Haaaa tetiba nama laki lain dalam blog aku ni. Sangat sesuatu. Haha! Semalam baru sweet-sweet, harini sebut nama laki mana pulak ken. Kihkihkih!
Begini ceritanya......
Kalau nak diikutkan hati dengan selera makan. Memang aku still tak ada selera. Letih setiap hari nak fikir makanan apa la yang boleh masuk tekak aku ni. Stress kalau Qery tanya nak makan apa. Kebanyakkan makanan yang aku makan, 5 minit lepas tu aku rasa nak muntah. Orang yang pernah tahan muntah je paham betapa penatnya nak tahan muntah ni.
Dulu aku kesian tengok kakak aku si Jemah tu. Setiap kali pregnant dia keluar masuk hospital. Sama penyakit macam aku ni. Tapi aku ni bernasib baikla tak seteruk dia. Lagi kesian bila semua orang cakap dia lembik, tak kuat, mengada-ngada. Hihi! Masa tu aku duduk rumah Jemah sebab praktikal kat Seremban. So aku tau la jugak sikit-sikit betapa dia suffer masa pregnant. Tak ada siapa yang nak dapat simptom teruk macam ni. Ada orang bernasib baik, ada orang masa pregnant alahan teruk. So redha je la mana-mana.
Qery cakap dengan aku. Susah la nanti nak pregnant lagi kalau teruk macam ni. Itula, harapnya bukan setiap kali pregnant la aku macam ni. Tapi mak aku setiap kali pregnant memang alahan teruk. Keluar je 9 orang anak. Tak ada masalah pun. Kihkih!
Haritu aku ada nampak kat facebook Kak Elly masak ayam masak merah. Tiba-tiba rasa eh sedapnya kalau dapat makan. Aku tak boleh masuk dapur lagi buat masa sekarang ni. Tak tau la dapur aku tu macam ada satu bau. Haritu dah buang segala yang tak makan dalam peti, cuci-cuci semua pun masih ada bau. Aku rasa bau karpet tu la. Macam tak praktikal pulak kat dapur letak karpet kan. Nanti nak kena suruh Qery alihkan. Tengok ada bau lagi ke x.
Kalau boleh aku memang nak jauhkan diri dari mana-mana kedai makan. Bau minyak dia boleh buat aku pening kepala. nak suruh mak masak pulak memang tak sanggup sebab tau keadaan mak macam mana. Nak mintak mak mertua masakkan pulak macam segan. Terus teringat Khalid.
Haaaaaa... Siapakah Khalid?????
Khalid ni adalah catering yang masak lauk masa wedding aku. Kemainnnn lagi terus ingat dia kan. Hahaha! Sebab aku teringat ayam masak merah yang dia masak masa aku kawin dulu. Sebenarnya banyak la lauk aku teringat. Macam gulai kawah pun aku terbayang-bayang je. Tapi jangan melampau sangat. Perangai behave sikit. Hihi!
Aku pun menyuarakan keinginan itu kepada suami tercinta. Ayat mesti manis. Haha! Dah la nak suruh laki orang masakkan. Nada tu kena lenggang kangkung mak eloi-eloi la kan.
S : Rasanya kan,teringin nak makan ayam masak merah macam Khalid masak haritu.
Q : Nak ke? Nanti kite tanya dia.
S : Takpe ke? Bukan la nak sekarang *padahalllll kalau boleh nak ada depan mata masa tu jugak, haha*
Q : Ok, nanti kalau dia ada masak kenduri kita tanya dia.
Phewww.. nasiblah senang. Hampir berkerut jugaklah dahi aku ni nak fikir macam mana nak cakap. Paham-paham la tahap jeles Qery ni macam mana, hahaha!
Korang ingatkan entry tunang aku dulu tu. Khalid la masak. Yang aku kemain cerita betapa puas hati. Tapi frust bila dia tak dapat nak masak masa wedding belah aku. Kebetulan adik dia kawin tarikh sama. Tapi takpe sebab wedding belah Qery Khalid masak. Sampai bertambah-tambah la orang makan. Siap puji cakap daging lembut sangat. Pastu ada yang compare antara catering belah aku dengan belah Qery, belah Qery lagi sedap. Iyela aku tau tu. Sob sob.
Entry Tunang yang korang boleh refer KLIK SINI
Tetiba teringat masa Ode nak pergi umrah. Masa tu Ode kata nak buat kenduri tahlil arwah ayah mertua plus doa selamat sebelum berangkat. Aku Mak Ayie entah la sapa lagi aku tak ingat. Pun pergi la rumah Ode, tapi makan-makan buat kat luar surau. Tempat tu lapang sikit. Yang baca doa semua orang lelaki. Kitorang yang perempuan ni duduk la kat tempat makan-makan tu. Tunggu orang lelaki keluar surau baru la beratur amik makanan.
Masa ambik lauk tu air liur dah bertakung dah, haha! Lauk kampung. Aku kan suka lauk kampung, ada sambal belacan, ada gulai kawah, ada kuih muih, ulam-ulam. Sedap la kan. Aku yang muda ni pun suka lauk kampung, apatah lagi masa tu ramai orang tua. Ish tak suka la berebut. Haha! Orang tua kan makan laju, tetiba bangun tambah lagi. Sedap sangat la kot. Aku ni berdoa kan lauk tak habis.
Nasib la tak habis, hihi! Aku pun amik la lauk-lauk, lepas tu duduk. Kak ida tanya sedap ke tak. Ofkos la sedap. Aku belum makan pun dah kecur-kecur ailio kan. Rupanyaaaa Kak Ida tempah dengan Khalid jugak, hahaha! Patutla aku rasa macam pernah rasa makan sesedap ini. Cis. Tak sangka pulak Kak Ida pun suka catering Khalid ni.
Kak Ida pun puji-puji la. Katanya susah nak cari orang yang nak masak lauk bawah 100 orang. Tapi Khalid kata boleh. Untuk 50 orang punya makan pun dia ambik jugak.
Memang pun, Khalid ni dia pun ada masak untuk jabatan-jabatan kementerian, kalau ada orang nak tempah buat majlis perpisahan ke, majlis hari jadi ke, bawah 50 orang pun dia ambik. Asalkan kau bagitau awal-awal. Tengok jadual dia full ke tak. Harga memang murah. Jujur eh cakap. Antara catering termurah dan tersedap dan tak berkira yang pernah aku jumpa. Rugi kalau korang tak cuba.
Korang boleh save terus number Khalid ni. 013-664 6300. Kalau pejabat ko nak buat makan-makan ke, area KL Selangor tak de masalah. Kantin sekolah anak ko makanan tak sedap ke, haha over tetiba Kantin sekolah anak pun nak masuk campur kan. Boleh la suggest Khafa catering ni. Khafa catering ni pun ada cover makanan kat Kantin sekolah jugak. Nama catering dia Khafa Catering bukan Khalid Catering tau. Tak tau la mungkin gabungan nama Khalid dengan isteri dia la kot kan, hehe!
Malam tadi baru makan ayam masak merah yang ku idam-idamkan. Khalid bagi pulak Kari Ayam sekali. Mintak masakkan ayam masak merah je, dengan kari ayam pun dapat. Kenyang Camelia. Hahaha! Ok tak klaka. Lepas tu Khalid siap tanya Qery lusa dia ada masak nasi ayam. Kalau mengidam nasi ayam bagitau la. Dia masak lebih. Ya Allah, baiknye la family Khalid ni, patutla ramai orang suka order dengan dia. Selalu murah hati. Semoga murah rezeki dia dengan family. Huhu!
Dengan nasi-nasi pun dia bagi. Pe citaaaaa kan. Haha! Gambar ayam masak merah tetiba lupa nak transfer.
TQ Allah, TQ Qery, TQ Khalid. TQ tekak kerana makan tanpa rasa nak muntah. Hihi! Keep it up!
13 comments:
confius kejap.cerita ayam masak merah.kuar gambar kari :-) kih3x...
Haha, terus cecepat save no Khalid. In case la kan...hehe..
Sepet, Sambal belacan kenduri kamu sedap apa...betul.
tapi since kau mention khalid lagi sedap, macam nak call je. order untuk sorang boleh? haha. melampauu =P
dia ada restoran tak? kalau ada, boleh singgah...
kita plak ngidam tgk kari ni
dah save dah no khalid.
ana sama lah ngn kty .
kalau makan mesti berulam cili api ..
1st time dalam idup jumpa kari ayam lauk kenduri pekat mcm nie..selalu lauk lauk kenduri semua jenis kuah ala2 teh o..cairrrrrr....
mmg nampak sedap dan menyelerakan...
Ya Allah kak sepet,,baca entry akk nie pown rose da kecor2 airlior nie haa...apa2 pown Be Strong kak sepet!!! ^^
dah beransur baik la tu..kuatkn semangat dik!
kita ni bukan lembik tp insan istimewa yg dipilih Allah utk menghadapi ujian sewaktu peknen :)
take care kak sepet.
http://nutrisihatiku.blogspot.com/
Sebak la rasa hati baca entry nih..
Dok baca xde selera memanjang.. alih alih ada mood mkn.. :)
Khalid sila masak hari hari..
Eh!
kak sepet selalu orang sarankan yang alah kuat minum pati delima gulsan..try la mana tahu ok =)
http://syamimdantaufiq.blogspot.com/2014/02/p.html?showComment=1392711054938#c7560124491695216081
Thanks sebab sudi buat entry pasal saya haha.. sobs :')
Jom Terjah : Muslim Niaga : Platform Dropship Produk Islamik
LAMA X SINGGAH SINI
TETIBA TERINGAT :)
MOGA SEPET N BABY BAIK2 AJE YE
TERUS SAVE NO KHALID
WPUN ENTAH BILA AKAK NAK WAT KDURI
ANAK SULUNG PUN BARU FORM 1
LAMBAT LAGI NAK NAIK PELAMIN
CUBAAN NAK BUAT LAWAK KE DER
Post a Comment