Haha! Poyo gila aku. Bukannya jauh kebeno pun nak jenjalan.
Semasa korang baca blog aku ni, aku tak pasti sama ada aku kat KLIA atau dah sampai HK. Ye, second time pergi HK. HK lagi dan lagi, dah macam takde tempat lain ko nak pergi. Pfttt
Begini ceritanya. Selepas aku kawin. Memang plan nak bercuti, bawak sekali family Qery, jalan sama-sama. Saja la nak menggembirakan hati orang tua. Gitu poyo tak poyo aku ni, haha! Mula-mula niat aku nak ke Korea. Angan2 nak buat orang salji, nak main luncur ais, nak bercinta baling2 seketul ais kat Qery kononya.
Mintak Kak Filla contact number agen yang dia pernah ikut dulu. So tengok harga semua macam okey. Ofkos tengok harga dulu ye. Kalau mahal memang reject. Kira-kira seminggu okey la dengan harganya. Tak tau la pulak aku kot ada yang lagi murah. Tapi memang dah survey-survey dan yang boleh dipercayai, rasanya dah okey la tu.
Sekali tengok tengok, belek-belek, eh eh eh, tak sesuai pulak dengan tarikh Qery free. Semua tarikh yang nak pergi Korea, semua Qery ada kelas. Kecewa sangat lah aku ni. Lepas tu contact lah agen ni suruh email semua tempat2 yang ada pada tarikh sekian sampai sekian. Dan kat sini aku ada beberapa pilihan. Sama ada HK atau Ho chi Minh. Pastu aku berfikir-fikir, aku tak nak la pegi vietnam, tak sejuk sangat. Dia macam ala-ala suhu Malaysia kan. Amboi gedik tak nak suhu macam kat sini. Hahaha!
Padahal aku ni bukan tahan sejuk. Duduk dalam aircond 26c pun dah ketaq-ketaq. Lagipun kalau kat HK ada Disneyland, boleh la family mertua main mainan dalam tu. Lepas compare dua negara ni, so aku decide nak ke HK. Lagipun pernah pegi, so takde la rasa ralat sangat. *padahal pegi dengan pakej ada orang bawak, haha*
Persiapan nak ke HK ni memang aku dengan Qery dah get ready. Belikan baju sejuk family mertua, sediakan beg semua. Aku dengan Qery pun ada beli baju sejuk masing2. Kalau tengok baju sejuk aku nanti macam lah snow. Hahaha! padahal winter je kennn.. Biarkann.. Suka hati aku nak over ke apa eh. Aku nak bajet2 artis Korea. Qery nak bajet artis Kpop. Hah. Lantakkan. Tapi memang agen dah siap pesan bawak baju sejuk yang lebih tebal sebab memang tengah sejuk even winter pun. So bila agen dah kata gitu, tenang sikit hati aku. kang aku pakai ala-ala snow orang yang jaga kat imigresen tak lepaskan aku pulak sebab aku salah negara. Kekekeke!
Eh sebelum tu, aku ada contact kawan kat HK. Dia memang orang chinese HK la. Mintak pendapat dia kat mana nak beli barang2 yang best, mana ada diskaun gila2, mana barang ori, mana yang tak ori. Tetiba dia pesan jangan makan ayam. Sebab sekarang ayam kat sana tengah tercemar dengan virus H7N9 flu. Ok fioneeee.. Jangan makan ayam ye. Lebih baik mencegah dari merawat kan. Huhu! Mak mertua bawak banyak maggy tu. Kang kalau lapa kite ketuk pintu bilik mak mertua je la. Kihkihkih!
Kalau korang nak cari balik percutian kat HKDisneyland yang dulu tu, aku dah save dalam draft. So tak dapat la korang nak baca. Its okey, nanti balik inyaallah aku akan up entry macam mana nak pegi sana ye. Korang boleh pegi sendiri tak perlu amik pakej2 pun. Tapi tengok keadaan kalau pakej lebih murah, apa salahnya. Bila pegi ramai-ramai better pegi dengan pakej. Kot la korang nak pegi laki bini anak beranak je, boleh survive sendiri kot cuma kena banyak google sebelum pegi.
Poyo gila aku nak up entry HK kan, padahal entry kawin tak habis lagi. kahkahkah! Haih, dengan keadaan aku yang sekarang ni, aku tak berani nak janji apa-apa lagi. kalau masa dan kesihatan mengizinkan, hopefully ada la entry tu nanti. Aku rasa ramai yang dah tau 'keadaan' yang aku maksudkan tu. Sebab kebanyakkan segala info aku akan up kat IG n Fb dulu. Blog ni special sikit sebenarnya, Ig dan fb mungkin boleh bagi info yang cepat. Ofkosla sebab masuk upload gambar lepas tu sepatah dua kata. Kat blog ni aku kata special sebab kebanyakkan kejadian aku akan explain walaupun tak berapa nak detail, tapi lebih detail la dari info kat ig/fb. Huhu!
Contoh, bila up something kat ig. Bila gambar kita lain sikit, orang dah buat macam2 spekulasi. Kadang2 iolls terasa sedikit artis bila kejadian itu berlaku. Hahaha! Dan aku pulak jenis lantak korang nak kata apa. Kadang2 komen korang tu buat aku gelak, hilang sikit stress ibu mengandung ni. Wakakakaka! Apa-apa pun masih awal lagi, sebelum masuk tempoh 3 bulan, ini adalah waktu kritikal. Aku risau jugak nak jenjalan kat HK dengan keadaan macam ni, tapi tula, benda yang kita dah plan, dan kita tak tau rezeki tu dah ada. Tapi insyaallah aku akan berusaha jaga diri. Korang doa2 kan lah jugak ye.
Terima Kasih semua-semua yang wish kat IG mahupun FB, tak terbalas aku. TQ sebab sentiasa doakan yang baik2 untuk aku yang poyo ni. Hihi!
Jadi berangkatnya aku ke HK dengan senyuman manis semanis kurma.
Baiii orang Malaysiaaaa. Auwww! hahaha!
11 comments:
congrats .. ehem3 .. same la kite .. aku pon baru taw aku preggy .. huhuhuh .. semoga selamat pergi n blik erk sepet .. jga kandungan elok2 ..
Take care sepet masa HK ye... jgn lasak sgt.... *silent reader kamu
take care...
thniah :-)
Tahniah sepet =)
enjoy ur trip dear. take care and congrates!
tahniah sepet.. slmt ber'babymoon'.. hihi..
Syoknyaaaa berHK. Hehe
congrats...selamat berucuti...
salam adik.. i got confused with your sentences... 'padahal winter je kennn' and '... sebab memang tengah sejuk even winter pun'...
ada musim lagi sejuk dari winter kah? there are spring(musim bunga), summer(musim panas), autumn(musim luruh) and winter(musim sejuk)... jadi yang paling sejuk nya musim bila?
Mohon pencerahan... :)
Thanks
Rindu.
Baca entry lama pun jadik lah..
Take care sepet
Take care camelia
Post a Comment