Sembanggg Pe citaaaaaa...

Cantikkkkk ke tidooookkkk header baruuuuuuu kiteeeeee tuuuu... Baru la fefeelinggggg artiss gittew... Walaupun Puiiii sangat. Hihi!

Sebenarnyaaaaa aku ni takde la bersemangat waja pasal header ke apa. Rasa macam eh dah lama tak tukar gambar. Pastu ada pulak gambar yang meruntun jiwa lah sangat. Tu yang gedik terus edit kat photoscape. Dengan harapan bila orang yang tak pernah masuk blog aku, terus tertipu dengan wajah ku yang sebenar. Muahahahaha! Ok rasa hina sangat bila taip macam ni. Kihkihkih!

Mula-mula rasa macam nak letak gambar berdua dengan Qery, pastu fikir dua puluh kali jugak dan akhirnya tak payah. Eh Qery ada blog, letak aaaa muka kat blog sendiwiii kan.. Kekekeke!

Dan aku jugak macam tak berperasaan baru lepas kawin terus bukak facebook tukar status married. Kahkahkah! Sebab ramai aku tengok kemain excited kan. Baru tunang, sesaat lepas tu terus tukar status. Oih korang ni time2 macam tu pun still ingat berfacebook kan. Bagus betul. Aku lepas kawin takde ingat kat facebook. Ingat benda lain je. *kembang2 hidung tahan gelak*

Semalam aku flat gila. Tak tidur seharian buat kerja. Dah la order bertingkek-tingkek. Korang dapat bonus ke? Sampai tangan aku krem.  Bukan la krem semata-mata tulis alamat dengan balut barang. Huhu! Krem sebab aku update pasal kawin tu. Dah lamaaaaa  gila tak update panjang-panjang. Jari jemari iolls pun pancit dibuatnya. Nasib baru beli minyak tiger balm tu. urut2 sikit beranginnnnn je jari aku. 

Eh lupa, walaupun aku dah tulis kat atas entry, aku nak bagitau lagi kat sini. Yang aku tak ada kat Malaysia selama 6 hari. Dari 16.12.2013 sampailah 21.12.2013. Jadi kalau korang nak barang korang sampai cepat. Silalah order sebelum 16hb tu eh. Korang still boleh order tapi barang aku pos 23.12.2013 (isnin). Boleh kan gitu. Boleh la boleh laaaaaa.. I pomis bagi uollssss free gift lain sikit kali ni. Auwwww... Haha! Ayat pancing. Poyo sangat. Mana la tau tetiba aku baik hati, siapa yang order semasa aku bercuti dan sanggup tunggu aku pos isnin, aku bagi ole-ole ke kan kan kan kannnn.. Takpe, yang tu nanti aku update lagi.

Esok aku update lagi pasal malam berinai. Korang bersabar lah ye. Aku ada entry malam berinai, bersanding belah aku, bersanding belah qery, entry info catering kompang tarian semua supaya korang senang nak refer. Mana la tau korang anak sulung, tak tau sangat pasal kenduri, nak start dari mana semua, harap2 bila baca entry tu nanti boleh la bantu mana-mana yang patut. Tapi jangan tanya aku budget. Ikutlah kemampuan masing-masing ye takkan itupun akhaakkk nak ajarkan. Kekekeke!

Nah sekeping gambar malam berinai.


Esok baru update kisah malam berinai. Bye bye bye semua!!

Comments

Unknown said…
haha..comel jer uols :D
x sabar nak tggu entry malam berinai.. :P
NinaAz said…
Xd kat malaysia nk g mana tuuuu. Besttnyeer