Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jun 17, 2013

Selamat Pengantin Baru Iesmawida

Sabtu lepas sebenarnya aku takde plan pun. Sebab Qery kata dia exam sampai petang. So aku duduk rumah je la. Lagipun Ceera ada kat rumah. Memang melepak dengan dia je la. Borak2 entah apa2 kan. Tetiba aku bukak facebook, nampak status kawan aku i ies ni, dia tulis 'dah selamat menjadi isteri kepada bla bla *tak ingat nama* jemput datang malam ni pukul 8' Gittew. Aku terus macam...eh?????? Aku fikirkan dia punye sanding lepas zohor. Sekali lepas maghrib. Apa lagiiii....aku pun terus la mesej Qery.

S : Erm..kalau malam ni kite gi kenduri kawin ies rasa sempat tak?
Q : Kenapa tiba2?
S : Ingatkan kenduri dia tengah hari, tetiba tengok malam. Jom la pegi, sekejap pun tak pe.
Q : Ok

Phewwww... Qery tak suka plan last minit. Mihmih! Nasib dia kata okey. I dah peluh2 dah masa taip.

Pukul 7.30 baru kelam kabut siap, sebab dah janji dengan someone untuk collect baju2 yang aku dah tak nak pakai untuk sedekah pukul 8.  So plan aku malam tu adalah jumpe someone, kenduri kawin, dan jumpe Rika *bisnes partner dengan Kak Azlin (tabita) dari jakarta*. 
Pukul 8.05 macam tu Qery jemput aku, tetiba tukar plan. Kite gi kenduri dulu. Baru jumpa someone untuk collect baju2. Dah lapang sikit bilik aku ni. Sedekah 4 kotak, 3 plastik baju. Baru boleh napas. Mungkin akan ada second trip untuk derma. Tunggu aku rajin sikit. Sekarang ni malas lagi. Sebelum kawin ni, kurangkan baju-baju. Senang iolls nak pindah. Kahkahkah! Motif sangat kan...

Kenduri kawinnya kat Dewan Taman Maluri. Qery kata dia tau sebab pernah main badminton kat sana. Bagusla. Takde sesat-sesat. Lebih kurang pukul 8.30 sampai. Sampai2 terus amik nasi okey. lapa gila aku. haha!

Ies ni kawan aku masa sekolah teknik. Satu dorm masa tingkatan 4. Satu geng susah senang bersama. Ies ni memang baik gila la.  Dulu dia adalah atlit sekolah. Gila kuat lari. Nisbah larian aku dengan dia adalah 1:10. Tsk

G-gye, kawan pertama yang aku jumpa masa kat sekolah teknik. Dia jugakla orang pertama yang aku jumpa masa kat kenduri ni. Terus paksa dia tukar meja duduk sama2 aku. Haha! 

Sedang rancak makan sambil mengumpat. Ecewah..haha! Datang2 lah dayang2 ini. Sengaja datang lambat ke apa??

 Nisya kiri sekali adalah adik angkat aku masa kat teknik. Dah tembam tau. Takpe, aku tetap sayang dia. Kuikui! Sebelah-sebelah Nisya semua mak orang. Tak yang nak kenal sangat. Kenal dengan gadis yang duduk tu je boleh *senyum tangan tutup mulut*

Ngade tau dorang ni datang lambat2. nasib aku sempat tulis kat kad kawin.. kalau tak sentap sangat. Huhu!

 Ha inilah pengantinnyaaa..... Ies yang comel. Hihi!

Mesti tengah berdebar-debar masa ni kan. Muka tak tau nak senyum macam mana dah. haha!

Jalan pun ayu2 je, tak biasa tengok Ies jalan ayu. Selalu dia jalan pun macam lari. Haha!

Bila Ies tengah sanding, kami pun memulakan aktiviti biasa. 

Bersama Fatin dan G-gye

 Aku tak tau la kenapa Qery suka sangat guna camera yang terang2 ni. Ni semua dari camera Qery tau. Sebab dia je yang rajin amik gambar. Nak harapkan aku...tinggal harapan je la.

Fairuz yang semakin kurus.

Bersama Ecah ku sayannnnggggg
 Lama gila tak jumpa dorang ni, rasa happy sangat. TQ Qery sebab bawak gi kenduri. Hihi!

 Kasut K-Pop bukti kewujudan Qery. Huhu!

Jangan tanya kenapa aku pakai jubah. Aku pun tak tau ye. 

Selamat Pengantin Baru Iesmawida. Semoga hubungan diberkati Allah SWT. Aku sayang kau sampai bila2.Muah!

p/s : trial tabita untuk harini pun tinggal 6 set. Lepas tu esok baru boleh pos.

p/s/s/s: MSL pun still promosi.

Kbye

2 comments:

NinaAz said...

Seronak kan bila dpt jumpa kawan2. Hihi

QASEEH HATIKU QASEEH said...

http://cancer-b17.blogspot.com/?m=1

Link ni ceta psl knser semua..hopefuly dpt mmbantu..:)