Jul 19, 2017

Tabahlah Seorang Emak dan Ayah

 

Harini nak bebel cerita pasal anak aku yang dua orang tu. Qaiser dengan Runako. Biasalah kan budak yang nak membesar, ada masa urut dada, ada masa tu rasa nak gelak tengok dorang.

Awal dulu mengandung Runako, masa Qaiser baru 11 bulan. Memang nak cecepat mengandung lagi sebab nak bagi Qaiser ada kawan. Baru 4 ke 5 bulan si Qaiser tu aku dah beli UPT, hahaha! Mengandung ketiga ni masa Runako 8 bulan. Pun nak bagi dorang berkawan gak. Lagi ramai kawan dalam rumah ni lagi bagus kan. Biar riuh sikit.

Aku kalau keluar rumah nak masukkan anak dalam kereta je pun, rasanya semua jiran aku tau kot. Hahaha! Sebab suara kami je terjerit-jerit panggil sorang-sorang. Bebudak ni kuat nyakat wei. Dah tau nak masuk kereta, dorang lari dalam pagar suruh aku kejo. Dah keluar pagar jalan terkedek-kedek nak masuk kereta. Cuaca dah la terik pastu sengaja jalan lambat-lambat. Memang aku bebel je la. Jiran aku mengata apa lantak sana, hahaha! 


Kalau bergaduh dua orang tu, sama tinggi suaranyaaaaaaaa. Dedua taknak kalah. Aku tengok dari tepi gelak dalam hati sambil kembang-kembang hidung je. Qaiser ni garang tau. Ngikut aku ke Qery ke tak tau lah. Hahaha! Yela siapa lagi dia nak ikut kalau bukan makpaknya kan. Contoh depan mata je katakan. 


Selalu kalau nak marah sangat ke apa ke, tarik napas panjang-panjang. Nak suruh orang lain sabar tu senang kan, nak suruh diri sendiri ni sabar kesusahan dia menggigil je kerongkong nak amukan. Hahaha! Kang anak nampak contoh tak baik risau dia tiru pulak. Budak umur tu memang suka tiru orang. So dalam fasa ni memang aku dengan Qery dah ubah la sesikit. Kadang tu geram sangat cubit jugak. Sampai gak la hanger kat pampers dorang, hahaha!


Runako belum pandai cakap lagi. Ada la beberapa patah perkataan yang dia boleh cakap tapi tak banyak la. Macam Atok, duduk, sejuk, susu, paham, mama, papa. Tapi dia dah boleh paham arahan dah. Kalau suruh ambik remote control, ambik barang-barang kebanyakkannya ada yang dia tau, ada yang dia main teka-teka je la. 

Qaiser pulak memang dah paham banyak dah. Yela bulan lapan ni genap 3 tahun. Dah boleh faham semua yang aku cakap. Qaiser ni aku tak tau la dia ni sejenis cepat faham ke apa, tapi boleh nampak la dia ni senang jugak nak di ajar. Tapi auta dia pun banyak gak la kan. Kuat menyakat mak bapak jugak tau. 

Kalau aku tengah marah-marah ke apa, nanti dia cakap kat Qery, "daddy nanti kita tengok wayang bawak daddy, ako dengan qaiser je. Mami tinggal" sambil jeling-jeling kat aku. Eh eh ehhhhh.. Mami lagi suka kena tinggal, pergi la korang tengok wayang sana. Huhu!

Ahad lepas kot, dah pukul 8.30malam. Teringat susu dorang dah nak habis. Ajak la Qery gi Tesco Cheras. Tingkat bawah kan ada mainan yang scan pakai card tu. Selalu memang bawak dorang main situ. Qaiser pun memang tau dah tiap kali nak main je dia ajak gi Tesco. Haritu bawak taman mainan yang kat padang tu, baru 5 minit dah hujan. Masuk kereta Qaiser cakap, "kita pergi tesco la daddy, tesco tak kena hujan". Amboiiii sangat dia tu. Haha! 

So berbalik kepada aku nak beli susu tu. Kan dah lewat. So aku pesan la kat Qaiser. 

Mami : Qaiser, kita nak pergi Tesco nak beli susu je.
Qaiser : Okay
Mami : Kita tak main mainan pun, Qaiser teman mami beli barang je. Paham?
Qaiser : Paham mami.
Mami : Qaiser tak boleh nangis-nangis mintak nak main kat bawah tu. Paham tak?
Qaiser : Paham mami.
Mami : Kita beli barang, lepas tu kita balik. Kita tak singgah main. Paham kan.
Qaiser : Paham mami.

Lepas tu Qery pun nyampuk.

Daddy : Qaiser, mami pesan apa tadi?
Qaiser : Tak tau la Cikgu Daddy.

OMG ko raasaaaaaaaaaaaa...

Penat aku bebel berulang kali tau.. Sepanjang perjalanan tu lah rasanya, haha! Kemain dia cakap paham sambil ngeluh-ngeluh kononnya dah paham sangat la tu. Sekali dia cakap tak tauuu muka selamber tersengih-sengih jeling aku.

Tapi akhirnya dia paham la. Hahaha! Nasib baik. Kalau tak drama gak la dalam kereta masa balik tu.

Okbye, nak sambung buat kerja. 

*************************************
 
Testimoni Seqybeauty....
Kawan saya ni bukan senang nak percaya produk2 tempatan..... Kalau X dipaksa pakai mesti dia x akan dapat kulit yg macam sekarang ni...
5 bulan..... 5 bulan dia istiqamah dengan Seqybeauty.... Nahhhhhhh hasilnya!!! Terus nampak muda 10 tahun kan.
Uools kalau dia boleh uools mesti boleh. Tapi kena sabar tau. Seqybeauty mmg slow tapi hasilnya pasti membanggakan.
Boleh wasap kak wawa nak dapatkan produk Seqybeauty ni 0137375734

Jul 18, 2017

Kisah Check-Up



Semalam pergi check up. Ok actually aku dah dua bulan tak jumpa doktor. Last jumpa bulan May sebelum puasa lagi. Masa tu doktor ada cakap kat aku nanti bulan puasa ada satu check-up, bukan buat kat klinik tapi kena pergi hosital untuk scan baby. Scan tu aku tak ingat nama apa, tapi macam fungsi dia untuk detect kalau baby kita sihat atau tak la. 

Nak dijadikan cerita, dah nama pun bulan puasa kan. Lemau la aku. Haha! Takde la sibuk fikir bila appointment, otak aku asik fikir nak berbuka makan apa je lah. Dasar sangat kan. 

Pastu, kebetulan lagi orang bank dari cimb asik kol je suruh ambik insurance lah apa lah. So aku malas la nak angkat tepon kalau ada nombor-nombor yang tak dikenali. Rupanya yang kol berkali-kali selepas tu nurse kat spital rupanya. Hahaha! Tapi bila tarikh dah terlepas so aku pun biarkan je la.

Tunggu je la appointment masa raya. Dah raya pun aku lupa ada appointment. Patutnya 7haribulan, tapi langsung tak ingat. Klinik pulak tak bagi aku card, so aku memang bergantung harap untuk dorang call remind je la. Pastu agaknya dorang ada kol, aku pulak tak perasan ke apa kan. Huhu!

Pastu kebetulan lalu klinik, terus masuk mintak set date lain untuk appointment. Takut la kena carut dengan nurse sebab dah dua bulan kot tak jumpa doktor. Huhu!

So semalam, adik jaga kaunter tu tanya kenapa akak tak datang check up kat hospital. Berhuhuhu je la aku. Aku pun cerita la kisahnyaaaaaaaaa. Aku budget baru 29 minggu, malas nak kira berapa minggu sebab kali ni pregnant doktor kata adjust dari size baby la apa la kan. So lantak sana la dah berapa minggu pun. Yang penting baby sihat je dah cukup dah.

Masuk bilik doktor, dia cek katanya dah 31minggu. Lols.. Cek ukur lilit kepala macam biasa, size badan size peha. Doktor kata baby kecik dari abang-abangnya. Dulu Runako masa aku 33 minggu berat baby dah 2.5kg camtu kot. Mengandung sekarang 31w berat baby baru 1.3kg. Tapi doktor cakap takpe masih normal lagi.

Masalahnya, aku yang rasa mengah sangat ni kenapa laaaaa. Hahaha! Kalau naik tangga tu, tak boleh mandi terus. Kena duduk bertenang kat katil jap ambik napas. Over sangat kan. Macamkan esok nak beranak mengahnya tu. Ke sebab aku kurang aktif. Ke sebab beranak dekat-dekat. Ke sebab melayan kerenah dua anak kecik. Ke sebab semua skali. Haha!

Baru mengandung tiga orang dah mengah camni. Aku plan dengan Qery beranak je selagi mampu. Konon umur dah 35 boleh la stop rehat. Siap beriya la aku buat kiraan berapa boleh keluar lagi baby kalau umur 35. Haha! Kawin 4 tahun Insyaallah ada rezeki 3 anak. Ada lagi 6 tahun tu nak sampai ke umur 35. Takkan la 7 orang anak aku. Ish mampu ke nak meneran ni. haha!

Tapi bila dah ada ketiga ni, nanti aku nak mintak opinion doktor lah. Boleh sambung cam biasa ke (haha) atau suggest tunggu dua tahun dulu ke. Sebabnya aku risau la sekarang ni macam-macam berita pasal orang mengandung, orang berpantang. Seriau baca. Tapi tu lah kan, kena bebetul jaga kesihatan la sekarang. Makan benda berkhasiat selalu. Kena ambik la jugak kot supplement macam air gamat ke (wekkk) atau pati ayam ke (wekk) atau minyak kelapa dara ke, atau habbatus sauda ke. 

Kadang aku ni cakap je, beli bukan main lagi. Yang nak makan tu laaa tak ingat la, malas la. Perangai apa tak tau la. Lepas ni kena makan jugak la. Kali ni pregnant aku makan calcium okay. Pencapaian terbaik la buat masa sekarang. Haha! Nantilah beli obimin ke apa. 

Qery semalam bising cakap aku tak cukup khasiat tu sebab baby kecik. Eh kecik beso kecik beso je aku nengok dia. Nasib la suami kannnn...

Eh okay lah. Banyak sangat bebel pun mengah ni. (hahaha over penipuannya) Bye bye