Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jun 12, 2013

TQ Andak & Ode


Harini abah buat kimo, tapi aku tak hantar. Sebab andak dengan ode kata dorang boleh temankan abah. Abah ni dia ada hari-hari dia nak andak, ada hari dia nak aku. Tengok la mood dia macam mana. Hihi! Rasanya kimo harini pukul 1-2 petang macam tu, padahal andak dah pergi pukul 8 pagi. Rasanya banyak procedure untuk pertama kali buat kimo kot. Balik nanti aku tanya dia.

Andak dengan Ode ni la memang banyaaaaaak sangat membantu dari segi teman mak abah ke spital. Dari dulu lagi. Masa mak masuk IJN pun Ode dengan Andak jugak yang banyak bersusah payah uruskan hal hospital. Kalau mak ada appointment pun selalunya Ode dengan Ceera yang hantar. Tengokla, kalau Ceera free dia hantar, kalau tak free Ode hantar. Time abah pulak. Andak dengan Ode pun selalu teman bawak abah gi spital, tengok abah kat rumah. 

Bila tengok gambar abah rasa kesian je, sebab dah kurus sangat. Dulu kan dia gemuk sikit. Huhu!



 See? Ada rokok bersama-sama walauapa pun terjadi. Hihi!
Semua orang akan sakit tapi tak tau bila je.

p/s : Myracles Beauty harga promosi RM150 sampai 30 Jun 2013. Free postage, free 2pcs black shisedio mask, free 2pcs white shiseido mask, free 2pcs naturgo mask, free 2pcs eye mask, free 2pcs lip mask, free 1 lip tint, free 1 candy tint.

Semua set tabita adalah available. Nak beli loose pun boleh. Harini ada sorang pembeli trial tabita dah nampak kesan positive, terus beli yang exclusive. hihi! Korang yang belum cuba, boleh la cuba amik trial dulu k. =)

7 comments:

NinaAz said...

Semoga abah cepat sembuh yea sepet!

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

Akak doakan abah Sepet sembuh, panjang umur, sentiasa sihat, kita sama-sama banyak2 doakan ye...

εïзmummyHazaεïз said...

moga cepat semboh.. akak doakan xdek ape2 yg sgt serius kat abah sepet.. :)

~ain said...

InsyaAllah.. Semoga Allah berikan kesembuhan buat pakcik Noh.

zeera lily said...

semoga cepat sembuh..amin..
sepet, tlg sorok rokok abah tu..huhu..

Irfa said...

smoga abah cpt baik ye

Asnim Othman said...

Salam. Sepet, cb cr majalah rapi yg terbaru...gmbr wan sharmila...ada crita ttg bks pesakit kanser yg bebas kanser stlh amalkan aprikot n jg pemakanan...cb lah :). Sy doakan abah sepet sembuh segera...