Kisahnya malam berinai..
Semua benda cari last minit membuatkan aku stress. Hihi! Tiba-tiba mak aku kata nak bagi something special kat saudara mara belah Qery. Aku kata bagi je doorgift yang aku buat untuk esok tu, sebabnya aku memang buat banyak gila. Lagi-lagi plan nak buat malam berinai ni pun tak ada dalam list mula-mula. So aku memang tak tekankan sangat aturcara untuk malam berinai. Kompang pun last minit. Tapi alhamdulillah. Last-last semua ada.
Pelamin nikah dengan sanding lain sikit. Sebab Kak Nur tak nak nampak sama dalam gambar. So bila nak sanding malam tu, dia keluarkan kerusi dengan ape entah kat belakang tu. Hihi!
Lepas Kak Nur setting semua, dia pun balik, sebab ekceli dia ada banyak kerja untuk setel hari esok.
Beginilah jadinya pelamin aku selepas itu.
Aku dah siap-siap tukar baju. Sebab malam berinai tu dalam pukul 9. So dalam 8.30 macam tu aku dah get ready kat luar, posing sana sini.
Aku tak suka sangat pakau tudung yang ada owning, tapi lantak kau lah. Masa ni aku nak cepat habis je sebab aku lapar gila seharian tak makan.
Bila orang kata pengantin ni 'raja sehari' aku fikir takde la raja sangat. Penat jugak sebenarnya. Tak sempat nak rehat langsung. Huhu!
Malam berinai tu, Ceera kata dia nak buat kambing golek. Ekceli Ceera nak buat cukur akikah Yunnan, beli 2 ekor kambing, sekor nak buat kambing golek, sekor lagi masak untuk esok sekali dengan catering. Aku okey je, lagi best ada kambing golek. Dah lama tak makan kot. Huhu!
Yunnan yang sangat funny. Aku ada banyak gila gambar Yunnan. Nanti kena tunjuk kat Ceera, mesti dia nak tergelak tengok.
Amboi lagu apa la tu. Hihi!
Kompang last minit. Gini ceritanya. Cerita kompang ni dia cam lols sikit. Hihi! Mak aku suruh cari kompang. So aku bagitau Qery aku nak orang kompang masa sanding tu. Qery pun cari la orang kompang untuk hari sanding. Kitorang dua-dua tak terfikir pun malam sanding tu ada kompang, jadi kitorang tempah kompang tu untuk majlis sanding tengah hari tu. Bila mak aku tanya kompang dah ada ke belum. Aku cakap lah dah ada. Sehinggalah lagi seminggu nak sanding tu. Aku double confirm balik dengan mak aturcara semua. Sekali mak kata kompang malam tu okey kan. Aku dah.... eh???? malam ada kompang? Kelam kabut la. Mak mencari satu kampung tak ada. Qery pulak dah kerisauan sebab tak bagitau awal-awal. Budak yang nak main kompang tu semua bebudak sekolah. Jarang la mak ayah bagi keluar lewat malam. Lagi-lagi dah nak UPSR. Rayu punya rayu, last-last sehari sebelum malam berinai tu dapat jugak, sebab kakak yang conduct budak kompang ni kawan Qery. Kakak tu kesian so dia try jugak tanya parent budak2 kompang ni. Nasib lah okey, tapi tak ramai la. Tak kisah janji hadooo... Hihi!
Malam tu pun ada mercun. Mercun pun Qery cari.
Paling lawak masa nak beli tu. Aku tanya la masa nak hidupkan api tu, kena jauh-jauh ke apa. Yela, aku ni tak pernah main mercun, tak tau berapa jarak yang sesuai, lepas tu orang ramai kena berdiri jauh mana. Pastu orang tu kata, takpe..kalau orang tempang pun sempat je lari. *kembang kempis hidung tahan gelak*
Ada dua mercun, satu yang rm100, satu lagi rm150. Tak tau la aku apa beza dia, aku tengok sama je meletup dia. Huhu!
Menunggu pengantin lelaki sampai, sementara tu posing dulu.
Seronok anak buah aku. Huhu!
Oh masa ni rombongan lelaki dah sampai. Aku dah get ready kat luar. Kain tu berjela panjangnya, jadi mintak tolong Jemah pegangkan..
Masa ni kompang dah pak pak ke pak ke pung. Aku pun pergi kat Qery sambil tengok mercun.
Seronok, jiran2 aku semua la keluar nak tengok mercun. Hihi!
Habis mercun, jalan masuk rumah pulak.
Masa ni Qery nak bukak kasut.Aku dah...eh eh eh, takyah bukak. Masuk je rumah pakai kasut. Takkan la nanti nak bergambar atas pelamin berkaki hayam kennn..
Gittew..
Mulalah acara salam menyalam renjis merenjis.
Mak, ayah, Syah dan Cepul
Mak, abah dan family aku.
Adik beradik aku lagi.
Saudara mara belah Qery.
Riuh jugak la masa ni. Masa salam tu ada pesan 'jaga anak buah makcik ni', 'jaga hana baik-baik' Auwww. Hana sangat. Hihi!
Lepas tu amik gambar la apa lagi.
Qery ayu gila kot.
Pastu posing berdua.
Habis je posing, aku lapar. Nak turun makan.
Adik beradik aku, kalau bab makan, tak payah di ajak ye. Tang nak masak je selalu sesat jalan ke dapur termasuk aku. Haha!
Amboi...kekekeke!
Pengantin pulak nak makan kambing golek. Seb baik Ceera simpankan. Kalau tak nangis aku tak merasa.
Habis makan, dalam pukul 11 macam tu, family dengan saudara Qery beransur pulang.
Yang pulang biarkan mereka pulang. Kita yang ada kat rumah ni..
Teruskan makan. Hikhokhikhok!
Info :
Kompang/Tarian (budak-budak) : Kak Ida 013-6036726 (Area Kajang-Bangi)
Baju dan Pelamin : Symbolique Asia
Photographer : Onald
11 comments:
nampak cantik sgt!! <3<3
masa ni qery macam selim skit ye . :)
Bestnya tapi penatkan..apa boleh buat sekali seumur hidup....
Mercun tu kalau byk bunga2 keluar lagi mahal...tp tahan hati time beli sebab mahal amat...huhuuu
AS Salam Sepet.
Sepet, sekali tgk da cam Pengasa Sendayu Tinggi lah pulak :P...
assalam..
cantik baju biru tuh.. sesuai sgt..
makan sure no. 1 kenn.. hikhikhik
baju cantik la...biru :-)
cantik nye laa kak sepet...Blue turquoise !! lembut jeee tgok kaler tu..kak sepet plak selim je...OMG ! adore u kak sepetttttt ^_______^
photo-photo ni semua nampak sgt profesional.
mase sanding mcm Qery takde pakai inai kan sepet?tapi mlm berinai dah pakai inai..mmg cantik korang berdua ni..~ silent reader
sweet sangat :)
akak ada iras dato siti la (:
Post a Comment