Ann Leora ni baby PKP 😆 Dia lahir 16.8.2021. Cerita mengandungkan Leora ni memang agak dramatik sikit, bukan dramatik apa guys. PKP kan, lecehhhhhhhhh gila prosedur semua benda pun. Sepanjang mengandung, aku tak keluar kecuali ambik vaccine. Haih, cerita pasal ambil vaccine ni kan...
Aku di antara orang yang terawal ambil vaksin guys. Masa tu orang mengandung baru beberapa orang je ambik, hari ke 2 macam tu dia open, aku terus pergi. Sehari sebelum tu dah mintak advice doktor, sebab last boleh ambik vaksin kalau pregnant 36 minggu. Aku pregnant minggu yang ke 36, ngam-ngam 😆
Berani ke? Entah la. Ontheway nak cucuk vaksin, dalam kereta tu dah zikir. Bukan mudah ye awak, mengandung dan ambil keputusan nak cucuk vaksin. Dengan masa tu setiap hari orang meninggal sebab covid. Ada beberapa kes meninggal dan sakit lepas cucuk vaksin, walaupun pihak tertentu menafikan punca vaksin, tetaplah kita risau.(ni takleh komen lebih-lebih ye)
Ok, berbalik kepada cerita vaksin tu, aku memang duk cakap dalam hati, sakit Allah bagi, sihat Allah bagi. Aku serah semua kat Allah, aku ikhtiar je. Takut wei, ramai perempuan pregnant yang kena covid, berapa ramai je yang selamat. Dengan prosedur hospital yang ketat. (Masa ni kan arwah siti sarah tu baru lepas meninggal)
Ko bayangkan ye, kalau ibu kena covid. (ini takyah cerita pasal hospital mana je available, memang so complicated), lepas je bersalin, ibu n anak dipisahkan. Kita ni jenis nak menyusu badan, and bukan itu je anak kita, ada lagi 4 orang kat rumah. Sepanjang pregnant tu, memang aku tak keluar, Qery balik pun spray, terus naik mandi. Sampai aku check up pregnant pun delay.
Nak pi check up pun risau sebab takut virus tu ada melekat kat klinik n hospital. Elok kita tak kena, tiber kena pulak. Huhu! Walaupun alhamdulillah tak ada apa. So awal dapat tau tu, cek kat klinik luar, lepas tu tak cek. Sampai lah minggu ke 28 gitu kot baru hegeh nak cek kat spital. hahahaha!
Doktor punya pening nak tau berapa bulan semua. Doktor kali ni doktor lain, dia tak relax sangat macam doktor sebelum. Bebel wei, aku bebel balik. Kita bayo. 😆😆😆 Dia bebel sebab aku datang dah la lambat, size baby dengan last period macam jauh beza, lepas first check up kat klinik luar tu tak bawak details scan, lepas tu hb rendah. Hahahaha.
Pastu bagitau aku kalau hb rendah risau nanti kalau lepas bersalin, kalau berlaku pendarahan, dorang kena sedia beg darah yang banyak, sebab hb rendah. Kita ni ok doktor ok doktor. Doktor tanya "awak memang tak ada pening ke, rasa nak pitam ke. Sebab selalunya hb turun 10 pun patient mengadu nak pitam. Saya tengok awak jalan laju sangat".
Sempat jumpa doktor Ida berapa kali je sebelum bersalin, rasanya 3 ke 4 kali je kot. |
Kita ni memang takde pening nak pitam ke apa. Alhamdulillah eh cuma penat jela. Rasanya itu normal kan. Still la doktor risau kan, ofkos dia risau, dah la masa tu dengan covid lagi, dapat patient terlebih relax 😆😆😆
So doktor kata, sebab saya tak tau due date awak sepatutnya bila, (tapi dia bagi dah la tarikh sekian sekian), katanya kalau 3 hari selepas tarikh tu tak bersalin, serah diri kita induce. Gitu la ye. So aku pun ok ok cam biasa.😆
Last check up. Rasanya less seminggu sebelu, bersalin. |
Dengan tokin pink hahaha |
Jadi, memang pregnant ke 5 ni, aku dan doktor memang tak tau due data, hahahaha! Sampai lah tarikh yang doktor bagi tu (14.8.2021), aku takde rasa apa-apa. Aku pun doa-doa la, sebab kita taknak induce. Kalau boleh biar la baby keluar sendiri. Start 15.8 (birthday Qaiser), pagi tu aku dah start sakit senggugut. Aku cakap dengan Qery, macam sakit nak bersalin, tapi baru mild. Masa tu dah pakar eh rasa contraction, hahaha!
Aku cakap kat Qery, nak sambut birthday Qaiser dulu lah, kang jadi apa-apa, atleast dah sambut birthday Qaiser, kita ni fikir kalau meninggal ke apa je la kan, sebab nak bersalin. Tiap kali bersalin pun fikir itu je. Huhu!
Tengah menahan sakit, sediakan birthday party kat rumah untuk Qaiser, dah siap tiup belon. Aku buat sorang-sorang sebab Qery handle all anaks kat tingkat atas. Aku plan nanti siap je, dorang turun terkejut la ada birthday party. Tp tu la eh, siapkan semua dengan menahan sakit contraction bukan mudah, tapi bukan tak boleh hahaha 😆😆😆
Setel semua, lepas maghrib tu, aku cakap kat Qery. Kita keluar lepas Isya la. Aku rasa mungkin beranak malam ni, atau esok paginya lah. Cam biasa nak solat dulu siap-siap kat rumah, tinggal nak beranak je. Lepas Isya tu (call Maira suruh jagakan anaks, call mak n mertua bagitau), aku bergerak ke Hospital Pantai.
Bukti perut besauuu 😆
ootd jap sesampai spital, tetap tokin pink |
sebelum cek covid, duduk lek dulu kat tempat menunggu |
And berlakulah prosedur cucuk hidung, test covid, kena tunggu dua jam sebab nak tengok ada covid ke tak. Uih masa ni berdebar la kita. Qery pun buat test, sebab dia nak teman masuk labor room kan. Sampai spital jam 9.30 malam macam tu.
Rupa labor room untuk yang tak pernah masuk |
Cek bukaan, test covid, dalam 2 jam. Pukul 12malam macam tu, dapat masuk labor room. Alhamdulillah.. Masuk je labor room aku dah lega. Aku risau ada drama belum dapat result covid tiba-tiba aku dah nak beranak pulak. Sebab masa tu pun memang sakit contraction teruk dah.
So masuk labor room, cek bukaan dah 8. Doktor masukkan drip lagi ayoyoyoyo sakit dia, hahaha! Masa tu aku dah takleh sangat rasa, nurse cakap nak injection, nak gas, semua aku nak. 😆
Gas tu kan, tekak kering, mamai. Aku sampai terlelap dalam kesakitan. Mintak pengsan jugak, doa Ya Allah bagi la pengsan sekejap, nak rehat sekejap je dari kesakitan. Time tu macam, baru paham nikmat sihat tu macam mana kan. Tiap kali bersalin gitu la eh, tapi still Alhamdullillah la zikir, apapun yang Allah bagi, terbaik untuk kita. hashtag sempat. hahaha!
Tengah sakit-sakit tu, tiber nampak doktor depan mata, eh bila masa doktor datang, haha! nampak sangat lalok teruk sedut gas tu 😆, dia suruh push push. Eh tiber kena push. Kita pun push la. Pukul 1.48pagi, lahirlah Ann Leora. Lepas Leora lahir, doktor tu ada tanya aku soalan, aku jawab, tapi aku pun tak tau aku jawab apa. hahahaha.
Tapi sempat tanya doktor, koyak banyak tak 😆😆😆
Dah pindah masuk ward biasa, mintak nurse anak. Nurse cakap, taknak rehat ke kak. hahaha. Kita memang cenggitu ye, berebut anak dengan nurse. Orang lain buh anak kat nursery, kita nak tidur dengan baby. Sian baby, baru lahir kat dunia dah pisah dengan mak. Paham tak uolls aku ni mak macam mana, hahahaha! Betapa stressnya aku fikir kalau kena covid kena pisah dengan anak berminggu + bulan. Baru buh nersury je aku dah mintak 😆😆😆
Kalau nak buat test kat anak aku, ambik kejap je, kang bagi balik eh. haha. Aku pi toilet pun mintak nurse tunggu kejap je kat luar. so funneh. melekat je dengan Leora. Dengan semua anak begitu lepas lahir. Baby tu tidur je, tak susah jaga pun, ada baby dengan kita senang juga nak stimulate susu.
Spital tempat aku bersalin, tiap pagi akan ada sorang nutrision datang bagitau dan tunjuk cara menyusu dengan betul semua. Dia datang ingat anak pertama kan, aku cakap la anak ke 5. dia cakap "macam tu saya keluar balik lah, tengok cara awak menyusu pun dah tahu" 😆😆😆 Kebetulan masa tu aku tengah kemas barang, berdiri sambil menyusu. haha lawak betul rasa.
So macam biasa jugak, aku bagitau Qery nak tidur kejap. Nanti pepetang aku mintak balik. Alhamdulillah, setakat 5 anak, urusan hospital memang mudah, aku nak balik awal pun tak ada masalah. Nurse semua baik sangat. Doktor baik. Staff nurse semua baik. layanan tip top. Kakak kesayangan kat sana (Kak Rini + Kak Rina) yang banyak sangat bantu sepanjang bersalin 5 orang.
Qery dah bersedia nak bawak aku balik, macam biasa la. Aku balik hari yang sama. 😆
Senang sangat jaga baby, semua bayi saya lepas lahir memang berkepit dengan saya, jadi tak ada drama airmata, tak ada kembung, kuning tak tinggi, Alhamdulillah sangat.
All beradik. Izz Qaiser umur 7 tahun dah ada 4 adiks, hahaha! Pastu dia cakap, dah mami. Abang rasa dah cukup adik beradik abang. 😆😆😆
Before ni memang tanya dia jugak, boleh ke mami beranak lagi, boleh tolong jaga ke. Dia ok je. Tapi masa Leora dia kata cukup. Sebab ada dua bayi, Hanz dan Leora. Maximum dah dia kena jaga tu, hahahaha! Tq abang Izz Qaiser selalu tolong mami, and tq semua anak-anak mami selalu bantu each other.
Manja dengan semua beradik, bongsu kan 😆
Ann Leora Binti Khairi Fizairi. 💕💕💕
Berpantang kali ni dengan 5 anaks. Kita siap masa berpantang drive kereta ambik n hantar anak ke sekolah, hahaha!
Badan masing-masing, masing-masing je tau kekuatan sendiri. Orang selalu tanya, Sepet memang tak koyak ke masa bersalin, koyakkkkk wak. Tapi sebab kita aktif kan, 3 ke 4 hari pertama tu dah baik. Kita bersila je, tapi takla ganas-ganas. Kita masak berdiri kat dapur semua, tapi slow slow la tak la macam orang sihat, minggu kedua aku dah sihat boleh berlari setempat. (mak kol, aku biasa cakap jangan risau mak, boleh berlari dah ni, tergelak beliau, hahaha)
Gitulah kisah saya dan bersalin dan berpantang. Kena tenang-tenang. Benda yang sangat salah dalam mindset orang sekarang.
1. Kalau pregnant kena makan untuk dua orang.
Salah, makan lah untuk diri sendiri je, budak tu dia sedut sikit je nutrisi dari mak. Takde nya kena makan sehari sampai 4 pinggan. Saya sehari makan sekali je masa pregnant. Elok anak keluar 3kg ke atas.
2. Pregnant jangan buat kerja berat.
Bukan semua orang tak boleh buat kerja lasak. Tengok kondisi janin tu, kuat atau lemah. Ada orang kuat je. Tapi tak la sampai angkat perabut tiap hari. Dah kenapa. 😆 (tapi ada orang doktor advice untuk banyak berehat sebab janin tak kuat)
3. Berpantang kena rehat je, macam tuan puteri.
Boleh kalau ada orang layan kita macam puteri. haha! Tapi, kalau uolls tak aktif, luka pun lambat sembuh (bukan suruh berlari masa berpantang 😆), tapi bergerak lah. Ada orang takleh turun katil pun, tukang jaga tak bagi. Kannnn.... Ada orang, kena lipat baju pun rasa sedih n rasa tak special sebab tak dapat layanan bak puteri. Kita kena bergerak untuk cepat sihat dalaman. Ok sistur.
Selamat untuk semua sekali yang sedang mengandung, berpantang. Moga korang selalu happy dengan keluarga masing-masing. Muah!!