Sakit Pinggang!

Woaahhhhhh! Tak pernah rasa sakit pinggang seumur hidup ini, hahaha! Setakat sakit sikit-sikit tu biasalah kot. Cam sengal-sengal gitu kan.

Aku kan masih dalam proses pemindahan barang-barang. Boleh je terus angkut kotak yang dah sedia ada pegi tempat baru. Tapi sebab kotak yang sedia ada tu cam sedih sangat, plus sizenya kejap besar kejap kecik. So nak tak nak, transfer dulu dalam kotak Seqy Beauty. Baru la cantik sikit nak bawak gi pindah, hahaha!

Nak susun pun senang sikit. Lagipun semangat masih membara nak mengemas semua2 ni. Huhu! Semalam punya cerita, Qery balik dah penat, dia suruh tunggu dia rehat kejap then buat sama-sama. Eh mana boleh tunggu dia. Huhu! Tak kisah la, pegi la rehat sana, aku nak buat jugak dulu. So sebelum dia tido kejap, aku dah mintak dia turunkan stok yang berat-berat tu. Aku tinggal nak masukkan dalam kotak and selotipkan.

Duduklah 4 jam kat situ. Buat tak berhenti. Kejap kang Qaiser menolong sekali. Kejap kang dia nak naik atas kotak. Eiii urut dada betul. Qery dah bangun, aku suruh tengok Qaiser je, biar aku setelkan yang kat atas lantai ni. Wahhh bajet tak mengandung lah boleh duduk lelama gini. Siap alih2 kotak ke sana ke sini. Pastu mandikan Qaiser jap, pakaikan dia baju, bagi makan minum. Sambung mengadap stok.

Setel semua. Aku baring lah kat lantai jap. perghhhhhhh tetiba baru terasa sakit pinggang. Tak boleh ke kiri, tak boleh ke kanan, hahahaha! Pastu Qaiser datang nak main cik kendong pulak. Alah yang dia naik kat atas kaki kita hayun2 tu. Eh paham tak, haha! Aku dah menjerit2 tepi tepi mami tak boleh gerak. tapi tetaplah dia nak naik atas kaki aku. Adududududu!

Pastu aku mengadu kat Qery sakit pinggang, dia cakap tu laaaa tak nak tunggu dia bla bla bla bla. Dalam hati aku, menunggu dia, tahun bila la tu nak buatnya. Kekeke! baik aku buat je, hati senang, mata pun tak sakit menengok rumah ni dah macam hape. Still tak bawak keluar lagi kotak-kotak yang dah siap ni, sebab malam tu terus ada meeting. Bincang2 sampai pukul 10 lebih kot. Balik rumah dah flat gila. Padahal kerja banyak tak siap ni.

So harini konon nak siapkan lah. Tapi pepahamlah kerja kat rumah bersama dengan anak. Kang kejap nak makan, nak minum, nak tengok tv sama2, nak berak, nak tidur, nak main. Nak mengempengggggg tu pun dah lain cerita, menangis tak ada sebab pun satu hal, nangis sebab nak dukung lagi. Huhu!

Dengan kerja kat rumah, nak membasuh baju, nak lipat, nak sidai, nak mengemas barang2 mainan yang budak kecik ni sepahkan. Tetiba bersepah je makanan dalam kabinet kat dapur. Ni baru anak sorang ni. Kalau 3 4 5 6 orang macam mana lah kan.

 Ini trip pertama pindah barang. Qery acah2 selotip je tu. Haha! Semata2 nak ambik gambar ye bang. Tapi dia mengangkut barang2 dari tingkat atas bawak turun ada 20 kali kot. Lepas tu sakit lutut terus, haha! Kesian..


Yang kotak buruk tu ekceli ada beg toiletries, yang baru sampai. Terus bawak ke sana. Nanti nak susun cecantik.

 Inilah kerja aku semalam. Sikit ni je, tapi dia punya dugaan nak buat tu macam-macam. Hahaha!

 
Kotak2 yang buruk ittew, bakal di buang. 

Jap lagi nak sambung packing Cleanser pulak. Semalam tu aku baru packing BB Cream code Brown sahaja. Skincare dah setel hari sebelum tu. Tinggal berapa ratus je lagi. Tu tunggu stokis restock, kahkah!

Yang lain belum berusik. Sakura Mask setel. Belum setel adalah BB Cream Code Natural, and loose item. Semoga siaplah sebelum bukak booth nanti. 

Sampai sini lah aku membebel, Qaiser tengah meneran2 tu, mungkin ada hasilnya, haha! Kang melecet montot tu kalau tunggu lama2.

Byeeee!

Comments

Liyana Anuar said…
mencabar betul ye..moga semua dimudahkan