Sep 30, 2013

Time aku je pengsan..

Heheheee... selalu je nak update entry kena gelak dulu. Semalam la ni, masa tengok AF.. Sambil2 tu tengok la gambar-gambar lama. Gambar lama aku almost tak pakai tudung la, so tak dapat la nak share sangat kat sini. Lama tu takde la lama sangat, tapi gambar masa tahun 2006 macam tu la, zaman kolej-kolej kann...

Dulu aku gemuk sikit. Berat dalam 51 52kg camtu, tapi aku ni kalau gemok memang nampak kat muka dulu. Badan pun berisi, tapi muka tu la nampak lebih.

Tapi yang aku tak boleh terima, Qery bila dia tengok gambar-gambar aku, lepas tu dia buat-buat pengsan. Konon tak boleh terima la aku sedemikian rupa.


Korang jangan nak ngada2 pengsan eh. Tumbuk kang. Huhu!
 
 Tapi gambar ni aku yang nak pengsan, hahahaha!

Biasalah, dulu kulit kusam, pergi kelas asik berjemur. Mana la nak ada pencuci muka, tak jaga pun muka. Lepas tu asik makannnnn je keje kau kannn.. See? I tak de la gemok sangat dulu, tapi berisi sikit la.

 Ini gambar masa kerja dan pakai tabita. Hahaha! Terus bagitau pakai apa kan.. Konon dah cantik sangat lettew. Tapi nampak jugak la dagu runcing sikit nak banding zaman study.

Qery asik la terpengsan pengsan. Aku sabo je. Dia tu lagi laaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

 Bahahahahaha!!

 Sengaja aku tak pengsan sebab nak jaga hati. #jagalahsangat

-ads-




 Shawl dari Amiera Hijab by Cyrus Amiera
sms/what'sApp 019-3314022
Facebook : Amiera Hijab
Instagram : Amierahijab

Suka sangat sebab shawl dia  sejuk and lebauuuuu.. =)

Sep 27, 2013

Tak Menjaga Hatiku Langsung.

Semalam aku rasa hari yang paling bizi sekali dalam hidup aku, gittew. Bizi tapi takde la penat sangat. 

Pagi-pagi lepas tata Qery gi kerja, oh minggu ni Qery attend kursus. Dari Rabu sampai la Sabtu. So dia balik lambat sikit la. Pukul 4 macam tu baru habis. Tapi first day dia kursus, tengah hari tu dia lari balik sebab nak makan sama-sama dengan aku.  Auwww!! Iolls sebagai isteri berasa sangat bahagiaaa *lahsangat*

Jadi, Semalam..yakni hari Khamis, aku telah bercadang untuk masak. Sebab pagi tu Qery kata dia mungkin tak balik rumah. Aku dah macam...hurm bosan la kalau Qery tak balik. Oleh itu, aku terus terfikir 'nak masak la camniiiiiii', dengan harapan Qery balik makan dengan aku. Hahaha!

Pagi tu bangun update blog dulu, setel update terus aku ke dapur. Padahal jam baru pukul 10, dah nak start masak. Bukan apa, kalau aku masak lambat, aku takut aku masak slow. Sebab rice cooker aku guna 1 je, 1 lagi dah simpan dalam stor, tak kuasa nak keluarkan. jadi apakah kiranya nak masak dengan cepat menggunakan 1 rice cooker. 

Keluarkan semua bahan-bahan.
 
 Bekas tu aku beli kat Ikea. Murah je. 1 set ada berapa belas tupperware, baru berapa belas ringgit kot. Tak ingat, tapi murah la.

Korang tau tak, rice cooker kalau nak panas kita kena tekan yang 'cook' tu supaya dia panas kan, tapi dia cuma boleh tekan kalau periuk dia berat. Kalau tak berat, dia takkan 'cook'. So kerana nak panaskan rice cooker tu, aku terpaksa masukkan minyak, lalu beratkan periuk tu macam ni.

 Haih, susah betul la aku nak masak pakai benda ni. Haha! Tapi kugagahi jua untuk suami terchentaaaaaaa...

Dah siap masak, aku pun upload la gmbar ni kat IG dengan Fb

Kemain semua orang teka aku masak maggy. Hahaha! Kong ajo sungguh. Satu maggy goreng, satu maggy kari, satu Indomee. Terima kasihlah atas pujian itu.

(*_*)

Tak jaga hati aku langsung okey, nampak sangat la i ni ratu Maggy kawasan Cheras. Kekeke. Aku up kan sikit maggy kepada ikan sardin. Menu paling hebat minggu ni. *mata ke atas*

 Menu : Ikan sardin bersama kasih sayang, telur tadar suwit, sayur goreng limpahan cintaku.

Kennn.. Hahaha!

Aku pun hantar la gambar ni kat Qery. Terus Qery kata nak balik makan sama. Lalalalala~~~

Lepas masak, terus la vakum

 Sempat amik gambar

 Mop pun sempat amik gambar

Qery balik dalam pukul 1 macam tu, makan habissss okey.

S : Sedap tak?
Q : Sedap sangat. Sardin ni bila sayang masak, terus rasa ayam kenny rogers

Lolsssss..

Dia kalau tak nganjing aku sehari, memang tak bahagia. Huhu!

Pukul 2 tu, dia  gi sambung Kursus, aku pulak sambung bekerja.

 TQ korang, tanpa korang siapalah aku. *lapairmata*

Pastu siap-siap nak gi pos.

 Tengah berangan depan cermin, sekali Qery lalu. 

Pastu tetiba nak sibuk. Huhu!



Shawl dan Baju yang gorjes ni dari
FB : Syaezah
 Baju yang aku pakai tu baru RM30
Shawl RM16 
Semua barang kebanyakkan murah-murah
Kalau nak order terus direct wasap 013-274 0377 (Syaezah)
Peramah orangnya =)

Sep 25, 2013

Korea Vs Bola

Tengok tajuk dah tau Korea sapa punye siaran, bola sapa punye siaran kannn... Rumah mak aku, memang ada astro, tapi takde siaran Korea. Aku selalu la dengar dari kakak-kakak aku Running Man best la, cerita Korea best la apa la la la la kannn..  Disebabkan terpengaruh dengan kata-kata mereka yang tidak bertanggungjawab ini *tetiba tak bertanggungjawab, haha* aku pun terpaksa la beli CD korea.. Walaupun beli CD Korea rasa macam mahal. Ofkos la, 1 je dah RM99. Buat pulak tetiba korang suggest cite ni best cite tu best, memang lagi lah aku terpaksa beli semua yang korang suggest tu. Siot betul. Huhu! 

Oleh yang demikian, bila Qery kata nak pasang astro kat rumah, aku excited la nak tengok Running Man. Running man je la yang aku tau pun. Sebelum ni aku tengok sikit-sikit je kat dalam youtube. Kesian aku, orang lain dah bosan2 tengok, aku ni tak pernah tengok lagi. *lap air mata*

Sampai sekarang aku masih tak tau Running Man yang bukan ulangan ni sebenarnya tayang pukul berapa. Sebab aku pernah la tengok yang pukul 11.30 malam tu kot, dia macam ulangan je, sebab esoknya pukul 11 pagi tu, aku tengok dia main balik cerita yang sebelum tu. Aku ni tak tau nak tengok next next dia macam mana. Kampungan katanyaaaaa.. Jadi aku selalu menunggu dengan penih sifat kesabaran di dada. 

Petang camtu aku tengok banyak cerita yang episode tu la, sampai 8 malam pun aku tengok still cerita drama.  Aku ni menunggu la mana la Running Man ni. Ish. Qery bukan nak ajar aku macam mana nak tengok next. haritu Cepul ada ajar, aku lupa. Miahahahaha! Banyaknyeeee button, aku takut salah tekan, kalau salah tekan habislaaaaaaaa... Tatuttt tau. Jadi kite cuma tekan button on off dengan 393 kalau nak tengok siaran lain aku cuma tekan yang next next tu. Anak buah aku baca ni komfem aku dah tak boleh geng dengan dorang, sebab tahap IQ yang lemah. Hahaha!


Jadinya, aku pun menunggu menunggu. Ngam-ngam Qery balik, tetiba Running Man start. Aku pun apa lagi, terus rebus hotdog. Konon nak makan sambil tengok tv la. Sekali selamber je Qery baring, tekan siaran BOLA!!!???!!!


Uwaaaaaaaaaaaaaaaa!! Sia-sia penantian aku dari pagiiiii... Mulalah drama yang lebih hebat dari drama korea..

S : Hek hek hek hek *efek muka cebik sambil nak nangis*

Qery buat tak tauuuuuu je. Eh ehhh ehhhhhh.. Ini tak boleh jadi la kan, kita kena protesssss!!!! Aku pun kuatlah la lagi hek hek hek aku tu sambil pegi dapur hentak hentak kaki. Sakit okey hentak kaki, sebab simen kan. Haha! Padan muka aku. Still la Qery buat tak tau.

Q : Buat kan air nescafe.

What!?!?!?!?!?!?!?!?!?!??

Selamber gila kan, dah la tukar chanel bola, lepas tu siap mintak air nescafe?? Aku pun buat la air nescafe dengan perasaan yang hanya Allah saja yang tau. Hahaha! Tapi aku tetap buatkan air dia dengan penuh melimpah ruah kasih sayang. *mata ke atas*

Aku pun nak tak nak terpaksa la tengok jugak bola sama-sama.. Tapi dalam tengok bola tu, aku terus wasap Qery 

'Suami yang baik adalah suami yang suka tengok cerita Korea, lagi-lagi Running Man'

dengan harapan dia baca la ayat tu, lalu tukar chanel bola kepadal chanel korea... Tapi, harapan tinggal harapan. Hahaha!

Sampai habis bola pun dia tak tengok fon, kerana aku tak boleh bla. Aku masih nak dia baca ayat tu..

S : Sayang, ada orang wasap, tak perasan ke?
Q : Eh ye ke. Jap..

Pastu tetiba Qery gelak. Aku pun pelik jugak...

S : Kenapa?
Q : Kawan ni, buat lawak.

Sekali aku cek dia tak dapat pun wasap aku tu. Aku cek balik fon aku, rupa-rupanya aku taip je, aku tak send. Kau dah kenapa Sepet?? Grrrrrrrrrr

Malam tu memang tidur dengan hati yang sepi pi pi la. Apa nak buat. Takdir kehidupan. Sob sob sob.

Sep 24, 2013

Sambung cerita semalam

Eh, semalam lupa nak sambung sebab kebizian melanda. Tetiba harini macam malas pulak nak cite. Mihmihmih! Semalam ada kejadian menakutkan, tapi nanti la aku storimori.

Masa aku tengah lipat baju, tetiba mak mertua call

"Assalamualaikum, Hana. Mak ada masak goreng pisang. Kejap lagi Cepul hantar, dalam 10 minit dia sampai"

Terus aku macam....  Alololooooo, susah-susah je mak mertua aku ni. Mesti dia kesian sebab dia tau aku sorang2 kat rumah. Pastu dah la menantu dia ni tak tau masak, kihkihkih! Tak pasal-pasal Cepul kena jalan kaki datang rumah aku.

Dalam 10 minit macam tu Cepul datang, kitorang pun lepak la tengok TV borak borak, aku suruh la dia bukak chanel yang best sikit..

Aku : Pul, bukak la cerita yang best, petang2 ni takde cerita best ke?
Cepul : Akak la bukak
Aku : Akak mana tau nombor berapa.
Cepul : Akak ni tak tengok tv ke?
Aku : Akak tengok la kalau orang lain tengok.
Cepul : Last akak tengok Tv bila?

Kong ajo betul. Hahahaha! Nampak sangat lah kan aku ni peghak. Apa pun tak tau. Borak-borak , dalam pukul 6.30 macam tu tetiba mak Qery pulak datang. Pun jalan kaki. OMG. Family Qery ni semua aktif tau. Mak ayah adik beradik Qery memang suka jogging. Suka la bersukan. Sekali dapat menantu yang apaaaa pun tak boleh.. Hahaha!

Cepul : Kak, nanti ada masa jogging la datang rumah kitorang.
Aku : *gulp* Cepul, akak last jogging tahun 2008 tau.
Cepul : Ok paham. Erm, akak ni mesti ulat buku kan.

Pftttttt... Ulat buku kemendeeeeeeeee nyeeee... Nak nganjing aku lettew, hahaha! Mak Qery datang sekejap je, dia rehatkan badan, lepas tu dia dengan Cepul balik.

Terus aku rasa macam... baiknyeeeeee la family mertua aku ni. Mak mertua aku tu, kalau aku cakap nak makan itu ini kan, terus dia masak dalam masa terdekat. Uwaaaaaaaa!! Dah la aku tak tolong masak langsung. Selalu dia kol terus suruh datang makan je. Sob sob sob. TQ mak mertua. Lebiu lah.

Ahad tu Qery kelas dari jam 8 pagi sampai 8 malam. So keseorangan lah lagi. Apa lagi menyambung lipat baju. Jersi Qery kemain banyak. 

 Ini jersi je. Belum tambah baju kerja dengan baju jalan. Sebab baju kerja n jalan dia gantung. Dia tak lipat. *mata ke atas*

Eh malasnya aku nak menaip sebenarnya. haha!

Aku nak cerita pasal semalam, tapi kena tunggu Qery balik dulu. Petang sampai malam ni banyak gila urusan.

Okla, sapa-sapa nak order, harini aku pos awal tau, pukul 3 dah gerak. Jadinya..sapa-sapa yang bank in sebelum pukul 2, akan di pos harini jugak, selebihnya pos esok tau. Bye bye

Sep 23, 2013

2 hari kumpul semangat.

Minggu lepas kan aku cite pasal baju berlambak gila kat rumah ni. Lepas tu aku pun konon2 tanam la cita-cita nak lipat baju Sabtu tu. Sebab semester ni jadual UPM Qery gila sikit. Kelas dia sabtu sampai 9 malam. Ahad sampai 8 malam. Jadinya, boleh la aku kemas rumah. *iyelah sangat*

Tapi Sabtu kelas dia start pukul 3 kot. Kitorang bangun pukul 9 macam tu, itupun paksa-paksa bangun sebab pukul 10 adik Qery nak datang. Qery upah adik dia basuh laman. Dia tak bagi isteri dia ni keluar rumah cuci. Auwwwwwwwww... Padahal aku memang pemalas pun. Haha! Memang bertepatan pulak adik dia nak tolong. Takde la nampak sangat pemalas aku tu. Kihkih!

Pukul 10 lebih Qery still dalam bilik air mandi, tetiba aku dengar Cepul bagi salam. Dah sampai dah adik Qery ni. Kelam kabut la aku turun bukak gate.

Aku : Pul, datang naik apa?
Cepul : Jalan kaki kak.

OMG...!! Jalan kaki??? Tak hagak-hagak kan. Aku rasa boleh tahan jauh jugak la kalau rumah mertua dengan rumah aku ni kalau jalan kaki. Dah la panas. Pastu Qery dah mandi semua, aku dah siap-siap, kita gi sarapan. Sebab pukul 11 orang astro nak datang pasang. Haritu yang Qery call tu, terus orang astro tu lelaju pasang. Bagus-bagus. Dia pasang-pasang dalam pukul 1 macam tu baru selesai. Terus aku tanya Cepul Running Man berapa nombor nya. Hahaha!

Maklumlah, selama ni aku memang tak tengok TV. Aku bukan jenis tengok TV punya orang. Kalau kau pasang siaran tu, itu la aku tengok. Walaupun kat rumah aku tu astro dah ada dalam 6-7 tahun macam tu, tetap aku tengok TV3. Village sangat. 

Amik gambar dulu..

Pastu Qery pergi kelas, dia hantar adik dia balik. Tinggallah aku keseorangan. Terus aku lipat baju. Aku dari dulu kalau lipat baju suka susun ikut warna. Sebab aku punya suka la kan nak susun macam mana. Haha! Disebabkan aku pemalas, jadi jarang gila la orang boleh tengok aku lipat baju. Selalu baju aku sepah-sepahkan je. *duckface*

Ini copy gambar dari blog ceera, zaman dia tak kawin lagi

 So inilah rupa sebelum.

Dan selepas.

Lepas Asar, dalam pukul 5 macam tu, tetiba Emak Mertua ku call...........

*bersambung*

Poyo tak? Haha! Poyo tak poyo, aku nak basuh baju jap. Byeeeee

Sep 20, 2013

Ragam Baju

Perempuan ni, pasal baju pun nak cerita.. Hihi!

Korang ingat tak rak produk yang aku guna masa kat rumah mak.  Kan aku ada order 2 rak pastu aku penuhkan dengan produk-produk yang aku jual. Tapi sekarang dah tak guna rak tu lagi. Sebab dah beli baru, rak yang bertutup. 

Rak yang tak tutup tu ingatkan tak nak bawak rumah ni, tapi fikir-fikir macam rugi pulak tak bawak.  Boleh la buat rak baju ke apa kan. Lagipun nak simpan baju dalam almari bilik tu memang dah sah sah tak muat. Nak tak nak, bawak jugak la rak tu.

Sekali, masa agihkan baju Qery dengan baju aku, dua-dua macam tak percaya. Aku tak percaya baju Qery banyak, Qery tak percaya baju aku banyak. Haha! Sebab dulu kalau dating asik la pakai baju yang sama. Entah pape je. Tapi aku memang tak boleh bla la dengan Qery. Selalunya lelaki baju mana ada banyak sangat. Tapi Qery baju dia lagi banyaaaaaak dari aku okeyyyy.. Gila betul. Ini yang menyemarakkan lagi semangat aku nak beli baju. Haha!

1 rak baju aku,1 rak baju Qery. Abaikan susunan dia, haha! Esok baru aku lipat cantik-cantik. Baru semangat sikit nak pakai baju dalam bilik ni. Bilik ni terus jadi bilik baju. Dah tu, ini pun Qery tak habis lagi amik baju-baju dia. kalau dia ambik baju kat rumah mak dia, tak tau la aku nak kata apa. Dia kata ada lagi 1 almari tak bawak sini.  Hadui..

Yang bergantung ni semua baju Qery yang dah bergosok. Qery ni over sangat, semua baju yang dah bergosok kena masuk dalam plastik, supaya baju baju dia tak berhabuk. Aku layankan je. Kadang2 best jugak dapat partner yang perangai dia lain. Dapatla aku belajar cara-cara dia. Tapi dia tu terlampau pembersih, menampakkan aku ni pengotor tahap orang gila, walaupun memang aku pengotor, tapi jangan la nampak sangat. Gitu. Hahaha!

Ini yang korang nampak dalam bilik pakaian, yang almari dalam bilik aku tu? Baju kerja diaaaaa sajaaaaaaa.. Tsk. Lepas ni kalau dia nak beli baju, dah tu, no more.

Bilik atas haritu sempat kemas  sikit-sikit je, segala frame pun tak sempat nak paku lagi.


Bilik 1 lagi. Katil dengan lemari iolls dulu. Haha! Tapi tilam takde, sebab aku tak bawak. Nak beli tilam baru. Tak tau bila. Akan dijadikan bilik tetamu..Entah bila la semangat nak mengemas tu datang. Esok dengan Ahad dah la Qery ada kelas kat UPM. Komfem aku kena kemas sorang2. 

Kalau Qery ada tolong sekali best sikit. Sebab Qery buat kerja laju. Aku buat kerja slow, tapi mulut aku yang membebel laju. Haha! Tak senang Qery nak mengemas. Kang dia letak sana aku No No tak suka letak situ. Kang dia letak baju kemeja kat luar aku No No kemeja kerja semua dalam bilik. Kang dia nak sangkut frame aku ter No No tak sesuai gambar tu kat situ. Aku ni walaupun tak banyak idea nak decorate rumah, tapi aku masih tau tengok mana cantik mana tak cantik. Gitu. Haha!

Baru-baru ni pergi Ikea, dia beli rak yang macam paku kat dinding, so atas tu boleh la letak barang. Rak tu macam kayu je, cuma dia dah cat warna merah. Qery letak kat hall, bawah TV. Konon nak modern sangat la. Tapi aku tak suka, sebab aku rasa tak sesuai. Dah la dia beli dua, so macam dua tingkat la rak tu. Masa dia pasang tu aku langsung tak nak bagi komen apa-apa. Sebab aku tak suka kan.

Lusanya, rak tu macam tercabut, sebab paku dia tak kuat kot. Muahahahaha! Padan muka. Aku suka gila rak tu tercabut. Sebab aku tak suka rak tu ada kat hall. Kalau letak dalam bilik takpe la, Ala rak yang macam orang letak buku, pastu anak patung, yang satu baris tu je. Pastu Qery terpaksa ikut cakap aku, beli meja letak bawah tv, biar yang ada cermin tu sekali boleh letak barang dalam dia. Baru la sesuai letak bawah TV. Apa ke benda la letak rak sebaris bawah TV. 

Eh terbebel pulak.. Tetiba nak bebel petang2 ni. Byebyebye

Seliper baruuuuu

Sejak kahwin ni, aku belum pernah shopping apa pun lagi. Kecuali barang rumah takyah cite la eh. Maksud aku barang sendiri la, macam baju ke, shawl ke, kasut ke kan kan kannnn.. Asik sibuk beli barang rumah je, tapi rumah camtu jugak aku tengok. Huhu!

Ni tengah stress tunggu astro tak sampai-sampai lagi. Mula-mula dah book, katanya dalam masa seminggu pemasangan akan dibuat. Pastu dah lebih seminggu kot. Semalam Qery call astro, tetiba pegawai yang jawab call tu kata sebenarnya pemasangan sekurang2nya 21 hari. Eh mana satu kau ni, kejap seminggu kejap 21 hari. 

Lepas tu Qery dah bising, terus pegawai tu kata lagi 2 3 hari dia akan buat pemasangan. Kot ye la tu. Huhu! Harap-harap boleh la kite tengok Astro sebelum minggu depan. Kalau tak....memang lepas ni aku up entry tajuk Aku Tv Astro dan dot dot dot lah kan. Huhu!

Semalam Qery ajak pergi The Mines. Pastu ajak tengok wayang,pastu ajak beli kasut. Sebenarnya beli kasut tu dia takde la ajak sangat. Mihmihmih! Dia je yang nak beli kasut. Akan tetapi..aku perhatii je selipar yang dia beli tu, cantik pulak.

Dah la memang selama ni aku memang suka pinjam selipar dia. Contoh kan, kalau gi ikut dia main bola dulu. Dia memang akan tinggalkan selipar dia kat aku. Pastu kalau aku nak gi toilet, aku tukar pakai selipar dia. Hahaha! Dia tak tau pun. Bila dah kawin ni lagi banyak kali aku pinjam, sebab aku punye selipar kat rumah mak, tak bawak pun. Jadi bergantung harap dengan selipar Qery je. Kalau Qery suruh amik barang dalam kereta dia, takkan la aku nak pakai kasut. Mesti la aku pinjam selipar Qery je.

Dah alang-alang dah masuk kedai kasut. Aku pun buat la satu pusingan kat belah perempuan, kot kot la yang berkenan. Ko tau tau la sandal perempuan semua bling bling, takpun warna dia gadis sangat kan.. Hati aku teringat2 sandal yang Qery pilih tadi. Eh kejap selipar kejap sandal.Lantak kau la Sepet. Haha!

Terus aku tanya pekerja dia, saiz paling kecik berapa. Lepas dia cek kat system. Paling kecik saiz 40. Pfttt.. Aku pakai saiz 36 kot. Kenapalah ada saiz 40 je. Qery dah ter woi woi woi kat aku sebab pilih sama dengan dia. Kihkih! Pastu aku tanya la pekerja dia, semua sandal lelaki memang saiz paling kecik 40 ke. Dia angguk2 je. Tak tau la sebab malas nak layan aku ke apa kan. Nak tak nak aku amik jugak la. Besar sikit sikit pun takpe, pakai kat rumah je.

 Pantang tengok cermin besar.

Homei tak sandal kittewwwwww

Walaupun sama, aku tetap rasa aku akan pinjam Qery punya sandal. Haha! Biar dia punye cepat rosak.. Padan muka. Huhu!

Sep 19, 2013

Bukan aku tak nak masak...tapi...

Manusiaaaaaaa...sentiasa ada alasan ken... Hahaha!

Korang kan tau aku ada rice cooker je. Oleh yang demikian, aku memang masak sup je la. Kalau tak sup, aku masak bubur. Kalau tak bubur, ofkos la maggy. Benda yang senang, sebab yang nak makannya aku sorang. Qery memang bulan ni dia bizi kat sekolah sebab GB dia nak gi Haji, so banyak meeting damn urusan dorang nak setel sebelum GB dia berangkat. Gittew.

Kalau takde meeting pun, ada je Koko bla bla bla yang membuatkan dia mesti balik petang. Jadinya, aku ni tak de la nak tunggu Qery balik baru aku nak makan. Aku pun masak simple je la. Macam semalam aku masam tomyam ayam. Kan masukkan je kiub tomyam tu, pastu masuk la segala bahan dalam tu, letak la apa yang ada. 

Kebetulan semalam ada urusan sikit dengan family mertua. Sekali Mak Qery tanya..

Mak Q : Dah makan?
Aku : Dah.
Mak Q : Masak apa?

Gulp!! Hahaha! Kang aku cakap masak Tomyam, dia rasa aku hebat sangat pulak. Nak cakap masak guna kiub, malu pulak. Hahaha! Dulu kan ada iklan yang mak mertua tak suka menantu dia masak guna kiub kan. Aku dah ter psycho sendiri. Ishhh.. Terus aku cakap aku masak bubur. 

Aku : Masak bubur mak, lagipun ada rice cooker je
Mak Q : Haha! Ok la tu, senang masak bubur je.

*lap peluh*

Mak Q : Nak masuk makan tak?
Qery : Dia nak makan mak. Makan bubur je mana kenyang

Pftttttt... Kongajooooo sangat Qery ni. Dia tau aku masak tomyam. Dia tau aku makan semangkuk kot. Huwaaa...Saja nak mengenakan aku. Tapi aku hanya mampu tersenyum. Hahaha!

Aku : Boleh la mak, makan sikit. Mak masak apa?
Mak Q : Mak masak ikan sambal.

Kecur ailioq. Hahaha! Mak mertua aku ni kalau masak asam pedas dengan masak sambal dengan masak sup ayam memang sedap gila. Tapi selalu time aku makan mesti mak mertua aku cakap ni tak cukup bahan lagi ni, atau sambal dia tak pedas sangat. Macam sebenarnya dia tak puas hati lagi la masakan dia tu. Tapi aku rasa sedap je. Haha! Kalau saudara mara Qery datang rumah mak mertua aku, memang dorang tunggu asam pedas je. Sedap sangat. Takyah gi Melaka la nak rasa asam pedas.. Haha!

Okla, aku sebenarnya tengah nak kumpul semangat nak cuci toilet. Aku tak sukaaaaa cuci toilet. Dulu kat rumah mak dengan abang aku yang buat. Nak nanesssss je waseee.. Haha!

Pagi tadi masa Qery otw gi kerja, dia dah pesan apa yang perlu dibuat.

1. Kemas dapur
2. Lap semua meja
3. Cuci toilet atas dengan bawah
4. Basuh baju
5. Lap atas peti ais.

Atas peti ais punnnnnnnnn dia nampak habuk. Tadi aku cek, habuk takde kot. Ada sehelai benang je. Grrrrrr...

 Nampak tak kat bawah hidung aku tu berplaster. Kan Ahad lepas mengemas dengan Qery, sekali hamik kau, terkena bucu almari, berdawahhhh.. Pastu Qery cam stress. Hahaha!

Q : Kenapa laaaaa kite ni asik cedera dekat-dekat area mulut.
S : Haha! Yela kan.
Q : Nanti orang lain fikir apa pulak. 

Haritu masa masak bubur, lidah aku melecur, tapi aku pegi cakap kat mak aku lidah aku luka. Mak aku dah sengih-sengih. Pastu yang bibir Qery luka sebab dia terlebih cukur janggut kot. Itu lagi la kan..betul2 kat bibir. OMG, mesti nanti kawan2 Qery jumpa aku pastu sengih2. Ish memalukan sungguh. Haha! Pastu yang ni atas bibir pulak. Kenapaaaaa la semua nak kat bibir ni... Sangat sesuatuuu tauuu..

Eh dah la. tatit peyot pulak. Bye

Sep 18, 2013

Panggilan Sebenar................Kamu Kite Ke?

Sapa rakan taulan terdekat tau kot aku panggil Qery apa, and Qery panggil aku apa. Cuma dalam blog aku takde la tulis apa yang aku panggil tu. Sebab gusar menimbulkan kegelian pihak pembaca. Lols.. Haha! 

Mula-mula kenal, memang aku dengan Qery panggil kamu kite. 5 tahun lepas, Qery suruh tukar panggil lain pulak. Ngade. Aku ni dahla tak biasa nak tukar-tukar panggilan. Sekali suruh aku tukar, mula-mula tu malu malu tucen.. Sebut pun pelahaaaaaaan je. Kalau boleh nak skip panggil dia. Macam terus direct tanya 'dah makan? bila nak pegi sana?' semampu boleh la aku nak ubah ayat taknak panggil nama panggilan tu. Tapi Qery macam perasan kot. Mungkin obvious sangat.. Haha!

Jadi bila aku tanya je

S : Dah makan?
Q: Sapa yang dah makan??
S : Erm...hihi!
Q : Sapa?
S : Bie la.. *sebut pelan seboleh2 taknak pandang muka Qery, muahaha*
Q : Sapa tanya Bie?
S : Ney tanya Bie.

Auwwwwww!! Hahahaha! Bila ingat balik, selalu kena paksa dengan Qery. So funny. Motif nak tukar panggil Bie Ney. Aku tanya kenapa kena panggil Bie, Bie tu apa Ney tu apa. Pastu Qery gawaaannggg dia kata jangan banyak tanya, panggil je. Huwaaaaa... Kong ajo sangat taknak bagitau apa.

Jadi aku pun panggil je la macam tu hendaknyee. Sampailah dah terbiasaaaa... Sejak aku kahwin ni, cea macam lalama kebenoooo... Qery memang still panggil aku Ney, tapi kalau depan saudara mara kawan dia suka panggil aku BABY. OMG!! Aku yang nak termuntah. Bukan panggil depan-depan okey. Kalau kat rumah mak mertua, aku kat dapur tengah basuh pinggan *saja lettew bagitau cuci pinngan, muahehehe*, dia kat luar rumah, panggil aku terjerit-jerit 'Baby!! Baby!!' Aku dah macammmmmmmm... Awkward...

Macam masa kenduri belah Qery pun, kan lepas kite bersanding, kite round meja ke meja kan. Aku round la, aku kat meja lain, Qery kat meja lain, pastu dia panggil aku Baby Baby meh kat Abang jap. Nak muntahhhh aku dengar. Aishhhhhhh!! Walaupun memang la aku sukaaaaa je kan sebenarnya, haha! Tapi jangan la panggil depan orang. kat wumahhhh takpewww aaaa.. Lalalalala~~

curi gambar ceera. 

Okla, nak sambung membalut. Byebyebyebye

Sifat Pemalas Sentiasa Subur Dalam Diri Kami

Gittewwwwww... Huhu!

Entah la. Aku ni memang pemalas tahap gaban punye. Buat apa pun aku rasa malas. Kecuali tido, yang tu aku rajin. Qery pun tau aku pemalas. Gila tak tau. 5 tahun berkepit sebelum kawin kan. Takkan la aku boleh berpura-pura rajin selama 5 tahun? Itu tidak mungkin. Huhu! Dia memang tau la aku ni pemalas, degil, suka menjawab, kuat membebel, kalau ada yang tak menepati cita rasa aku akan buat muka, benda yang buruk-buruk memang dia dah tau dari dulu lagi. Jadi bila dah kawin, dia tak de la tanjat sangat.

Bila kawin ni, banyak benda yang aku terpaksa rajin kan diri. Setiap hari rutin aku

- bangun siapkan Qery air dan tunggu sampai dia gi kerja
- vakum rumah
- mop lantai
- basuh baju
- lipat baju
- gosok baju
- cuci kasut futsal/bola dia.

grrrrrrr... aku memang tak sukaaaaa buat benda-benda ni. 

Qery 3 minit sebelum sampai rumah, dia akan call mintak air nescafe sejuk. Amboi sangat kan diaaaa...

Q : Rumah kita ada air nescafe sejuk tak sayang???

Lolssss... cakap jela nak air nescafe ais kan. Sajaaaa je ayat bunga-bunga. huhu! Paling tak boleh bla, masa tengah tidur, pukul 2 pagi gerak aku sebab nak minum. Pfttttt. Bukan tak boleh amik sendiri kan, tapi sebenarnya dia penakut nak turun sorang-sorang. Hahaha!

Q : Sayang... haus la.
S : Pegi la dapur minum, ada je air dalam peti ais tu
Q : Selalunya kamu yang amikkan... hek hek hek hek *bunyi cam budak nak start nangis tu*

Aku sabooooooooo je laa... haha! Mesti dia rasa dia dah cukup comel buat macam tu.

Pastu haritu aku ada up gambar kat IG. Qery nak solat. Tapi kain pelekat dia tertinggal kat bawah. Masa tu dah pukul 2 pagi kot. Baru lepas tengok midnight kan. So baru la nak solat Isya'. Pastu suruh aku amik kain pelekat kat bawah. Aku dah baring, takdenya aku nak turun semata-mata nak amikkan dia kain pelekat. 

Pastu dia amik kan telekung aku..

Q : Kite amik kain kamu, adan uke, alash agi. (padan muka, malas lagi)

sambil buat muka merajuk. pastu terus solat. Eh eh ehhh.. aku pulak yang malas kan. Dia yang malas amik kain pelekat tu. Huhu!


Dua-dua pemalas. Memang macam tu la jadinya. Selalunya aku la yang terpaksa buat-buat rajin. Pernah la sekalii....dia tertinggal apa entah kat atas. Masa tu aku tengah buat air, dia suruh aku naik amik barang dia. Aku cakap tunggu la kejap bagi aku buat air dulu, pastu tetiba aku dengar dia naik tangga hentak kaki kuat-kuat sambil membebel. Hahahaha! So funny. Tergelak2 aku kat dapur. Yela tangga tu kan kayu. Dia kan gergasi, bila hentak kaki aku rasa jiran sebelah pun boleh rasa bergegar.

Adoila, kadang2 rasa macam 'dah kawin ke belum aku ni' haha! Dua-dua macam tak matang je. 

 Ahad tu aku gosok baju Qery, budget nanti esok senang la dia nak gi kerja, seminggu ni takyah la aku gosok dah. Baju Qery memang bewarnaaaa warni. Sekali aku baru gosok half, Qery cakap Isnin cuti. Selasa dengan Rabu dia pakai kemeja shirt sebab dia sukan. *tak tau nak nangis ke nak happy dengar ayat dia, huhu*


Tapi tak kisah la dua-dua pemalas pun. Yang penting rumah iolls ada cermin besar . Kuang ajo korang kan, siap perli aku 'biar takde gas nak masak, asalkan ada cermin besar nak ber ootd' Muahahaha! Kbye

Sep 17, 2013

Mood cuti lagi

Malasnye aku nak update blog ni. Rasa nak cuti lagi je. Semalam pegi Melaka dengan emak mertuaku. *kelip-kelip mata*. Bukan apa, saudara belah Qery dorang still amalkan kunjung mengunjung saudara lepas buat kenduri. Mak Qery kata aktiviti menyalang. Aku dengar menyalang tu dah lain macaaamm je bunyi dia. Huhu!

Pukul 9 pagi bertolak la dari KL ke Melaka. Jalan clear sangat, apa lagi laju je la si Qery tu bawak kereta. Mak Qery duduk belakang sorang-sorang. Sampai sana lebih kurang 10 lebih dekat pukul 11 kot. Malas nak cerita pasal saudara mara sangat. Boleh? Haha!

Tapi yang penting,pukul 1 macam tu, kitorang jalan-jalan Melaka. Ada Aida dengan Cepul sekali. Masa tengah jalan-jalan tu, aku terus terfikir 'tak sangkaaaaaa aku berjalan-jalan dengan saudara mara Qery'. Berjalan dengan saudara mara sendiri pun amat jarang sekali. huhu!

OTW balik KL tu jem melampau-lampau. Perut lapar. Lepas tu buat permintaan kat mak mertua nak makan asam pedas. Haha! Kong ajo punye menantu. Dah terpaksa lah mak mertua telefon ayah suruh beli ikan pari. Mihmihmih!

Sampai je rumah, dalam pukul 6 lebih tu, hantar Aida dengan Cepul kat rumah mak mertua, aku dengan Qery balik rumah sendiri. Nak mandi segarkan badan. Janji dengan mak lepas maghrib nak datang makan. Nak datang makan je okey, bukan kau nak menolong masak pun kan. Hahaha! Sekali lepas maghrib tu dua2 tertido. Pukul 9.15 baru sampai rumah mak Qery.

Qery nak cover line la dia tertido. Tak nak la cakap tertido ke apa kan.

Qery : Sorry mak lambat, abang ada keje sikit kat rumah tadi. 
Mak Q : Biasaaaaalah tuuuu *sambil senyum-senyum*

Lolsssss??? 

Kebetulan bibir Qery bawah tu darah sikit, sebab dia gi cukur janggut ke apa aku tak tau la sampai terdarah kat situ. Pastu haritu dia gi jumpa kawan2 main bola dia, kawan dia tanya apasal darah, dia boleh jawab 'biasalaahhhhh'

Aku perhatiiiiiiiiiiii je perangaiii dia tu..huhu!

Okey la. Aku sebenarnya nak sambung balut barang ni. Nanti aku update lagi tau. Bye bye

Sep 13, 2013

Bersiaran dari rumah emak abah

Gittew. Ni semalam la ni, lepas aku midnight dengan Qery, dapat wasap dari kak ida, bagitau abah call Ode sebab sakit sangat. Pastu pagi ni Qery gi kerja, aku tumpang nak balik rumah mak kejap. Tengok tengok abah, mana tau abah sakit sebab rindu anak bongsu dia ni. Pftttttt...

Sampai-sampai pagi tadi pukul 7 lebih, tengok abah dengan mak tengah tidur. Okey la tu kot. Pastu mak dah bangun, dia bagitau la semalam doktor bagi injection. Tadi aku tengok abah start kereta keluar lepak dengan kawan-kawan. Amboiiii sangat kan abah aku tuuuu.. Kalau sakit duduk rumah, kalau sihat melepak. Memanggg terbaik. Haha! Tp biarlah, asalkan happy sudah. Huhu!

Mak aku hari-hari puasa, sebab dia kata rumah takde orang. Abah pulak jenis makan luar. So lebih baik la dia puasa. Aku pulak menunggu Qery balik, kejap lagi balik rumah sendiri. Nak balut barang2..

Kan aku update gambar kat IG semua orang cakap aku macam Jemah kan. Jemah tu takde la gemok, haha! Tapi lebih berisi la dari aku pun. Ni semua salah hormon la ni. *tetiba*, aku tak makan sangat pun, tapi kenapakah aku kelihatan berisi? Ishh.. stress betul.

Jadi semalam terus la aku diet. Memang betul-betul lah diet. Semalam tak makan apa kot melainkan buah ni.

 tsk

Seumur hidup tak pernah diet kot. Paling aku stress, Qery pun diet. Apakah???

Dia tak makan nasi langsung. Lepas tu asik mintak oat je. Aku dah la tak suka oat. Ini memang merunsingkan kehidupanku. Aku kan, biarlahhh Qery gemok, jangan aku yang gemok. haaaaaa... Kalau Qery kurus aku gemok, memang down gila mak incik.

Jadi, nak tak nak, terpaksalah aku diet jugak. *nak nasikkkk...nangis dalam hati* 

 Dari melayan perasaan perut, baiklah kite keluar tengok wayang midnight. Nanti dah penat balik rumah boleh terus tidur. Dengan harapan tak ingat nasi la.


Cermin atas tu dari Ikea. Aku dengan Qery tampal-tampal ikut suka, tu yang senget benget. Mula-mula Qery tampal, 2 3 petak okey, masuk ke 4 dah senget, aku tak puas hati, aku pulak tampal. 2 3 okey, lepas tu senget jugak. Haha! Pastu kitorang hentam je tampal, senget pun senget la. Konon2 senget berseni. Puiiii...

Harini kat rumah mak, datang2 tengok ada orang bagi shawl. Dari Ihijaab. Nanti akan ku review ye.

Sapa ada IG boleh la follow Ihijaab =)

Copy gambar dari IG
TQ Onald sebab selalu bagi gambar cantik-cantik.

 bye bye bye

Sep 12, 2013

Jangan Kacauuuuu

Semalam Qery main badminton. Dia balik pukul 12.30 pagi macam tu la. Aku mesti la tak tidur lagi tunggu Qery balik. Eh, rasanya kelmarin pun dia balik lambat kan, sebab main futsal. Kong ajo betul hari hari balik lambat. Huhu! Tapi aku dah cakap dengan dia, nak main futsal ke badminton ke silakan. Aku jenis tak kisah sangat. Asalkan jangan buat benda lain sudah la. 

Balik rumah terus la dia mengemas, pasang pewangi rumah, pasang penghalau nyamuk yang letrik tu, alihkan almari semua. Aku dah ngantuk dah, tapi saja la tengok dia buat kerja. Dah la tak menolong dia, lepas tu selamber gi tidur dulu kannn..

Pastu dia nak lekatkan kad kad hadiah yang orang bagi dalam album. Aku dah macammmm...

S : Tak payah la tampal kad tu sekarang. Itu esok esok kan boleh.
Q : Kamu pegi la tidur dulu
S : Banyak kot kad. Nak tidur pukul berapa?

Masa tu dah pukul 2 lebih dah. Aku kalau ikutkan hati memang nak tidur je, tapi mengenangkan kena tidur kat tingkat atas sorang-sorang, tatuttt jugak. Haha! Jadi nak tak nak tercongok je la depan Qery. Masa Qery nak masukkan kad ucapan tu dalam album, album tu macam dah rosak. Dalam hati aku 'alhamdulillahh' haha! Boleh la tidur.

Pastu dah baring-baring semua, aku kacau-kacau la Qery. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Korang ni fikir apa tu. Hahahaha! Maksud aku, kacau macam ermmmmm... kacau la... tolak kaki dia, cucuk telinga. Pastu Qery marah.

Q : Tidur la, jangan kacau kite, kamu tu esok tak sekolah..
S : Memang la kite tak sekolah, kite kan dah besar....

Lolssss!!

Bila Qery cakap macam tu, aku rasa nak gelak je, sebab ayat tu macam masa aku sekolah2 dulu je. Mak mak kan suka cakap 'tidur la esok sekolah'. 

Q : esok kite sekolah.. kite nak tidur..
S : Kesiann kamu,sampai sekarang pun tak lepas sekolah rendah lagi.

(-_-')

 Gambar sebelum pindah perabut. Apalah nasib bilik aku kat rumah mak, mesti Ayie dah ambik alih. Hihi!

p/s : Pemenang testimoni tabita akan diumumkan bulan ni ye. So sapa-sapanak hantar silakan.
Trial : RM130
Regular : Rm290
Exclusive: RM330
all free postage and free gifts. =)

Bukan mainnnnn lagi korang yeeeeahhh...hihi!

Aku perhatiiiiiiiii je masing2 komen semalam... Huhu! Sukeeee lettew aku masak maggy kan. Kiranya masakan paling top minggu ini la. Pfttttttt

Baru dua kaliiii je tau aku masak maggy, sampai hati cakap i masak hari2, nampak sangat muka aku ni muka masak maggy. hahahaha! Qery pun belum merasa maggy masakanku. Tapi siaplah kalau Qery dah rasa, ofkos lepastu dia akan request maggy setiap hari *mata ke atas*

Sebab dah beli barang dapur, takkan la tak masak pulak. Lagipun aku masak ni untuk diri sendiri nak makan. Qery aku tau dia memang tak suka sup. Habis kalau dah ada rice cooker je. Memang sup je la pun boleh masak kannn.. Ke boleh masak tumis2 dalam rice cooker jugak?? Tidakla ku tahuuuu...

Ditekankan sekali lagi. Aku masak ni untuk diri sendiri ye. Qery aku dah pesan suruh makan luar. Hahaha! jadinya aku tak kisah pun sedap ke tak. Tapi biasalahhh... tangan chef macam aku ni, masak apa pun mesti la jadi. Tinggal sedap atau tak je. Miahahahaha!

Takpe, kot lepas tu sakit perut pun tak kisah. Toilet ada dua. 

(-_-')


Masak sup paling senang kot. Sapa-sapa berani mintak resepi aku tumbuk nanti. huhu! Dah semua la terkagum-kagum kat IG dengan FB. Korang terkagum macam tu menampakkan yang aku ni sebenarnya tak pernah masak je kan. Hahahaha! Terbaikkkk korang kennn.. Siot betul.
 
 

Dah la banyak gila bahan takde. Walaupun begitu, tetap sedapppppppp. 
Sapa laaaagi nak pujiii.. Mihmihmih!

Setel masak, pindahkan dalam slow cooker


Ini la slow cooker yang aku tersalah beli haritu. Berguna jugak ko ye. Lepas tu Qery balik tengok aku macam penat gitu. 

Aku memang pandai gila berlakon kot. Padahal takde la penat pun. Sajaaa menagih simpati. 

Q : Siannnnn dia penat ke masak.
S : Haah.. tengok ni tapak tangan dah kasar dah *padahal memang sejak lahir dah kasar kennn*
Q : Kenapa masak. Lain kali tak payah masak. Rehat dulu sebulan dua ni. Kita makan luar je k.
S : Baiknyeeeeeeeeeee suami kite ni

Gaya dan ayat mesti lenggang lenggok dan menggoda, barulah hasilnyaaaaaaaaa kedebabom. Hahaha! Tak pasal-pasal tak boleh memasak dah sebulan dua ni. Kang masak jugak dianggap derhaka pulak. Ishhh... serba salah i. Muahahahaha!

Jadi malam tu, kite gi pasaraya lagi.

Der... makcik sangat hari-hari pergi pasaraya kannn... Kali ni bukan beli barang2 basah. Tapi kite beli barang nak penuhkan peti ais. Beli jugak la satu paket ayam yang kepak tu. Letak kat tempat beku tu, nak masak tak tau bila, yela mana tau tetiba mak mertua i datang, boleh la cover sikit konon2 masak. Hahaha!


Jangan ditanya kenapa ada air Redbull dengan Livita dalam peti ais tu. Orang muda memang memerlukan banyaaaaaaak tenagaaaa.. Bukan?? Hihi!

Byeee
=P

Sep 11, 2013

Macam-macam

Tiba-tiba dah hari Rabu. Kejap betul masa berlalu. Perasaan aku bila dah jadi isteri ni, ofkos la happy. Tapi banyak benda yang aku jarang buat dulu, sekarang aku buat. Contoh bangun pagi-pagi, tengok Qery bersiap, buatkan oat dia, nescafe suam bla bla bla bla. 
 
Dulu aku bangun tenghah hari. 
 
(**)
 
Aku mesti kena tengok dia bersiap, Qery bersiap kat tingkat bawah. Nanti mesti adaaaaaa je benda dia tertinggal kat atas. Tertinggal stokin la, tie la, minyak rambut la. Aku la tu yang kena naik ambik. Pfttttt.

Q : Eh, kenapa stokin kite ada kat atas dalam almari eh???

ayat nak suruh aku amikkan stokin pagi tadi, siap bagitau detail kat mana. huhu! Pagi tadi Qery minum Oat uolls, motif sangat.



Sebenarnya taknak review cerita pasal rumah lagi, tapi since ada yang tanya sebab nak pasang sebelum raya haji kan. Hihi! Wallpaper ni bukan 3D, ini wallpaper biasa je. Cuba korang pergi mana-mana kedai perabut *especially yang chinese punye*, tanya dorang ada pasang wallpaper tak. Selalunya mesti ada.

Qery kan jadi pengawas peperikasaan yang jaga UPSR tu. So aku tak taula semalam dia balik pukul berapa, tapi sebelum balik tu sempat la dia kol.

Q : Sedapnyeeeeee kalau dapat minum milo ais
S : Ok sayangggggg

Gittewwwwww... Hahahaha! Solehah sangat ni. Nasib baikkkkkk laaaaaaaaaa rumah aku ada peti ais kennn.. cecepat buat air. Tengok2 Qery balik bawak KFC.


Aku upload gambar ni kat IG dengan FB. Kemain semua nak nganjing aku kan. Siap mintak resepi. Hahaha!

Disebabkan takde barang dapur, jadi malam tu aku dengan Qery keluar gi pasaraya sekejap.



Itu beg futsal Qery ye. Malam tu dia ada futsal. Tinggallah i keseorangan. Tapi aku okey je tinggal sorang2 pun, takde masalah. Ko nak balik pukul 1 pagi pun takpe. Asalkannnn balik. Huhu!


 Barang2 dah beli. Boleh la aku masak

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Kbye

p/s : Sapa nak order barang silakan. Barang2 boleh refer SINI.