Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jun 14, 2013

Tahniah dan Takziah

Semalam ada dua peristiwa. Satu baik satu lagi tak berapa nak baik.

Yang baiknya, Cik Intan aku nikah.Ingat tak Cik Intan yang aku pernah cerita, adik mak kat kampung yang jaga opah. Suami dia dah meninggal lebih kurang 4 tahun. Cik Intan tak de anak. Itu la yang buat kitorang happy sangat bila dia kata nak kawin. Sebab kalau dia kawin, adalah orang teman dia time sakit nanti. Insyaallah la kan. Jodoh jumpa masa pegi haji. Hihi! Tapi mak dengan abah tak dapat pegi sebab masing2 sakit. Call je dari rumah.

Yang buruknya, ayah abanglang meninggal dunia. Dah lama dah ayah abanglang sakit. Beberapa bulan ni masuk ICU. Harini pagi-pagi mak dengan Ode pergi Melaka sebab nak ziarah. Tak tau la sempat tengok jenazah ke tak sebab tukar schedulu. Mula2 kata nak kebumi lepas zohor, pastu tak jadi. Nak kebumi pagi pulak. Bagusla, lagi cepat lagi bagus kan.

Aku rasa dah lama gila tak pakai tudung bawal. Bila pakai rasa macam muka jadi lain. Tapi tetap la chantiq.. *mata ke atas*

Dan aku rasa memang aku demam. haritu lagi dah rasa-rasa. Masa buat hiv test tu kan kena cek tekanan darah. Tekanan darah aku rendah. Lepas tu dah start lemah, tapi boleh bla lagi la. Semalam malam terasa-rasa nak demam, tapi cam rasa ok. Acane?huhu!

Pagi ni bangun, okey la komfem demam. Makan la panadol 2 biji. Cek ubat abah luak tak. Nasib dia makan. Hihi! 

3 comments:

NinaAz said...

Takziah. Semoga arwah dtmptkan dkalangan org2 y beriman

Chekgu Azrine said...

Takziah...al.fatihah

aziekz said...

Salam,
Cb g vlog..lilo80.blogspo.com
Dia ada share pasal biji aprikot..