HARINI ADA POSTAGE, SEBELUM PUKUL 12PM BUAT PAYMENT YE. KALAU KORANG BUAT PAYMENT SELEPAS PUKUL 12PM AKU POS 23.12.2013 (ISNIN). KECUALI PRODUK TABITA. TABITA KALAU KORANG NAK URGENT KE APA. BOLEH ORDER MACAM BIASA. SEBAB SUPPLIER AKU BOLEH TOLONG POSKAN. TAPI SESIAPA YANG ORDER NEXT WEEK DAN BOLEH TUNGGU AKU POS SELEPAS AKU BALIK, ADA FREE GIFTS LAIN YANG MENANTI =)
Hari Khamis dengan Jumaat (semalam), perghhhh terbaik la badan aku memang rasa nak baring je, sebab badan panas lepas tu pakej dengan pening kepala. Stress betul rasanya. Sampaikan aku reply order kemain lambat berjam-jam sebab tertidur punya pasal. Hihi! Nasib la customer tak marah, semua tunggu dengan tabahnya.
Qery la yang basuh baju, sidai baju, vakum lantai. Aku kejap bangun tengok fon reply sikit, tulis sapa yang dah buat payment, lepas tu tertidur balik. Gila. Sehari ada 24jam. Aku bangun dalam 5 jam je. Yang lain dipenuhi dengan tidur semata. Sampai mak mertua datang rumah pun aku tak terjaga. Kekeke!
Harini rasa okey sikit. Macam ada la tenaga nak jalan sana sini. Nak kemas rumah. Dah la baju nak pegi holiday tak pilih2 lagi. Dulu pegi holiday packing barang sendiri pun dah pening. Ini nak packing barang Qery lagi. Adoiii.. Tapi Qery buat masa ni aku perasan dia alert orangnya. Masa pegi honeymoon dulu pun dia ingat nak bawak barang2 peribadi dia macam gel rambut, shaver, krim muka, dia dah siap2 letak dalam beg, dia pun dah tau hari tu nak pakai baju apa. Dia siapkan letak atas katil semua barang dia nak pakai. Aku cuma ingatkan sikit2 la macam bawak baju lebih, plastik asing baju kotor, seliper, bla bla bla. Itu dah kira bagus sangat dari dapat laki yang dia tau semua ada je kan. Hihi!
Esok nak mencari barang-barang yang kot-kot terlepas pandang. Nak pegi holiday ni aku tak de perasaan sangat. Ko pepaham la aku ni apa bendaaaaa la yang berperasaan kan. Haha! Semua benda takde perasaan. Rasa nak tumbuk diri sendiri. Nak nikah pun tak berdebor. Tapi ofkos la happy. Qery punye excited tu la melampau-lampau. Siap nak beli itu ini itu ini. Barang boleh beli kat sana pun kalau kat sini tak sempat beli. Tapi aku takmo la mematikan semangat dia tu. Layankan aje. Huhu!
Oh, memandangkan aku nak bercuti next week selama seminggu. jadinya korang jangan la harapkan entry dari blog ni. Mungkin la kalau aku rajin, aku akan update sikit-sikit. Tapi aku yakin aku tak serajin itu. Kekekeke!
Doakan aku selamat pergi dan selamat balik yeah =)
3 comments:
hai sepettt. semoga selamat pergi dan kembali yee.. btw. tahniahh for ur pregnancy. happy iolss. hehe. nanti anak kita sebaya la ekk. bolehlah berbesan. AHAKS!!
selamat bercuti akak. and tahniah dah pregnant. heeeeee. :) mama to be k.
take care Sepet..
selamat bercuti!
Post a Comment