Oct 27, 2013

Siri Pembersih Mekap Pixy

Teringat dulu-dulu masa kat sekolah teknik, first time masuk asrama la katakan. Tengok kawan-kawan cuci muka beriya-iya. Aku ni jenis yang tak ambik kisah sangat pasal muka. Lagipun ku fikirkan bukannya aku pakai mekap nak kena cuci muka.

Bila masuk je kolej, ada sorang kakak senior ni bagitau pentingnya cuci muka. Walaupun tak pakai mekap, tapi debu dari jalan raya, dengan udara tercemar, bila kita tak pakai mekap, debu/habuk tu memang direct kena kat kulit kita. Lagi teruk effect dia. Jadi kesimpulannya, selepas tersedar dari kesilapan lalu, *poyo gila*, aku pun pelan-pelan la cari pencuci muka.

Banyak perkara yang kita kena teliti sebelum cari pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit kita. Ada yang kulit sensitif, ada yang jenis kulit berminyak dan satu lagi jenis kulit kering. Fungsi cuci muka sebenarnya semua orang tau, bukan setakat nak nampak bersih dari luaran, tapi mesti bersih dari segi dalaman jugak. Kita mesti cari pencuci muka yang boleh buang lebihan sebum yang tersumbat dalam liang pori dan jugak membuang sel mati.

Bila aku dah meningkat dewasa, setiap hari pergi kerja sekurang-kurangnya aku pakai foundation, kadang-kadang rajin sikit aku pakai la mekap. Tapi biasanya pencuci muka yang aku guna mesti buat kulit aku jadi kering. Kita orang Islam kan solat 5 kali sehari.  So setiap kali sebelum ambil wuduk memang kena cuci muka. Bila cuci banyak kali, kulit muka aku jadi kering, bila kering kulit jadi lebih mudah kusam.

Jadi, pemilihan pencuci muka yang sesuai dengan kita memang tersangatlah penting.. Baru-baru ni aku diperkenalkan dengan produk Pixy iaitu Siri Pembersiah Mekap Pixy, dan yang tersangatlah bestnya, Siri Pembersih Mekap Pixy ni sesuai dengan semua jenis kulit, tak kisah la kulit sensitif ke, kulit berminyak mahupun kering.

Siri Pembersih Mekap Pixy ni ada dua jenis.

 1. Single Step Liquid Foam (Berbuih)
Yang ni boleh cuci macam biasa. Kena bilas dengan air. 
2. Gentle & Moist Cleansing Lotion (Tanpa Bilas)
Yang ni pulak macam penggunaan toner. Korang cuma titiskan kat kapas kering tu, lepas tu sapu perlahan kat kulit muka. 

Aku dah guna yang ni, memang terbaik. Lepas cuci memang rasa kulit bersih sangat. Tak payah nak cuci banyak kali dah. Lepas tu kulit tak rasa berminyak, pun tak rasa kering. Dia macam lembap je. Bagus, memang senang hidup aku. Huhu!

 Yang tanpa bilas ni pun aku dah guna. Kadang2 bila kat luar, rasa kulit berminyak. Terus la aku cuci guna Losyen Pencuci Gentle & Moist ni. Still rasa effect yang sama. Sebab ada kala kat luar kita tak jumpa bilik air. Atau masa kat ofis rasa kulit berminyak, malas nak ke toilet. Memang aku recommended sangat Losyen Pencuci Gentle & Moist ni. Lagi satu aku suka guna sebelum tidur. Bila cuci rasa selesa sangat, nak tidur pun rasa best. Serius tak tipu.

Apa yang best bersihkan muka dengan Pixy, mesti la sebab bahan-bahan dia. Dalam Pixy ada

- Madu asli (kekalkan kelembapan dan melembutkan kulit)
- Formula bebas alkohol (membersih tanpa mengeringkan kulit)
-Formula bebas minyak (segarkan kulit tanpa rasa berminyak)
-Diuji secara klinikal (selamat dan lembut untuk semua jenis kulit)
- Terbukti secara klinikal (tidak mengeringkan kulit selepas pembersihan berulang kali)

So sangat best, sebab korang boleh guna Pembersih Mekap Pixy ni bila-bila korang nak, lepas kerja ke, nak solat ke, sebelum tidur ke, bila bila la, jangan mesej aku semata2 nak tanya bila nak cuci eh, tumbuk kang. Hihi!

So ini dia Set Siri Pembersih Mekap Pixy iolls.

 Ada dua size, satu 100ml, satu lagi 50ml, better beli dua-dua size, boleh simpan kat rumah atau satu lagi simpan dalam beg. 

Meh aku tunjukkan cara macam mana nak guna Losyen Pencuci Gentle & Moist ni. Sebenarnya sama cara macam gune toner je.

 Ko kena ada kapas. Takde kapas pegi beli tau. Mihmihmih!

 Titis macam ni kat kapas tu, lalu toyohkan secara sopan kat mana yang perlu.

Lap rata satu muka.

Lepas cuci memang rasa kulit tak kering langsung. Lepas tu bersih je.

Yang ni pulak cara cuci muka pakai Pixy Single Step Liquid Foam ni.
 Sila bilas dengan air ye. Hihi!

 Result tetap memuaskan. Cuci banyak kali pun takpe. Gittew


 Pixy mekap cleansing ni sesuai sangat la dengan wanita yang membizi, kalau tak berapa bizi pun sesuai jugak tau.Jangan pulak kalau yang tak bizi tu tetiba kecik hati sebab tak boleh pakai. Lolss.. Dah tu Sepet kata wanita bizi je sesuai, habis i yang goyang kaki ni nak pakai hapee?? Kenn.. Boleh je pakai. Jangan rasa bersalah sangat masa pakai tu. Hikhokhikhok. Atau sebelum korang nak cuci tu boleh la buat-buat bizi ke hulu ke hilir dalam 2 3 kali, lepas tu dah rasa bizi boleh terus cuci muka. -_-

Aku kalau petang-petang tu, rasa lemau ke apa, cecepat cuci muka pakai Pixy ni, lepas tu terus segar. Gedik sangat kan. Hihi! 

Harga mampu milik
50ml - RM7.90
100ml - Rm13.90

Boleh cari kat kedai runcit, farmasi atau pasaraya berdekatan. 

Kalau korang nak tau lebih lanjut, boleh terus ke website Pixy
atau add Pixy kat facebook

Oct 25, 2013

Gangguan......

Tak sampai 2 bulan aku kawin kan, jadinya tak sampai 2 bulan jugak aku duduk rumah ni. Masa mula-mula masuk rumah ni. Aku tak biasa sangat. Sebab 25 tahun aku duduk kat kawasan kampung.Maksud aku duduk kat rumah sebuah sebuah.

Sekarang ni adalah pertama kali aku duduk rumah teres. Dan aku tak berapa biasa sebab aku boleh dengar rumah orang sebelah kalau dia naik tangga hentak kaki kuat-kuat. Dia tutup pintu pun aku dengar. Bukak pagar pun kadang2 aku fikir rumah aku, sekali rumah jiran.

Mula-mula tu rasa blur jugak, sebab masa basuh pinggan kat dapur, tetiba dengar pintu tertutup. Bunyi macam kat rumah sendiri sebab kuat gila. Tapi bila pegi cek tengok rumah aku macam tu je. Masa gosok baju, tetiba ada orang ketuk dinding. OMG terkejut aku. Dinding batu kot, macam mana bunyi ketuk tu macam bukan kat batu, bunyi dia macam orang ketuk rumah papan. Aku fikir rumah sebelah mungkin ada anak kecik dorang main kat dinding ke apa kan.

Still la aku buat tak tau je. Dalam bilik pulak memang aku tidur tutup lampu. Masa baru minggu ke dua kawin. Pukul 2 3 pagi aku terjaga tengok Qery tengah dengar sambil ayat-ayat Quran dalam fon dia. Lepas tu dia bagitau kat aku dia takut. Aku tanya la kenapa takut. Dah terpaksala aku suruh dia tidur. Malam tu aku jaga dia. Tapi memang malam tu agak panas sikit dalam bilik. Lepas Qery tertidur. Dalam pukul 5 macam tu aku tertidur. Baru terlelap, tetiba kena hempap. Badan tak boleh gerak semua.

Bila baca ayat Kursi, baru badan boleh gerak. Tengok Qery badan macam gerak kiri kanan. So aku gerak la takut dia kena kacau ke apa kan. Pastu aku suruh dia tidur balik sebab dia macam dah mamai-mamai. Lepas tu rasa macam panas gila. Aku bangun, amik Quran. Letak kat dada. Terus rasa sejuk. Baruuu boleh tidur. Esoknya lepas subuh Qery kata dia nampak ada something macam asap berkumpul warna hitam kat bucu dinding bilik.

Kite mengadu kat mak ayah mertua. Dorang suruh banyak mengaji dalam bilik. Lepas tu tidur jangan tutup lampu. So selepas dari kejadian. Memang tidur tak tutup lampu. Hihi! Tapi still tak selesa la kan. Dan Qery lagi suka tidur kat bawah. Tidur depan TV. Sejak kejadian tu, aku kan duduk rumah sorang. Kadang2 memang ada tetiba je rasa takut. Tapi selalu buat tak tau je. kadang2 aku bengang jugak.  Sebab aku tak suka benda ni kacau-kacau.

Semalam masa nak tidur pun aku rasa something je. Qery dah sleep dulu. Aku semalam banyak kerja. Pukul 4 baru dapat tidur. Masa nak tidur, tetiba Qery macam tidur nak dekat-dekat dengan aku. Aku pelik jugak.  Tapi aku biar je la. Pukul 5,30 aku terjaga tengok jam. Dia still hug aku. Eh tetiba cite pulak kan. Haha! Pastu fikir eh lamanya dia ni peluk. Tak selesa kot tidur dalam posisi macam tu. Kahkahkah! Tapi aku biar la sebab dia yang peluk. Aku masih dalam posisi yang selesa. Pagi tadi, dia bagitau dia kena kacau.

Ait. Patutla dia melekat je dengan aku. Dia kata kat bucu dinding ada imej perempuan. Bangun lambat la pagi tadi, maybe sebab tidur tak selesa kan. Tapi malam tadi memang agak seram jugak la. Qery buat kerja lewat jugak. Dalam pukul 2 lebih macam tu dia tak siap lagi, tapi dia kata dah letih, so dia baring kat sofa sambil tengok tv. Tak sampai berapa minit dia terlelap. Bila dia terlelap terus macam ada suasana yang seram. Tapi kerja aku perlu disiapkan jugak. Itupun pukul 4 tak boleh siap. Aku surrender nak tidur.

Haih aku bengang betul la. Tak payah la ganggu2 kan. Very rude. Huhu! Tapi masa mula masuk sini pun kitorang takde panggil ustaz buat baca-baca sikit. Later rasa macam kena panggil jugak la. Kesian Qery tidur tak tenteram. Aku pun tak tenteram jugak la kan. Huhu!

Gambar sebelum kejadian. Ecececeh..

 Kat belakang ni la Qery nampak imej perempuan

Ish ish ish. Beraniiiiii kacau laki kiteeeeeeeeee... Tumbuk kang. Hikhok!

*********************************************************

 Baju dari Miraz RTW Shop
Boleh add kat IG : MirazRTW
atau direct wasap 019-3226002
=)

Oct 24, 2013

Dapat perkakas dapur. Mihmih!

Ish line internet ni la. Memang menguji kesabaran. Dari tadi aku try nak update tau. Asik la kena connect banyak kali. Nak publish ni pun bercinta.

Harini lega sikit sebab Qery kata tak payah masak. Dia dah stress dengan kawan-kawan dia. Katanya bila pegi sekolah, semua kata dia dah gemuk. Bila pegi kelas UPM pun kawan-kawan kata dia berisi. Bila main badminton, kawan badminton pun kata benda yang sama. 

Itu la dia tak bagi aku masak dah. Kononnya nak diet. Iyelah tu. Aku tengok dia biasa je, takde la gemuk sangat. Dia pernah lagi gemuk dari ni kot. Kekeke! Yang ni perut dia kedepan sikit je. Tapi kot dia nak diet, diet je la. Aku pedulik apa kan. Hihi!

Semalam kan dia suruh aku masak lemak cili api.  Tapi baru aku teringt aku takde lesung batu. Tak best kot kalau masak guna blender. Tapi apa nak dikata. Blender je la. Sebab dah lama gila tak masak lauk macam ni, so takde la sedap mana. Kena praktis lagi baru dapat rasa dia yang kaw-kaw tu. Yang aku buat ni rasa dia asal ada je.


Dan paling tak boleh bla, masa siang ikan semalam. Hek hek hek.. Telur dadar buat sebiji je khas untuk Qery sebab dia je yang suka makan. Sayur tu entah la. Haha! Bersepah sana sini. Semalam Qery balik lambat ada meeting. Aku takde la hidang lagi. Sekali dia balik. Kelam kabut nak hidang.  Iyela kelam kabut sebab Qery asik la ter 'hek hek lapar...hek hek lapar' tak senang aku nak hidang. 

Seperti biasa, aku makan ikan setengah dengan sayur sikit. Yang lain Qery rembat. Bila gemuk marah pulak tu. Habistu nak buat macam mana. Hihi!

Oh lupa, semalam dengan kelmarin kerana ramai sangat beli set exclusive dengan regular. Jadi korang kan dapat krim ibu putih free. Ramai yang kata takde pun info pasal ibu putih dalam blog aku. Memang takde.. Sebab aku tak sempat nak belek pun.  Kalau korang nak tau info tu boleh la google yeah. 

Kalau nak Ibu Putih sahaja pun ada kat My Shop. Koarang cari info kat sana.

Semalam dapat parcel kan.. Sekali banyak sampai ke rumah mak mertua. Oh alamat yang aku bagi korang tu bukan alamat rumah aku. Mak mertua aku tak berapa tau sangat kerja aku ni. Plus aku pun tak explain sangat. Sebelum ni parcel sampai satu satu. Dia okey lagi. Semalam sampai sekali banyak. Tanjat dia. Hihi!

Dan aku dapat ini!

 
 Ha lepas ni kalau tak semangat nak masak aku tak tau la. Hikhokhikhok.

Antara barang yang aku dapat
1. Milk/Egg Whisk (untuk mix kan telur la pun selalunya..hihi)
2. Giesser Messer Set Knife (ada peeler, gunting, dengan cutting board. Cutting board dia kayu tau)
3. Peeler
4. Unstick Frying Pan (kar rumah aku memang dah ada tapi kecik. Yang ni memang cun cun la. Lepas ni pakai pan ni je masak telur ke nugget ke. Kekeke)

Nak tengok apa lagi yang dijual.  Boleh ke

atau email gurlroxy20@gmail.com
atau direct wasap 013-5150351/0124040494

Oct 23, 2013

Cerita Semalam.

Ish, nak fikir tajuk pun dah dekat 10 minit. Masalah negara betul. Huhu!

Semalam Qery pergi sekolah naik motor. Dah lama sangat dia tak naik motor. Aku risau la sebab selama dia bercinta dengan aku pun memang dia dah jarang sangat bawak motor pegi sekolah. Selalu bawak kereta je sebab banyak fail nak kena angkut. 

Qery nak yakinkan aku la yang dia dulu masa tahun pertama sekolah hari-hari bawak motor. Tak bagi aku risau. Yela, tapi kite semakin berusia, vision kite semakin kurang peka. Lebih-lebih lagi bila dia jarang bawak. Start Qery pergi sampai la dia sampai sekolah. Aku gelisah je. Menunggu-nunggu mesej. Hihi!


Poyo sangat. Excited pakai helmet baru. Bila Qery mesej kata dah selamat sampai, baru la aku boleh update dengan tenang. Lepas tu aku ambik order, tulis nama kat borang pos laju. Sekali tau tau tertidur. bangun-bangun tengok jam pukul 11.30. Dem!!!

Inilah akibat tidur pukul 4.30 pagi. Entah bila masa aku terlelap aku pun tak tau.  Lepas tu tengok fon dh berderet mesej. Bersilat jari balas semua. Lepas tu terus gelabah sebab baru teringat udang tak buang kulit lagi. kerja yang paling tak disukai.

1. Buang kulit udang
2. Siang ikan
3. Belah ikan bilis
4. Kerat daging

Dulu kalau kena buat benda2 ni kat rumah, tak pernah buat sambil senyum. Muncung je mulut tu sampai la habis masak. Huhu! Anak bertuah la katakan. Sekarang, padan muka kena buat semuanya. Nak kawin sangat kan. Kekekeke!

Tapi bila dah kawin ni, perasaan tu takde la macam masa bujang dulu. Semuanya happy, buang kulit udang pun happy. Masak untuk Qery je la happy, kalau balik rumah mak tetap aku tak nak buat kerja2 tu. Kahkahkah!

So lepas setel bahan-bahan nak masak. Sambil tu lipat baju yang dah kering, kemas ruang tamu, Lagi sikit Qery nak balik baru pung pang pung pang kat dapur. Habis masak dalam pukul 2. Sekali Qery balik pukul 3. Sebab dia gi servis motor. Motor dah berapa tahun tak pakai kan. Harus la kena pergi servis.

Balik-balik terus cari makanan.





Menu sambal lagi. Haih bosan aku hari hari masak sambal. Hihi! Ni Qery la request. Dan seperti biasa memang licin. Dan seperti biasa jugak aku sempat makan sikit je. Yang lain Qery sebat. Tak berperikemanusiaan sungguh. Tak payah la tunjuk sangat aku masak sedap. *mata ke atas sambil hidung kembang kempis*. 

Lepas makan dia tidur. Terbaik. Memang pakej gemuk dalam masa seminggu. Hihi! Aku sambung buat kerja. Amik order semua. Ramai pulak yang order slimming set dengan tabita. Kombo Maixara pun ramai yang nak rupanya. Selama ni aku tak mention ada kombo sebab budget korang suka beli separate. Rupanya ramai yang suka kombo yeah. Silap lah ramalanku. Kihkih!

Setel semua benda, menuju ke pos laju. Semalam pos laju lengang sikit. jadi cepat la dapat turn. Ramai yang macam 'Sepet, kenapa tak buat Pick up Servis, kan Pos laju boleh datang collect kat rumah'. Jawapannya adalah... Pos Laju datang tak mengira waktu. Aku pulak suka pos petang. Sebab selalunya even aku pos pukul 8 malam sekalipun, barang akan sampai esok jugak. Selalunya lah. Sapa yang tak bernasib baik tu, dapatlah dalam 2 3 hari.

Lepas pos barang, nak pergi amik baju yang Qery dah tempah. Ontheway tu tetiba mak aku call kata Abah aku dah teruk. Nak bawak pergi hospital. Sebab makan muntah makan muntah dah 4 5 hari.  Badan dah lemah sangat. Aku memang plan nak datang rumah mak, tapi dalam pukul 9.30 macam tu, sebab nak gi ambik baju tu tak tau lama ke kejap. 

Sekali sampai-sampai sana, orang tu kata baju tak siap lagi. Terus la aku patah balik rumah, sebab nak amik tabita. Akak aku pesan bawak tabita pergi rumah mak, sebab anak buah aku punye kawan nak beli. Sampai-sampai rumah, mak kata abah dah pegi hospital dengan Ode. Qery pulak kebetulan memang dia dah berjanji dengan kawan ada badminton. Nak cancel macam last minit tak boleh la kan. Aku suruh dia pegi main je. Apa-apa hal aku call la. So aku pegi hospital dengan Ateh.

Tengok Abah dah lemah je. Sedih pulak rasanya.

Kepada yang tak tau. Abah aku ada adalah pesakit lung cancer stage 4. Dah start sakit sejak April. Mula-mula suspek TB, tapi last-last bila buat ct scan, baru tau ada cancer. Tau-tau je dah stage 4. Memang benda ni mengejutkan satu family aku la. Sebab kita tak sangka benda ni akan jadi. Macam-macam jugakla ikhtiar ke sana ke sini. 

Bila dah jumpa doktor. Doktor tak boleh nak bagitau detail sangat sebab dia kata dia MO.. Dia bukan doktor pakar yang rawat abah sejak mula-mula tau ada cancer tu, dia boleh bagi ubat ikut result darah, air kencing, dan buah pinggang. Yang lain macam ubat tahan muntah, ubat tambah selera makan adalah request daripada aku. Hihi! Tapi aku tak risau sangat sebab appointment jumpa doktor pakar tu dalam minggu ni jugak..

Andak dari Seremban pun turun PPUKM sebabnya abah nak dia. Kekekeke! 

Gambar semasa tunggu giliran. Tapi okey la, kali ni tunggu dalam 2 jam lebih je. Takde la menderita sampai 5 6 jam.

 Lepas dapat ubat, aku mesti kena tulis satu satu kat ubat tu, ini fungsinya apa. berapa kali kena makan. Sebab abah aku makan ubat sendiri. Lagipun bila dah tak duduk rumah parent. Susah sikitla dia nak tanya ini ubat apa semua.

Bila fikir balik, macam mana la orang yang sakit macam-macam, mesti ubat banyak sangat, lepas tu mesti ada potensi untuk tersalah makan ubat. Hish. bahayanya kan...

Pukul 12.30 malam tu dah setel semua. Qery pun memang dah menunggu kat kawasan PPUKM tu. Andak balik. Ode balik. Abah balik dengan Ateh, aku pun berambus dengan Qery. Hihi!

Balik rumah terus sambung tulis alamat. Semalam aku ingat orang dah gaji, sebab kemain ramai lagi. Eh rupanya belum ye. Takpe2, sapa nak order lagi silakan refer My Shop =)

Oct 22, 2013

Pujian yang bermotif

Semalam semua orang pun tau dalam peti ais aku ada kupang je. *mata ke atas*. Hihi! Dalam fridge takde la semata-mata kupang. masih ada ais krim,air batu, hot dog, ayam goreng, nugget, fishball, tetiba bagitau apa ada dalam peti ais. Haha! Nampak sangat nak cover kan. Haih.. 

Jadi semalam memandangkan ada kupang je, nak tak nak terpaksa la aku masak kupang. Lepas tu memang takde pilihan lain, memang kena masak sambal sebab itu je bahan yang ada. Minggu lepas, Qery bagitau kalau aku nak masak, masak la Sabtu Ahad je. Tapi tetiba semalam, sedang aku best-best nak update blog, tetiba dapat mesej dari Qery 'masak apa hari ni, tak sabar nak balik makan'

Aku seperti.....Ait mamat ni. Kata takyah masak. Tapi kerana kelembutan hati seorang istewi yang homei. Aku terus meluru ke dapur. Meluru okey.  Tipu sangat. Haha! Terus tutup laptop, dalam fikiran memang dah terbayang kupang. Dah la aku tak suka kupang pun sebenarnya. Adoi... Kalau lala ke, kerang ke okey lagi. Kupang tak suka sangat tapi boleh la telan. 

Kelam kabut jugak la masak sebab lagi 30minit je Qery nak balik. Dapur gas ada satu je pulak tu. Terima kasih sangat la. Kat situ la nak masak sambal, nak masak sayur, masak telur, goreng nugget. Kupang tu aku rebus dalam rice cooker. Haha! Nak cepat punye pasal.

Tapi ngan-ngam Qery balik sekolah, aku dah siap masak. Phewwww. Aku tengah sibuk kat dapur, memang aku tak tengok fon langsung tau. Sekali Qery bising-bising cakap aku tak balas mesej dia. Siap tuduh iolls ada lelaki lain. Hahaha! Adoi tak tau nak gelak ke nak telan kupang mentah-mentah. Mengada sangat. Tak balas mesej 30 minit je pun. Tapi dulu masa bercinta tahun pertama lagi lawak. Tak balas 5 minit je. Esok drama dalam kereta. Hahaha!

Dia bukan cemburu yang serius tu tau, dia suka cemburu yang macam main-main tu. Korang jangan pulak fikir Qery cemburu buta ke apa. Korang tu bukan boleh.. Kena explain betul2. Hahaha! Lepas hidang semua, telur tu aku kerat 4 bahagian tau. Sayur memang aku masak sikit je, sebab dua orang je pun nak makan. lagipun aku fikir Qery tak makan sayur sangat.  


Aku duduk, tak sampai 5minit. Licin semuanyaaaaaaaaaa.... 


OMG. Laju gila Qery makan. Aku sempat amik telur 1 bahagian, kupang beberapa je la sebab aku tak suka kan. Yang lain Qery makan. Bila masa dia masukkan semua ni dalam mulut. Aku tak perasaan pun. Nak kata sedap sangat aku masak, rasanya takde la. Biasa je kot. Ni mesti lapar ni. Atau pun ada motif lain. Gittew. Makan pun penuh motif. Psycho betul. Hehe!

Q : TQ sayang sebab masakkan sedap-sedap.
S : Takde la sedap sangat. Kamu lapar ke?
Q : Takde la lapar sangat, tapi bila tengok isteri masak, rasa lapar je.

Hurm, aku langsung tak percaya ayat-ayat pujian tu. Huhu! 

S : Sedap sangat ke?
Q : Sedapppp sangat.
S : Nak kasut baru ke?
Q : Hikhikhik! Kasut kite dah berlubang dah kat hujung tuuuu

See?????? Tidak syak lagi. Hahaha!

S : Oooo, patutla kite masak kamu makan sampai habis. Nak kasut rupanya..hihi!
Q : Eh takde la yang.  Memang sedap. Tapi kasut pun nak. 

Dah tak payah nak percaya sangat. Haha! Qery ni dia mesti ada agenda tau , dia ingat aku tak tau perangai psycho dia tu. Adaaaa je benda yang mencurigakan. Hihi!


Malam tu pergi la cari kasut dia, tapi semua tak best. Dia nak jugak kasut yang haritu pergi kat OU. Outlet kat The Mines tak masuk lagi. Nak ke OU tu memang tak la. Jauh kebeno. Takpe, nanti kite try tengok kat tempat lain kot kot ada. Tak sanggup aku nak tengok dia makan macam jin. Hihi!

Tetiba Qery kata nak gi Tesco, sebab ayam ikan semua dah habis kan. Tapi dah pukul 10.45 kot. Dan baru aku tau Tesco bukak sampai pukul 12 malam. Kesian pekerja Tesco balik lewat malam. Huhu! Beli la ayam sekor, pastu ikan kembong 10 ekor, ikan sardin 10 ekor, sotong, udang. Ala ikan tu yang jenis beku tu. Aku pun tak tau la. Qery kata beli je yang beku ni. Senang sikit. Dah la aku dah berapa tahun tak siang ikan, tak tau la ingat lagi ke tak. tsk tsk tsk. 

Yang paling best. Lepas bayar semua. masuk kereta. Qery dengan selamber je cakap

'Esok masak sambal udang tau, sayur nak campur-campur, lepas tu nak ayam goreng jugak'

*lap air mata* Macam kena masak hari-hari je. Huhu! Janji palsu apakah??? Tapi takpe, aku suka je masak untuk Qery. Sapa lagi nak makan kat rumah ni kalau bukan dia. *ayatsedapkanhatisendiwiiiii*

Eh lupa bagitau korang, sekarang ni supplier tabita aku yang baik hati tu ada bagi free gift kat sapa-sapa yang beli set exclusive dengan regular. Set trial takde yeah. So lepas ni sapa-sapa yang beli set exclusive atau regulat tabita akan dapat free krim ibu putih 15g. Ini yang supplier aku bagi, yang aku bagi lain tau. Korang boleh Klik kat My Shop
Ada banyak lagi info kat situ.

***********************************************************

Best sangat glitter shawl ni, senang sangat nak bentuk. Semalam keluar gi The Mines pun ramai yang tengok shawl i ni. Macam artis. *shawl je la pun macam artis, kekeke*
Kalau tak silap beli 1 RM29@ beli 2 RM50
Ada banyak lagi warna, korang boleh add
atau direct contact 017-2959573
Banyak lagi shawl-shawl cantik kat sana.



Oct 21, 2013

apa la yang bizi sangat sampai tak boleh update

Sejak jadi suri rumah tangga ni, bukan main action tak nak update kan. Hihihi! Bukan apa uolss, line internet kat sini memang menguji kesabaran. Sebab aku pakai broadband. Jadi memang line sedikit beruk la. Haritu dah call Astro ingat nak ambik pakej dengan line internet tu, sekali dia kata kena pakai sekurang-kurangnya 2 tahun, kalau tak kena denda. Eh eh eh, tak nak la camtu. Mana tau tetiba aku nak pindah ke nanti. Tak pasal-pasal je. 

Minggu lepas aku kan ada balik rumah mak. Dia kata nak belikan aku dapur. Berbunga2 hati aku. Aku sebenarnya bukan tak nak beli dapur tau. Kalau korang nak tau, aku ni memang tak pandai pilih pun dapur mana yang okey, brand apa yang bagus. Nak pasang gas pun aku tak tau. Aku cuma tau masak je. Hahaha!

Eh tetiba mengaku tau masak kan. Sesuatu sangat. Sebenarnya aku ni bukan la dalam golongan yang tak tau masak. *tetiba up diri sendiri*.Kihkihkih! Sebab memang aku dah memasak sejak sekolah rendah. Korang tau kan aku darjah 2 macam tu dah kena jaga anak buah. Jadinya kadang-kadang bila mak aku jaga kedai, atau mak aku pergi mana-mana, kadang2 tak sempat masak, Aku lah yang kena masak untuk anak buah aku. 

Setiap kali mak pergi umrah atau haji, aku jugaklah yang kena masak kat rumah. Dan masa mak aku sakit tempurung lutut dia pecah, tak boleh jalan beberapa bulan, aku jugak lah yang masak kat rumah. Tapi takde la masak yang susah-susah. Yang susah susah aku tak tau. Yang simple je la. Macam masak lemak cili api, masak sambal, masak merah. 

Tapi apabila dah lamaaaaaa gila tak masak. Lama okey. Korang pun tau kot. Hahaha! Sebab aku memang jarang gila update pasal masak masak ni. Sebab aku bukan jenis yang masak sambil ambik gambar. Masa puasa pun kalau masak, mak aku yang masak. Aku tolong tengok je. Kahkahkah!!

Kalau rajin tu aku tolong la potong-potong sikit. Buat sambal belacan. Family aku suka la cakap aku pandai buat sambal belacan. Padahal aku paham sangat yang dorang nak lari dari kena buat sambal belacan kannn... Taktik sangat. Huhu! 

Haih sebenarnya aku ni memang pemalas gila nak masak. Kalau untuk diri sendiri, memang masak maggy je la. sebab perut aku je nak makan. Tapi Qery gawang gila dah sekarang. Tak bagi sangat aku makan maggy. Tapi lama-lama aku pun muak jugak. Hihi!

Sabtu haritu, disebabkan dah beli barang-barang dapur, semangatlah sikit nak masak. Konon nak masak lemak cili api, tapi serai takde. Haih.. Terpaksa la masak kurma je. Tapi tak amik gambar. Gambar ni pun curi kat IG Qery.


Qery memang suka gila kat kicap. Ko masak la apa pun, mesti dia nak kicap. Lepas tu memang dia tak suka nasi sangat. Dia makan nasi sikit, tapi dia suka ayam. Dan dia tak suka makanan berkuah. Macam sup ayam ke, soto ke. dia tak suka sangat, tapi still boleh makan la. Ada beberapa lauk berkuah je dia makan, macam tomyam, tapi kena pastikan tomyam tu pekat, lepas tu sup ekor pun kena kuah yang pekat. kalau yang cair macam air basuh tangan tu, aku pun tak lalu. Kekekeke! Kalau laksa, dia nak kuah je. Mee dia tak usik. Haih..begitulah laki aku. Terima je la. Sebab tu aku jarang masak benda yang ada kuah. Tapi asam pedas dengan lemak cili api ada feveret dia. 

Semalam masa pukul 4 petang macam tu, aku tanya Qery dia nak makan kat rumah ke atau dia nak diet. Yela sebab masa aku masa kurma tu, dia cam 

'haih...baru nak diet'
'rosak plan nak kuwus'
'ish terpaksa makan nasi'

Jadi aku tak nak la kang tetiba aku masak, dia kata tak nak makan kan. 

S : Nak kite masak ke tak?
Q : Masak la, tapi kite tak nak makan nasi tau.

Ayok. Tak nak makan nasi. Habis aku nak masak apa? Mula lah berfikir nak masak apa yang tak nak makan dengan nasi ni. Ish ish ish. Takkan nak masak kupang. Kupang tak best kot makan ratah. Muak rasa dia. Yang ada dalam peti ais hanyalah kupang. Hahaha! Sebab ayam dah habis semalam. Ikan tak de, sebab aku tak reti pilih ikan. Haih tak boleh ni, kena jugak la aku berpura-pura pandai lepas ni. 

Last-last fikir nak masak telur puyuh sambal. Sekali asam jawa takde. Mesej Qery suruh belikan asam jawa atau asam keping masa balik nanti. Tapi Qery lambat sangat. Terpaksa aku masak merah telur puyuh. Goreng la nugget dengan ayam. Takut Qery tak makan telur puyuh. Lepas tu masakla sayur sekali. Nasi memang masak la. Aku memang nak kena ada nasi. Sebab kang kalau takde nasi aku meroyan. Hihi!

Sekali Qery balik. 

Q  : Yaaaaanggggg, nak nasi lah. Tapi nak sikiiiiittttt je. Hihi!
S: Kata tak nak nasi
Q : Tak boleh tahan la pulak tengok.

Dalam hati iolls berbunga-bunga. hahahaha! Tapi muka menten. Kreadibiliti sebagai seorang yang cool harus dijaga. hikhokhikhok.


Tengok, mesti nak ada kicap. Mula-mula Qery tengok air tu.. 'Ni air apa' Pastu muka macam pelik-pelik. Aku buat tak tau je. Pastu dah habis makan semua, dia minum..

Q : Air apa ni?
S : Sunkist campur anggur.
Q : patut la sedap!!

Berbunga lagi. Lalalalala. Pandai jaga hati aku kan. Nak kasut baru lettew. 

Sayur tu dia habiskan. Ayam goreng tu aku makan seketul je. Yang lain dia habiskan. Telur tu separuh dia makan. Lepas tu kenyang terus tidur. Lepas tu sentap bila kawan2 kata dia gemok. Hahahaha!

Itu sahaja setakat ni.

*****************************************************

Set Kebaikan Ibu Berpantang
Tak suka makan Jamu?
*Susu ibu bertambah banyak
*Mengatasi Sembelit
*Membuang angin badan jadi ringan
*Luka bersalin cepat sembuh
*Bayi sihat dan kulit cantik


 Contact Sepet 0122678134

Oct 18, 2013

Iklan di hujung entry?

Sebulan dua ni memang banyak email n wasap tanya macam mana nak iklan kat blog aku. Buat masa ni, sepanjang bulan Oktober, semua iklan yang ada kat hujung entry adalah FOC, dengan syarat korang kena bagi aku barang. Tapi aku kena tengok dulu apa benda barang yang korang nak bagi aku tu. Sebab bukan semua barang aku ambik. Jadi, sesiapa yang nak buat iklan kat hujung entry, silakan wasap 012-2678134 atau email sepetsshop@gmail.com

Kalau boleh, masa poskan parcel, bagi sekali name card, atau tulis id IG Facebook atay Website , No telefon, email semua. So senang sikit aku nak refer. Gitu.
 
Itu sahaja yang aku nak bagitau, kekeke. Selepas bulan Oktober, semua iklan berbayar ye. =)

TQ

Futsal Raya Haji

Sambungan cerita semalam. Begini ceritanya..kekeke!

Malam raya tu, dalam pukul 11 lebih kot. Nabil call aku

Nabil : Maksu, esok boleh tak ajak Abang Qery main futsal.
Aku : Main futsal kat mana?
Nabil : Kat belakang Petronas ni je.
Aku : Sapa lagi nak main?
Nabil : Ajoi Ajai Danial semua lelaki nak main.
Aku : Ok nanti Maksu bagitau Abang Qery

Abang Qery?? Nak pitam sangat. Oh time aku panggil Maksu, time Qery panggil Abang Qery. Penganiayaan jenis apakah??

Disebabkan masa tu aku buat loud speaker. Jadinya Qery tau la yang anak buah aku ni nak main futsal.

S : Boleh ke? Ada apa-apa hal tak esok?
Q : Pukul berapa nak main?
S : Petang la kot. Boleh?
Q : Boleh je. Ramai ke nak main? Court dah tempah ke?
S : Tak tau la pulak.
Q : Takpe esok kang kite call ane tu.

Qery memang selalu main futsal kat situ. So nombor fon ane tu memang dia dah simpan la. Ane pun dah kenal sangat, yela dah berapa tahun main.

Esoknya, masa aku tengah makan-makan dengan family mertua, Qery ajak adik beradik dia, Syah dengan Cepul join futsal dengan anak buah aku. Pastu Qery suruh Syah ajak kawan-kawan Syah sekali, saja nak ramai-ramai baru syok katanya.

Sampai rumah mak aku, Nabil tanya lagi sekali.

Nabil : Maksu, jadi tak petang ni?
Aku : Ko ada kasut tak? Sapa lagi main?
Nabil : Sepupu-sepupu kite la.
Aku : Sepupu ko tu sapa?
Nabil : Sepupu kite la. 

Lolss... Hahaha! Sepupu tu bukan lah ramai mana pun. Ajai dengan Ajoi je la pun. Pastu Qery ajak sekali Ayie dengan Abanglang main. Apalagi tengah hari tu semua mencari kasut. Yang Nabil pinjam kasut sport aku. Eh rupanya aku ada kasut sport kat rumah mak. Tapi dah buruk la, siap bagi terus kat Nabil, ko tak yah pulang kat Maksu, kalau bagi Maksu alamatnya memang ke tong sampah kasut tu. Jadi baik ko pakai je.  Yang abanglang Ajoi Ajai sanggup patah balik Shah Alam amik kasut seluar semua. 

Semangat nak main futsal punya pasal. Semangatlah sebab anak buah aku tu tak pernah main futsal. Jadi dorang berkobar-kobar la kan. Qery dah booking dengan ane tu pukul 5. Sebelum aku balik rumah, aku pesan dengan anak buah aku, pukul 4.45 dah ada kat gelanggang. Aku balik rumah membuta sampai pukul 4.20. Kelam kabut bangun. Huhu! Bersiap semua, call Syah, call family aku, semua dah ontheway. bagus-bagus. Aku sharp2 pukul 5 baru datang. Kekeke! Suruh orang datang awal sekali kau lambat. Bukan apa, secara tetiba mak Qery call suruh hantar rumah saudara, tu yang melencong ke tempat lain sikit. Nasib la dekat je pun.

Kat sini ada dua gelanggang je. Qery amik yang besar. Bergelimpangan anak buah aku. Semua bajet terror. Huhu! Panaskan badan dulu. Main sepak-sepak tanpa hala tuju.

 Qery berbaju Oren. Sebelum main dia dah pesan dengan kawan-kawan Syah jangan rembat sangat, sebab ramai budak-budak.  Main pun jangan serius sangat, kiranya main nak peluh je la. Corak permainannya di sini adalah geng orang besar (kawan-kawan syah) lawan dengan geng budak kecik (family aku termasuklah Cepul)

Sekali main punya main, budak kecik ni yang rembat bola. Dorang tendang gila punya tendangan. Hahaha! Kesian kawan-kawan Syah tak bersalah. Main dalam sejam lebih sikit. Ini bukan peluh lagi, dah macam mandi, Qery kata Syah 2 kali tukar baju, sebab baju dia lenjun habis. Hahahaha! Yang abang aku Ayie keluar amik napas, lepas tu kena bahan dengan adik beradik. Ciput dengan Atam datang lambat sikit, tertidur katanya. Huhu! Takpela asalkan datang kan. Ciput masuk masuk terus skor gol. 

Sedang mereka gembira bermain.......

Drama pun bermula. Kahkahkah!

Ye aku tau dress up aku macam cikgu yang nak ajar PJK. Ni semua salah Qery *tetiba*

Poyo cam nak kena lempang. Akak2 aku mash berjubah raya kerana mereka tak balik rumah. Hikhokhikhok.

Korang tau aku memang tak pandai main futsal mahupun apa sahaja permainan dalam dunia ni kecuali merentas desa. *mata ke atas*, tapi gaya perlu menang.

Dalam pukul 6 lebih macam tu, dah habis main, semua orang tukar baju. Aku pun tanya la anak buah aku.

Aku : Nabil, berapa gol harini?
Nabil : 3 je.
Aku : Ajai berapa?
Ajai : 6 je maksu
Aku : Ajoi??
Ajoi : Ajoi mana skor, Ajoi kan jaga kat belah gol kite.
Aku : Qery?
Qery : 1 je

Der?? 1 je? Amat memalukan. Hahahaha! Anak buah aku kemain banyak skor. Sekali dia selamber je jawab 1. Cepul skor lagi banyak gila kot. Kesudahanya, family aku lah menang. Alah main-main je, takde kira gol pun. Tapi saja la nak bagi budak2 ni happy. Kawan2 syah pun memang bagi peluang dorang rembat bola. Kekekeke!

 Wajah keletihan. Abanglang jaga gol sampai jatuh tersungkur. Dasaaaattttt....huhu!

 Ayie muka merah-merah tak cukup oksigen.

 Antara peneman atau tukang sorak yang hadir.

 Ceera kenapa dah kuwus???!!???

OMG, korang tau kan, Ceera dia kurus 1kg dari aku. Dan ini amatlah memalukan. Aku sampai sekarang ni masih tak dapat terima kenyataan. Mulai saat ini, aku tak suka orang yang lebih ringan dari aku.

tsk tsk tsk

Dan kesimpulannya, futsal raya memang bagus, sebab lepas makan banyak-banyak pagi tu, petang boleh terus bakar kalori. Tapi bukanlah kalori aku. Berat aku masih macam tu. Sekian.

Oct 17, 2013

Selamat Hari Raya Haji

Dah 3 hari baru sibuk nak update.. Macam mana raya haji korang? Meriah ke tidok??? Aku rasa okey okey la sebab raya haji sebelum kawin pun bukanlah meriah mana. meriah tang adik beradik berkumpul tu je la kot. Yang lain biasa sangat. Sebab family belah Qery pun takde balik kampung ke apa. Semua sama je aktiviti dengan family aku. Adik beradik berkumpul, lepas tu melepak sampai ke petang.. 

Isnin tu memang kelam kabut jugak la, sebabnya aku tak ingat yang haritu aku kena tolong masa dua tempat. Phew, dua tempat lah sangat. Hahaha! Pagi tu bangun tak berapa nak pagi sangat, dah berjanji dengan customer nak pos barang hari Isnin, pepaham je la Isnin punye barang terkumpul dari Sabtu dengan Ahad. Baru nak membalut Isnin tu. Pukul 1 macam tu baru keluar rumah nak pegi rumah mak aku.

Qery pulak aku suruh dia pegi pos sorang, lepas tu buat la apa yang patut. Sebab dia kalau duduk rumah ni pun bukan dia buat apa. Daripada dia keboringan baik la dia pegi mana-mana. Kang dia boring aku pulak yang tak sedap hati. Jadinya, kerja aku kat rumah mak adalah hiris daun kunyit je. Pfttttttttttttt. Itu je bahagian aku pada petang itu. Sebab semua benda aku datang dah siap, aku pun berpura2 bizi potong buah mangga. (-_-)

 Menu wajib, rendang daging dengan sup tulang. 

Lepas tu tetiba dapat wasap dari Atam cakap kenapa tak amik dia. Ait?? Mana la aku tau dia takde kenderaan nak datang. Kekeke! Terus aku call Qery kalau dia free lepas pos barang  boleh amikkan atam tak. Qery okey je.

Dalam pukul 3 macam tu atam datang, aku pun lepak-lepak kat depan, takde benda nak buat. Lalu ajak Qery balik rumah mak mertua, sebab mak Qery kata nak masak petang. Sekali iolls datang tengok semua dah masak. Pftttt

Awalnyeeeeeee mak mertua aku ni masak. Tak sempat aku nak tolong. *mata ke atas*. Mak n Pak mertua aku ni puasa. Jadinya kita berbuka la sama-sama. Borak-borak pasal apa aku pun dah tak ingat sangat. Tapi balik lambat jugak. Dekat pukul 10 macam tu baru balik rumah. 

First time aku tak ada masa takbir rumah mak. Perasaannya adalah best gila. hahahaha! Patutla adik beradik aku lepas kawin ramai suka ngelat. Kekekekeke!

Esoknya, lepas subuh aku dah bangun. Sebab nak pegi solat raya. Konon nak gerak sama-sama dengan mak mertua. Sekali Qery kata kita tunggu je kat masjid. 

Telekung ni memang best sangat. Telekung hantaran katanya. Hihi! 

Selalu kan aku pakai warna putih, tapi putih biasanya mesti jarang. Jadi bila pakai warna hitam ni rasa memang yakin la tutup aurat tak nampak dalam langsung kan. Huhu!

Pegi masjid dalam pukul 7.45. Solat kat Masjid Alam Damai. Hoi ramai orang. Nasib aku datang awal. Mencari-cari mak Qery dalam beribu2 orang tu, tapi baru masuk masjid terus nampak. Terima kasih Ya Allah lah kan. Sebab tujukan mata aku ke situ. Huhu! Mak mertua dah cop kan tempat. Hikhokhikhok. Boleh la solat sama-sama. 

Tahun ni kat Masjid Alam Damai ada 10 ekor lembu nak disembelih. Takbir dia memang betul2 insaf lah. Imam tu cakap, sekarang ni ramai orang yang mampu tapi tak nak berkorban seekor lembu pun. Tapi bila daging kena agih, semua sibuk nak beratur. Padahal kita kena utamakan orang yang betul-betul susah. Kan... Pastu dia cakap lagi, kalau kita sendiri tak boleh nak bekorban harta untuk agama, setakat mana lah iman kita sebenarnya. 

Balik tu, tukar baju, beraya pulak dengan mak mertua. Makan nasi dengan rendang ayam. Beraya rumah jiran. Tapi aku tak makan sangat sebab aku diet. Mana tak nya, timbang berat badan dengan atam. Atam 48kg, aku 49kg. Hoih!! Menyampah betul. Terus sampai sekarang takde selera makan. Lepas tu paksa Atam makan banyak-banyak. Dalam pukul 11 macam tu, pegi rumah mak aku pulak. 

Baju raya atam hadiahkan. Hadiah perkahwinan katanya. Kekekeke!


Dah gedik-gedik, sekali kakcik kata nak celebrate befday anak dia. Si Nabil.

Besar dah Nabil. Dah tingkatan 1.

Kemain atam.


Lepas tu dah bosan, kite lepak kat depan..

Qery main gitar tapi malu-malu. Yunan tengok takpe, orang lain tengok malu. Lolss

Makan aiskrim je suka.

Masa ni dah boring sangat. 

Pukul 2, ajak Qery balik rumah. Sebab pukul 5 dah janji dengan anak buah nak main futsal sama-sama, takkan la aku nak pakai baju kurung. 

Entry main futsal kita up lain eh. Bye bye!

p/s : Bedak arab still available RM35. Promo Maixara masih berjalan seperti biasa. =)

********************************************

Shawl dari
LhunaStore
Atau korang boleh wasap terus ke
017-2060840
Email : lhunastore@gmail.com
Ada banyak shawl yang menarik dan cantik.
Aku suka sebab shawl ni lebar. Senang nak kedepan kebelakang.

Oct 11, 2013

Asalkan ada huruf H.

p/s : Bedak Arab warna Russet dah habis. Yang lain available.

Haritu aku dengan Qery dah pergi beli mesin basuh baju tau. Tapi tu la. Kerana kebijaksanaan kami berdua, dua-dua pun tak tau macam mana nak pasang mesin basuh. Kat mana nak sambung air bla bla bla. Semua tatawuuuu...

Aku sah sah anak bongsu *ceaaa..alasan yang sangat menyelamatkan diriku innewww*, komfem la aku tak tau. Aku lahir-lahir je mesin basuh tu dah berfungsi. Jangan lah salahkan ibu mengandung. Kekeke! 

Yang Qery ni pulak anak sulung katanyaaaaa. Tapi semua kerja dalam rumah dia dulu ayah dengan mak dia je yang buat. baru kini ku tau, bukan semua anak sulung tau buat semua benda. Hahaha! Pasang arial tv pun tak tau. Boleh pitam kalau difikirkan balik. Nasiblah Qery tu comel. Bila dia tak tau pasang mesin basuh pun rasa comellllll jeeeeeee. Iyela tu... 
-_-

Jadinya, semalam Mak Ayah mertua aku pun datang la nak rescue. Dapat menantu macam aku yang apa pun tak boleh ni. memang bukanlah suatu yang boleh dibanggakan. Hikhokhikhok. Last-last memang tak boleh. Tak tau apa yang tak kena. Dah sambung semua, tapi bocor. Dia macam stuck kat satu tempat, so air tak boleh keluar, dia keluar kat screw dia tu. Entah la tak tau cane nak terangkan. Yang penting masih tak boleh guna lagi.

Mak Qery pun suggest la sorang ni, saudara Qery jugak, memang kerja pasang2 wayar semua. So aku pun okey la. Mungkin harini sampai saudara Qery tu. Ni bapak aku kalau tau aku tak tau pasang mesin basuh, mesti dia malu sampai tak tau nak letak muka kat mana. Sebab dalam family aku, semua adik beradik lelaki jenis Macgyver. Aku pun tak tau kenapa panggil Macgyver. Sebab dulu-dulu macam kalau adik beradik aku hebat je mesti 'Fuyohhhh..macam Macgyver' Jadi aku pun ikut je la. kang tak ikut disisihkan pulak. Kekekeke!

Jadi dalam kereta aku pun macam terfikir-fikirpasal sedara Qery yang nak datang tu.

S : Esok Fahmi nak datang pukul berapa?
Q : Siapa yang nak datang?
S : Sedara kamu tu, Hashim eh?
Q : Haah Hashim pulak.
S : Habis tu Hazman?
Q : Rahim kot. Mana datang Fahmi Hashim Hazman??
S : Kite tak ingat nama mak kamu sebut. Tapi kita tau ada huruf H
Q : Orang macam ni pun adaaaa... *sambil jeling aku*

Lolss... Rahim rupanya. Kekekeke! Okey la tu kan. Ada huruf H okeyla. Tak kisah la nama dia sapa pun.. Tu pun nak jeling2 kite. Dosa tau jeling istewi. *tetiba*

***********************************

Cover fon yang comel dari
Banyak lagi cover fon yang cantik-cantik
Direct Wasap 0129209576