Oct 25, 2013

Gangguan......

Tak sampai 2 bulan aku kawin kan, jadinya tak sampai 2 bulan jugak aku duduk rumah ni. Masa mula-mula masuk rumah ni. Aku tak biasa sangat. Sebab 25 tahun aku duduk kat kawasan kampung.Maksud aku duduk kat rumah sebuah sebuah.

Sekarang ni adalah pertama kali aku duduk rumah teres. Dan aku tak berapa biasa sebab aku boleh dengar rumah orang sebelah kalau dia naik tangga hentak kaki kuat-kuat. Dia tutup pintu pun aku dengar. Bukak pagar pun kadang2 aku fikir rumah aku, sekali rumah jiran.

Mula-mula tu rasa blur jugak, sebab masa basuh pinggan kat dapur, tetiba dengar pintu tertutup. Bunyi macam kat rumah sendiri sebab kuat gila. Tapi bila pegi cek tengok rumah aku macam tu je. Masa gosok baju, tetiba ada orang ketuk dinding. OMG terkejut aku. Dinding batu kot, macam mana bunyi ketuk tu macam bukan kat batu, bunyi dia macam orang ketuk rumah papan. Aku fikir rumah sebelah mungkin ada anak kecik dorang main kat dinding ke apa kan.

Still la aku buat tak tau je. Dalam bilik pulak memang aku tidur tutup lampu. Masa baru minggu ke dua kawin. Pukul 2 3 pagi aku terjaga tengok Qery tengah dengar sambil ayat-ayat Quran dalam fon dia. Lepas tu dia bagitau kat aku dia takut. Aku tanya la kenapa takut. Dah terpaksala aku suruh dia tidur. Malam tu aku jaga dia. Tapi memang malam tu agak panas sikit dalam bilik. Lepas Qery tertidur. Dalam pukul 5 macam tu aku tertidur. Baru terlelap, tetiba kena hempap. Badan tak boleh gerak semua.

Bila baca ayat Kursi, baru badan boleh gerak. Tengok Qery badan macam gerak kiri kanan. So aku gerak la takut dia kena kacau ke apa kan. Pastu aku suruh dia tidur balik sebab dia macam dah mamai-mamai. Lepas tu rasa macam panas gila. Aku bangun, amik Quran. Letak kat dada. Terus rasa sejuk. Baruuu boleh tidur. Esoknya lepas subuh Qery kata dia nampak ada something macam asap berkumpul warna hitam kat bucu dinding bilik.

Kite mengadu kat mak ayah mertua. Dorang suruh banyak mengaji dalam bilik. Lepas tu tidur jangan tutup lampu. So selepas dari kejadian. Memang tidur tak tutup lampu. Hihi! Tapi still tak selesa la kan. Dan Qery lagi suka tidur kat bawah. Tidur depan TV. Sejak kejadian tu, aku kan duduk rumah sorang. Kadang2 memang ada tetiba je rasa takut. Tapi selalu buat tak tau je. kadang2 aku bengang jugak.  Sebab aku tak suka benda ni kacau-kacau.

Semalam masa nak tidur pun aku rasa something je. Qery dah sleep dulu. Aku semalam banyak kerja. Pukul 4 baru dapat tidur. Masa nak tidur, tetiba Qery macam tidur nak dekat-dekat dengan aku. Aku pelik jugak.  Tapi aku biar je la. Pukul 5,30 aku terjaga tengok jam. Dia still hug aku. Eh tetiba cite pulak kan. Haha! Pastu fikir eh lamanya dia ni peluk. Tak selesa kot tidur dalam posisi macam tu. Kahkahkah! Tapi aku biar la sebab dia yang peluk. Aku masih dalam posisi yang selesa. Pagi tadi, dia bagitau dia kena kacau.

Ait. Patutla dia melekat je dengan aku. Dia kata kat bucu dinding ada imej perempuan. Bangun lambat la pagi tadi, maybe sebab tidur tak selesa kan. Tapi malam tadi memang agak seram jugak la. Qery buat kerja lewat jugak. Dalam pukul 2 lebih macam tu dia tak siap lagi, tapi dia kata dah letih, so dia baring kat sofa sambil tengok tv. Tak sampai berapa minit dia terlelap. Bila dia terlelap terus macam ada suasana yang seram. Tapi kerja aku perlu disiapkan jugak. Itupun pukul 4 tak boleh siap. Aku surrender nak tidur.

Haih aku bengang betul la. Tak payah la ganggu2 kan. Very rude. Huhu! Tapi masa mula masuk sini pun kitorang takde panggil ustaz buat baca-baca sikit. Later rasa macam kena panggil jugak la. Kesian Qery tidur tak tenteram. Aku pun tak tenteram jugak la kan. Huhu!

Gambar sebelum kejadian. Ecececeh..

 Kat belakang ni la Qery nampak imej perempuan

Ish ish ish. Beraniiiiii kacau laki kiteeeeeeeeee... Tumbuk kang. Hikhok!

*********************************************************

 Baju dari Miraz RTW Shop
Boleh add kat IG : MirazRTW
atau direct wasap 019-3226002
=)

35 comments:

edlidza said...

Comelnya awak nih sepet...
citer seram ni menakutkan..
yes, better do sumthin k .. take care dear ..

xoxo
norul

FiQa said...

kak sepet, ni rumah mmg rumah baru kan?? means, mmg kak sepet dgn suami orang first kan??? kena buat kenduri doa selamat kak, buat kecik2 pun tak apa, asalkan ade ustaz2 yang tolong2 baca dan doa2... kadang2 kita taktahu, asal tempat tu camane kan. sebelum jadi lebih teruk, akak panggil la ustaz2... kadang2 mereka boleh detect kalau something yang pelik. :) bukan niat nak takutkan, tapi sebagai peringatan, hikhokkkkk :) hihihi... btw, awak selalu comel lah!!!

Miss Moon said...

tak pa sepet nanti ley la jemput org surau utk baca Yassin semer n mintak pagarkan skalik umah ..insyaallah

sementara tew ley la pasang surah Al-Baqarah dulu dalam umah . Ada ustadz kat umah akak ni bgtau kalau kita pasang surah Al-Baqarah dlm umah nanti 3 hari benda2 halus nih tak masuk

akak sebab last time bibik kena ganguan cam nih siap panggil org darul syifa dtg umah ...sampai anak anak akak pun jadi takut

rupa rupanya benda tew mmg dah follow dia dr indon ...scarry kan .

alhamdulillah skrg dah ok

Unknown said...

Saya ada sedikit tips la. Tapi ni kawan saya yang share sblm kitorg masuk rumah sewa dekat universiti.
Sebelum masuk rumah, mintak qery azan 3 kali. Semoga semua yang 'ada' tu keluar. Then baru buat bacaan yasin. Tambah la smyg hajat ke ape ke. InsyaAllah clear. Kitorg kan student macam byk gangguan and xtahu nak panggil ustaz kat mana daerah Sarawak ni. Pagar rumah sendiri je. Baca yasin dan tiup empat penjuru. =)

y i e n said...

meremang baca entry ni, hehe!
kuat semangat betul kamu ni ye :)

Nur Mai said...

Dulu.........ce..dulu la er...kite pun slalu kna kacau jgk mase tu kite x kawin lg ..umur msih dlm belasan thun mase tu mak kite dduk menyewa kat umah kg.tp tepi jln , hihihi...siap katil blh brgegar lg...tp alhamdullih skrg dh dduk lain dh xde kna kcau dh...asenye tntu something wrong la dgn umah tu..hu3..kite tatut ar..*tetiba* :)

[Miss Eriqa] said...

tips nie sya dgr dr ceramah ustaz kazim.. dia kata,amik garam kasar cmpur dgn cuka makanan n lada hitam.. baca surah al-baqarah smpi hbs,hembus kat bahan td.. then tabur kawasan rumah.. then psg surah al baqarah kat rumah.. kalau blh biar ulang2 pun takpa.. insya-allah nnt benda2 mcm tue tak masuk rumah.. yg penting,jgn pagar rumah guna kemenyan atau bertih jagung.. sbb dua2 tu makanan jin.. nnt bukannya dia pergi tp dtg lg byk.. bykkan baca ayat kursi kalau sorg2.. yakin dgn Allah n jgn takut dgn benda2 mcm tue..

Momies Qisya said...

Better kena samak rumah tu, sbb tak tahu da berapa lama kosong kan.. Erm.. Kalau kene ganggu tu , pegi kat darul syifa..insyallah dia org boleh pulihkan balik keadaan rumah tu..insyallah.. Takut nnti makin berani benda tu tunjukkan diri..

Nur Mai said...

tp bgs jgk entry ni..sy xde petua cuma de story je...n thanks pd yg share petua ni sbb 6ti pun sy akn dduk umah bru jgk..blh amal petua dlm coment ni thanks semua...hu3. ; - )

mikamusz said...

Salam Sepet

Sabar ek.

Apa yang boleh buat... boleh panggil ustaz and bebudak tahfiz. baca doa dan azankan setiap penjuru rumah. Kalau rumah 2 tingkat, mcm kita org dulu dalam 9-10 org budak tahfaz akan berdiri setiap penjuru dan laungkan bacaan azan. Masa dia org laung tu.. kita org rasa sayu sangat, mcm nak nangis, even anak (masa tu 2 thn).. dia takdelah nangis ke apa, biasa je. Bila habis ustaz tanya bebudak tu .. "ada rasa apa - apa?" takde ustaz.. Alhamdulillah, kata ustaz tu.. and Alhamdulillah kawasan rumah kita org ok lagik. cubalah. Apa -apa pun kalau solat, kalau boleh kita solat merata rumah, bilik tido kita, kat hall ke. memana.. asalkan kita solat setiap bahagian rumah. Lagi best bila org dtg, sbb kita akan suruh dia solat kat semua bilik and ruang yg kosong. In Sha Allah.. kalau kita solat, selalunya dia tak berani nak masuk rumah. Suruhlah Qery bertahan ek, sbb benda mcm ni memang suka kacau lelaki je.. sbb tu perempuan jarang nampak.

Anonymous said...

first time rasa nak komen sebab rumah kita sebelum nie selalu kena gangguan lagi teruk tau. tapi sekarang Alhamdulillah dah pulih seperti sediakala lepas buat perubatan secara Islam. kita just nak share la, selalu pasang ayat2 Ruqyah Syariah sebab ayat nie memang untuk halang gangguan camnie. tapi yang penting banyakkan baca Al-Quran, zikir2, baca yasin selalu dan panggil la ustaz, buat kenduri doa selamat ke, InsyaALLAH. kalau still ada gangguan memang kena jumpa pengamal perubatan Islam sebab sebenarnya gangguan nie kat mana2 pun tetap ada.. :)

Rizziela said...

Suruh Husband azan waktu mahgrib di setiap penjuru rumah..azan kuat2 tau.. then sambil tu...percikan air kat setiap penjuru tu

Akk dulu pun mcm tu..ustaz ajar suruh buat mcm tu..mula2 ustz buatkan..lepas tu buat sendiri

Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy said...

Banyakkan baca surah baqarah. Ulang2 baca byk2 kali.. Kalau x larat pasang mp3 je pun xpe. Buka kuat2 ckt biar satu rumah dpt dgr.. Ulang2 je surah baqarah tu smpai dah rasa 'sejuk'... Kadang makan hari jgk..
To awak blh kira berani la jgk blh tahan duduk sorang2..

hayashi said...
This comment has been removed by the author.
hayashi said...

Ustaz sy ckp ckup bc surah al baqarah then solat hajat mtk doa slamat dr sebarang bhaya etc..better tuan rumah yg buat sndr sb lg afdhol..if pggl ust ok juz lg elok kta sndr yg buat sb doa kta straight to d point..if org len myb byk lak doa dia..korg try dl bc al baqarah tu sb satu surah tu mmg tuk org br msk rumah baru..

hayashi said...
This comment has been removed by the author.
dari sisi hidupku said...

klo family kita nak masuk rumah baru, memey panggil orang buat tahlil dan bacaan yaasin, pastu atok pagarkan rumah. Pastu masa maghrib pasang ayat2 ruqyah utk menghalau jin dan syaitan. Wallahua'lam.

chenta_arfa said...

salam...cuba pagar rumah dengan ayat quran..insya allah

RieNa said...

surah albaqarah. dr awal sampai habis.insyaallah.

moga sejahtera semua.amin.

Dean said...

Kalau boleh, pasang ayat kursi atau al-baqarah atau surah ruqyah from your mobile phone or radio - buat auto-play.. so it will be played all night long while ur doing your work or sleep at night.

First time mesti meremang bulu roma and fikiran akan melayang ke benda2 ghaib. Also, ambil wuduk sebelum tidur and baca ayatul kursi. Malaikat akan sentiasa menjaga kita bila kita tidur, inshallah. :)

Dean said...

Try to auto-play surah yasin, surah baqarah atau surah ruqyah every night. Inshallah, bile kita yakin.. kita akan kuat semangat.

Also, ambil wuduk before tidur and baca ayat kursi.. Malaikat akan sentiasa menjaga kita sampai ke subuh esok, inshallah... :)

siti said...

yup kalau boleh minta ustaz dtg baca2 dan pagar rmh dgn garam tu. mlm2 lak pasang CD alquran, pasang smpi pagi xpe.

rmh ct dulu pun dgr guli melantun, org tolak perabot mlm2 etc. dulu ada bibik pun dia kena kacau tapi tuan rmh xpenah kena cuma dgr jer...kite buat xtau jer

Unknown said...

ex qery kot kacau tu..miahahaha
Lawok sajo***

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Seram akak baca citer sepet ni..dahla masa baca citer ni...akak berdua je dgn baby dlm bilik yg dah bertutup lampu gelap lak tu..baby lak dah tido..hasben dgn anak2 yg lain x naik atas lg tgh tgk tv..
Apa yg sepet alami...akak pun kerap dgr kat rmh akak ni, mcm bunyi dinding org ketukla...pintu org hempas kuatla..heran jgk..takkanlah anak org nk main tepi dinding & hempas pintukn? Kuat satu mcm, terpikir gak, takkan hari2 anak jiran hempas pintu, tp mak bapak x tegur..kdg tu bunyi mcm org lari kt tangga la..tp bunyi tu mcm dr arah rmh sebelah...penah gak bila x tahan sgt smpai call rmh sebelah n tanya dorang dgr x apa yg kitorang dgr..tp dorang ckp xde pun..haiyooo..tak ke cuak dibuatnya? Apa yg kami buat ialah.. jumpa ustaz darul syifa jgk..tp tu dah lama la kn... Skrg ni kalau dgr je pelik2 tu..pasang surah al-mathurat..ada apps ni kat playstore hp boleh install..amik yg ustaz Don baca tu...lapang hati dan tenteram je dgr bacaan dia... InshaAllah..lama-lama gangguan akan hilang...

Izafiza said...

Kita sejak duk rumah sewa ni tak berkesempatan lg panggil uztaz wat smayang hajat n baca yasin kat rumah. cuma buat sendiri je la. n masa mula-mula duk rumah sewa kitorang pagar rumah sendiri. Google cara-cara nk pagar rumah. Banyak cara yg uztaz ajar. Alhamdulillah setakat ni takde gangguan hope sampai bila-bila la. Ai is penakut..huhu..

afzanaziela said...

Biasa nk msk rmh bAru kne buat smyg hjt doa slmt....bkn apa kita xtau rmh tu dh lama kosong ke...rmh kalo lama xda penghuni ade je yg suka menumpang....

tanomei said...

salam hye sis.. selalu follow blog awak. situasi kita sama. umah sy pon ada gangguan jugak. sejak lahir lagi sy tinggal kat umah ni dlm 22 tahun. selalu dengar bunyi benda terseret kat atas siling umah, dengar bunyi kerusi bergerak mcm ada orang tarik, dengar mcm org pijak jubin lantai yg pecah kat dapur, bunyi tapak kaki org jalan dkt dgn kita, bunyi paku dinding waktu malam, guli jatuh ke lantai n mcm2 lg. and yg terbaru rasa mcm kena kacau sebab sebelum masuk toilet ada cermin kecik tergantung dpn toilet mengadap pelah lain, tapi lepas keluaq toilet mengadap ke arah pintu toilet.. sangat menyeramkan.. benda ni berlaku pukul 4 pg..

Huda Ramlee said...

Assalam.
Cuba amalkan surah al jinn..seeloknya lepas solat.

lovelygift....everything u need are here said...

pasal surah al-baqarah ni akak pun ada dgr...sepet pasang everyday strt sebelum maghrib smpi lepas isyak

drshikinzainal @ ekin said...

Horror dgr cerita awak..Hishhhh dh plk byk mase awak tggl sorg kt rumah. Mase masuk rmh baru...means yg tggl skrg...kitorg x sempat nk pggil org surau dtg rmh. Jadi, kitorang satu family, ramai2 bace yassin dan niat mintak jauh dr gangguan syaitan ni. Asben akak pulak, 3 hari berturut2 laungkan azan dlm rumah..kuat2..bagi syaitan lari. Alhamdulillah dh lebih setawun xde ape2.

sensation2shop said...

Sepet.. sebelum tidur amalkan baca alfatihah, 3 Kul dan ayat kursi (ayat akhir ulang 3kali) pastu tiup kat tapak tangan sapu satu badan sampai ibu jari kaki.. air yassin ltk dalam botol spray.. selawat 3kali + ayat kursi then spray kat setiap penjuru rumah.. In shaa Allah.. takde benda kacau..

masa saya baru kahwin bln 3.. takde apa yang kacau.. sampailah bulan 6 macam tu suami mimpi ada makhluk usap kepala saya masa saya tido.. dia pun confius samada mimpi atau ms tu dia celik.. dan sekor lagi menyerigai kat depan muka dia.. malam esoknya ada budak perempuan kat bucu tingkap dlm bilik saya pandang katil kitorang.. pastu dalam bulan 8 lepas raya.. masa tu 3mlm berturut adik saya nampak perempuan rambut panjang tenung pintu bilik saya.. rumah jadi panas sgt.. malam pertama n kedua kejap je tapi mlm ke3 lama sangat.. mak mentua suh baca ayat2 kt atas tu.. n suh amalkan.. Alhamdulillah... setakat ni takde pape berlaku.. adatlah orang baru kahwin.. darah msh manis.. mmg bnda tu suke.. kite ikhtiar dan percaya Allah swt akan tolong kita.. In Shaa Allah

sisanizu said...

Petua:pasang surah albaqarah selalu dlm rumah...kalau baca sendiri lg bagus..surah albaqarah sgt panjng. surah ni bagus diamalkan bila mula2 masuk rumah baru. InshaAllah ok.

drshikinzainal @ ekin said...

Menyampuk skit..Betul..msuk rmh baru mmg bagus amalkan baca surah al-baqarah. Baru igt..akak pun ada bace tp x abes...ermmm.

Unknown said...

sis...xkisah la rumah baru ke lama...seeloknya sebelum
kita langkah masuk utk tgl kat situ mesti kena wat doa selamat & bacaan yasin..penting sgt sbg umat Islam..sbbnya kita xtahu pa tapak rumah tu tempat apa sebelom ni,elok ke tidak,sblum ni spa yg tgl sini...kalau dah buat masih ada gangguan...mybe ad somethig xkena..elok cari yg lebih pandai..wallahualam

Hey B! said...

scary btul... bila baca entry nie, mlm tu kena ganggu...