Oct 11, 2013

Asalkan ada huruf H.

p/s : Bedak Arab warna Russet dah habis. Yang lain available.

Haritu aku dengan Qery dah pergi beli mesin basuh baju tau. Tapi tu la. Kerana kebijaksanaan kami berdua, dua-dua pun tak tau macam mana nak pasang mesin basuh. Kat mana nak sambung air bla bla bla. Semua tatawuuuu...

Aku sah sah anak bongsu *ceaaa..alasan yang sangat menyelamatkan diriku innewww*, komfem la aku tak tau. Aku lahir-lahir je mesin basuh tu dah berfungsi. Jangan lah salahkan ibu mengandung. Kekeke! 

Yang Qery ni pulak anak sulung katanyaaaaa. Tapi semua kerja dalam rumah dia dulu ayah dengan mak dia je yang buat. baru kini ku tau, bukan semua anak sulung tau buat semua benda. Hahaha! Pasang arial tv pun tak tau. Boleh pitam kalau difikirkan balik. Nasiblah Qery tu comel. Bila dia tak tau pasang mesin basuh pun rasa comellllll jeeeeeee. Iyela tu... 
-_-

Jadinya, semalam Mak Ayah mertua aku pun datang la nak rescue. Dapat menantu macam aku yang apa pun tak boleh ni. memang bukanlah suatu yang boleh dibanggakan. Hikhokhikhok. Last-last memang tak boleh. Tak tau apa yang tak kena. Dah sambung semua, tapi bocor. Dia macam stuck kat satu tempat, so air tak boleh keluar, dia keluar kat screw dia tu. Entah la tak tau cane nak terangkan. Yang penting masih tak boleh guna lagi.

Mak Qery pun suggest la sorang ni, saudara Qery jugak, memang kerja pasang2 wayar semua. So aku pun okey la. Mungkin harini sampai saudara Qery tu. Ni bapak aku kalau tau aku tak tau pasang mesin basuh, mesti dia malu sampai tak tau nak letak muka kat mana. Sebab dalam family aku, semua adik beradik lelaki jenis Macgyver. Aku pun tak tau kenapa panggil Macgyver. Sebab dulu-dulu macam kalau adik beradik aku hebat je mesti 'Fuyohhhh..macam Macgyver' Jadi aku pun ikut je la. kang tak ikut disisihkan pulak. Kekekeke!

Jadi dalam kereta aku pun macam terfikir-fikirpasal sedara Qery yang nak datang tu.

S : Esok Fahmi nak datang pukul berapa?
Q : Siapa yang nak datang?
S : Sedara kamu tu, Hashim eh?
Q : Haah Hashim pulak.
S : Habis tu Hazman?
Q : Rahim kot. Mana datang Fahmi Hashim Hazman??
S : Kite tak ingat nama mak kamu sebut. Tapi kita tau ada huruf H
Q : Orang macam ni pun adaaaa... *sambil jeling aku*

Lolss... Rahim rupanya. Kekekeke! Okey la tu kan. Ada huruf H okeyla. Tak kisah la nama dia sapa pun.. Tu pun nak jeling2 kite. Dosa tau jeling istewi. *tetiba*

***********************************

Cover fon yang comel dari
Banyak lagi cover fon yang cantik-cantik
Direct Wasap 0129209576

13 comments:

RieNa said...

zaman 80-an 90-an dulu ada siri omputih nama Macgyver. dia ni kira hebat la kalau lawan org jahat tu pakai kemahiran dia yg pandai dlm tenikal ni.cth kiranya kalau botol air boleh jd bom.camtulah hebatnya macgyver. dan dia kacak jgk dgn rambut perang. hihihi

nampak sgt awak ni mudaaa lg sbb tu tak kenal macgyver. hehehe

Unknown said...

should suruh org yg deliver mesin basuh tu pasangkan terus.. :)

FiQa said...

hahahaha. lawak kak sepet neh. org camni pun ade. kekekeke...

that's why you're special . hikhokkkkkk. haha :P

lina said...

zaman 80's , 90's dulu ada cerita McGyver. McGyver tu pandai nak setelkan problem macam wayar-wayar elektronik semua tu. Sebab tu kalau orang pandai baiki-baiki wayar orang panggil McGyver.

Chek Jasz said...

so cute U all...

Lin 1109 said...

haa kan dah kena jeling..hikhokhikhok..tp mmg ada la org mcm tu..kalo tak silap org yg jenis otak dia bagus tang visual berbanding audio kot.senang ingat apa yg nampak berbanding yg dia dengar.so bila org sebut nama otak dia akan 'tulis' nama tu dlm kepala.bila nak recall jarang semua yg keluar.mmg selalunya satu dua huruf je.selalunya huruf yg depan atau yg menonjol.

peej said...

patut masa hantar machine tu suruh dorang pasangkan siap. sebab if pasang sendiri mesti ada air keluar la apa. kita tak reti kan.
ye mcgyver tu tv series zaman 90an. rasanya akak pun time tu tadika ke darjah 1-2. awak harus la taktau.
dia macam ada swiss knife je. tapi pandai hasilkan memacam ngan benda tu. hebat la.
tp sama laaaaa, fam kita orang pun if terel terus macam, fuiyooo...mcgyver.hahhaha

Syamimi Saad said...

aduhai.. funny betul husb & wife ni.. :)

Unknown said...

Nasib baik suami sy mcgyver.tp x bergayala mcm somi awak.hikhokhikhok.

Ayu Rashid said...

Suami kak ayu pun mcm mc gyver... tp kekadang ada jugak terbabas jadik "tikus baiki labu" hihihiiii.

Chekgu Azrine said...

Comel je kamu berdua!!hhehe

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

hahahahah :D entry sepet ni..tak penahnya tak buat akak ketawa...
confirm punyelah hikhokhikhok..
comel je bunyik tu!

apa ke Rahim boleh sebut sampai ke Fahmi, Hazman bagai hahahah :D

Mass said...

muahahaaaa...baru baca entry ni...lucunya...