Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jun 24, 2013

Jerebu datang lagi

Takde sapa kot yang suka jerebu. Kecuali budak sekolah la sebab dapat cuti. Hihi! Aku tak nak komplen apa-apa pasal jerebu. Benda dah terjadi. Nak salahkan mana-mana pihak tu macam dah takde gunanya. Terima je la jerebu dengan hati yang terbuka. Kekeke! Kadang2 kite ni tak boleh nak menidakkan sesuatu perkara. Allah turunkan bala bencana mesti ada sebabnya. Kite yang terima dugaan ni fikir la sebaiknye yee...Bersyukur la Dia cuma duga dengan asap kan. Kalau dia bagi puting beliung, tsunami.. Haaa......cane?? Ustazah tidak berbayar. Hahaha!


Musim jerebu ni biasanya kita risau kat anak-anak kan. Sebab dorang yang senang infected. Anak ni kalau dah batuk, start la anak lain pun terjangkit. Lepas tu ikut turn la pulak, mak kena, pastu ayah. Lepas tu semua sakit. Hospital pun bizi la dengan nak supply ubat, doktor bizi, nurse bizi, farmasi bizi. Ubat batuk kahak memang top sale la masa musim jerebu sampai takde stok. Huhu!

Pastu kalau yang memang ada asma tu kena jaga lebih sikit, sebab lagi susah dorang nak bernafas. Memang risau memanjang la ibu bapa ni. Nak kerja pun tak tenteram. Kalau ada anak yang allergy skin. Start la naik rashes.Gatal sana sini sebab kulit kering. Ish macam-macam la kesan jerebu ni. Aku pun sekarang ni takut sangat kalau batuk. Batuk adalah perkara yang paling tak disukai. Harapnya sihat-sihat je la kan.

Jadi aku pun google la info pasal jerebu yang mungkin boleh bantu korang, mana yang tak tau tu kan. 

Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:

Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
Iritasi di mata serta mata yang merah
Kulit terasa gatal

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:

Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
Selalu minum air
Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan 

Harini KL Selangor sekolah semua cuti kan.. Harini aku tak tau la berapa IPU kat KL. Ini semalam punye info. (23 Jun 2013 bacaan IPU sehingga jam 7 malam)

3 stesen pada tahap berbahaya:

• Muar, Johor (IPU 456)
• Bukit Rambai, Melaka (IPU 432)
• Bandaraya Melaka (IPU 351)

2 stesen pada tahap sangat tidak sihat:

• Pelabuhan Klang, Selangor (IPU 216)
• Port Dickson, N.Sembilan (IPU 295)

14 stesen pada tahap tidak sihat:

• Seri Manjung, Perak (IPU 110)
• Petaling Jaya, Selangor (IPU 157)
• Banting, Selangor (IPU 139)
• Shah Alam,Selangor (IPU 135)
• Kuala Selangor, Selangor (IPU 112)
• Batu Muda, KL (IPU 147)
• Cheras, KL (IPU 135)
• Putrajaya, W.Persekutuan (IPU 140)
• Nilai, N.Sembilan (IPU 136)
• Seremban, N.Sembilan (IPU 110)
• Kemaman, Terengganu (IPU 182)
• Paka, Terengganu (IPU 121)
• Indera Makota, Kuantan, Pahang (IPU 148)
• Balok Baru, Kuantan, Pahang (IPU 188)

Korang, kalau keluar tolong pakai topeng muka atau cover pakai kain basah. Tutup bahagian muka tu okeyh.. 

Sayangi diri anda setiap hari. 

=)

p/s : Aurawhite promosi free gifts. RM150 dapat 10 free gifts termasuk postage. (Free postage, free 3d mask, free black mask, free white mask, free naturgo mask, free eye mask, free lip mask, free shaker, free 1 lip tint, free 1 candy tint)

5 comments:

Mai Keding said...

kat segamat pun teruk..dah cuti dah pun..hmm

BEA.Xaeren. said...

hahahahha...sabar je la tengok gambar yang last tu,,,

Dzureen Darwis said...

Hai, saya baru first time jumpa blog awak ni. Tumpang lalu ye :)

NinaAz said...

Cikgu pun suka sekolah tutup. Hahahaaha.
Esok dah bukak balik. Bertopenglah dalam sekolah. Heeee

mrs kayrul said...

ngeri nak pakai topeng macam tue...hahaha