Hari Jumaat tak masak ye, jadi takde la gambar lauk ke hape. Huhu! Bangun pagi tu macam biasa. Cek handfon, balas mesej, wasap, email semua. Tulis alamat, balut mana yang dah order. Balut kena 2 trip. Kalau tak memang rasa kelam kabut je hidup ni. Dah kemas rumah semua. Tau tau je Qery dah balik. Awal sikit la balik hari Jumaat tu. Nanti pukul 3 dia kena keluar balik sebab ada sukan. Lepas dia solat tu terus siap-siap keluar.
Aku perasan kat group wasap adik beradik katanya abah kena admit. Ohyela Jumaat tu abah ada appoinment dengan Doktor Hayati. Dalam pukul 3 lebih macam tu Abah call..
Abah : Abah ada kat emergency ni.. Doktor kata nak suruh masuk ward.
Aku : Oh Abah baring ke? Sapa ada dengan Abah?
Abah : Tengah masuk air dalam badan. Tadi Ode ada, tapi tengok ni takde dah.
Aku : Takpe, kejap lagi Ode datang la tu. Abah baring je rehat. Jaga diri. Petang nanti lagi kite datang.
Terus aku call Ceera. Kot-kot la dia nak pergi. Sebab aku nak tunggu Qery macam tak mungkin je dia balik pukul 6. Kang lambat pulak. Call call tapi Ceera tak jawab pun. Pastu terus aku call mak. Borak dengan mak la yang lama sikit. Banyak nak disembangkan. Hihi! Tapi still sembang tentang condition abah la. Doktor kata abah nampak dah teruk, sebab tu mesti nak masukkan dalam ward. Side effect air liur meleleh tu salah satu tahap penyakit dah teruk. Plus kalsium dalam badan abah terlalu tinggi. Itu adalah sama sekali tidak bagus.
Lepas habis call mak, tengok ada miskol dari Abah. So aku call balik Abah.
Aku : Nape bah?
Abah : Abah lapar la Na, pagi tadi je makan. Boleh tak belikan Kebab yang macam ko beli haritu.
Aku : Boleh-boleh. Nanti kite beli eh.
Gituuu. Macam manaaa la aku nak pegi beli aku pun tak tauuu.. Hihi! Call Qery tak angkat pulak. jadinya kena mintak tolong Ode belikan. Kebab yang MacD tu. Sebelum ni masa aku datang rumah mak, aku ada belikan kebab tu. Agaknya Abah suka kot. Tu yang mintak lagi. Aku pulak mintak tolong Ayie datang amik kat rumah. Sebab aku tau Abah tu kalau dah sebut-sebut nama, kalau dah call sampai 2 kali, mesti nak aku datang jugak tu. Jadi, mesti datang jugak walau apa pun terjadi.
Barang-barang yang aku dah janji dengan customer nak pos Jumaat tu, kelam kabut jugak la aku membalut. Dah pesan kat Ayie datang selepas pukul 5. Bagi aku setel kerja. Dah mandi siap-siap,beg nak pos dah letak sebelah pintu. Nanti Qery balik senang dia nampak beg tu, boleh terus pegi pos. Dah mesej dah Qery bagitau semua. Qery kata boleh pergi, baru lah iolls pergi. Orang dah kawin...kekeke
Ayie sampai lambat pulak. Pukul 6.30 macam tu. Jalan jem la kot sebabnya memang timing orang balik kerja kan. Aku call Kakcik sebelum pergi,takut dorang tak bagi masuk tengok abah sebab waktu melawat dah habis.
Sampai sana pukul 7 lebih macam tu. Masuk-masuk tengok Abah dalam ward emergency. Aku masuk sorang sebab nurse tak bagi masuk dah sebenarnya. Itu pun aku cakap sekejaaaaaaaaapppp je nak tengok abah. Kekeke! Sampai je kat katil Abah, nurse lain datang bagitau Abah dah dapat katil. Dia mintak aku tunggu sebab nak tunjuk ward mana tingkat berapa. So aku boleh bagitau ahli keluarga yang lain. Dapat lah lepak lama sikit. Hihi!
Tengok Abah masa tu pun sayu je hati. Kering sangat. Berat dah 55kg. Makan muntah makan muntah. Masuk air je la satu hari tu.
Aku : Abah dah makan?
Abah : Dah makan tadi.
Aku : Kebab tadi makan habis?
Abah : Habis Na. Tak muntah pun.
Syukur. Hihi! Risau jugak aku kang makan kebab lepas tu muntah lagi. Dah naik ward. Kakcik Ode Ayie KakNinie dah ada kat atas. Sebab sebelum abah naik ward tu, aku dah wasap dorang abah masuk ward mana. So dorang dah standby tunggu. Hihi! Abah aku terus pelik.
Abah : Macam mana korang boleh tau abah masuk ward mana, abah tak sampai lagi korang dah sampai dulu.
Mihmihmih! Aku buat muka tak bersalah je. Masuk sana tu nurse ada la terangkan sikit-sikit. Ada tanya pasal family. Tanya pasal Abah untuk dorang punye catatan la. Malam tu Ayie kata dia boleh jaga. Tapi still kena balik dulu sebab nak amik barang2. Pukul 8 lebih macamtu, pakguard dah bagi warning. Lalu depan katil sambil cakap 'waktu melawat dah habis'. Ofkosla. Hihi! Dah pukul 8 lebih kot.
So kite bagi ayat bunga2 kat abah sikit sebelum balik. Abah sekarang ni emosi sikit kalau orang takde dengan dia. Bukan nak kata masa kat hospital je. Masa kat rumah pun, dia nak orang adaaaaa je dengan dia. Kalau dia baring dia nak mak ada sebelah. Kalau tengok tv pun kalau boleh mesti nak mak jugak. So bila kena tinggal kat hospital sorang-sorang, lagilah dia sedih. Ode, Ayie dengan KakNinie dah balik dulu. Masa aku dengan kakcik nak balik, bertakung dah air mata abah.
Aku : Nanti Ayie datang jaga abah, dia nak amik barang2. Abah tunggu jangan pegi mana-mana tau.
Abah : Mak ko mana?
Aku : Esok mak datang. Mak nak rehat dulu kat rumah. Abah tunggu mak esok eh. Esok kite datang lagi.
Abah : Ok
Tapi air mata abah bertakung kennn.. Huhu! Alah siannya abah aku ni. Ofkosla sedih. Tapi nak buat macam mana. Aku nak jaga pun Qery nanti sorang-sorang kat rumah. Pepaham la rumah aku keadaan dia macam mana. Qery tak berani nak tidur sorang pun. Aku tanya-tanya dia jugak kalau aku jaga abah boleh ke? Qery kata kalau aku jaga, mau dia ikut sekali tidur kat hospital. Mihmih! Tatut sangat. Tak dapatla aku nak jaga, setakat nak melawat hari-hari tu boleh la. Dulu masa tak kawin dulu mungkin takde masalah.
Dulu masa mak masuk ward kat Spital Ampang, memang aku yang jaga. 5 hari masuk ward, 5 hari la aku kat ward menjaga. Kalau aku boleh, mesti aku buat. Takde nak mengharapkan orang lain pun. Tapi tulah, bila dah kawin, susah sikit la nak commit. Harap2 abah mengerti lah. Hihi!
TQ semua yang doakan abah aku. Allah je yang boleh balas budi baik korang. Aku nak membalas nye pun tak tau macam mana. Aku doakan kesejahteraan korang balik k. Love uolls. =)
p/s : Iklan untuk diri sendiri. Hihi! Semalam restock tabita sampai dah tak muat kabinet. Terlalu ramai orang nak stok besar.
Kalau korang nak tau beli tabita atau beli barang-barang lain dapat apa. Korang boleh masuk kat My Shop tau. Situ ada detail semua produk.
**************************************
Aku upload gambar pakai blouse ni kat IG, ramai yang tanya beli mana.
Baju dari Miraz RTW Shop
Boleh add kat IG : MirazRTW
atau direct wasap 019-3226002
TQ
TQ
14 comments:
sayunye ble tgk muka org tua kite mcmtu..nampak sgt abah sepet dh xlarat tu..
sabar ye sepet, moga abah sepet cepat sembuh....
baca n3 nie terbayang2 masa tggu mak dekat hospital 9 tahun dulu,,,sebulan tggu dekat hospital, tapi bila tgk perkembangan mak makin sihat, alhamdulillah lega....
dear.. sedih pulak akak baca kisah ayah awak.. supaya pakcik Noh sembuh sedia kala dan boleh balik rumah cepat.. duduk tengok tv sama - sama dengan mak awak. Peringatan untuk diri akak jugak sebab ayah akak pun dah meningkat usianya. siapa tahukan.. kalau bukan dia, mungkin kita yang pergi dulu...
sy doakan yg terbaik..yg lebih elok, yg paling indah utk semua..moga kuat semangat, dan sentiasa berdoa..ermmm sedihnya klw kena kat diri sendiri..aishhh, ya Allah
sedih lak baca .
harap semuanya dipermudahkan utk pakcik.
Sepet...kite sedih baca entry awak, dok sedut hingus sampai tertelan gegula...adeh, klibut minum air. HUHUHU. Kite doakan semua abah awak makin sihat hendaknyer...semoga uols tabah n strong hadapai dugaan ini.Amin!!
Sepet takde adik beradik lelaki ke yg boleh tunggu abah tu kat spital? sedih la :(
speedy recovery.... semoga tabah hadapi ujian drNya... take care ;)
i feel u sepet..abah kite dulu pun tau tau je dah stage 4 jugak..masuk wad keluar wad kitorang 3 beradik dgn mak lah yg gilir2 tido spital jaga beliau..awal muharram next week thn ke-4 abah kite takde..semoga sepet adik beradik tabah
Doa yang terbaik buat abah Sepet, moga dia dan sepet sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini.
ana...sedih akak tgk keadaan abah ana..mcm kes kalsium tinggi tu sama ngan mak akak...mmg bahaya kalau kalsium tinggi..akak harap abah ana cpt sembuh..
Sebenarnye ayah sepet sakit ape ye? Mmg nmpk kurus.. Akak doakan ayah sepet cepat sembuh..boleh makan kebab yg sedap tu lagi. :-)
Alaaa sedihnya baca. Dapat rasa perasaan tu. teringat masa Mak sakit dlu. Huhu. Tapi kite sbg orng paling dekat kena sorok rasa sedih tu sbb nk bg kekuatan kat org yg sakit. Moga Abah sis cepat sembuh and sihat.
kak sepet kena bnyakkan luangkan masa lagi dgn abah kak sepet... tp tula, mungkin sebab kawin da kan... kalau ade masa, amek masa sembang2 dgn abah kak. dulu saya yang selalu jaga abah saya masa cuti sem yang panjang, arwah abah dlu pun kena kanser... takpe kak sepet, berbakti lah setakat mana mampu, Kamu anak yang baik... ye Na. hihihi
Post a Comment