Nampak Sangatttttt Kelam Kabut

Semalam punya entry, memang aku tulis point penting je. Haha! Punyalah nak update secara 180km/j. Kejap-kejap mata tu jeling ke anak dengan harapan dorang tidur la sejam dua. Tapi macam biasalah, semua tinggal harapan je. Huhu! Baru 10 minit aku duduk kat depan komputer, Qaiser dah memi memi. Sambil angkat tangan suruh aku dukung. Bertuah la mak kau nak dukung nak oiii. Cari pasal je kang. Huhu!

gambar trobek
 Qaiser ni kan, dia punya daya berfikir aku perasan lah. Dia terlalu cepat belajar. Selalunya kalau umur macam dia, kita tanya lah soalan. Contohnya, nak makan ke minum. Mesti akan jawab yang last tu. Tapi dia tak. Dia akan jawab apa yang dia nak. 

Kalau nak tengok kartun. Aku tanya la nak tengok Upin Ipin ke nak tengok Boboiboy. Dia terus jawab Car! Pastu aku cakap la Upin Ipin atau Boboiboy je, Car tengah tido. Hahaha! Malas aku nak bagi dia tengok kartun car, bukan best pun. Nanti dia jawab Car jugak. Dia tetap dengan pendirian dia. Hoih!

Dia cepat tiru semua benda. Haritu aku tak tau lah kenapa budak ni bersilat. Aku kat rumah ni memang pastikan dia tengok cerita-cerita yang okay. Maksudnya takde la cerita ganas-ganas, atau cerita yang ada cium-cium tu. Sebab aku tau dia cepat sangat belajar. So aku selalu bukak cerita kartun, takpun yang ngaji-ngaji, atau cerita budak-budak. Tetiba aku tengok dia bersilat lah, tetiba tu dia buat-buat nak tumbuk orang lah, ambik hanger and nak rotan aku la. Haha! Itu aku gelak dalam hati je tau. Tapi bila dia buat perangai gitu aku cam, eh budak ni belajar dari manaaaaaa?

Rupanya, masa kat rumah mertua, neneknya tengok cerita Korea yang zaman dulu-dulu main pedang tu, hahaha! Then rumah mertua selalu tengok siaran movie yang gaduh-gaduh tu. Bayangkan walaupun aku jarang-jarang hantar anak rumah mertua, dia terus belajar. Disebabkan dia terlalu cepat belajar, itulah yang buat aku risau. Risau lah dia belajar benda bukan-bukan, pepahamlah zaman sekarang ni penuh pancaroba gittew. Huhu!

Well, start dah ada dua anak ni kecik ni. Ofkos mula-mula cam kelam kabut jugak lah. Sempat la aku berwasap dengan Blogger Namee, sebab dia pun jaga dua baby kecik. Namee cakap memula je kelam kabut, nanti lama-lama mesti ok. Uihhh ayat pelembut hati betul. Hihi!

Dia bukan kelam kabut apa tau. Kelam kabut jadi bila salah sorang menangis. Qaiser menangis, pastu mesti Runako ikut. Tak boleh dengar langsung la abang dia nangis. Kalau Runako nangis, Qaiser pulak buat perangai. Dia cukup menyampah kalau adik dia nangis, hahaha! Sebab dia tau kalau adik nangis, nanti memi dia dukung and bagi susu. Kalau dia nampak aku bagi susu, dia jerit la NO NO NO! hahaha! Berebut. Pitam mak nak. Kalau tak pun, bila Runako nangis, Qaiser akan jerit lagi kuat dari suara adik dia. Aduiii pening kepala aku. Time tu lah dedua nak mami. 

Tiap-tiap malam, Qaiser nak tidur mesti aku riba kan, sebelah tangan dukung Runako, sebelah tangan tepuk Qaiser. Sakit pinggang tu jangan cita la weiii. Qaiser taknak tidur dengan Qery, kalau tidur dengan Qery kemain melalak protes. Terjerit2 memi memi. Dah tu kalau gitu camne la adik dia nak tidur. Sudahnya dedua aku kena setel. Siap aku bagitau Qery, next anak tolonglah bagi Runako besar sikit, atleast dua tahun biar putuskan susu dulu. Ya Allah, penat dia tak boleh cakap lah. Badan sakit, pinggang, tulang belakang sakit, kaki lenguh, tangan lenguh. Huhu!

Tapi bukanlah tiap masa pun kejadian ini berlaku. Cuma setiap hari memang akan terjadilah kejadian ni, hahaha! Takpe lah Qaiser belum paham lagi, nanti lama-lama sikit mungkin dia terima dan redho je dia berkongsi memi, kekeke! Dia sayang adik dia, kalau adik tidur dia asik nak cium je. Tapi masalah dia, dia taknak berkongsi susu. Dia tak suka bila dia nak manja-manja dengan aku, tetiba adik dia nangis. Stress je muka dia. Huhu!

Setiap hari aku memang selalunya makan nasi lambat. Kalau pagi tu aku telan biskut atau roti je untuk alas perut. Susu kambing tu wajib minum. Pastu petang sikit, bila dedua dah tidur, atau Runako tengah tidur, baru aku masak. Masak lah apa je pun. Paling senang aku makan telur je. Takpun masak sup sayur, atau sup ayam, atau aku grill ikan salmon. Paling senang suruh Qery beli bungkus, hahaha! Bab makan memang tak jadi masalah pun. 

Orang kata aku steady lah apa lah pantang sorang sambil jaga anak kecik sorang-sorang. Bukan steady ke apa. Cuma aku tak boleh la berpantang kalau orang jaga. Rasa stress pulak, hahaha! Aku kalau baring je tak buat apa, memang rasa stress gila. Mak aku jaga akak-akak aku berpantang, ya ampun. Dorang macam princess ye. Duk bilik je, makan minum semua mak hantar bilik. Mengurut, bertungku, semua servis ke bilik. VVIP sangat ni, haha!

Aku pulak, masa mak aku duduk berapa hari eh. Mak aku duduk kejap sebab nak tunggu orang habis mengurut. Pagi2 buatkan aku air susu, hidang atas meja. Pastu masakkan aku lauk. Siap tanya bila aku nak makan, nanti dia nak panaskan lauk. Kalau nak minum nanti bagitau, dia buatkan air. Oihhh! Aku terus cakap, takpe mak. Nak air nanti kita buat sendiri, nak makan pun kita ambik sendiri. Hahaha! Tak boleh laaaaa aku. Selagi boleh buat sendiri, aku memang rasa nak buat sendiri. Itulah mak aku bengang je, anak last dia ni degil betul. Krikkkkkkkk

Aku tak boleh la nak baringgggggg je kerjanya. Tapi takde la aku buat kerja tak henti-henti pulak kan. Ko dah kenapa buang tebiat terlebih rajin masa pantang. Hahaha! Setakat sidai baju lipat baju tu boleh je, cuma lepas tu penat mesti kena rehat.

Tapi rasanya, so far so good lah. Kerja buat macam biasa, kalau penat rehat. Kalau stress call Qery tanya BILA NAK BALIK?? hahaha! Kalau aku dah tanya bila nak balik tu maksudnya aku dah penat gila lah tu. Tapi bila Qery balik pun bukannya boleh rehat sangat. Cuma sekurang-kurangnya Qaiser dia jaga lah. Memula tu stress gak aku, sebab dia jaga Qaiser tu dia mainnnnnn je. Budak tu dah makan ke dah minum ke semua aku kena ingatkan. Tapi dah lama-lama Qery dah pandai dah. Pagi2 kalau Sabtu Ahad tu, dia mandikan, then bagi anak makan. Tolong tu pun aku dah bersyukur dah. Tapi memang Qery kalau dia tak penat, dia akan tolong aku buat kerja rumah. Syukur selalu. Hihi!

Kesimpulannya di sini, walaupun penat tapi seronok tengok anak-anak depan mata. Kita boleh tengok perkembangan dorang sendiri. Semoga aku sentiasa bahagia bersama suami dan anak-anak. Korang pun sama okay. Kalau korang ada suami yang super caring, jangan takut beranak banyak. Walaupun cerita aku ni cam, susahnyaaaa jaga anak kecik. Well, jaga anak ni bukan kecik je susah, dah besar pun kita mak mak tetap akan susah hati. Haha! Macam mak aku, anak-anak dah besar, dah beranak pinak pun dia masih risau and susah hati. Gitulah perasaan emak-emak. 

Doa je banyak-banyak kat Allah, supaya anak-anak kita ni dilindungi dunia akhirat. Aminn. Oklah malas dah nak taip. bye!

Comments

yana2605 said…
hujung bulan nie dh nak beranak..ank kita pn kecik lg baru 2 tahun..haihhh cabaran tue..smoga kita kuat dr segi mental and fizikal...huhuhu and sama la kita pn akn berpenatang sndirian berhad..
selamat berpantang akk.. sy doa kan semoga sume nye selamat. amin :) perminat blog akk.. tiap2 hari nk tgk akk update tau.. suke dengan penulisan akk
Syamimi Saad said…
Dulu msa pntng ank first pun kita xde la baring 24jam. Kdng kesian kt mak. Karang kita buat kje sesikit kna mara. Hihi..
Nisa said…
Mmg dlm pantang org tua2 dulu jaga mcm vvip.mak sy selalu cerita masa tok sy jaga mak dulu lg teruk,xbg bgn lgsg,melainkan ke bilik air.pagi2 sblm subuh dh bakar tungku.nak apa semua ckp.org dulu2 jaga sgguh waktu berpantang,jln pun slow2,kepit2,stokin xblh lupa :)