Aug 15, 2013

Raya - Hari Ke-2

Seperti biasa, aku dengan family mesti  balik kampung raya ke dua. Subuh2 dah bertolak dari rumah. Aku dari rumah dah cantik2, masuk kereta terus tidur. Bangun tidur pun masih cantik. Lolss. 

Bangun2 kalau tak kat RNR, atau tetiba je dah sampai rumah Opah. Mihmih! Jarang la aku berjaga masa balik kampung. Aku tau tetiba dah sampai je. Kadang2 tengah tidur tu stress je dorang ni nak berenti kencing la apa la. Menganggu tidurku. Huhu!

Dalam pukul 10 lebih tu sampai rumah Opah, tapi takde sapa pun lagi. Aku pun bosan, terus lepak kat buaian sambil tengok pokok2. Oh rumah Opah aku ni memang penuh la dengan pokok bunga. Memang dari dulu lagi.Tapi sekarang ni makin banyaaaaaak bunga. Mungkin sebab Cik Intan aku ni suka menanam. Plus Cik Intan dulu bekas Guru Besar sekolah. Kalau korang perasan la. Bila GB perempuan je, mesti sekolah penuh dengan bunga. Haha! Memang sinonim sangat dengan Cik Intan aku ni.


 Pondok kat belakang tu adalah rumah kucing and ayam ye. Kemain besar macam rumah setingkat kat KL besarnye. Huhu!

Aku pun masuk rumah ber OOTD

Baju ni beli sama kedai dengan baju oren tu. Ko boleh nampak tak pemalas aku tu. Malas nak jalan cari baju. Apa yang ada kat kedai tu, kite sebat je. Sekali lagi aku tekankan. Aku pakai apa pun cantik. *mukayakindanhidungkembang*

Tunggu Andak tak kunjung tiba, aku pun sambung tidur. Asik tidur je keje aku. Bangun2 tengok dorang tengah main kat buaian. Akhirnya sampai juga mikaaa... Huhu!


Pastu anak2 nya teruja tengok reban kucing ni besar,setiap kali datang, setiap kali teruja. Silakan teruja. Maksu masuk rumah kejap sambung tidur. Pftttt
 

 Cik Intan aku ni memang pencinta kucing. Kalau jumpe kucing cacat ke, sakit ke, mesti dia bawak balik and bela.

 Rumah Opah dari dulu sampai sekarang, tetap beginilah corak depan dia. Hihi!

Dah puas tidur.marilah kite berayaaaaaaaaa



Rumah pertama adalah rumah Cik Shamsiah. Tapi gambar takde. 

Rumah ke dua adalah rumah Emak Ayah. Abang abah ni kitorang panggil Ayah, isteri dia kite panggil Emak. 

 Emak yang duduk kat kerusi tu. Emak punya kaki separuh dah takde. Kena potong sebab kencing manis. Sedih aku tengok. Tapi masa dia cite kejadian tu, macma rilex je. Tersangatlah tabah orangnya. 

 Masa ni semua orang makan nasi tomato. Aku jual mahal sebab sebenarnya sakit perut.

 Tapi macam rugi pulak, sebab rumah mak ni masak je la apa pun, mesti sedappppppp terangkat. Jadi.. bismillahirrahmanirrahimm... hihi!

 Makan dengan sopan

 Masih sopan

 Okbye. Haha!

 Aku kalau dah duduk cenggitu, korang takyah tanya dah. Pandai2 la beratur amik makanan. Huhu!

 Ayam amik dua ketul dan habis okey.

Dah kenyang, marilah kite ke rumah ke tiga. Rumah Usu.

Usu ni adik abah. Pun kalau masak sedap. Eh orang Perak memang masak sedap agaknya. Ke aku yang kuat makan. Konfius gegirl.


Gambar dalam rumah lupa nak snap.

Lepas tu masing2 dah ngantuk. Tak sempat nak rumah keempat. Kite balik la lelap2 mata sejam dua. Aku kalau ajak tidur ON je, takde masalah. Memang dah sebati.
 
Kali ni balik kampung family aku tak tidur kat rumah Opah. Kitorang tidur kat Homestay, tajaan Ayie dan Andak.
 
Selesa home stay dia. Ada 3 bilik, semua ber aircond. Lengkap lah. Semua ada. 

 Aku walaupun tak bayar se sen pun duit, tetap aku nak cop katil. hahaha! Berebut dengan anak buah, tapi pastilah aku pemenangnya. Kalau ada kena mengena dengan tidur. jangan harap dapat kalahkan aku ye. Hihi!


 

Anak2 buah tidur kat luar bentang toto. Sebab dorang memang suka tidur ramai2 sambil tengok TV.

Lepas je dorang tidur, aku andak, akak dengan ika, pukul 12 tengah malam tu, pergi MacD, lepak minum sambil borak2. Entah dah tak ingat borak apa. Cite pasal orang Korea pun boleh sampai sejam dua.




Pasal air pun aku nak berebut dengan anak buah aku. Haha! Aku nak corak yang cantik. Yang tak cantik aku bagi dia. Sabooo je la Ika oiii... 

Balik rumah pukul 2 pagi camtu, sambung borak dengan andak sampai pukul 4 lebih. Pastu tak boleh tidur jugak. main game kat fon sampai tertido. Huhu!

Itu saja cerita raya ke dua aku.

bye

p/s : kalau nak hantar testimoni tabita masih valid ye. Sebab tak berapa nak ramai lagi orang hantar. Cukup 10 orang, kite boleh umum pemenang. Muah!

Aug 14, 2013

Raya - Hari Pertama

Oh bersyukurlah kerana aku ada kerajinan nak update blog ni. Huhu! Semalam punye la gigih meng-edit gambar. Berautus gambar nak kena edit. Belum edit dah peluh dulu. Hoih. Dah lama gila tak buat kerja ni.

Tiap-tiap tahun aku rasa memang raya family aku meriah. Mungkin sebab ramai penghuninya. Huhu! Adik beradik 9 orang. Apa nak di kataaaaaa ye. Dah tu semua balik. Masing2 berebut nak cakap. Nasib iolls pendiam *silapercayaje* hihi

Pagi raya tu hujan kan. Best gila kot tidur. Tapi disebabkan nak raya. Bangun jugak lah mandi. Tengah nak bersiap selalu feeling2 dulu dalam bilik. Sementara menunggu adik beradik lain sampai.

Kakcik tidur rumah dari semalam. So pagi2 tu dia pun ada jugak la. Masing2 menyiapkan diri.

Cantikkan peplum i. Mihmihmih!

Tema kali ni warna oren + peach. Tapi kebanyakkan pakai warna oren la. Warna peach ada jugak yang pakai, tapi sebab warna oren lagi terang, jadi tenggelamsikit warna peach tu. Masa pilih baju raya, aku tak kisah nak warna apa. Mana yang dapat dulu, terus beli. Ini aku beli kat Ampang Park je. Nampak kat patung. Terus beli. Tak kuasa aku nak jalan2 survey. Aku pakai baju apa pun cantik je. *mata ke atas sangat2*

Tengoh posing2 sekali Atam sampai.

Atam pakai peach.

Yunan Comel.

Nampak tak aku mekap. Pastu anak buah aku buat muka toya. Dia kata baik takyah mekap. Kong ajo sungguh mereka ni. Huhu! Aku memang tak berapa reti nak mekap. Pastu kalau aku mekap, memang dah macam muka orang nak masuk opera. Baik aku takyah mekap. 

Pastu datang la pulak Akak, Andak. Moh le kiteeee bergambo.


 Ngeri tengok muka sendiri.Haha! Sebab tak pakai mekapkan. Aku pakai krim tabita je. Sebenarnya takde la nampak berkilat macam tu. Tapi ayie punye fon ni melampau flash nye. *ceaa cover diri sendiri* huhu!


Pastu kaklang sampai, Ode. Dah complete. Kite susun kerusi sebab nak mintak maaf. Kemain panjang la kerusi nak disusunnyaaaaa


Tahun ni rezeki lebih sikit, jadi aku bagi duit raya, plus semua anak buah perempuan dapat beg Hello Kitty and lelaki dapat jam. 

Jadi aku buli semua anak buah aku salam cium pipi. Hahaha! Yang kecik2 tu dorang dah biasa la kan. Kot yang besar2 tu dah malu malu kucing. Aku pedulik hapee.. Kiss i dulu kalau nak hadiah.. Semua muka terpaksa je. Haha! So funny

 Semua terus pakai jam. Yang anak buah perempuan, terus pakai beg tu nak simpan duit raya. Kecomelan.


 Nampak tak Mia pakai beg pink tu. 

Eh lupa nak bagitau. Shawl tu shawl anak buah aku. Aku pinjam. Haha! Kasihanilah maksu sebab tudung2 maksu, maksu dah bawak pindah ke rumah sewa. Tinggal beberapa shawl je kat rumah ni. Pastu lupa nak beli shawl raya. Nasib anak buah ramai.

Lepas bagi duit raya, menuju ke tangga. Aktiviti wajib setiap tahun.
Yang ni tengok gambar je eh. Banyak kot













Over semua. Anak buah aku yang sopan2. Haha! Makcik2 dia semua muka je macam ustajah, tapi depan kamera semua macam kena sawan. Huhu!

Pastu kite amik gambar pompuan2 je.
 

 Itu bukan beg baru aku tau. Itu beg beli tahun lepas tapi tak pernah pakai. Aku isi duit raya nak bagi orang. Senang sebab kecik. Aku takde beg raya pun. Sob sob








 Bila tengok2, macam kumpulan marhaban pun ada jugak kan. Huhu!

Pastu masuk rumah,  sambung bergambar.
 


 Dah dah. Jom pergi beraya. 

 Rumah wajib pergi adalah rumah Cikmah. Hihi!


 Pastu dah kenyang. Kite balik rumah.





anak buah yang dah tukar baju.



Ok itu sahaja. Balik rumah dalam pukul 4, aku sambung tidur. Haha! malam tu raya rumah mak ayah Qery. Pftttt.... Nak biasakan diri uolss.. *kembang2 hidung*

Kbyeeeee

p/s : Kalau aku typo, korang paham2 kan je la sendiri ye. Aku bukan Hanis Zalikha yang tak pernah typo tu. Ini Sepet. Memang typo memanjang. Aku nak cek balik satu2? Ko pikir aku rajin?