Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Apr 29, 2014

Kenangan masa mula-mula tau mengandung =)

Refer entry "Bila nak ada baby" tu, antara komen korang yang buat aku rasa betapa tabahnya kawan-kawan alam maya aku ni. Kadang2 kita tak ada pilihan, terpaksa pilih jadi kuat dan tabah supaya hati kita redha dengan apa yang terjadi. Aku takkan tau apa perasaan korang dan apa yang korang lalui. Takkan ada siapa pun boleh tau tahap kekuatan, ketabahan dan dugaan seseorang.

Sebenarnya aku nak tidur, dah pukul 2 pagi pun. Tapi bila baring je rasa senak. Duduk pulak tak ada buat apa. Tu saja bukak blog kekonon rajin sangat nak update. Padahal kebetulan tak boleh tido. Hihi! Sebelum cerita ni aku mintak maaf dulu kot ada orang rasa "eh sepet ni, entah apa-apa itu pun nak cerita, orang lain anak 3 4 5 takda nak cerita sangat, ko pulak yang over" Gittew. Huhu!

Biasalah orang pertama kali rasa mengandung. Semuanya benda baru bagi aku. Jadi saja la nak cerita kat blog. Orang kata kalau tak suka takyah baca. Tapi aku paham sangat kadang2 benda yang kita tak suka tu la yang kita memang sibuk nak baca. Macam ada aura memanggil-manggil suruh kepochi hal orang yang kita tak suka tu. Manusia kan. Biasalah...

Aku nikah 31.8.2013 dan di sahkah mengandung masa bulan 12. Tarikh yang sepatutnya aku ABC (Allah Bagi Cuti), aku dah beli pregnancy test kat Watson. Beli nyorok-nyorok tau. Haha! Sebab malu la kat Qery, plus tak nak la nampak sangat tertunggu2 *nak baby* depan Qery. Depan Qery kena tunjuk yang konon2 aku ni cool je. Konon2 tak berharap sangat la padahal......mihmihmih!

Test kali pertama tu hampa. Tengok 1 line je. So takde la cakap dengan Qery ke apa. Lepas buat test, terus aku buang dalam tong sampah. Tido pun muka monyok je. Haha! Lepas tu 2 minggu tak datang-datang lagi ABC aku ni. Aku pelik jugak, memang pernah je jadi ABC lambat, tapi takda la sampai lama macam tu. Jadi, aku bagitau Qery nak beli pregnancy test. Sebab ABC tak datang2 dah 2 minggu. Qery ni ikutkan je sebab dia pun mungkin nak nampak cool. Haha!

Masuk Watson siap beli 2 okay, 1 yang jenis strip biasa. 1 lagi yang Clear Blue. Ramai yang guna clear blue sebab dia senang terus boleh nampak berapa weeks. Selalu urine waktu pagi tu yang paling tepat kan. So aku kena tunggu pagi esoknya la baru test. 

Tapiiiii jenis tak penyabar macam aku. Ke hulu ke hilir depan toilet. Hahaha! Masa tu pukul 3 pagi kot. Aku pun fikir-fikir, eh pukul 3 pagi pun kira pagi jugak lah. Lantak la aku pedulik apa. Aku nak test sekarang jugak. Begitulahhhhh ketidaksabaran daku. Kekekeke!

Mula-mula test pakai yang strip tu. Tunggu berapa saat je. Terus nampak 2 line. Masa tu macam tak percaya. Termenung sekejap, belek-belek bacaan kat kotak tu banyak kali nak pastikan yang dua line tu maknanya pregnant. Pastu aku panggil Qery, dia tak tidur lagi baru nak baring-baring. Suruh dia tengok 2 line tu.


Qery pulak lagi blur. Dia tengok ada 2 line, lepas tu dia tengok kotak. Sama yang macam aku buat masa mula2 tu. Huhu! Pandang aku, pandang balik kotak tu. Pastu pegang perut aku tanya ada baby ke. Eh mana la aku tau. Haha! Lepas tu Qery kata cuba test kat Clear Blue pulak. Tengok betul ke tak. Aku pun baru teringat ada Clear Blue tu. Tunggu beberapa saat, terus keluar '2-3', maksudnya 2 ke 3 minggu.


Malam tu memang Qery tak boleh tidur. Dia teruja ke apa aku pun tak tau. Hehe! Bila suruh tido dia tersengih-sengih, lepas tu asik tanya aku mengandung ke apa. Ishhhh... aku pun tak tau. Kalau nak ikutkan test tu, macam mengandung, tapi apa-apa pun kena cek dengan doktor. So esoknya kitorang pergi cek kat klinik, dan doktor pun sah kan yang aku pregnant 5w. 

*hamik kau , 3 kali test , haha!*

Start je tau mengandung, aku tak berani langsung angkat barang berat sebab masih baru lagi. Takut jugak aku kalau jadi apa-apa. Paling aku risau, masa 6w aku naik kapal terbang, seminggu jalan-jalan tak berhenti. Stress jugak la sebab masih baru lagi kan, aku tak tau rahim aku kuat ke tak, kalau jadi apa-apa kan menyesal tak sudah.

Start 6w sampai 15w aku mabuk teruk. Teruk yang memang teruk. Selera makan totally out. Aku tak suka langsung tengok handfon. Korang bayangkan macam mana aku perasaan aku masa reply order. Haha! Handfon personal aku langsung aku tak charge. Sebulan tu 10 hari je dia on, itu pun sebab Qery charge kan. 

Masa awal mengandung memang 1001 rasa la untuk aku. Dugaan dengan arwah abah sakit. Masuk 2 bulan, arwah abah dah start lemah. Tak boleh berjalan. Dah start meracau, nampak benda yang orang lain tak nampak, badan kejang-kejang, sebelah badan kurang rasa. Keluar masuk hospital. Dengan badan aku yang tak larat ni, aku paksa diri melawat abah, jaga abah *duduk sebelah je la pun* sekejap, abah suka suruh angkat dia bawak jalan-jalan excercise, kalau boleh memang aku nak papah, tapi mak marah sebab takut jadi pape kat kandungan aku masa tu. 

Tapi masa tu aku redha je, kalau ada rezeki aku, ada la. Sebab kalau nak diikutkan memang aku stress n sedih sangat. Mak pun asik pegang perut aku nak rasa baby ada ke tak. pesan banyak kali jangan fikir sangat pasal abah semua. Suruh aku jaga diri je. Sedih tu takyah cerita la. Ada sekali tu, badan abah kejang. Dia bagitau aku dia sakit sangat-sangat. Tangan dia kena ikat kat katil ward sebab dia banyak kali jatuh sebab usaha nak bangun. Malam tu sebelum tidur aku menangis sorang-sorang sebab aku memang tak pernah tengok arwah abah tahan sakit sampai macam tu sekali. Itulah sekali je aku menangis sepanjang arwah abah sakit sampai dia meninggal. 

Masa arwah abah meninggal pun aku tak menangis. Bukan aku tak sedih, tapi aku tak boleh nangis. Aku tahan je air mata aku ni. Mak kata dia tak boleh tengok aku nangis, kalau aku nangis nanti dia lagi teruk nangis. Jadi aku tak boleh nangis sebab tak ada pilihan lain dah. Kebetulan masa arwah abah meninggal, genap 4 bulan dah aku mengandung. Mabuk dah kurang. Allah memang bagi timing betul je untuk aku. Walaupun Qery kata aku kuat dan tabah, sebenarnya dia tak tau dalam hati aku ni kalau boleh aku nak nangis kuat-kuat. Huhu!

Alhamdulillah baby dalam perut ni sihat. Masuk 5 bulan, aku dah dapat rasa ada pergerakan dalam perut. Tapi tak kuat sangat la, manja-manja macam tu. Dah start nak baring tak selesa. Tak boleh kenyang sangat nanti susah nak nafas. Tak boleh lapar sangat kalau tak kaki menggigil2. Pinggang dah start sakit. Cepat penat. Tapi better la daripada mabuk. Mabuk satu kerja kat rumah pun aku tak buat. Kesian kat Qery dia la banyak tolong aku buat itu ini. Makan pun tak menentu. Kalau tak mabuk, badan je sengal-sengal okay la kan. Kerja boleh buat. Tak ada la serba salah sangat. Huhu!

Sekarang dah masuk 6 bulan. Harap-harap baby dan aku sama-sama sihat. Aku belum timbang lagi. Masa 5 bulan haritu 51kg kan. Takut jugak kot berat naik mendadak ke apa. Sebelum jumpa doktor kena timbang sendiri dulu kat shopping complex. Timbang kat sana tepat sikit. Qery kata aku pregnant badan tak gemok pun. Perut je ke depan. Tapi mana mungkinnnnnn.. Huhu! Ofkos la ada lemak tambahan sikit-sikit kat tempat lain, cuma tak perasan sangat je kan.

Okay lah semua. Jangan lupa follow Sepetshop. *tetiba promo* Excited sangat sebab follower hampir nak cecah 1K.
Tanpa korang, siapalah aku. Korang memang banyak sangat support aku. Allah je boleh balas kebaikan korang tu. Muah!!

12 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum sepet. alhamdullilah. murah rezeki korang suami isteri dapat timang baby awal. heeee. sheila stress gila setahun pertama, sebab pernah keguguran. tension bila org dok tanya. Allahuakbar. Alhamdullilah, Allah Maha Pemurah, akhirnya diberi peluang kedua.. skrg tgu masa nak bersalin je. Tak sabar tapi nervous. hihiii. awak jaga diri baik2 tau.. kirim salam baby dalam tu. singgah menabung inti sini~~~

*saya ada masukkan awak dalam bloglist preggymom 2014. Kat situ banyak blogger yang tengah pregnant juga. boleh awak datang singgah baca pengalaman mereka juga. Especially pengalaman bersalin. kena amik tahu tu. heeee

fatihah salleh said...

Assalam. Moga kak sepet dan baby sihat dan selamat bersalin nanti. Amin....

Irfa said...

alhamdulillah ;)
tumpang hepi utk korang ber2
akak bunting pelamin orang fikir macam2.pdahal mmg kahwin lps abis period, jd masa tu mmg tgh subur giler.dah rezki Allah bagi terima jelah

mulut orang mmg xleh tutup
tp akak bab bila nak ada baby
bila nak kawen mmg takkan tanya direct .. soklan sensitif

sebak baca part abah
alfatihah utk abah

Reena libra said...

semoga segalanya berjalan lancar ... x sabar nk tgk baby..mesti gebu mcm ibunya juga...heheh..

Sharifah Syahirah said...

u are adorable for me. ececece. silent readers je before ni. I will always pray kak sepet and your little one sihat sokmoo :D

wanida said...

Sebak baca entry sepet yg ni..alfatihah untuk abah sepet...semoga diberi kesihatan yg baik sehingga melahirkan nnti..tak sabar nk tgk muka dak tecit kt dalam tu..hehe

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Sepet.. walaupun tajuk mula2 tu dan start cete tu agak kelakar tapi sebak hati akak baca pasal arwah abah Sepet. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik dari prancangan manusia. Akk doakan kandungan Sepet sihat & Sepet pun sihat & kuat, Aamiiinnn.

Aini said...

Pengalaman buat test mengandung sendri kat umah dan result positif memg buat kita mcam tak berapa betul sgt kan? sbb over teruja! Hahaaa...

Cie Joe said...

Asalamualaikum Sepet..
Tahniah ye..mcm best je baca entry sepet ni bla dpt tau mngandung..bestnya!
Saya dah 7bln nikah sampai skrg blm ada rezeki lg mngndung. Dah usaha n doa byk2 dah..huhu.Tp saya redha n sabar sebab mungkin tu semua ujian
dr aallah.Kecewa n sedih jg bla tiap kli tnggu period dtg msti mghrap smpai priod lmbt 4hari excited sgt2.tengok2 period dtg jg..huhu.
Anyway, take care ya..semoga sihat dgn baby..amin..:)

Arinie Ghazali said...

Akak pun kalau pregnant mesti check 2,3 kali. Excited bebonar. Hihihi

Unknown said...

Bestnyr...klw
Pregnant...insyaallah

Napzero Pro said...

Bestnyr...klw
Pregnant...insyaallah