Entry ni pun panjang gilossss. Panjang dan banyak gambar. Aku nak update ni pun kena tarik napas panjang panjang sedut hembus sedut hembus banyak kali baru ada semangat nak update. Bukan senang nak refresh ingat balik kejadian 3 bulan lepas. Kekekeke!
Pagi Ahad tu, aku bangun dalam pukul 8 macam tu. Itupun sebab nak pastikan orang khemah buat kerja dia, nak pastikan catering dah sampai ke belum. Nak pastikan photobooth datang pukul berapa semua. Nak kena buat last call kat Qery untuk pastikan kompang sampai pukul berapa, make sure rombongan sampai pukul berapa semua.
Kenduri start dalam jam 11 tengah hari, bersanding pukul 1.30 petang. Jadinya Enot (MUA) datang dalam pukul 10.30 gitu la. Pagi tu pukul 10 sebenarnya dah start marhaban sekali dengan cukur jambul untuk Yunnan. Sepatutnya ada majlis khatam Al-Quran, tapi last minit cancel sebab aku ada masalah orang perempuan. Thihihihi.
Korang tengok gambar cukur jambul Yunnan dulu, aku nak cerita pun aku tak tau, sebab tengah sibuk bermekap dalam bilik.
Dari anak buah aku yang pertama kot. Macam giniiiii je la design tempat nak renjis kat kepala budak. Tak berubah langsung, kekeke! Tapi tetap cantik. Nampak tradisional sikit. Bunga kertas tu cabut kat halaman rumah mak aku je.
Kali ni jemput merhaban team lelaki, sebab nak cukur jambulnya budak lelaki. Baju purple tu ustaz aku masa sekolah agama, ajar aku tajwid dengan bacaan Al-Quran. Hihi! Yang lain aku tak tau nama, tapi muka selalu nampak. Ofkos la selalu nampak, kawan-kawan bapak aku sejak zaman dia muda remaja kot. huhu!
Yunnan dan daddynya.
Mummy Yunnan.
Amboi, ngantuk ke Yunnan oi.
Agaknya asik ngantuk, daddy dia spray kan air kat mata. Hahaha!
Emak Abah dan adik beradik yang memenuhkan saf.
Yunan ni dia suka sangat dengan lelaki dan pakcik atok atok. So masa nak cukur jambul ni memang takde masalah langsung. Dia behave gila.
Mata stim je budak kenit ni.
Dengan orang tak kenal pun dia tak kisah. Asalkan lelaki.
Bila dengan perempuan dia ok cuma kena amik masa sikit. Huhu!
See? Huhu!
Bukti lagi. Kekeke~ Ceera kena pantau aktiviti Yunan bila dia besar. Sesuatu sangat suka lelakiiii aje. Huhu!
Korang tengok gambar je boleh tak? Sebab aku nak explain panjang gila tu macam tak mungkin. Haha! Kalau aku nak cerita satu satu kejadian tu mungkin sampai sejam baru habis baca. Jadinya, korang tengok je la gambarnya. Penerangan segala mak nenek info akan aku bagitau yang ni amik dari mana, yang tu amik dari mana, macam mana servis dia, semua aku akan buat 1 entry.
Photobooth yang last minit. Hihi! Tapi aku suka je sebab simple, and Kak Diba tersangatlah sporting.
Sementara tu, orang khemah tengah sibuk pasangkan kain lapik meja dan kerusi.
Oh, ayah aku panggil RELA untuk bantu orang park kereta.
Ada gula-gula, ada marshmellow, dan biskut apa aku tak tau, haha! Tapi atas dia warna warni.
Meja makan pengantin dah siap.
Meja makan VIP untuk family belah Qery
Meja makan pengantin dah siap.
Meja makan VIP untuk family belah Qery
Masa ni saudara mara dah start datang. Oh Opah aku. Hihi! Setakat ni Opah datang semua anak-anak Mak Abah kawin. Sayang gila la kat Opah.
Belum apa-apa, anak buah adik beradik dah sign dulu kat buku. Huhu!
TQ Kak Sepupu ku datang dari Perak. =)
Ok abaikan MUA aku yeah. Hahaha! Matiklah aku kena marah dengan Enot sebab letak gambar dia yang ni kenn.. Kekeke!
Aku pakai contact lens ye masa sanding, itu pun Ceera belikan sehari sebelum nikah. Hehe! Aku dah la tak reti pakai. Berapa kali cubaan entah, baru masuk.
Itu yang mata iolls blue blue sky.
Pasukan kompang budak sekolah darjah 6. Ramai yang tak dapat datang, sebab masa aku kawin ni merdeka kot. Plus 2 hari lagi dorang nak exam. Ada yang mak ayah tak lepaskan. So ada 6 orang termasuk Kak Ida (akak yang conduct budak2 kompang ni)
Oleh kerana korang jarang tengok kawan2 aku, jadi marilah cuci mata tengok kawan2 iolls. Hahaha! Kongajo tau kata aku takde kawan. Sentap berair air mata. Kekeke!
Cikgu-cikgu sekolah menengah panggil kitorang ni 5 sekawan. Sampai cikgu disiplin pun memang dah kenal, bukan kerana kitorang nakal, akan tetapi kitorang ni melekat je, rehat sama, balik sama. Walaupun kelas lain2.bertahun2 bersama-sama.
Dorang ni memang kawan dunia akhirat okey. Baik gila masing2 *termasuk aku* kahkahkah!
Kawan baik + rapat masa sekolah teknik. Dah tu ada 3 orang je perempuan dalam kelas. Ros namanya. Paling hot dalam sekolah dulu. Aku sikit2 la menumpang populariti dia. Hahaha!
Eh Kak Filla. Hehe! Ini pun kawan blogger. Pun baik hangat hangat. Mintak tolong je mesti berusaha nak tolong. Huhu! TQ Kak Filla sebab datang!
Si bolat Amani
Kawan 1 dorm masa kat teknik. Kawan sekolah teknik ramai yang tak dapat datang, sebab kebanyakkan memang ramai sedara mara buat kenduri tarikh yang sama. Sokey sokey. i sangat memahami.. Mihmihmih! yang belah kiri tu kawan sebelah katil. Malam2 suka ngumpat sesama. Kekeke! Yang sebelah kanan tu dulu masa sekolah, pakwe kitorang sama. Tak boleh bla. Haha!
Tengah syok-syok jumpa kawan2 yang datang awal ni. Sekali dorang kata rombongan lelaki dah sampai.
Tengah syok-syok jumpa kawan2 yang datang awal ni. Sekali dorang kata rombongan lelaki dah sampai.
Masa ni la kejadian mahkota atas kepala aku terjatuh.
Tengok abah aku tolong amikkan. Huhu!
Ingatkan nak pakai balik, tapi takyah la, sebab nak kena jarum tu amik masa jugak.
Pasukan silat ni memang terbaik. Highly recommended kalau korang nak.
Aku dah tak boleh bukak mata sebab lens aku rasa nak mengeras dah.
Salam Opah, baru kita masuk sanding
Tukang baca doa, abangdak ensem. Tetiba kan. Kihkih!
Saudara mara Qery
Pengantin lelaki sopan je.
Aku je tak berapa nak sopan. Huhu!
Sedap hoi lauk dia.
TQ Fyda dan Atong sudi datang.
Kawan2 MSU semua jurusan yang sama, farmasi. Borak kalau tak pasal tulisan doktor, takpun pasal ubat. Takde la benda lain. Kekeke!
Kawan2 MSU semua jurusan yang sama, farmasi. Borak kalau tak pasal tulisan doktor, takpun pasal ubat. Takde la benda lain. Kekeke!
Oh sangat tak sangka budak baju merah tu datang. Izhar. Kawan sekolah tadika sampai sekolah rendah kot. Jiran depan rumah jaga dia dulu. Kitorang sekelas sampai darjah 6. Terasa macam jejak kasih gila. Haha! Masuk menengah dia sekolah asrama agama batu 10 kot, entah la aku pun tak tau. Maklumlah, dia pandai dari aku. Jadi dia boleh la masuk sekolah asrama. Berbaur cemburu. Pftt... Huhu!
Kak Nur yang kepenatan
Lepas makan, upacara potong kek pulak.
Tengok dorang ni, kemain amik gambar. Semua ini phoyoo.. Hahaha!
Pengacara majlis suruh bagi sepatah dua kata. Gagap terus aku. Aku ni dah lah tak pandai nak bercakap kalau dah ada ramai orang. Last2 suruh Qery je cakap.
Saudara mara Qery
Family aku.
Family Qery
Kawan2 se-MSU dan se-hospital kpj ampang putri dulu. Dorang ni pun gila-gila. Paling best masa exam. Keluar je bilik exam, semua buat muka konfiden. Bila tanya boleh jawab ke.. Jawapan semua sama, takpe, benda boleh repeat. Haha!. Lawak sangat, tapi takde la pun repeat.
Kak Dhiya, kakak angkat masa kat teknik. =)
Kak Watie, kawan fb and ig. Hihi!
Kawan masa kat hospital pantai ampang. Kew Suang Lee, chinese fren yang palingggggg aku sayaaaang.
Kawan2 blogger yang makcik sangat. Hahaha! Suka panggil dorang makcik. Memang kongajo. Padahal diri sendiri pun makcik kennn... TQ Kak Elly, Kak Moon, Kak Filla, Kak Peej.
Tak lupa juga kepada abang Ben.
Ceera dan Ciput dan Keisha
Mr Lalok, Jemah dan Cicot Kebena
Ayie dan Kak Ninie
Mak Abah tercinta
Kaklang Kakcik dan Akak yang happy go lucky
Kak Anny yang cantik dan Kasih.
Owner Myracles Beauty Encik Fadhlur dan isteri. =)
Habis majlis kitorang shoot gambar outdoor pulak.
Habis majlis kitorang shoot gambar outdoor pulak.
Gambar ni lawak. Onald suruh pusingkan payung sambil campak kat atas.
Qery buat dengan sangat bergayaaa.. Tiba-tiba.....
Payung jatuh terkena hidung.
Funny gila. Hahaha!
Syah dengan Wan menunggu kitorang shoot dengan penuh kesabaran
Habis akhirnya. Nak muntah tak tengok gambar. Hahaha!
TQ kepada yang hadir, TQ kepada yang mendoakan. TQ semua yang memeriahkan majlis. Sesungguhnya perkara baik pasti akan dibalas baik. Aminnnn..=)
Info :
Pelamin + Mekap + Baju + Segala gubahan mak nenek yang ada kat atas pelamin + Wedding Planner + Pintu Gerbang : Symbolique Asia @ Kak Nur 012-2559769
Kompang : Kak Ida 013-6036726
Silat & Tarian : Maltra Sutra Dancer By Encik Abu Bakar 013-3666845
Photographer : Onald 012-3625254
Door Gifts : Ohmaiwedding Kak Mai 012-3963225
Kemah + Catering : D'Saji Catering (En Majid : 012-6535356)
Photobooth : ThePhotoboothCorner Adibah Zakaria 0162065767
Henna : Faiza Halim 019-6401705
15 comments:
Wah..banyaknya tempek gambar. Meriah majlisnya. Siapa ada anak-anak bersilat lagi.
:) comelnye sepet & qery. Tahniah atas perkahwinan. kite doakan semoga bahagia dunia dan akhirat. amiin..
Lovely pic and sweet...semoga menjadi suami n isteri soleh n solehah ,dikurniakan cahaya mata dan bahagia hingga ke jannah..aminnn
Wahhh..cantik , superb , teliti , sweet.. :)...suke tengokkkk...
aww cantik sangat warna baju nya.... moga bahagia sampai jannah.
cantiknya gambar2 awk.. sangat jeles.. :)
gambaq payung eksiden ngan muka Qery ssgt lawak.. bersembuq nasi kat PC ni hah...
TAHNIAH
majlis yg meriah
gambar yg super cntik
pengantin yang sgt comel dan kacak juga
akak doakan moga kamu berdua bahagia hgga ke syurga, dikurniakan zuriat yg comel juga soleh n solehah
semuanya cantik,best,happening.. Smoga bhgia smpai bile2 :-)
Gambar eyza pun ada... malu la pulak ada muka i dalam blog femes ni.. i cuma blogger biasa2 jer.. hihihi.. anyway, awak mmg cantik.. Tahniah yer..
Sepet mmg disayangi..
Semoga alam rumahtangga awak kekal hingga syurga aamiin..
cantiknya baju and semua2nyalah...
semoga bahagia sampai syurga..amin..=)
hah! tau buat outdoor kat mana.... belakang opis ai tuh ;D
Tak muntah pon tengok, seronok sangat tengok gambaq kawen sepet ni...Cantikk gilaa...HEHE
Assalamualaikum. cantik dan manis sangat tengok sepet ! suka sebab simple gila. oii sukanya tengok gambar kawin orangggg :)
Post a Comment