Bukan Cadle Light Dinner.Huhu!

Semalam lepas postage, dalam pukul 6 macam tu aku dengan Qery gi Sogo. Pastu keluar Sogo dalam pukul 8 macam tu. Aku dah kebulur. Dari pagi tak makan lagi ni. Perut dah bunyi-bunyi.

Ingat nak makan kat Tesco, terbayang-bayang dah yee mee dia. Pastu Qery kata kalau Tesco kena patah-patah balik. dia malas. Ok fine. Pastu ajak makan asam pedas linda onn. Pun Qery kata kena patah-patah balik. Aaaa stress la aku kan. Dah la semua nya aku suka dia reject. Last-last dia kata makan kat Bora Ombak.

Baiklah, dah lama tak makan sini, sebab menu dia macam dah tukar sikit, dulu sedap tau. Sekarang ni dah so so je. Tukar chef kot. Entahla. Sampai sekarang aku tak berapa sangat makanan kat Bora Ombak ni. Tapi ramai orang buat kenduri kawin kat sini sebab suasana dia.

 Cantik kannnn... Ok air lychee dia melampau besar. Aku pikirkan kecik. Sekali datang begituuuu... Takpelah. Kucing lalu lalu pun tengok je air lychee iolls. Nak sikit lettew.

 Kemain lilin. Bukan meja aku je tau. Semua meja ada lilin. Huhu! Tapi best jugak. Boleh feel feel. Order makanan. Borak2 sikit dengan Qery. Sekejap je makanan sampai.

Makanan sampai bersama-sama dengan pemuzik ini. aku tak tau panggil apa. Hihi!

 Dorang nyanyi 3 lagu. Suara gadis ini (Mira kot nama dia, sebab masa aku upload gambar kat IG, ada yang kenal katanya nama dia Mira), suara dia tersangat merdu hokeyhhh. 



Jun 4, 2013 | by sepetnoh on Keek.com

 Lepas dorang nyanyi je, terus kitorang amik contact number ketua dia. Kekeke! Tak sia-sia datang sini.

Jadi suasana menjadi sangat romantik. Nak bercinta pun best je. Lepas tu aku upload gambar kat IG, tulis la 'i love him'

 Pastu semua macam pelik-pelik aku romantik. Hahaha! Eksekiusmi, i tengah feeling bercinta ni, tolonggg la mengerti. Aku jiwang tau sebenarnya, hati mudah terusik. Auww..lempang kang. Haha!

Ok lah. Nanti kite jiwang lagi di lain hari. Jangan pelik tau. Kalau korang pelik, aku pun terpaksa pelik jugak. 

Sapa-sapa nak berjiwa romantik seperti aku, tolong pergi Bora Ombak. Tolong okey. siap mintak tolong lagi. haha! Tapi brader ni ada malam dari hari Rabu sampai Ahad je. Hari Isnin dengan Selasa kite romantik tempat lain. Kbye..

Comments

Syamimi Saad said…
sweetnya korang..romantik sungguh tmpat tu.. =)
Sheila Salim said…
Assalamualaikum. bestnyaaa.. tak pernah lagi jejak Bora Ombak tu :)
NinaAz said…
Wawawahhhhh.mcn romanttikkk dinner gitew