Dec 9, 2014

Majlis Aqiqah + Buaian Berendoi : Izz Qaiser b. Khairi Fizairi

Punyalah lama ambik masa nak update ni, edit gambar pun sejam deknon. Krem jari aku. Sekali upload buat-buat terperanjot monkey ada 133 keping gambar. Syabas *tepuktangankuatkuat

Majlis Aqiqah ni memang dah rancang buat rumah mak mertua, sebab mak aku awal-awal dah bagi mak mertua aku yang buat. Yela kan, mak aku tiap kali cucu buat rumah dia, kali ni bagi la besan raikan cucu pertama. Aku tak kisah, buat mana-mana pun boleh aje.

Sebulan sebelum majlis, bincang dengan Qery nak ambik siapa untuk buat buai, untuk marhaban, untuk katering, untuk buat goodies. Orang-orang yang terlibat ni last nanti aku bagi contact number kalau-kalau korang nak guna khidmat dorang ni.

Buai berendoi cam biasa, upah Kak Nor sebab memang takkan mengecewakan aku dan Qery, suruh buat goodies sekali. Senang takyah fikir. Bagitau je untuk berapa orang. Biar Kak Nur yang pening. Kita rilex bersenang2 tau-tau dah siap. Dasar orang pemalas nak fikir. Kekekeke!

Majlis ni buat hari Sabtu (1 Muharam), start pukul 10.30. Mulakan dengan marhaban, cukur jambul, bacaan tahlil, dan makan-makan sampailah jam 3 petang. 

Aku dengan Qery sampai rumah mertua dalam pukul 10pagi. Kongajo sampai lambat. Saudara mara dah sampai dulu, tuan punya badan datang lambat. Elok sangat perangai tu. Muahehehehe!

 Konsep ala lip lap lip lap gitu.




 Aku suka ada lampu-lampu tu, macam omputeh sangat. Feeling kengkonon dalam i-City. Eh? Hihi!

 Sampai je kami, semua orang la gilir-gilir pegang Izz Qaiser, nak selfie, nak main-main, nak acah-acah, nak geli-geli ketiak.

 Aku dengan Qery dengan Izz Qaiser bertemakan warna putih. Aku cakap kat Qery, nanti masa majlis aku nak dia pakai baju cam Aqasha. Lols! Cari kat The Mines baju Aqasha ni, nasib lah jumpa. 


 Antara door gifts yang Kak Nur sediakan untuk tetamu dan geng marhaban.

 Sebelum majlis kita beramah mesra dulu dengan tetamu.


 Ha ni lah dia baju gaya ala-ala Aqasha. Patutnya dia kena bukak butang kat dada tu baru la cam auwww sikit, hahaha! Tapi Qery memalu. Tunjuk kat istewii aje. suwit sangat. #matakeatas huhu!



 Izz Qaiser tengah bertenang

 Geng-geng marhaban dah sampai.



 Qery kena panggil untuk azankan lagi sekali ke telingan Izz Qaiser sebelum dorang mulakan bacaan doa dan selawat.


 Belum apa-apa dah mengantuk budak ni, ikut perangai mother sangat tidur sampai ke tengah hari, tu lah pasal bangun awal lepas tu dah sibuk nak mamai-mamai.



 Habis je bacaan doa tu, dorang panggil aku dengan Qaiser. Masa ni la baca selawat, puji pujian ke atas Rasul.

 Asik la nak usha mana mother dia pegi. Kalau tak nampak mula la ter ek ek ek. Sabo je la. Aku rasa semua bayi menyusu macam tu, tak boleh nak lekang. Jauh je sikit melalak macam kena pukul. #urutdada


 Kekeke! Nak marah pun tak sampai hati.







 Sementara tu mak mertua lepak kat atas.


 Baju mak aku pakai tu, aku beli kat Ampang Park. Nasib baik ngam-ngam. Maklumlah mak sekarang ni dah single pandai dah pakai shawl lilit-lilit sendiri.  Wakakakaka! Selalu je usik mak, tanya tak ada orang ngorat ke masa mak jaga kedai. Sekali mak jawab 'ramai sangat yang ngorat, tapi mak malas nak layan'. Amboiiiiii... kalah menjunam dah aku punya market. Tak boleh lawan mak. Hahaha

 Izz Qaiser dah bosan dalam buai, dia cam nak start ek ek ek, aku dukung dia. Kang kalau menangis, tak pasal-pasal je.





 Habis bacaan doa, terus nak cukur jambul.


 Mula-mula dia bertenang je kan.


 Sekali kena air kelapa tu kat kepala dia, terus menangis sampai gigil-gigil. Hahaha! Dia ni tak boleh la sejuk sikit. 


 Sampai ke sudah la dia nangis

 Muka mintak simpati

 Aku terpaksa gelakkan Izz Qaiser sebab kelako sangat. Orang lain dah cam kesian-kesian, sampai tak nak gunting dah, usap-usap kepala je, hahaha!



 Qery terkejut bila orang bagi sumbangan. Dia cakap dia tak tau yang majlis aqiqah pun ada orang sumbang duit. Lols. Aku pulak terkejut yang Qery tak tau. Hahaha!

Q : Tak sangka orang akan bagi duit.
S : Memang lah. Duit Qaiser tau, jangan usik
Q : Oh bukan duit cover majlis eh? Hahaha!
S : Opkos la bukan, belanja majlis tanggungjawab makpak la. Pebendaaaa pakai duit anak, huhu!

 TQ semua yang sedekah kat Izz Qaiser, kitorang dah selamat masukkan dalam Tabung Haji. Yang beli barang kat aku then bagi duit lebih suruh bagi Izz Qaiser pun dah selamat masukkan dalam bank. TQ korang. Murah rezeki korang semua. Aminnn =)

 Kak Jeng berpura-pura gunting rambut Izz Qaiser, semata-mata nak ada gambar. Terpaksa upload gambar ni, hahaha!



 Sampai ke sudah nangisnya. Haiiii la anak, dalam dunia ni bukan kita bertiga je tau. Ada ramai orang lain lagi. Jangan la nampak orang tak kenal je nak nangis. Gigit kang sia-sia je.

 Anak Ateh si Aira, geram betul aku dengan budak ni.

 Siap sedia untuk bacaan tahlil pulak.

Sementara dorang baca tahlil. Yang lain dah start makan. Makcik-makcik tak boleh makan lambat. Kena jaga kesihatan, kang kalau gastrik ke apa kan susah. So kita jamu lah dorang terlebih dahulu.

Katering macam biasa Abang Khalid kita. Aku ni kalau Khalid tak dapat masakkan untuk apa-apa majlis yang aku buat, rasa frust tau. Memang first choice akan tanya Khalid dulu. Sib baik dia ok. Kalau tak hentak-hentak kaki siap guling-guling protes. Huhu!
 Lauk kambing paling win! Siyesly aku suka sangat2.







 Aku suka sangat Khalid punya catering sebab dorang ni selalu jaga kualiti dorang. Bersih. Sedap. Best sangat tau. Ini bukan iklan berbayar eh. Ini sebab tersangatlah satisfied dengan servis dia. Kalau korang nak tempah silakan. 50 orang pun dia ambik. tapi silakan book awal-awal. Gov punya makan-makan pun dia boleh cover. Syarikat swasta pun dia banyak cover kalau ada majlis perpisahan ke, jamuan makan ke, parti harijadi ke.


 Ustaz tengah baca doa tahlil.




 Habis je bacaan doa, terus semua orang serbu makan. 

 Oh disebabkan Izz Qaiser kena korbankan 2 ekor kambing, jadi lagi sekor tu kitorang buat kambing golek special.




 Ini golek depan rumah okey, kereta lalu lalang sila ambil bau aje. huahuahua!

 Door gifts balance masa kawin kitorang. Botol dia je la recycle balik. Print sticker dan beli gula-gula masuk dalam tu. Hihi!


 Sampai sekarang kagum mak boleh lilit shawl sendiri. Hihihi!

 TQ Kak Nur dan team sebab buat buai cecantik, fikir tema, peningkan kepala Kak Nur and Yaya, tak tidur buat door gifts. Nanti masa befday Izz Qaiser tolong pening lagi ye. Kompom mintak Kak Nur buatkan lagi. Kalau Qery call jangan buat-buat tukar nombor tepon tau. Kekekeke!


 Amboiiiidiaaaaatuuuuuu =P

 Bergambar dengan tetamu


 Perempuan ni kerempeng je. Nyampah sangat



 Mak Ayah mertua kite ni memalu orangnya, hihi!



 Tak sabar tunggu Syah kawin tahun depan, ada la geng menggedik. 


 Adik beradik mak mertua.



 Jiran tetangga geng ayah. hihi!




 Tetiba promo BB Cream kan dah kenapa, hahaha!

Aku lupa nak bagitau, sepanjang hari tu aku memang pakai BB Cream dengan lisptick sahaja. Walaupun haritu panas dia sampai berpeluh2, tapi muka iolls tetap maintain tak berminyak. 

Ha, bagitau skali, aku dah buat blog SeqyBeauty tau. Segala info, testimoni, review, contact agen, soalan cepu emas pasal BB Cream SQB semua ada kat sana. Produk2 akan datang pun akan menyusul kat sana. Senang korang nak refer. Tak ada lah bercampur-campur. #tetibapromo #ambikkesempatan

 Gambar ni paling kelakar, berdekah-dekah aku gelak, tapi dalam hati la. Hahaha! KRU betul. Kanan skali Syah dah nak kawin pun tahun depan. Kiri Cepul baru 16 tahun. Sapa nak ngorat silakan add ig dia @izzaini. Sekian

 Tiga adik beradik ni anak manja mak sangat. Lols. Huhu!




 Bergambar dengan jiran belakang rumah. 


 Daddy kalau tak sakat Qaiser memang tak sah.


 Kawan ala maya. Aunul Superb. TQ datang. Muah!!

 Kawan facebook =)

 Datin Dato kita. Hehehe! Kak Azlin n Abang Akram tersayang!

 Kesian, hari2 kena buli. Haha! Nasib mu lah.

 Tak muat nak peluk. lalalalala~~

 Ayah mertua punya kakak. 

 Bersama mak mertua.

 Menantu kesayangan sangat kan, hahaha!



 Dah nak habis majlis, bagi Qaiser main buai.


 Nangis kena kacau dengan Daddy






 Okbye, saya dah mengantuk!

***************************************************************

Khafa Catering (Encik Khalid) : 013-6646 300
Kak Nur (FB : Symbolique Asia) : 012-2559769

Symbolique Asia kalau tak silap dorang tengah buat promosi akhir tahun, sapa-sapa nak kawin tu boleh la usha kot-kot la nak majlis kawin kedebabom dengan harga special. Gerenti tak nyesal. 

Catering pun memang aku suggest Encik Khalid. (Area KL Selangor, kalau negeri lain aku tak sure) Pastu bagitau dapat dari blog Sepet. Mana tau dapat diskaun atau gifts2 seperti kuih muih free ke kan. muahahahaha! Khalid ni dia suka sedekah. Tu pasal la rezeki dia limpah ruah. Dia selalu memang bagi lebih punya.

Itu je. Kbye =)

Dec 1, 2014

TUKAR NOMBOR 012-2678134 KEPADA 019-2986997

Assalamualaikum semua.

Oleh kerana sekarang aku lambat reply wasap korang, aku dah buat keputusan untuk hire sorang staff untuk ambik order korang. Harapnya korang tak perlu lagi tertunggu-tunggu menunggu aku reply. Susah sikit nak reply awal sebab masa aku pun tak berapa nak tentu. Huhu!

Jadi korang yang nak order barang boleh direct wasap Miss Lora 019-2986997. Insyaallah dia lebih laju dari aku. Hihi!

Itu sahaja annoucement untuk hari ini. Jangan risau tau Miss Lora lebih sweet dari iolls, huahuahua!

Korang dah boleh tukar terus nombor yang korang save Sepet Teh Gojes tu tau. Mihmihmih!


Nov 28, 2014

BB Cream SQB Dalam Majalah Ibu & Anak

Amboi, ambik kesempatan betul tayang produk dalam Majalan Ibu dan Anak. Hahaha!

Sebenarnya motif utama masuk majalah Ibu dan Anak ni untuk aku dan Izz Qaiser. Nak kongsi tips dan perjalanan cerita sepanjang menjaga anak, penjagaan berpantang semua. Tapi dah alang-alang tu. Sambil menyelam minum air sampai tersedak kauu.. Hahaha! 

Masa Kak Fiza contact aku untuk temuramah, Izz Qaiser tak sampai 2 bulan pun lagi. Baru habis pantang je. Segan jugak nak cerita sebab anak baru berapa bulan je pun dah kecoh2 nak share tips bagai kan. Haha! Tapi peluang bukan datang selalu. Maka kita setuju je..

Best borak dengan Kak Fiza, santai-santai je. Peramah pun iye tak ada la kekok ke apa. Masa Kak Fiza sampai aku tengah pakai tudung, hahaha! Mekap pun tidak, kelam kabut apply bb cream (promo sangat ni, haha), pastu pakai liptint. Kelam kabut sebab uruskan postage, then Qery pulak baru balik rumah, so barulah aku boleh siap2 pakai baju cecantik sikit. Tak caya tanya Kak fiza tau sebab dia tunggu aku bersiap. haha!

Ada macam-macam la borak. Pasal macam mana aku jaga pemakanan, macam mana pantang sendiri, macam mana urus perniagaan online, macam mana urus anak semua. 




Kalau korang nak tau boleh la beli majalah Ibu dan Anak keluaran bulan Dec.

Walaupun BB Cream keluar kat majalah Ibu dan Anak, aku tetap rasa bestnya. Hihi! Harap2 nanti ada la majalah lain nak interbiew lagi. Auwww.. Ngengada sangat meminta2. Haha! 

Mana tau kan kan....

Okbye =)

Nov 27, 2014

Harga langsir murah gila + boleh beli bb cream sekali dan jumpa blogger-blogger popular.

Wah gitu, blogger popular lah sangat. Hahaha! Rasa nak lempang diri sendiri.

Korang korang yang suka hias-hias rumah tu meh la terjah SARAH HUGHES GLOBE. Harga kain langsir MENJUNAM JUNAM KERAT LEHER habaq hang. Yang RM50 semeter jadi RM15 semeter.

Yang terpaling murah RM5 semeter pun ada. Bergantung kepada fabric tau. 

Nak beli untuk diri sendiri yang semeter RM15 pun boleh, pastu belikan untuk mak/mertua semeter RM5 pun boleh. Muahaha! Keji sangat. 

Tapi tapi tapi..

2 hari sahaja okey

 Please save the date :

29 dan 30 November 2014
Sabtu dan Ahad

Lvl 7
Sarah Hughes Globe Jalan Tuanku Abd Rahman Kuala Lumpur

11 am - 4 pm only ya

Korang terjah blog Kak Moon ni ye kalau nak penerangan lebih lanjut. Sebab harga tak selalu menjunam. Rugi yang amatlah kalau korang tak beli, nak new year ni mana lah tau nak vok vok ke kan.

Sambil-sambil korang beli kain langsir tu, meh la beli BB cream kita sekali, sebab family Noh akan bukak booth kat sana selama 2 hari. Boleh jumpa blogger-blogger SENDU ni. Hahaha!

Eh tadi cakap blogger popular, kenapa tetiba cakap blogger sendu ni. Eh ehhh.. yang popular bukan blogger family Noh, tapi tu ha blogger Kak Pilla and Kak Peej tu. Insyaallah Kak Engku (Elly) pun ada join. Blogger kak Atie *tart nenas mama* pun ada tau. Korang boleh beramah mesra dengan dorang semua ni.

Nak beli shawl byceeranoh pun boleh, meh datang hari Sabtu. Hari Ahad pun boleh beli shawl dengan Kak Pilla kite. BB cream bukak dua hari so tak kisah la korang nak datang sabtu ke ahad.


Tapi untuk dapatkan harga kain langsir murah kena dapatkan badge VIP dulu tau. Naik tingkat 7 kena jumpa blogger dulu. Ok tipu. Hahaha!

Naik tingkat 7, cari Kak Moon. Badge limit untuk 200 orang sahaja. Sabtu 100, Ahad 100. 

Pastu sila singsing lengan baju angkat kain tinggi2 rebut kain langsir. Amboi..hahaha! Jangan sampai camtu sekali ye. Tak kemana kain tu. Belilah dengan iman di dada. *Gelak tutup mulut*


Memandangkan Kak Pilla n Ceera n Kak Atie ada buat special price untuk jualan kat booth nanti. Insyaallah Seqy Beauty pun ada buat special gifts untuk 10 pembeli pertama (Sabtu dan Ahad)

10 pembeli BB Cream SQB pertama akan dapat free goodies.

Dan Dan Dan...

Untuk sesiapa yang nak jadi agen masa kat booth pun boleh. Sediakan Rm350. Then kita akan bagi free goodies. =)

Terlajak Cantik!

Nov 26, 2014

Product Seqy Beauty Lulus KKM

Hati aku tengah bertenang je sekarang ni, sebab barang dah sampai beribu-ribu lemon. *lemon tu tipu*. Hihi! Masa tak ada stok, seram. Nak tengok handfon pun fikir banyak kali. Serba salah dengan agen-agen. Dah bagi orang semangat, sekali kau tak ada barang. Dah kenapa?

Sekarang barulah aku tau betapa risaunya hati Fellina masa Vit C dia tak ada stok. Doa-doa lah nanti aku boleh buat kilang sendiri ye. Aminnnnn.

Sebelum ni memang ramai je yang banyak tanya soalan

'Selamat ke'
'Sure ke tak bahaya'
'Hakis kulit ni'
'Boleh percaya ke'
'Kenapa tak buat packing biasa bekas plastik tu'

Masa mula-mula nak keluarkan produk ni, memang seribu satu perasaan jugak la. Takut tak sesuai dengan orang. Iye la. Aku try kat kulit aku best. Tapi tak bermakna kulit orang lain sesuai kan. Itu lah yang was-was. Tapi aku cuba jugak. Berjaya atau gagal belakang kira. Sekarang ni kita cuba je.

Alhamdulillah, dari 100 pembeli, mungkin sorang je la yang tak puas hati. Tak puas hati pun mungkin dengan packaging.

Aku pernah je beli krim foudation n bb cream yang agak mahal macam M**, C******, T****** dan murah macam S****, M*******, L***** G******, haa teka lah sendiri. Kebanyakkan semua berminyak. Bila pakai mula-mula nampak ok. Lepas tu bila apply bedak dah cam tebal seinci. Pulak tu bila lama-lama dia macam bertompok-tompok. Bila touch up dengan bedak jadi tak rata and nampak sangat tak natural. Nak cuci pulak kena 2 3 kali baru betul2 hilang.

Tapi dengan BB Cream SQB ramai share testimoni yang positif. Paling kerap sekarang ni ramai bagitau muka tak berminyak atau kurang berminyak banding dengan jenama yang dorang pakai sebelum ni. Ada banyak testimoni korang boleh check kat ig SeqyBeauty.

Sebelum ni siapa-siapa yang beli BB Cream SQB kotak dia macam ni.



Tapi, untuk second batch. SQB akan keluarkan 3 warna lagi,

Code 1 : Light (Soon)
Code 2 : Natural
Code 3 : Dark (Soon)

Cuma Code 1 dan 3 kita still belum jual lagi. Stoknya belum sampai. Nanti dah ada akan diwar-warkan di sini. 

So yang first batch yang aku keluarkan semuanya warna natural *Code 2*


Jangan risau. Dalam dia tetap sama. Cuma kita nak membezakan warna sebab tu letak code 1 2 and 3.

Isu KKM yang sebelum ni macam-macam lah customer tanya pasal selamat ke kandungannya. Jangan risau dah. BB Cream kita dah lulus KKM.


Dengan harapan, kuranglah pertanyaan pasal ingredient. Sbb kadang2 yang tanya tu bila aku terangkan dia tak paham pun. Saja2 tanya nak mengeratkan silaturrahim barangkali. Kekekeke!

Untuk pengambilan agen. Ramai yang wasap and pm aku. Aku still tak dapat nak reply lagi. Insyaallah sebelum sabtu ni aku akan balas semua wasap. Offer untuk jadi agen RM350 masih lagi di buka sehingga aku tutup untuk second batch pengambilan agen. Lepas ni untuk jadi agen dah jadi harga lain ye.

Please yang serius sahaja ye, sebab aku memang nak limitkan agen memandangkan stok terhad.

Untuk sesiapa yang tertanya-tanya pasal gambar ni..


Ada ramai tanya nak beli cleanser. Padahal barangnya still dalam proses. Hihihi! Actually aku kalau boleh nak jual barang bila KKM dah approved. So senang a.k.a malas nak jawab pertanyaan 'selamat ke tak' 'apa ingredient dia'. Kita akan dapatkan KKM dulu then baru jual. Setakat ni, barang mana yang dah ada, apa yang baru dari SQB, aku akan update kat blog. Kalau korang cek kat web ada macam-macam produk yang KKM approve tapi aku tak update, maknanya aku tak jual lagi la tu. Hihi!

Tapi rasa seronok jugak bila barang belum ada tapi dah ada yang nak beli. Suka lah hati kite tu.. =)

Ok satu lagi problem yang biasa aku dapat sejak meniaga online adalah kotak kemek. Problem ni bukan barang aku je. Semua produk yang berkotak memang function dia melindungi barang dalam tu. BB Cream SQB berkotak memang untuk lindungi botol dia, nak janji 100% barang sampai ke customer kotak tak kemek memang tak dapat. Sebab kita kena paham jugak barang2 pos laju banyak. Ada yang dorang dapat jaga kualiti, ada yang kadang2 dorang terlepas pandang. Ikut nasib la tau. Kalau barang dalam pecah baru inform agen ye. Kalau kotak kemek ampun maaf dipinta. =)

Ada yang tanya kenapa tak buat plastik macam BB Cream biasa yang ada jual kat watson tu. Ok begini. Salah satu risiko bila buat bb cream dalam botol plastik macam kat bawah ni adalah....


Bekas ni tak tahan suhu panas. BB Cream akan cepat rosak kalau terkena suhu panas dan boleh berubah warna. Kebanyakkan BB Cream yang buat bekas macam ni dorang jual kat dalam tempat ber-aircond. Memandangkan penjualan kita sekarang ni adalah by postage. So aku takut suhu dalam van poslaju tinggi boleh ubah warna dan texture bb cream.

Ha sampai macam tu sekali explanation. Aku pun tak sure lah kenapa ramai sangat orang tanya itu ini pasal ingredient, pasal bentuk bekas, komplen itu ini yang kadang2 tak tercapai dek akal pun. Hihi! Cuba beli produk omputeh tu, tak sesuai pun korang diam je kan. Ingredient entah apa-apa pun orang x kisah. Tapi bila orang melayu berniaga alahai macam-macam persoalannya. Kadang2 rasa pelik juga. Tapi takpe lah. Dugaan hidup. Muahahaha!

Sesiapa yang nak beli boleh refer agen-agen ye. Atau korang boleh follow ig SeqyBeauty. Kat situ ramai agen yang komen2. Boleh beli kat dorang. Agen2 kat blog akan di update sebelum hari Sabtu. Nak jadi agen tunggu tau tau tau. Hihi!

Apa-apa info pasal BB Cream akan di update lagi nanti. TQ sebab baca sampai habis. Mihmihmih! Byebyebye. Muah!

Nov 24, 2014

Senyum Kambing

Sejak lahirnya Izz Qaiser di dunia, aku hampir meninggalkan tanggungjawab ku kepada suami. Eceh...Dan ala-ala cite Mah je ni. Hihihi! Selalunya aku jarang komen pasal isu-isu terkini ni sebab tak ada kene mengena dengan aku. Tak kuasa nak tambah dosa. Dosa terkumpul ni pun belum tentu diampunkan. Sobss..

Tapi aku rasa, sebagai seorang perempuan, isteri, dan ibu. Memang tanggungjawab kita besar dan kadang2 kita penat dan buat-buat lupa. Ofkos aku sebelahkan Mah tu. Sebab kita perempuan je yang akan paham betapa penatnya menjadi seorang ibu. Tapi sukati lah Kak Mah oiiii, nak terima balik suami dia ke tidokkkk. Itu tiada kene mengena denganku.

Bila baca karangan tu kan. Aku bukan fikir situasi Kak Mah dengan suami. Tapi terus terfikir suami sendiri. Sejak ada Qaiser ni, memang aku dah tak bangun buatkan dia air. Tak hantar dia sampai depan pintu. Tak salam pun. Durhaka sangat ni. Huhuhu!

Seriusly, dengan kebizian sekarang. Aku sejujurnya bagitau aku tak masak langsung dah. Diri sendiri pun tak terurus. Mungkin masih lagi nak serasikan diri dengan keadaan. Anak kecik memang susah sangat nak urus masa sebab waktu tidur dia tak tentu. Plus dia nak kita teman dia je bila dia bangun. Kadang2 aku nak mandi pun tunggu Qery balik.

Patutnya suami balik kena wangi2. Ini tidak. Bau susu masam. Kehkehkeh! Betapa buruknya perangai aku sekarang, tapi Qery diam je. Dia tak de merungut aku tak masak ke, tak mandi lagi ke. Selekeh ke........

Tapi dalam hati dia mana lah tau kan. Semua suami nak isteri cantik2 , wangi2. Start malam tadi. Ekceli aku tak tidur seharian. Siapkan parcel untuk agen. Tengok jam dah pukul 5.30 pagi. Badan penat tapi tak boleh tidur.

Jadi, aku ada masa sikit nak fikir pasal tak baiknya tak layan suami elok-elok. Bukan susah pun buat air pagi-pagi. Bukan jauh pun nak hantar suami sampai depan pagar. Bukan susah nak cantik-cantik mangi-mangi bila dia balik. Tak masak takpe la. *eh tetiba skip masak dah kenapa, haha* Dasar sangat.

Harini dah start cuti sekolah. Tapi selalunya cikgu belum cuti lagi. Seminggu selepas cuti dan seminggu sebelum sekolah bukak, selalunya akan ada meeting kan. So harini Qery bangun lambat sikit. Aku pun buatlah air nescafe 3in1 tu. Sambil kemas sikit-sikit rumah.

Pastu Qery cam terkejut kenapa rumah bau nescafe. Lols. Nampak sangat kan. Hahahaha! Pastu aku pun hantar dia sampai depan pintu, siap bukakkan mangga. Cium tangan. Hantar mesej i love u. Siap ada muah muah lagi. Mata tak ke atas pun tau. mihmihmih!

Tersenyum2 la Qery nak masuk kereta tadi. Malu lettew. Sebab masa aku nak salam dia, aku sempat bagitau...


...


...


...


...


...


...


...


...


...


...


...


Dah 100 hari tau

(>_<)

p/s : Saja nak melawak hari Isnin dengan korang. Jangan nak Monday blues sangat ye. Huhuhu!