Dec 3, 2013

Sepet + Qery : Baju Persalinan

Sebenarnya baju persalinan ni aku malas gila nak buat. Kalau ikut plan aku, aku cuma nak nikah dan sanding. Tak payah nak tukar-tukar baju persalinan, tak payah nak malam berinai sangat. Leceh kot kan, haha! Sebab kejap lagi aku jugak yang nak kena uruskan semua. Tapi tu lah. Mak aku nak jugak aku buat semua tu, katanya aku ni anak last. Dia nak la aku buat semua-semua tu, sebab semua kakak-kakak aku ada buat. Padahal aku tak kisah pun kalau tak buat. Mihmihmih! Baju persalinan nanti-nanti pun boleh pergi studio amik gambar kan..

Tambahan pula, aku rasa orang yang bertudung ni agak susah jugak nak cari baju persalinan yang menutup aurat. Kebanyakkan baju persalinan mesti seksi, baju tradisional kan. Orang dulu-dulu kan seksi-seksi. Jarang lah yang ada bertutup. Tapi takpe, mana tau boleh jadi inspirasi kat orang lain. Sebab ada aku tengok, bila sanding pakai tudung , bila tukar persalinan, hilang dah tudung sebab baju tak sesuai dengan imej bertudung. Jadi untuk tidak meng 'iya' kan statement itu. Aku cuba pakai jugak baju persalinan tu dengan imej bertudung. Ahaaaaa..poyo gila rasa bila cakap camni. hahaha!

Aku macam berkira-kira jugak nak tukar baju lepas sanding malam berinai atau lepas nikah. Cadangan Ceera dia suruh aku buat lepas nikah. Sebab masa dia dulu, dia buat lepas sanding malam tu. Dah la sanding habis pukul 10-11 gitu, nak tukar baju lagi. Penat. Dah tak pasal-pasal tidur lambat. Pengantin esok nak bersanding lagi. Bila fikir-fikir ada betul jugak. So kite buat la lepas nikah. Malam tu boleh la rehat sikit.

Setel je nikah, rombongan belah Qery balik. Terus aku masuk bilik tukar baju. Baju persalinan sebenarnya ada 6 pasang. Tapi dah kerana aku penat plus lagi 2 baju tu aku rasa macam ketat sangat. Jadi aku tak jadi pakai. Yang aku cancel, baju cheongsam yang raya cina dorang pakai tu,  dengan baju ala cheongsam orang-orang dalam istana. Dua-dua aku tak pakai. Hihi!

Baju yang pertama, aku tak tau nama sangat. Tapi kalau tak silap aku baju orang Portugis. Aku suka. Macam cantik jeeee... Hihi!


Baju ni aku tak ada masalah sangat, sebab baju ni dia memang panjang, labuh, cuma kena pakai tudung dengan inner. Senang la nak match. Kak Nur memang dah pesan siap-siap suruh beli tudung yang warna boleh masuk semua baju-baju. Sama ada creamy atau offwhite *ala-ala warna pearl gitu*. Tudung ni aku cari kat Ampang Park je.

Masuk-masuk je kedai tu terus request dengan jurujual 'saya nak shawl untuk kawin ada bling bling warna creamy atau offwhite'. Senang. Hihi! Oh inner pun kena beli warna kulit. Pun aku beli kat Ampang Park. Masuk kedai terus mintak kat abang tu 'Saya nak inner warna kulit size S dengan M' Mintak la dua size. Takkan la ko nak try inner kat situ.  

Warna ni memang sesuai dengan semua jenis baju. Jangan risau. Beli 1 jenis shawl sudah ye. Tak payah nak bazir duit sangat. Sebab ko akan menyusahkan MUA dan diri sendiri jugak nak tukar shawl tiap kali.




Setel baju Portugis ni, aku masuk bilik salin baju lain. Sementara tu keadaan kat ruang tamu penuh dengan anak-anak buah. Excited tengok Maksunya pakai baju pelik.




 Masa aku tukar baju la baru dorang berani nak naik-naik pelamin, sebab kalau aku ada, mesti kena jerit 'jangan main kat pemalin tu!!' Gitu. Sebab sana banyak kaca. Ko pepaham la budak-budak ni.


 Ko tengok? Kemain dorang. Kalau main depan-depan ni tak ngape la kan. Budak-budak ni banyak experimen dia. Kang tetiba tengok ada kat belakang langsir belakang tu je. Memang aku histeria terus. Huhu!

Baju persalinan ke-2 pulak kalau tak silap aku baju Siti Wan Kembang. Yang ni memang seksi gila kalau tak pakai tudung. Haha! Tapi diselamatkan oleh inner dan shawl tadi. Terus nampak okey.

 Qery kata dia suka gambar ni. *yela tu kan. Jaga hati aku kot, kekeke*


 Dia ada selendang jugak ye. 

 Kalau korang nak pakai baju persalinan ni, boleh je asalkan ada inner dan shawl.

Tukar baju lagi. Masa ni adik beradik je la jadi penonton, yang lain semua dah balik. Senang sikit aku nak posing takyah memalu sebab family je. Kihkih!




Baju ke-3 ni pulak tak ingat nama. Mungkin baju tradisional jawa kot. Entah la. Sapa-sapa tau tolong betulkan eh. Hihi!

 Dia macam baju kurung biasa la. Cuma dia kembang2 kat kain tu. 




Baju ke 4 pulak baju Kimono.  Hihi!. Ini pun aku suka. Sebab Kimono kan baju besau-besau. 



 Posing masa ni, kameraman google gaya-gaya orang pakai kimono. So dia tunjuk kat aku suruh gaya macam ni. Aku pun ikut je. Kekeke!

 Aku kalau orang suruh posing aku tak berapa nak malu sangat. Perkara yang aku tak perlu bercakap, aku ok. Jangan suruh aku bercakap, tak keluar suara aku. hahaha!


Disebabkan aku dah cancel baju cheongsam tu, so ini baju last lah.  Legaaaaa dah habis. Habis ni pun dah pukul 6 gitu.

Yeay!! Akhirnya!! Hahaha! Lepasssssss dua proses. Nikah dengan baju persalinan.Ada lagi 2 nak kena harung kat belah aku. Malam berinani dengan Sanding hari esok. 

Info : Baju persalinan dari Symbolique Asia
Photograper : Onald
Shawl + Inner beli sendiri ye.

9 comments:

Rosewina said...

Lawanyeee kak sepett...mcm best je ade sesi persalinan,,,kak sepet gayakan semuanya lawa2 gittewww...^_______^

Unknown said...

somelnya sepet....

JunAina said...

Kalau sebelah tempat akak tak ada salin2 ni...dari dulu sampai lah skrg...

Chekgu Azrine said...

semua lawa..especially kimono

Unknown said...

lawanyeee sepet!

Unknown said...

kamu cantik sesangat....

Mass said...

CANTIKNYAAAAA.......

Ann said...

cantikkk!!dulu kawin mak suruh gak salin2 ni sbb alasan yg sama anak last..tp xmo la..penat dan leceh.tapi berinai tu kene jugak..hihi

Unknown said...

Suka baju kimono and baju portugis tu! Cantik angattt! :D