Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jun 5, 2013

Aku tak de credit card

Sebenarnya aku tak tau sangat apa kepentingan kredit kad ni. Mungkin konsep dia beli dulu bayar kemudian. Gitu la kot eh. Memang dari dulu pun takde orang offer aku pun untuk buat kredit card. Sampailah sekarang. Nampak nauuu kan...haha!

Tapi kalau orang offer pun. No No No. Jangan nak serabutkan aku. Sekarang ni dah la ramai orang yang ada kredit kad kena tipu kan. Ada orang call sana sini la. Member tempat kerja lama aku ada kredit kad, setiap hujung tahun redeem barang. Dapat la macam beg camping, set periuk. Laki bini punye credit card la ni.

Memang agak susah nak berbelanja kalau takde kad kredit, sebab kalau nak keluar duit kat bank pun ada limit sehari macam tu kan. Tapi bagi aku macam tu better. Takde la kite senang-senang je nak berbelanja ikut sedap nafsu. Duit pun bukan la banyak sangat kan. So beringat-ingat la sikit. Dah la nak kawin ni, nak kawin duit memang keluar banyak. Buat masa ni aku dengan Qery still capai target taknak guna duit parent langsung. Mana yang kite boleh usaha, kite usaha sendiri. 

Qery pun still jual baju-baju jersi, simpan duit sehari seposen. Hihi! Selagi termampu, kite usaha. Jangan malas. Kita ada dua tangan, ada dua kaki, ada 20 jari. Mata celik, telinga boleh dengar, ada suara. Gunakan semua tu. Ada orang takde kaki, tak de tangan. Pun masih boleh usaha nak cari sesuap nasi. Inikan kita yang cukup anggota. Kadang2 aku sedih tau ramai sangat orang melayu kita ni malas tahap gaban. Bukan la malas basuh kain ke apa. Itu aku kot.haha! Malas tu boleh, tapi jangan sampai malas dan menyusahkan orang. Haaaa...itu not good la.

Semalam belek-belek purse, sebenarnya nak kemas, aku rasa dah 2 tahun tak buang card. Sebab kadang2 jumpa orang dorang bagi name card. Dah berzaman dalam purse, yang tak guna tu, kita buangkan aje. 

Setelah di belek-belek. Ini je card yang berguna. yang lain semua sampah. Huhu!


1. Kad Popular. Ini sangatlah penting, sebab senang nak beli buku, walaupun aku bukannya rajin baca buku. Takpe, Qery rajin beli buku. Aku ada jugak la beli novel-novel, tapi tengok mood. Ada masa nak baca novel, seminggu entah berapa buah beli, kalau mood malas, setahun pun takde. Hihi!

2. Kad Sogo. Ini baru ada semalam. First time membeli belah kat Sogo. Konon nak cari barang-barang hantaran, katanya situ pilihan banyak dan murah. Tapi aku tengok...hurm. Memang banyak berjenama, tapi tak banyak yang cantik. Kalau ada pun boleh beli perfume je la. Yang lain macam kasut, better cari tempat lain. Kasut tak banyak cantik lah. Banyak kasut orang tua dan kasut pejabat. Kong ajo sangat kan cakap kasut orang tua, padahal aku pun pakai kasut cap Bata. Haha! Takde la. kasut kawin mesti nak cantik kan kan, walaupun tak pakai. Pfttt

3. Lesen. Habaq hang. Aku ada lesen ye. Dah takde P dah pun. Walaupun begitu, aku bawak kereta sekali je. Haha! Sebab aku memang tak suka bawak kereta. Dan tak nak bawak kereta. Dulu kena amik lesen pun sebab Qery paksa. Lepas tu bawak sekali tu pun sebab kereta Qery masuk bengkel. Qery emosi aku tak nak bawak kereta, katanya nanti kalau dia sakit takde orang hantar gi spital. Hello..i boleh call ambulance okey, miahahaha!

4. Kad Watsons. Aku rasa sebulan banyak kali jugak aku beli kat watsons ni. Sejak abah aku sakit ni lagi la rajin ke watsons, kalau tak jumpa farmasi, watsons pun boleh la kan. Situ kan ada farmasi jugak. Sampaikan setiap bulan dapat redeem barang free. Huhu!

5. Kad Thai Odyssey. Ini baru jugak. Yang aku cakap aku pergi mengurut dengan Qery sekali tu. Dia offer buat card. Buat jela. Sebab nanti2 komfem datang lagi. Sebab Qery suka urut kaki. Ada card boleh kumpul point. Nanti dapat free macam yang minyak-minyak aroma terapi tu. Aku pun tak tau la. haha! Main sebut je.

6. CIMB. Aku hanya ada CIMB bank sahaja. Maybank bukan taknak buat, tapi aku cuma love CIMB. Haha! CIMB bagus, bila transaksi banyak pun rilex. Qery guna Maybank, masa buat bisnes tahun lepas, seminggu 3 kali okey pergi Maybank asik kena block. Kegilaan. Sampai orang kat Maybank tu bosan tengok, dan dia suruh buat akaun semasa. Kalau akaun semasa tak kisah berapa transaksi pun takde hal. Kad bank adalah sangat penting untuk semua orang. Kalau takde kad bank, mesti ada sugar daddy. Okeyhh...mihmihmih!

7. Jusco Card. Iolls dan Jusco ibarat keluar pintu rumah, terus pintu masuk Jusco. Hahaha! Kadang2 pegi Jusco semata-mata nak buang air je. Haaaaaaa...nampak tak peribahasa dia. Haha! Kemonnnn laaa, makcik sepet dan jusco tak boleh dipisahkan. Bangun la mall tersohor tahap antarabangsa macam mana pun dalam Malaysia ni, Jusco tetap kegemaran ku. Eh silap. sekarang tukar Aeon. Sebut Aeon sengau2 sikit baru best.

8. Kad Ceve. Haritu beli purse Qery, Dia bagi kad. So lepas ni kalau beli kat sini dapat la less. Gitu. Cantik tau beg-beg dia. Taste aku la. Sebab dia memang kulit. Tapi takde lagi la beg tu, tak mampu lagi nak beli untuk diri sendiri. Korang kalau yang minat kulit-kulit ni, boleh try tengok.

9. IC. Menunjukkan saya bukan pengundi bangla. Haha! Pfttt

Itu sahaja. Yang perlu ada dalam purse. Duit takde takpe ye anak-anak. Asalkan banyak kad. baru la nampak purse tebal berkepuk-kepuk. Taktik semata-mata. 

Pastu susun cantik-cantik.

 Boleh tunjuk gambar Qery je. Sebab gambar aku dalam tu masih takde tudung, mihmihmih!
kena print gambar baru yang proper sikit, walaupun sendiri punye purse sendiri tengok. 


Name card sendiri perlu diisi di dalam purse sendiri. Agar menjadi sampah di dalam purse orang lain kelak.

Kepada wanita-wanita bekerja mahupun suri rumah, mahupun student. Sila kemas dan buang kad-kad dan resit di dalam purse anda sekarang. Tak payah nak buat-buat tak terasa eh..cubit kang.

p/s : Myracles Beauty masih Rm150, free postage, free 10pcs mask, free 1 lip tint dan free 1 candy tint. (Hot item), produk muka 100% tiada bahan kimia dan tiada pengelupasan.

4 comments:

Irfa said...

banyak jugak kad tp kad keahlian jelah
hehe

strawberi said...

dah ade anak sok2...kad toy ur us..kad mothercare, manjaku, poney , mykid anak2...kad sspn anak2...kad bank anak, kad insuran anak...haha..dan mcm2 kad anak ade lam beg tau

NinaAz said...

Ak pun beli kt sogo barang hantaran. Haaa. Semua beli situ. Hihihihi
Btw. Ak ada guna kad kredit. Alhamdulillahhh laa. Setakat ni aku reti guna. Means tak berpoyo2 dgn kad. Ak byk guna utk beli tiket air asia. Menabung utk air asia gituuu. Laki duk sarawak nunnn.guna kad kredit beli tiket flight ni menyenangkan. Hikhik

Nur Mai said...

Purse 2 same dgn kite...isinye jgk hampir same ...hihi....kad ahli n kad bank cimb jgk kite..... :-D