Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jun 13, 2013

Gagal SPA

Tetiba sangat tajuk tu. Macam iklan kat TV. Gagal IPTA? Kini Kolej PTPTN ada. Haha! Ok tipu sangat kolej ptptn. Dulu masa aku kolej selalu la dengar iklan tu. Sekarang ni mungkin dia ubah ayat sikit kot..

Masa kat KPJ Selangor, aku ada apply SPA. Masa  tu apply ramai-ramai. Dengan kawan-kawan sekerja. Ada la dalam 6 orang macam tu kot. kalau tak silap la. Motif nak kerja kerajaan. Fikirkan benefits, lepas tu waktu bekerja dia tenteram sikit. Memang aku tau kerja kerajaan bizi n still ada shif. Tapi tak segila shif kat swasta la. Lagi satu gaji. Sebenarnya sekarang ni, gaji kerajaan dengan swasta adalah lebih kurang je. Jadi better aku pergi gov. Terjamin sikit masa depan. Gitu la.

Interview masa tu aku memang konfiden gila la sebab semua soalan boleh jawab. Aku dapat soalan yang memang part aku. Dulu aku jaga Dangerous Drug *dadah semua la*, so memang kalau orang tanya, takde la bebal sangat nak jawab kan. Jawab dengan konfiden dan yakin habis. Peratus nak dapat tu memang 99.99%. Sebab dalam website tu kata, antara calon 100 orang yang interview, dia nak 99 orang. Gitu. Memang la aku konfiden gila kan. Haha!

Keputusan dalam masa 2 minggu macam tu kot. Keputusan dapat ke tak boleh cek online. Masa ni kawan2 aku semuaaaaaaa dapat. Aku soranggg je tak dapat. Sedih gila kot. Haha! Rasa macam apa aku bodoh sangat ke sampai tak dapat kan. Kenapa aku tak dapat?? Kenapaaaa?? Menagapakah?? Kawan2 aku semua happy, aku pun happy la sebab dorang dapat kan.Tapi dalam happy tu ofkos la aku sedih sebenarnya. Bila kawan2 yang dapat SPa tu resign. Aku pun ikut resign sekali. Bukan sebab aku frust gila menonggeng. Tapi sebab aku dapat kerja kat spital Pantai. Dekat dengan rumah.

Jadi, aku pun gembira la dapat kerja kat spital yang dekat dengan rumah.. Yang tak best nya. Spital Pantai tu ikat aku dua tahun. Jadi aku pun tunggu la 2 tahun berkhidmat. Cukup2 2 tahun, takde makna la aku nak tunggu 2 tahun satu hari ke apa kan. Haha! Aku terus berambus. Sebab aku memang nak kerja bisnes online.

Bila sekarang ni fikir-fikir. Memang Allah tu dah bagi jalan kat kite. Kenapa kite gagal. Kenapa kite kena ikat contract 2 tahun. Sebab dia ada perancangan yang lebih baik. dia gagalkan aku SPA, supaya aku tak kena ikat dengan gov 5 tahun. Supaya aku tak rasa sayang nak resign.

Kenapa aku kena ikat contract 2 tahun kat Pantai. Supaya aku boleh cari pengalaman bisnes part time.  Pengalaman penat usaha cari customer, layan customer. Gitu.

Jadi kesimpulannya. Jangan la korang salahkan takdir atau tak dapat terima sesuatu yang berlaku.  Walaupun korang tak nampak dalam masa 2 3 tahun ni, mungkin korang akan buka mata dalam masa 4 5 tahun. Macam aku. Dulu aku tak tau kenaapaaa la nasib aku macam tu. Kenapa aku je yang kena. Kenapa asik aku je kena fikirkan solution masa kat tempat kerja. Rupanya..inilah cara Dia nak ajar kite.

Korang yang masih naik turun naik turun pergolakkan dalam kehidupan. Ecewah.Lempang satu kali. Aku nasihatkan..Sabar. Sabar tu lagi banyak ganjaran dia. Jangan asik fikir kenapa macam tu kenapa macam ni. Tapi fikir cara nak solve kan masalah tu.

Okey. Bersyukur apa yang ada..

Gagal Espiyem memang kena repeat balik ye. Tolong la jangan gagal.. Paling2 cukup makan pun jadilah. Huhu! Sian mak bapak. Okbye

8 comments:

NinaAz said...

Sabar separuh daripada iman. ;)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

baru lepas interview SPA..

sebelum ni pon gagal ja.. tapi kita kena percaya pada rezeki... ada hikmah yang tersembunyi...

Allah lebih tahu segalanya

umilia said...

betul3..Allah lebih tau ape yg dah dia tentukan..apepun kite kene byk2 berdoa, berusaha n seterusnya bertawakal ngn ape pun yg da ditetapkan..

mami said...

Allah lebih tau apa yang baik untuk hambaNya....setiap sesuatu yang berlaku pada kita baik musibah atau kecelakaan...telah disediakan dengan sesuatu yang menjanjikan kebahagian kepuasan untuk kita...itulah hikmah... kita usaha, usaha, usaha dan tawakkal...seterusnya urusan Allah...

Mooniqueen said...

betul tu disebalik apa yg terjadi pasti ada sebab yang Allah tahu ia terbaik utk kita..

suraya zakaria said...

betul sgt..akak pn sekarang masih dlm turun naik pergolakan dalam hidup(tiru ayat sepet)..tp still alhamdulillah sbb ada keje,ada suami & anak2..sedangkan ramai kt luar sana yg masih x dpt keje..hidup kalo x de turun naik pn x best kan..sama je..boring plak..kalo ada cabaran baru la best..hehe

Anne mahli said...

thanks sepet...u make me gain my spirit :) me n my husband jatuh bgn jatuh bgn dlm bidang bisnes ni,habis je study mmg terus mulakan bisnes kecik2,sekarang pun masih mendaki2..mmg bkn senang kan,rasa nak give up pun ada,but still both of us kena sabar n kuat, mungkin sebab masih panjang lagi pjalanan kami berdua nak sukses..hopefully.... :)

aku lah penyair said...

the best entry ever.