Mood KO

Haih, tiap kali nak update blog aku kena kumpul kekuatan. Entah  pape je kan. Huhu! Bila tak duduk depan laptop banyaaaaaak je benda aku nak cerita, bila dah hadap depan mata, takde mood pulak nak cerita. Biasalah penyakit perempuan. Sekarang ni pun dalam 3 4 hari macam tu aku mood weng weng sikit. 

Yang paling teruk, 2 hari lepas, langsung tak nak bercakap. Kahkahkah! Perempuan gila. Qery banyak kali tanya kenapa kenapa. Kesian dia. Aku tetiba bengang tanpa sebab. Dia pegi kelas pun aku rasa nak marah, hahahahaha. 

Bila ingat balik rasa nak lempang diri sendiri. Semalam rasa dah okey sikit, tapi still la pagi tu cam amarah kan. Tengah gosok baju Qery pun dalam hati membebel-bebel, tak tau la apa benda yang aku bebelkan. Tetiba tengah hari Qery balik semata-mata nak hantar nasi bungkus, lepas tu dia gi kelas balik. Terus ada dua perasaaan. 1 terharu sebab dia balik bawak makanan. 1 lagi marah sebab dia pergi kelas balik. Kekekeke!

Inilah first time aku moody sebab penyakit perempuan ni. Selalunya aku takde apa masalah pun. Qery pun terkejut kot, sebab selama ni aku okey je. Setakat paling teruk pun kaki aku lenguh. Dah kawin ni mungkin dia mengada lebih sikit. Nak anjeeeeeeee jeee kejenyeeee...Kahkahkah!

Harini rasa letih yang hamat. Barang2 pun belum balut lagi. 10 kali aku ulang alik depan barang2 yang aku dah susun tu, tinggal nak balut je. tapi macam alahaiiii... kejap lagi la pukul 2 aku balut. Tunggu Qery balik, baru ada semangat sikit nak balut. *mata ke atas sangat sangat*


Semalam upload gambar baju ni kat IG, takde la semalam aku gosok sekali semua ni, ada half yang aku dah gosok. Kiranya semalam gosok dalam 20 helai je la.. Tapi mmg tshirt pun aku gosok ye. Qery tak pernah pakai baju yang tak bergosok. Pfttt. Dulu masa belum kawin, setiap baju dia, dia hantar dobi untuk gosok. Bila dah kawin ni, takyah la hantar dobi lagi. Walaupun aku pemalas, tapi aku tetap boleh gosok. Aku gosok baju start darjah 1 kot. Gosok seluar mesti ada garisan tu, mak aku ada ajar okey, sebab abah aku pun perangai macam Qery, seluar dia kalau gosok mesti ada garisan tu. Jadi aku okey je. 


Jadi kerana harini mood sokey sokeyyy je la. Bagi tengok mata je. Bulu mata yang suam2 kuku ittew. Huhu!

Kbye =)

Clearance stok masih available.

Comments

Fizah said…
kemasnyaa laahaii lemari tuu...:)
nasaoji said…
Halololo..biasala..hormon bru nak stabil pas kwen...
lina said…
pas kawen memang hormon weng sket. kite pun gosok baju t-shirt husband. hehe.. tapi tu je pun baju keje die.
suezen said…
lemah betul part gosok bj tu
Shazwani Ramly said…
kemas dan cantik tersusun akak buat. ni lah isteri mithali. awwww hahaha
Biasa tu, kadang2 kita pun tak paham dgn diri sendiri. Mood kejab ok. kejab ko. *Bestkan perasaaan lepas tengok baju semua dah tersusun cantik ber iron.
mrs kayrul said…
rajin betul nak menggosok bebanyak baji....klu saya gosok bila nak pakai jer...hhehehe
v08 said…
Kak Sepet dah ada isi kot. Hihi..
loytha'san said…
lepas kawen ni memang kena rajin tetiba kan.. hihihihi