Kalau nak diikutkan, aku malas nak update harini. Bukan harini je la. Hari-hari pun aku malas nak update. Dulu rasa macam nak tutup blog pun ada. Bisnes boleh buat website baru. Tapi oleh kerana macam tak yakin website baru boleh bangun sendiri. Jadi itu yang tak terkubur lagi blog aku ni. Hihi!
Pening tau kepala nak update pasal apa. Dulu zaman darah muda hati panas tak matang boleh la main taip je suka hati aku. Kena hentam pun ada aku kisah. Walaupun aku tau sekarang ni ada baca blog aku bukan sebab suka sangat pun, ada yang saja kepochi buat bahan nak ngumpat sebakul dua. Tapi normal lah manusia busuk hati memang perangainya gitu tak boleh dinafikan. Kekeke!
Tapi bukanlah semua orang gitu. Ramai je yang okey. Start dari bulan lepas aku sebenarnya tersangatlah letih. Rasa nak baring tidur je. Rumah ni pun dah tak serupa rumah. Hahaha! kadang2 tu rasa tak nak mengaku rumah sendiri pun ada. Bila dah buat kerja semua, kudrat aku tingga 5% je. Begitu hebat aku boleh kira berapa percent kan. Mihmihmih!
Pernah la sekali, laki bini tertido kat hall. Masa tu rumah aku kat hall tu ada baju baru lepas hantar dobi. Plus barang2 nak packing untuk holiday nanti. Pastu toto aku baring semua lah kan. Dah kata pun tido. Qery tido atas sofa, aku tido atas toto. Dengan bekas balut pun ada kat hall. Aku biarkan je lepas balut tu terus tido sebab rarsa letih sangat. Sekaliiiiii mak ayah dengan adik Qery datang. Kelam kabut aku naik atas tukar baju, basuh muka, gosok gigi. Pftttt
Turun bawah tersengih2 depan mak mertua sebab malu la rumah aku penuh dengan barang2. Kelam kabut dua laki bini alihkan. Alihkan je la, takde la aku nak kemas lagi. Buat air semua sebab mak ayah nak tengok gambar kawin kat laptop. Mata aku merayap la tengok mana-mana yang nampak cam tak ok, aku pegi pelan2 alihkan. Hihi! Mak aku dah 'eh takpe zuhana. biar je'.
Plus sekarang ni hujan tak berhenti kan. Lagi la menambah nambah lagi perasaan nak baring tu. (-_-)
Semalam aku dengan Qery accident masa nak gi pos barang. Tak teruk la. Dalam jem hujan
gerimis tu. Kereta Viva tetiba brek. Qery pulak ikut rapat. Apalagi
cium bontot kereta depan. Kekeke! Tengok2 kereta Viva tu kemek teruk jugak la. Seriau nak tengok kereta sendiri. Sekali tengok kereta sendiri no plat je jatuh. Phewwww...
Ada la calar sikit. Tapi kuat jugak la dentuman tu. Perut aku smpai
sakit kot sebab pakai sit belt kan dia tahan perut. Senak perut aku
sampai ke malam tadi.
Lepas pos barang, singgah rumah mak. Sebelum singgah mesti call tanya nak makan apa dulu. Masa sembang2 boleh la makan2 sekali. Selalu memang McD je la pun. Kebab dah takde ye, haha! Prosperety je ada. Boleh laaaaaaaa... Family aku ni beli je ala apa pun, dorang telan. Hihi! Semalam lepak-lepak sekali mak keluarkan gambar lama-lama. Pepaham la muka zaman hingusan macam mana.
Pecah perut Qery gelak. Dia kata aku memang dari kecik dah gedik. Aku perhatiiiiiii je dari jauh. Tapi aku tak sangka aku ada album sorang2 masa kecik2. Aku tau la ada gambar tu, tapi aku tak tau yang mak simpan dalam album tu, ada gambar aku mak dengan ayie je. Rasa bestnyaaa. Mak suruh aku bawak balik rumah ni, tapi aku tak bawak la. Aku kalau bawak sini, kang bersepah tak tau dah kat mana. Baik simpan rumah mak. Kot hilang ke boleh salahkan mak. Kahkahkah! Kongajo dapat anak camni.
Dengan Ayie
Masa kecik ayie besfren la, tapi dia tu suka sakat aku. Kadang2 buat aku gerammmmmm je. Pembuli. Paling sakit hati bila dia angkat2 kening dia dari jauh sebab nak cakap padan muka. Mak aku pening kepala.. sebab sekejap2 aku ngadu..
Aku : Maaaaaaakk!! tengok Ayie ni! Dia angkat keningggggg!!
Bila mak aku buat tak tau lagi la aku bengang. Terus nangis sedu sedu. Hahaha!
Dah jadi anak last. Beginilah. Mana-mana mak akan bawak. Best. Hihi!
Mak aku kan dulu tahu menjahit. Tapi dia tak permah la amik upah menjahit. Baju anak-anak baju sendiri baju abah semua mak jahit. Yang kitorang pakai ni pun mak yang jahit.
Qery gelak tengok gambar ni la. Katanya kecik2 dah gedik sangat. Siap ada gambar yang lain, aku baru 2 3 tahun kot. Ambik gambar kenyit mata sebelah okeyh.. Mata dah la nampak tak nampak je. Hihi!
Pastu ada la gambar aku dengan anak-anak buah. Masa tu aku baru darjah2 la. Anak buah pun baru 5 6 orang. Qery kira-kira anak buah aku. 'Satu dua tiga empat. Haaa yang ni ketua dia' sambil tunjuk muka aku. Aku nak jeling mak abah ada. Masuk kereta kang baru cerita. Hahaha!
Ini dah besar sikit. Gemuk. Aku tak tau la kenapa dulu2 kawan2 mak panggil aku anak patung.
Fioneee..Bukan korang je nak muntah. Aku pun terasa macam dorang ni perli ke apa kan. Hahaha! Aku tau dorang panggil macam tu masa aku nak kawin la. Dorang tanya mak aku 'Anak ko yang anak patung tu ke nak kawin Has'
Pening kepala aku, tak tau nak buat-buat malu ke apa. Hahaha!
Gambar ni paling kelakar. Aku tengok tergelak2. Hidung tu memang legend. Pipi dahi dengan dagu macam dah bersatu sangat.
Eh tu je la. Ha rumah aku ni dah okey kot. Sebab every malam baca yasin sesama. Lepas berminggu baca. Haritu aku basun pinggan. Tengok jiran belakang rumah amik air renjis2 satu rumah macam halau hantu tu. Terfikir jugak aku hantu tu dah pindah rumah belakang kot. Kekekeke! Okeylah. Byebye!
9 comments:
hahahahha.. lawak la bab hantu pindah rumah tu... lol...
kikikiki... bab antu pijdah umh belakang tu kelaka...kah kah kah
hmm...letih2 tu sbb tu lah..sbb yg tu..haaa..take care ye..jgn lasak2 sgt.manja2 je..biar qery buat semua. hehe
nasib baik xpa2..dah preggy kan..tahniah sis..
congrats on your pregnancy kakak sepet kekeke
jage diri baek2 k
preggy?^____^
congrats...
Alolooooo...kiutnya sepet masa kecik....btw,congrats dah pegnen..take care n byk rehat...
hahahhaa..gelak dulu.
mmg comey sgt ..
bab hantu ..rasanya ye lah tu.
hantu dah pindah umah.
teruskan tau baca yasin
x pun pasang je cd bacaan sural al baqarah.
wow! sepet dari kecik sampai ke besar menten comey lah...
Post a Comment