Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jun 10, 2013

Kursus Kawin setel

Alhamdulillah. Akhirnya setel jugak kursus kawin. Benda yang paling malas aku nak attend. Sebab kena duduk dan dengar 2 hari. Aku dah set kat kepala hotak sejak dulu lagi kursus kawin adalah boring. Jadi bila nak melaksanakan tu rasa macam tak best gila. 

Sapa yang belum pernah masuk kelas kursus kawin, ada dua hari. Sabtu dan Ahad. Sabtu macam half day, pukul 2 petang sampai 6.30 macam tu. Hari Ahad dari 8 pagi sampai 6.30 petang. 

Qery dah ada sijil kursus kawin pun, aku yang takde. Aku cakap takpe aku pergi sorang. Tapi dia nak pergi lagi sekali teman. Aku suke je. Kihkih!

Sabtu. Ceramah bosan sikit. Nasib baik berapa jam je. Penceramah sepatutnya dua orang, tapi sorang tak datang. So penceramah yang datang tu cover sampai balik. Agaknya dia pun penat, so dia bagi balik awak pukul 5.30. Alhamdulillah sangat. Haha!

Ahad. Aku dah la dapat tidur 3 jam je. Dapat pulak hari tu satu hari kena duduk. Alahai..aku mintak Qery belikan air dengan gula2 sebelum pergi, so kalau ngantuk boleh la tahan lagi. Ahad ada 4 penceramah.

Penceramah pertama. Loghat Ganu pekat sangat, lepas tu suara perlahan, cakap kemain laju. Aku sampai dah tersengguk2 tahan ngantuk. Serius memang ngantuk gila. part dia 2 jam. 2 jam aku struggle supaya jangan tidur. Bukan aku sorang je okey, semua orang pun menguap2. 

Lepas tu minum petang 20minit. Aku tak minum pun. Aku terus gi blok C sebab nak masuk toilet. Sakit perut. Memerut kat blok lain sebab nak privacy. Kat tempat kursus tu memang ada toilet,tapi paham2 la ye. Kang aku masuk, orang lain dah tak boleh masuk dah. Haha!

Penceramah ke 2. Yang ni funny. Suara kuat. antara top ranking penceramah kat Jakim kalau tak silap la. Kalau tak silap....sebab aku pun tak ingat sangat. 

Penceramah ke 3. Paling lawak. Rasa nak gelak sampai keluar gigi. Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat. Dalam bidang psychology. Memang lagi kelakar dari Jozan. Haha!Aku sampai beli buku dia ok. Buku dia tu adalah best selling. Kalau korang ada konflik rumah tangga, wajib beli buku ni. Sebab apa yang dia cakap tu memang 99% betul. Sapa yang belum kawin lagi bagus beli, sebab kita nak prepare apa yang sepatutnya kita perlu. Sebab bila benda dah jadi, susah sikit nak betulkan. 

Buku tu bertajuk TAKLUK HATI PASANGAN. tolong beli ye. Hihi!

Penceramah ke 4 pun funny gila. Rasa nak gi lempang je ustaz2 ni. Namanya Ustaz Suhaini Ahmad Wakid. Yang ni nampak rilex je. Tapi ayat2 dia memang lawak habis.

Tapi kalau boleh vote mana paling kelakar, ofkos la aku pilih penceramah ke 3. Haha! Rasa macam nak pergi je ceramah2 dia kalau dia ada buat la.Siap amik contact number dia okeyhhh... Korang boleh google sendiri tentang  Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat. Kalau ada masalah suami isteri. Orang yang paling best untuk nasihat adalah ustaz ni. Hihi!

Balik-balik ceramah tu, Qery cite dulu dia punye penceramah pun ustaz yang sama. Ustaz ni memang lawak dan bijak. Umur 30 lebih dah ada title prof madya doktor. Kite??? Apa pun tak boleh. Haha!

Sapa-sapa nak kursus kawin, boleh la try cari Pusat Bimbingan Sri Permaisuri. tempat dia takde la best mana. Tapi penceramah dia super best. Sazzy Falak pun buat kat sini. Yusri pun. Erra pun. Mihmih! Lisa i tak sure. K la. Byeeeeee

p/s : Aurawhite still RM150 free postage, free shaker, free 10pcs mask, free lip tint. Semua produk dari Felinna, Myracles Beauty, dan Maixara layan dapat free lip ting dan masks.

3 comments:

NinaAz said...

Hari tu ak buat kursus kawin dkt jom kawin area alam damai. Penceramah kt situ best. Hihihi. Hiv test dkt klinik batu 9 hulu langt paling xbyk songeh

izzie izzam said...

kak nina : izie pon wat kat alam damai jugak.. mmg best lah .. rasa tak ckup 2 hari tu ..hihihi tah2 kite tarikh yg sama :P

kak sepet : nape tak gi kat alam damai hehe :)

Aidanisme said...

ustaz md nor mmg kelakar.. suka gak..