Honeymoon Fasa 1 (Grand Lexis PD I)

Gedik sangat nak berfasa-fasa kennnn... Haritu aku kata percutian 5 hari 4 malam. Plan yang dirancang semata-mata Qery cuti raya Deepavali direct dengan Awal Muharam. Akan tetapi tarikh yang dia book tu aku dengan dia sendiri tahu adalah timing aku lampu merah. Hahaha!

So every time aku cakap aku nak hanimum aku akan tergelak sorang-sorang, sebab memang tak la kann.. Kahkahkah! Tak kisah la lampu merah pun still boleh jalan-jalan. Sebab ini je la masa yang ada.  Nak tunggu dah tak lampu merah, atenyeeeee, memang tak berjalan la aku.

Pastu, tiap kali aku upload gambar kat IG semua excited, siap gambar aku pegang perut semua laaaaa nak kata ada isi, berapa bulan. Kekekeke! idok ye, itu adalah kerana perut aku dah buncit. Akibat keseronokan makan yang melampau. #entahpapeje

Lepas solat Jumaat tu, aku dengan Qery dah get ready. Baju semua malam tu dah siap-siap masuk beg.

Nak kemana kiteee?? Biasalah...tempat orang honeymoon. Grand Lexis PD tu. Sebab pool dia nampak menggiurkan. Macam trend pulak orang sekarang ni, honeymoon je ke sana. Tapi bagi pendapat aku, tempat tu memang cantik, tapi bilik dia je la. Kalau korang nak honeymoon, jangan keluar bilik. Duduk je dalam tu. Baru berbaloi dengan bayaran. Kalau korang setakat nak lepak tidur, tapi siang petang malam keluar tempat lain. Takyah la. Kot korang banyak duit lantak engko la.. Kisah pulak aku.

Tapi banyak jugak aktiviti kat situ, macam nak berbasikal, memanah, nak main bola sepak pantai, boleh la. Kalau ramai okey la. Dah kalau ko berdua je, takyah la nak sibuk main bola sepak. Main kat pool je pun seronot.. kahkahkah!

ber ootd sebelum gerak.. Ambik mood dulu

Oh aku update ni ada yang kata perut aku kembong. Amboiiiiiii diaaaaa tuuuu.. Biaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeee sangattt cakap camtu. Huhu!

Baju tu nipis, tu la yang terbang. #coverperutgemokbukanpregnantye.

Sampai-sampai je, terus makan. Sebab lapar gila. Kat situ tak berapa nak silap la, ada 2 restoran yang connect dengan Grand Lexis. Satu Restoran Duyung. Makanan ala-ala melayu + western gitu. Satu lagi Restoran Sushi apakebenda entah. Aku takde la pegi sana. Aku makan kat Duyung je. Time lapar aku nak nasi. Tapi kalau hidang aku makanan lain, tetap je aku makan. Dasarrr sangat kan. Huhu!


Aku suka dengan pelayan restoran ni n servis kat hotel ni. bila kite cakap melayu, dia akan cakap bahasa melayu balik. Ada certain tempat, asik nak speaking je, padahal kau duduk Malaysia, muka pun melayu asli, pastu dah kenapa tak reti cakap melayu. Jangan nak poyo sangat boleh? Tetiba kan. Hahaha!

Bobi kiteeee... *Sapa yang tau kes kat facebook je yang paham. Kahkahkah!*

Lepas makan, kitorang nak masuk bilik. Bilik tu punya la jauh, tapi takpe jangan risau, sebab servis buggy express FOC. Setiap kali nak pergi mana-mana, call je direct line buggy ni. Dia terus datang bawakkan kemana kite nak pegi. Lajuuuuuuuuuuuuuuu.... Hampir melayang pinggang iolls. *motif nak perasan pinggang ramping*



Sampai dah bilik kiteeeee...

Aku dengan Qery amik Premium Pool Villa je. Tapi kakitangan kerajaan dapat less kot. Dengan syarat kau bawak salinan slip gaji atau ID tempat kerja ko tu (ramai yang tak tau boleh dapat less)

So sapa-sapa penjawat awam, silalah.. gunakan kelebihan anda. Kekekeke! so 1 malam boleh dapat RM680.30 macam tu.  hihi! Kalau tak, jangan di tanya harga 1 malam berapa. Boleh puasa sebulan sambil pitam. 

Masa nak check in dari jam 4 petang, check out jam 12tengah hari. Pandai-pandai korang la kalau nak datang sini adjust masa. Huhu!

Aku tetap nak jengket. hikhokhikhok


Anje anje sikit.

Bilik dia memang terbaik. Korang tengok gambar je lah..

 Pemandangan dari luar.

 Tak sampai hati aku nak baring atas love tu. Huhu! Tolong la jangan decorate cantik sangat. Serba salah mak hincik.



Oh lupa nak bagitau, makanan kat sini memang mahal. Dalam bilik yang kitorang menginap ni, dorang sediakan microwave, mangkuk. Korang boleh la bawak maggy ke, atau instand food yang boleh di masak dalam microwave. Jimat kat situ. kalau tak, korang order nasi goreng je pun dah RM20+, tapi sedap la pun. 



Setelah berenang-renang, akhirnya lapar. Tapi tak bawak maggy, nak taknak order je la nasi goreng 1 malaysia kat duyung. 


Ofkos la sedap, tapi kalau dah lapar, apa pun sedap kan. Huhu!

Malam pertama *lahsangat* kami kat situ, takde kemana pun. Tengok tv, mandi mandi, bergurau senda. Auwww.. Haha! Lempang sekali. Tapi memang seronok. Tenangggggggggggggggg je. Sapa-sapa yang baru kawin, kalau ada ongkos lebih, lepas tu cuti tak banyak, boleh la ke sini.

Sebenarnya gambar banyak lagi, tapi amik pakai instax camera. Konon nak jadi kenangan bersama gitu. Tak de daya aku nak snap dari instax camera tu masuk ke fon. Takyah rajin sangat.  jadi, esok la continue day 1. Bye bye

p/s  : Visit My Shop
Stok semua available

*******************************************************************

Baju yang aku pakai kat atas, dengan kain yang aku pakai kat bawah ni.. Cer tengok..

Dari Fb : Koleksi 24 Only
atau korang nak baju macam aku tu, memang cantik dan selesa gila. 
Contact terus : 0177712982

kenapa nama kedai dia Koleksi 24 only, sebab semua harga RM24. Hihi! Murah kann.. jadinya, silakan ke sana, jangan malu-malu.

=)







Comments

Irfa said…
boleh la berendam sampai kecut
ada private swimming pool ;)
Unknown said…
Salam,

Nak tanya...sepet booking dah lama ke...walk in je bole dapat...less untuk k.tangan kerajaan tu???
Shazwani Ramly said…
ahhh manisnya akak dgn suami :)
Rosewina said…
Bestnyee akk honeymoon =)Selamat Berhoneymoon kak Sepet =D

Bobi syg syggg sgt2 !! *pitems* geli2 bca komen2 tu kak...hahaha =P
Lieza Adamalin said…
selama ni akak silent reader jer..xpenah comment dah lama tak jenguk blog adik, rupa2nya da jd bini org.Congrats dik..
bytheway kalo sudi singgag blog akak ye..ade tudung comel2