Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Apr 1, 2014

Baru terasa penat

Ya Allah.. penat sangat lah rasanya semalam. Penat yang betul2 penat pun ada, penat mengada2 pun ada.  Kekekeke! Kalau sapa follow Ig atau fb tau la kot aku ke mana kan. Dekat sangat pun, naik kapal terbang tak sampai 2 jam. Hihi! Aku dengan Qery bercuti pergi Jakarta n Bandung. Saja la jalan-jalan, takde apa plan sangat. Tengok negara orang. Lagipun pegi ada orang bawak, kalau aku pegi berdua memang terkongtang kanting la. Aku tak kisah pun travel berdua, tapi Qery ni kan pentakut sikit. Jenis yang tak reti survive kalau sorang2. Nak jalan2 dalam Malaysia jauh sikit pun mesti nanti dia nak tanya orang lain suruh ikut. Boleh? Hehe!


Pergi Khamis balik Ahad. Esoknya Isnin pagi pergi rumah mak bagi kain, kek semua. Borak-borak la. Ekceli mak dengan abang dah start bukak balik kedai. Kedai tu dorang berdua dah kemas pelan-pelan, tapi semalam mak kata tak nak naik kedai sebab aku ada kat rumah. Huhu!

Mak kata selalu mak naik sebab rasa sunyi, kalau aku ada boleh la borak-borak takde la sunyi sangat. Alololo, sian aku dengar. Anak-anak ajak duduk rumah tak nak, sebab kesian kan abang sorang, lagipun abang tu lepas abah takde, semangat dia tak kuat sangat, selalu termenung je. Mak kena teman. Plus kedai tu nak kena jaga balik. Okla fine. Tapi aku cakap jugak, kalau bosan sangat ajak la abang datang rumah. Boleh la kita jalan-jalan.

Mak masakkan tomyam. Feveret aku memang pun tomyam. Makan sampai 2 tambah. Tapi ayam aku tak usik, aku makan nasi, kuah, dengan sayur je. Aku kureng sikit la ayam ni. Tak tau kenapa. Aku suka makan daging, sayur, ikan, dengan sambal je, yang lain aku makan sikit2.

Qery balik dalam pukul 2.30 macam tu, lepak kejap borak2 dengan mak. Pukul 3 kitorang balik. Mak suruh pilih baju abah nak buat kenang-kenangan. So Qery pilih warna kuning ni. Memang abah suka pun pakai baju kuning ni. Kalau balik kampung atau jalan-jalan, pegi kerja pun abah selalu pakai. Dalam hati aku suka je la, tapi baju dah takde bau abah. Hihi! Bau wangi sabun. Ala bau abah dengan Qery lebih kurang je pun, haha!


Sampai je rumah, memang dah belit2 tangan aku ke sana ke sini, haha! Order semalam memang syukur sangat2. Tak kisah la penat sebab banyak sampai tak cukup stok kena restok semalam jugak, rezeki Allah nak bagi kan. Seronok rasa packing untuk customer ni. Ada yang bagi feedback positif nanti aku printscreen kan. Laju-laju pos. Tinggalkan rumah dengan keadaan macam tongkang pecah.

Sebabnya Ahad tu balik sampai rumah dah malam. Malam tu jugak asingkan kain nak bagi mak Qery, kitorang borong kain untuk mak Qery jual. Ada lebih 40 helai jugak la. Ala jual kat jiran dengan sedara mara je. Memang kedebabom la lawa gila kain kat sana. Lepas tu borak kejap dengan FIL, bergegas ke Bukit Jalil ambik stok Maixara. Balik rumah tengok stok berkotak-kotak, dengan luggage bersepah. Pastu dua2 dah penat. Qery esok sekolah. Aku tidur dulu. 

Tu yang Isnin pun tak sempat kemas terus ke rumah mak, malam semalam lepas pos baru la pelan-pelan kemas, sudahnya rak tak muat.


 Haih. Nasib baik ada rak satu lagi. Masukkan dalam ni je.


Mampu susun produk je, baju masih lagi bergelimpangan kat bawah ni. Kekeke! baju kotor holiday semua hantar dobi. Tak kuasa nak basuh pastu nak lipat. Banyak kot. Pftttt


Harini bangun pagi gerak Qery, lepas Qery gi kerja tidur balik. Terlajak pukul 11 lebih baru bangun. Adehhhhh.... Kaki aku ni baru nak rasa lenguh2. Hihi! Tapi macam dah ok sikit. Cepat2 reply order. harini pun boleh tahan banyak orang order. Gaji eh korang? Huhu!

Entry ke Jakarta Bandung nanti lepas Qery transfer gambar baru aku update lah. 

 Perut tu sengaja aku kedepan kan, haha! Baru la feeling sikit kenn.. Ahahahaha!

*********************************************************************


Selalu kalau beli borong tudung bawal kena beli satu corak kan, tapi kali ni takyah pun takpe. Korang beli 1 kodi (20helai) boleh campur2 pun dapat harga borong. Boleh la pakat dengan kawan2 pilih corak. Istimewa bulan April je tau. Lepas tu dah tak boleh dah. Hihi!
Nak borong skirt ct / seluar ct / skirt duyung/ seluar ct bertali pun ada.
Semua dalam harga mampu milik.
Contact : 013-9507248

2 comments:

shafiqashafie said...

aah dah gaji sepet.memey aa order harus bedesup2..hehe..tq sepet sbb pos lelaju..murah rezki ang,aku akn mnunggu dgn pnuh kesabaran..mwahhh.

Mek Onie said...

bandung bestttttt gila,rasa nak repeat lagi je ni,haha