Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jun 19, 2013

Terkenang sekejap. mihmih!


Hampir 5 bulan bertunang. Tinggal 2 bulan lebih je ni. I is seram la. Minggu ni ada cari rumah untuk disewa. Fikir punye fikir punye fikir, macam nak pilih rumah teres. Kalau boleh aku nak rumah condo. Tapi Qery kata condo memang privacy, tapi agak leceh. Sebab kereta parking jauh, lepas tu nak naik lif. Lepas tu dia kata nanti kalau stok sampai susah nak bawak masuk rumah. Betul jugak tu kan.. Dah dapat cari rumah teres, tinggal nak setuju atau tak je. 

Pastu aku dengan Qery masing2 macam tak dapat terima akan duduk bersama nanti. Pening kepala aku. Harap2 aku boleh la adapt cepat. Harap2 lagi aura rajin aku akan menyerap masuk ke dalam diri ini. Hihi! Aku dah cakap dengan Qery pasal mesin basuh. Aku kata la nanti kite beli la mesin basuh yang siap ada pengering. Kau nampak tak aku punye pemalas tu tahap apa.

Qery kata boleh je, tapi baju cepat rosak. Qery kata lagi rumah tu ada 3 bilik, kalau malas nak sidai kat luar, sidai je dalam bilik. Kegilaan ke apa sidai dalam bilik. Huhu!

Lepas tu aku cakap la nanti baju dia yang kemeja2 tu hantar je dobi. suruh gosok sekali. Kemainnn kan.. Pemalas tahap menangis. Haha! Saja la aku usik dia. Aku harap aku takde la sampai tahap tu. Basuh baju suami dapat pahala tauu *hembus hingus*

Satu lagi yang menjadi kan kepala aku pening. Nak cari barang hantaran. Aku ni dah la perempuan kampung, memang tak up to date langsung. Aku mana la tau beg mana yang new arrival, beg mana yang 6 8 bulan lepas. Daku tidak tahu. Lagi satu aku bukan peminat beg sangat. Beg apa pun aku boleh je pakai. Asalkan muat purse, payung, handfon, buku, dengan sampah. Sampah adalah wajib. Huhu!

Nak pilih kasut lagi aku pening. Semua kasut tinggi memang cantik. Tapi dah komfem2 aku tak pakai sangat. Kaki aku ni cepat melecet. Tu la pasal aku malas nak pakai kasut tinggi.

Pastu, aku dah lama gila tak masak. Kecuali hentam. Qery ni dia kalau masakan hentam dia agak susah nak makan. Dia cuma makan makanan yang dia biasa makan. Ish, kang ada yang aku pergi kursus memasak ni. Haha! Bukan la aku tak reti masak. Cuma takut tak kena tekak dia je. Dah la selera aku dengan dia tak sama. Ini semua phoyooooo

Haritu aku tersilap hantar mesej.  Nak hantar ke Qery, terhantar ke Ceera. Sebelum tu aku mesej Ceera, so aku tak tutup mesej tu. Dalam 2 jam macam tu, aku terus terfikir nak mesej Qery. Sebab memang aku jarang mesej orang lain pun. Qery aje la hari2. 


Terus Ceera publish kat IG dia. Kong ajo sangat pompuan ni. Haha! Tang nak mengena kan aku, tak berfikir panjang. Laju macam ferrari. 

Pukul 1 pagi pun aku tak tau Qery kat mana. Haha! Gila tak amik tau kan. Bukan apa, memang perangai orang pemalas macam ni la. Malas nak tanya. tapi takde la hari2 aku malas. Seminggu 2 3 kali tu ada la perasaan malas nak tanya. Sebab kdg2 memang dah tau dia main badminton smapai 1 2 pagi, lepas main futsal komfem la lepak dengan kawan2. I is tak kuasa nak kacau. 

Ok la. Bye

p/s : semua stok available.  =)

12 comments:

Shima Mazlan said...

Sweet nyer korg .. hahahaah ..

Unknown said...

salam sepet..if nak tengok barang hantaran, i ada jual original products of victoria's secret and Bath & Body Works from USA..ada gift set lagi..boleh la jemput tengok dekat page =) https://www.facebook.com/sales.trulyenchanted

peej said...

perangai kita sama.
pun jenis malas nak amik tau or tanya2.
bagus la kan. kang asyik tanya takut dorang rimas.

satu lagi memang condo best tapi serious leceh tu.
esp bila stock sampai. or bila beli barang dapur ke apa. sumpah leceh.
jadi duduk la teres. tapi ye. pemalas tu memang payah nak hilang. kita sampai sekarang malas.
nasib laki kita rajin terlampau. hua hua.

Shazwani Ramly said...

nanti dah kahwin mesti sweet je kannn. comel jeee

eida ejan said...

sepet beli jek buku masakkan 360 hari tu, sy ada husbnd belikan, nampak tak sebenarnya tak reti masak hahha....
lagi satu sidai baju dalam rumah tu pun sy selalu buat dasar pemalas mmg mcm nie hahahha

Dewi Cenderawasih said...

ahahaha nampak comment kita atas sekali kat ig kak ceera tu :p

syamimihaziqah said...

Tak lama dah tu. InsyaAllah all is well. Tahniah kak Sepet, moga bertambah-tambah rajin lepas kahwin nanti! Hehe :D

strawberi said...

psl bli kasut atau beg tu..bli je la yg nmpk cantik utk hntaran..sebab adalah menjadi perkara biasa...brg2 hantaran..peram lam almari..tak pakai pun..sbb yg biasa pakai..yg simple..nt kang tak sesuai utk hntrn...
akak dlu...bli je kasut tinggi..kihkih..pastu..dh 6 tahun ni..peram lam rak kasut je..mihmihmih

NinaAz said...

masak jea apa yg dia suka. belajo siket2. haaa. belajo2. hahahaa
senang eh dpt umah teres kat kl ni? kat mana2?? semua y nina jumpa mahal2 weh. 800++90++1000++ huhu. nangis mak jemah. xmampu oit

Zaqyah Razak said...

Heppp nak kawen takleh malas2 hehe. Selamat membuat persiapan ye :-)

Zaqyah Razak said...

Heppp nak kawen takleh malas2 hehe. Selamat membuat persiapan ye :-)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

bie???

kantoi dh keh3....