Qaiser (Raja)
Luth (Nama Nabi) Runako (Tampan/Indah)
Nama Izz, aku yang bagi. Opkos anak pertama yuwolllssss. Hakak yang kena bagi, kalau tak murka sangat rasaaaaa hati tu. Huhu! Memula sebelum dapat anak, aku decide dengan Qery, anak lelaki aku letak nama, anak perempuan dia letak nama.
Sekali second pregant pun lelaki. Aku dah pening nak fikir nama. Terus bagi takhta kat Qery. Mintak dia cari nama, then aku tukang approve je mana yang ok.
Kalau ikut aku letak Runako je. Aku memang tak suka nama panjang-panjang ni. Dulu ingat nak letak Qaiser je, tapi sebab Qery kata nama anak Jepp pun Kaiser gak. Ok la bubuh Izz kat depan. Anak kedua Qery nak letak Izz Runako. Aku tak bagi.
Aku cakap pehal letak nama anak sama. Aku tak suka kalau nama aku sama macam kakak-kakak aku. Hahaha! Pastu aku jenis panggil nama anak kejap Izz, kejap Qaiser, kejap Izz Qaiser. Dedua aku panggil. Nanti kalau anak kedua pun Izz dah tak best la. Eh takde la gaduh pun letak nama anak. Qery dia sangat baik, dia mesti dahulukan kemahuan aku sebab aku yang beranak oiiiii. Hahaha!
Kitorang pilih nama masa aku tengah sakit contraction tu. Hahaha! Kau mampu?
Pastu Qery nak letak Aisy Runako. Aku ok je asalkan nama yang first tu satu sebutan je. Tetiba tak jadi sebab Qery takut orang ejek anak dia AIS AIS AIS. Ek eleeee, lantok lah sana orang nak ejek AIS pun, hahaha! Keturunan aku jenis kebal. Bab ejek-ejek nama ni tak terkesan pun kat hati mahupun jiwa. Huhu!
Last-last Qery tanya aku nak Aisy ke Luth. Ok la pilih Luth, nama nabi sedap jugak. Runako tu Qery yang pilih. Itu tak boleh ubah dah, sejak dalam perut dia dah panggil Runako Runako. So sekarang ni paling banyak nama dalam rumah ni opkos lah Luth Runako. Kejap aku panggil Luth, kejap kang Runako, kejap Nako, paling pendek aku panggil Run. Qaiser panggil adik dia Ako. Lantak kau lah Bang Izz, asalkan ada bunyi cukup lah.
Eh nak cerita pasal beza Izz dengan Luth yang sebenarnya kan.. huhu!
1. Izz ni kalau tidur kena senyap. Masa baby dulu aku cukup stress. Stress tak tau lah tahap apa. Kau bayangkan petik api gas pun dia boleh terjaga. Qaiser tidur kat bawah, aku masuk toilet tingkat atas. Bunyi flush dari tingkat atas bukan kuat pun, itupun terjaga gak. Paling aku stress bila dia baru tidur, Qery asik batuk tak berhenti. Luth pulak memula tu dia terkejut jugak kalau dengar bunyi bising. Tapi tak ada la seteruk Izz. Dia still boleh tidur kalau TV on. Dia boleh tidur lagi kalau Izz bising. So takde la aku stress sangat.
2. Izz dia jenis taknak buai. Memang tidur sambil menyusu dari kecik sampai besar. Cuma kalau dia dah penat sangat tu dia tidur sendiri lah. Rumah mak aku ada buai, pernah try masukkan dia. Mengamuk taknak. Fioneeeeee. Tapi Runako masuk buai dia ok. Rilek je tido. Cuma aku tak tidurkan dia pakai buai la. Kat rumah sendiri tetap tidur sambil menyusu badan takpun tepuk2 dia nanti dia lena. Tak susah langsung jaga dia. Aku tau dia boleh naik buai sebab saja try masukkan dia kat buai rumah mak. Sekali dia ok je cam suka pulak. Huhu!
3. Izz putih lagi dari Luth. Luth dia tak gelap cuma tak seputih Izz la.
4. Mata Izz bulat sikit, mata Luth cam redup gitu.
5. Hidung Izz ikut maknya, hidung Luth ikut bapaknya.
6. Luth lebih cepat besar dari Izz. Gambar atas ni Luth baru lahir dan sebulan selepas itu. Cepat gila besar dan memanjang. Huhu!
Walaupun orang komen muka sama adik beradik ni, memang nampak sama lebih kurang gak la. Tapi disebabkan memang dua-dua pun tak ikut muka aku. Jadi aku malas nak layan. Hahaha!
Apa yang sama dua beradik ni. Dedua jenis senang nak jaga. Opkos ada masa perangai masing2 boleh tahan jugak menduga. Huhu! Maksud aku senang tu, senang lah. Tak menangis malam. Nangis kalau lapar je. Alhamdulillah tak ada allergy apa-apa, jarang sakit. Kalau demam selesema pun manja-manja gitu je. Syukur sangat kan. Itulah maksud aku senang. Orang lain ada anak dia eczema, kesian aku tengok, mak ayah susah hati tengok anak sakit, nak berulang alik ke hospital, ubat macam-macam tukar. Ada tu anak memang suka menangis. Perut kembung la apa la. Kesian nengoknya.
Kalau anak buat perangai tu memang normal sangat. Takyah nak stress melampau-lampau. Jangan nak expect anak ni baik duduk diam-diam paham and dengar apa kita cakap semua. Budak-budak memang gitulah. Kita yang tua ni pun perangai entah apa-apa. Kita sendiri degil taknak dengar cakap makpak kita kannnnn. Pastu nak anak yang kecik ni dengar cakap kita je. Amboiiiiiiidiaaaaatuuuu.
Setakat ni tu je lah beza dorang adik bradik ni. Kot ada lagi nanti aku bagi ehhh..
4 comments:
Dua-dua comel anak sepet ni..
Geram akak tengok..
Dah agak dah, Runako tu mesti Qery yang bagi.
uniknya nama runako tu....macam jepun lak bunyinya...hehe
Assalamualaikum. Bahaha betul2. Standard la budak2 dia ada nakal sikitt. Hihii adam dgn adik dia umar pun banyak beza. Adik paling senang jaga, mungkin sebab pengalaman anak pertama dulu kita kabut sikit. Hahahahaa dua2 anak kita sebaya la sepet. Hehehe
Post a Comment