Bila nak ada baby?

Soalan tu selalu kita dengar kan. Masa aku belum kawin, ramai jugak la kawan2 aku yang dah kawin. Tapi aku tak berani nak tanya soalan bila nak ada baby. Sebab memang tau soalan tu tersangatlah sensitif.

Sebelum aku kawin, aku ada perasaan takut. Takut yang aku ni boleh beranak ke? Kalau tak boleh beranak nanti kena bagi Qery kawin lain, boleh ke? Takut la, aku rasa semua orang tak kisah la lelaki ke atau perempuan, mesti nak bagi zuriat untuk pasangan masing-masing.

So bila aku kawin, memang aku risau. Banyak kali aku tanya kat Qery

'Kalau kite tak dapat bagi kamu anak kamu kawin lain tak?'
'Kalau kite jenis susah nak dapat anak, setahun dua tahun tunggu kamu stress tak?'

Ofkos la risau sebab aku memang suka budak-budak. Kalau boleh nak beranak banyak-banyak bagi Qery pening kepala nak layan. Haha! Risau pasal anak satu, risau pasal suami pun satu. Yela, lelaki boleh kawin 4 orang. Kalau 'masalah' tu datang dari kita, mesti la dia akan ada alasan nak cari baru. Setahun dua mungkin dia boleh sabar. Masuk 5 6 tahun siapa tahu. Manusia kan berubah-ubah.

Tapi Qery pulak dia kata dia memang tak kisah, kalau tak ada tak apa sebab baru lagi. Kalau ada alhamdulillah. Gitu. Bila tiap kali aku tuju soalan kat dia, bila dengar jawapan macam tu, ada la lega2 sikit,  aku kan psycho. Tapi alhamdulillah bulan ke 3 kawin, aku sah mengandung. Syukur sangat-sangat. Tak tau nak cakap apa. Laki bini malam tu tak boleh tidur tersipu-sipu senyum sebab excited. Haha!

Bila terfikir orang lain yang kawin setahun dua tapi tak ada rezeki lagi, aku tak tau macam mana perasaan dorang. Aku masa baru kawin pun dah risau entah apa2 je.

Kepada orang lain, yang senang lekat baby. Atau orang yang belum kawin. Mulut kita ni kadang2 tak ada niat pun nak lukakan hati orang. Tapi aku harap lepas ni, korang sensitif sikit dengan perasaan orang lain. Walaupun korang rasa benda tu 'saja tanya', kesian sikit dengan dorang-dorang ni. Dah la stress sebab susah dapat anak, risau kan suami lagi, lepas tu korang menambahkan macam-macam. Itu takpe lagi, siap buat pendapat sendiri kenapa kawan tu tak ada anak lagi. Menjaja cerita kat kawan-kawan. Alahaiiii... jangan macam tu tau.

Kadang2 dorang ni dah berusaha, dah jumpa doktor, dah cuba macam-macam ubat kampung, tapi kalau Allah tak bagi lagi rezeki tu kita ni kan manusia. Kalau pasangan tu redha dan boleh tunggu, kenapa kita ni yang status pun 'kawan chipsmore' ni banyak tanya. Ada sorang kawan aku masa kerja, aku tak sure dia dah kawin berapa lama, lebih 7 tahun ke dekat 10 tahun, kita semua tau dia tak dapat baby lagi. Ramai jugak yang doakan dia lekat baby. Bila dekat 7/10 tahun kawin tu tiba-tiba dia kata dia pregnant, aku pulak yang rasa nak nangis.

Happy sangat tau. Terharu sebab dia sabar, suami dia sabar. Dapat pulak kawan2 yang selalu doakan dia. Korang daripada asik tanya bila bila bila, baik la korang doakan je. Lagi banyak faedahnya. Huhu!

Aku rasa soalan yang macam bila nak kawin, bila nak dapat kerja tu boleh diterima lagi. Tapi soalan yang bila nak dapat baby tu memang sensitif sangat. Kalau la kita tau bila..memang boleh jawab onthespot kan.

Kalau korang nak tanya jugak, tak tahan2 jugak ni nak kepochi kawan tu dah ada baby ke belum. Sedapkan lah sikit soalan tu. Contohnya 'Dah ada isi ke?'. Sedaplah sikit dari 'Bila nak ada baby?'. Kot kawan tu jawab belum, korang jawab la yang baik-baik. Contoh 'Takpe, nanti ada la rezeki tu'. Jangan pulak korang jawab jawapan tu dengan pertanyaan 'ko tak pegi cek doktor ke, entah2 ada masalah' 'Apsal belum, ko merancang ke?'

Ish aku rasa nak smack down je orang-orang macam ni. Kot dia merancang ke apa, dia ada masalah ke, takyah sibuk boleh? Huhu!

Jangan sebab kita senang dapat baby, kita fikir orang lain pun senang. Kalau yang pernah tanya macam tu dulu takpe la. Lepas ni sensitif sikit. Tak semestinya kita dah ada baby sorang dua, kita fikir lepas ni kita akan senang lekat. Mana tau sebab mulut kita tak jaga ni, nanti terkena kat kita pulak kan. Lepas tu orang pulak kata-kata kat kita. Masa tu baru padan muka kita. Hehe!

Ada yang tanya aku tips macam mana cepat dapat baby, hehe! Nak tergelak pun ada tau. Aku manaaaa la tau pasal tips nak dapat baby ni. Kalau aku tau komfem aku tak stress.

Kepada yang belum ada rezeki, nak kata jangan risau tu..komfem la risau kan.  Huhu! Tapi insyaallah. Rezeki tu Allah akan bagi tepat pada masanya. Mana tau nanti tetiba dapat kembar 3 terus. Haaaaaa, memang berbaloi. Hihi!

Jadilah manusia yang beradap bertatasusila gittew. Okbye

Comments

iols kawen baru 2 minggu dh ada yg tanya bila nk ada baby ini kan pula yg dah bertahun.

selalu perempuan jer yg dok tanya tapi iols laki yg dok tanya tak ke anoyying?

Rizziela said…
Insyallah pasti ada rezeki.,.akak dulu tunggu dekat 2 thn..dpt gak sorang..then lepas 2 thn..dpt plak kembar..berkat sabar menanti..Alhamdulllilah
Sheila Salim said…
Assalamualaikum sepet.. Sheila dah lalui rasa sakit2 jiwa camtu. haha alhamdullilah. walaupun pernah gugur awal nikah dulu. Tak pernah patah semangat, doa banyak2 pada Allah. Setahun 3 bulan lepas tu Allah beri rezeki lagi sekali. alhamdullilah. bersyukur sangat. sekarang tunggu masa nak bersalin je. Yang penting kena positif diri, jangan stress dan percaya ketentuan Ilahi.. take care mommy ~~~
robine said…
just nak comment..akak dah 4 tahun masih berusaha..kawan yang kahwin selepas akak dah anak nk masuk 2 pun ada..bila blk kg, blk2 soalan bila nak ada baby..siap compare dengan org lain..STRESS!
Juls Julie80 said…
sepet..tq utk luahan ni yg sedikit sebanyak mewakili kami yg dah lama kawin tp blm dikurniakan rezeki..

Akak dah masuk 8 thn kawin & bulan lepas disahkan preggy dekat 2 bulan tp hanya tau @ dpt rasa hepi tu utk 3 hari jer..pastu gugur. warded KPJ Kajang 2 mlm utk D&C. Bayangkan apa yg dilalui selama dekat 8 thn nak dpt baby tu, berkorban masa, wang ringgit berubat sana sini, kene sindir mcm hina sangat xde anak pastu tadah plak telinga org dok tanya @ buat kesimpulan mcm2 sampai sesak dada nak tanggung, tup2 jadi camni.

Bukan menyesali ape yg dah terjadi sbb tau ni semua ada hikmah yg Allah SWT bagi. Cuma kdg2 sbg manusia yg lemah..ada kala rasa cuma mampu mengalirkan air mata jer..

tq sepet utk entry ni..

yana2605 said…
salam sepet,
saya dh kat 4 tahun kawin..masa2 mula2 kawin xda la preasure sgt pasal anak tp ada gk tpikir mcm sepet pkir tu..ye la kita ni pomp kan..lelaki bole jadi kan isu anak utk kawin lain..mmg sgt2 risau..pas 6 bln kawin luahkan kt suami nk ambk ank angkat..mana tahu dgn ambk ank angkat akan dpt ank sendiri..sbb ada sedara yg uat cmtu and alhamdullilah mengandung selepas tu.. tp suami tak nak dia kata ada sbb kenapa Allah tak bagi kat kita anak lg..dia yg selalu bg semangat sehingga sy dh tak peduli dgn pandangan org..org tnya pn sy ckp xda rezeki lg pstu uat tak reti..sehingga saya rasa selesa xda anak lg sehingga la sy di sahkan mengandung tahun lepas setelah 3 tahun kawin..rasa mcm tak percaya sbb sy tak da usahakan apa pun..xmkn ubt,xjumpa doc..alhamdullilah awal tahun ni sy selamat melahirkan bayi pomp yg cukup sifat and sempurna pada sy..di sini sy blaja kena berserah padaNYA..dia lebih tahu apa yg terbaik utk kita..jgn pedulikan kata org yg penting apa kata suami kita...
Unknown said…
well said =) setuju sangat. kita baru kawen nak masok sebulan.harap sangat dapat rezeki anak dlm masa tdekat.cos we both suka budak!anyway, congrats ye sis..moga d permudahkan.tak sabar nak tgok ur baby.. =)
Wirdalisa said…
saya macam nak nangis baca entry ini.. orang semua tak tau apa masalah kita tak dapat zuriat dengan cepat. dorang suka compare seperti contoh A kahwin sama time dengan saya, and A dah ngandung after 2 months but saya masih belum ngandung. Satu tahun kemudian, A ngandung 2nd time and saya? Masih tak ngandung. Rasa sangat sedih sekali.. Selalu nangis malam2. Nampak anak orang, macam nak amik saje. Asyik cium and peluk tapi at the end of the day, u have to give back the baby to their parents.

Anyway, saya berserah. Sekarang saya and suami sibuk kumpul barang2 untuk cantik kan rumah baru. Rumah tu lah rezeki kita. Mana tau mungkin Allah kasi kita rezeki in a form of a child after we move in, insyallah.

Doa kan kita yang belum dapat rezeki dari Allah ya? :(
putris said…
thanks sepet atas penulisan ni yang mewakili hati kami2 yg sedang ttc..yg terbaik doakan bukan membuat andaian..=)
NHML said…
betul tu kena sensitif perasaan org lain sama, sy tahun nie dah masuk 4 tahun kawen, tapi belum rezeki dapat bby, alhamdulillah dapat fmly n fmly mertua yang sangat positif, hehe
tapi ada jugak kawan2 yang jenis bertahun tggu dapat bby mcm sy, tetiba sah megandung,baru bersalin seminggu dua dah tanya "eh aku dah ada sorang, ko bila lagi, takkan tak nk ank kot"? agak2 rsa nk lempang jek kadang2 tu hahaha doakan kami yang belum dapat bby nie yer sepet, org kata doa ibu megandung lebih makbul hehehe
Yg belum kawin pun bila dituju dgn soalan kurang sensitif.. rasa perit sgt huhu.. terpaksa sendiri kena memotivasi kan diri.. walaupun hakikatnya selalu kalah juga..
loytha'san said…
setuju sangat dengan bebelan u sepet.

dari asek bertanya soalan yang bakal mengundang kesedihan di hati orang baik la kita ckp dan doa yang positif2 kan.. dan kalaulah ramai yang berfikiran terbuka cm sepet amanlah malaysia ni gamaknya. hehe :)

peace !
OliVe said…
Kadang-kadang kita macam biase je, tapi bile orang sekeliling asyik bertanye je...rase sedih pon ade...akak dah nak masuk tahun keempat usia perkahwinan, tapi Allah belum nak beri lagi...Xpela dik yang penting kita bykkan bersabar....
justme said…
Akak dah ada anak tiga...tapi bila baca post ni dan komen2 dari orang lain, rasa nak menangis jugak. Sedihnya rasa. Semoga yg belum dpt cahaya mata, akan sentiasa diberi kekuatan dan ketenangan oleh Allah. Dengan izin Nya, semoga puan-puan semua akan dpt lah zuriat satu hari nanti..aamiin...
Kepada ibu2 yg dah beranak pinak, jagalah mulut masing2. Kadang2 org kita mulut agak 'lancang' @celupar, berkata2 tanpa pikirkan hati org lain..
Unknown said…
bca entry kak sepet..baca komen2..rase nak nangis..semoga tabah ..wlaupn sy belum kahwin lg..tp mcm dpt rse,kalau sy berada di tempat dorang..
Salam...
Bg kekorg yg tgh ttc kan, ce cuba petua ni saya dengar kat Tanyalah Ustaz.

Petua mudah utk hamil:
1. Ambil 4 biji buah kurma -2 biji digenggam oleh isteri, 2 biji digenggam oleh suami selama beberapa minit.
2. Buang biji kurma tersebut dan kisar bersama-sama 2 gelas susu kambing.
3. Minum campuran tersebut satu kali sahaja seumur hidup -isteri segelas, suami segelas.
4. Amalkan minum susu kambing segelas setiap pagi (kedua-dua suami dan isteri).
Sumber: Rancangan Tanyalah Ustaz

Sy tak taulah keberkesanannye sebab saya alhamdulillah rezeki awal walaupun dgn keadaan baru lps operate tulang belakang bagainye, Allah bg pregnant plak... Tapi korg cubelah kot2 menjadi kan.
Yg pntg kna yakin dgn Allah...
Lagipun, kurma & susu kambing memang digunakan oleh pasangan yg ttc waktu zaman Rasulullah dulu. Allahualam...
Unknown said…
sy da almost 2 tahun menunggu..penah merasa preggy mase 2 bulan lpas kahwin tp rezeki tak lame..dah macam2 ikhtiar..sunyi..nk sgt anak tp kne redha..Allah akan bg rezeki tu nnt cume cpt atau lmbat je..terime kasih sbb faham perasaan kitorg ni..kalaulah sumer org boleh concern and faham cam awak skang ni, alangkah bagusnye..perasaan ni mmg org yg ade anak takkan penah faham..
Noraizah said…
Zuriat memang semua orang nantikan kan ... ada yang cepat Allah bagi rezeki dan ada juga yang lambat . tapi kenkadang ada juga yang alami masalah kesuburan suami ister, haa tu kita kene cek tu tahap kesuburan tu , jom jemput baca selanjutnya di 10 sebab suami isteri tidak subur