Entry ke Singapura kita hold dulu lah. Iyela tu hold. Kang tetiba aku malas nak up dah kan. Haha! Mood nak imbas kembali tu takde. Nanti la kalau mood dah datang aku kobar kan. Hihi!
Semalam aku bagitau Qery demam kan. Still harini pun demam. Tapi macam on off. Makan panadol ok. Nanti dah lama sikit dia start panas balik. Dengan cuaca sekarang ni panas lepas tu hujan. Semalam dari jam 2 pagi kot hujan, sampai pagi ni tak berhenti. Qery pegi sekolah jugak, katanya ada hari anugerah cemerlang ke apa. Aku tak ingat dah. Macam ada penyampaian anugerah la. Dia mesti nak kena datang jugak. Ok pape la.
Pagi tadi pun ada paksa makan panadol, tapi takmo pulak. Huhu! Kang aku paksa lagi, mau ada yang lambat sampai sekolah. Takpe, japgi dia balik aku paksa lagi. Lagipun harini balik awal. Petang ni kot dia nak rest boleh la tido.
Semalam ontheway nak balik tu, dia cakap nak makan ikan sambal. Aku dah masak ikan sambal. Tetiba kata sakit tekak, tak boleh masuk. Nak makan maggy. Pftttt. Tapi dia balik tengok dah masak. Dia paksa jugak makan. Aku tak bagi la makan ikan sambal tu. Aku masakkan benda lain suruh dia makan. Haih la lakiii... Hahaha! Takpe, dia bukan selalu demam..
Nasib la abah aku dah keluar hospital. Takde la terkejar sangat. Lagipun kesian Qery ni. Semalam tido kat toto. Selubung dalam selimut. Basah lenjun okeyh. Basah yang macam baju baru lepas kena spin tu. Dah la itu selimut n toto kesayangan. Hikhokhikhok
Takpe, nanti cuaca panas, boleh jemur. Harap2 petang ni panas la. amin aminnn..huhu!
Tido pun nak kena pegang tangan. Anje lelebih hangat ni. Hahaha! Susah aku nak buat kerja semalam. Sebelah tangan je boleh gerak. Tangan itu la nak tulis alamat, tangan tu jugak nak reply kat customer. Nasib masa balut tu Qery dah nyenyak. Itupun pelan2 aku lepaskan genggaman tangan cinta Qery.. Auww.. Libas sekali. Hahaha!
Semalam Qery baca komen-komen korang kan, dia membebel pelan-pelan.
'eleh dorang masa kecik pun susah makan ubat'
'eleh dorang saja je pura-pura pandai telan panadol, dorang tipu'
'eleh...elehhh'
'ha kite ada geng la, dia pun cairkan ubat'
'ish nak kena kak filla ni'
hahaha! tetiba sangat.
dia tak puas hati orang lain senang makan ubat ken... cara dia cakap tu macam yang budak2 nak cari gaduh tu. so funny.
Lepas setel pos barang. Oh semua produk available kecuali MSL ye. macam biasa barang boleh tengok kat My Shop. Pasal krim pati ibu putih free dari belian tabita tu, aku tak up up lagi entry cara pakai. Nanti lah ye.korang google la dulu cara pakai.
Setelah berapa lama, aku baru nak try try pakai balik tudung bawal. Tudung bawal ni aku agak memilih jugak. Sebab aku tak suka yang bila kita segitiga kan dia, dia macam tak centre. Aku suka yang ngam-ngam jadi segitiga. Nak pakai pun best. Lepas tu aku suka yang muncung dia terbentuk. Tak suka yang jenis lembik sangat, tak suka keras sangat. Haaaa..memilih kebeno. Hahaha!
Semalam test-test. Tengok okey jugak. Tanya Qery, dia mesti la jawab ok. Berani pulak nak cakap tak ok kan. Kekeke!
Habis terkeluar pipi aku. Tembam rupanya aku ni. *konon2 baru tau,hahaha*
*********************************************************************
Ada 2 hingga 5 tone warna. Beli1 pun dapat harga RM5.
Sapa peminat tudung bawal. Boleh visit
Ig : ezyannabihan
Fb : Ezy-zaira
SMS/Whatsapp : 012-2314586
6 comments:
nampak mcm gengster, tp kalau dah sakit... aduhai... lelaki mmg mcm tu kan,manja lebih dari pempuan...
sepet boleh jadikan baha kalau dia dok perli kata sepet mengada ker kan....
Qery ngajar skolah rendah ke menengah? sbb semalam kn UPSR diumumkan. maybe anugerah cemerlang UPSR la kot
haaa baru dpt tengok akak pakai tudung bawal. cantiknyaaa :)
sis, apekata try jus walit assunnah...insyallah,dpt krgkn rase pns kt bdn n bg lbh tenaga.
lelaki ni, bila dah ada wife, dalam diam dia mnja tau.. mcm my hsbnd jgk.. ;)
ehh, cantiknya dia pakai tudung bawal.. :)
AS Salam Sepet
Dik, nak bagi tudung bawal bentuk elok, buh lilin. Gosok cam kaler crayon atas tempat yg berkaitan, n seterika.. In Shaa Allah jadi elok...
Post a Comment