Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Mar 28, 2014

Dugaan nak kawin

Dugaan nak kawin aku dengan Qery sebenarnya tak banyak dan tak besar mana macam orang lain pun. Tapi aku harap apa yang aku kongsikan dengan korang ni boleh bagi pengaran, yang tak elok jangan ikut, yang elok boleh ikut. Gitu.

Qery bukan datang dari keluarga berada, sama jugak la dengan aku. Kita ni sederhana je orangnya. Bila masing-masing sedar kita bukan orang kaya. Jadinya kitorang memang decide taknak susahkan parent kedua-dua belah pihak. Kalau boleh taknak susahkan dari segi kudrat, mahupun kewangan.

Merisik hujung bulan Dec 2013, bertunang awal bulan Feb 2013, dan nikah hujung bulan 8 2013. Gap dia memang tak jauh la. Start merisik aku dengan Qery memang dah pulun kumpul duit. Sebab aku tau kalau dah start merisik, family aku memang takkan bagi bertunang lama-lama.

Memang dari merisik sampai la nikah 99.9% alhamdulillah atas usaha aku dengan Qery sendiri. Ada la sikit-sikit terpaksa susahkan orang lain. Syukur jugak Allah tu bagi rezeki, orang kata rezeki orang nak kawin. Hihi!

Duit. Aku rasa ni semua masalah orang yang nak kawin kan. Sapa-sapa yang belum kawin tu kadang2 bukan tak nak kawin, tapi tak ada duit. Betul tak. Aku dengan Qery memang tak nak buat pinjaman semata-mata nak kawin. Aku bagitau Qery insyaallah kita cuba usaha dulu. Cari rezeki masa tu memang kesihatan tolak tepi, selalu lupa makan. Kadang2 tak lupa, tapi tak sempat pun nak makan. Pagi malam bekerja.

Kebetulan pulak masa tu kereta Qery selalu rosak. Sebulan asik rosak entah berapa kali. Cermin rosak la. Enjin tak boleh start, aircond buat hal. Bersambung-sambung masalah. Kesian aku tengok Qery stress. Masa tu bulan 4, kitorang decide beli kereta baru. Haih...bayangkan bulan 4 tukar kereta baru, bulan 7 puasa, bulan 8 raya, bulan 8 tu jugak nikah. Masa tu fikir pasal duit pun dah pening kepala. Huhu! Tapi nak tak nak kita kena usaha jugak.

Bulan 5, aku dah start cari rumah sewa. Cari area dekat dengan rumah dua2 parent. Senang kalau jadi apa-apa, boleh jenguk. Alhamdulillah, dapat rumah walaupun rasa agak mahal jugak nak bayar bulan-bulan, tapi inilah rumah terbaik yang aku tengok. Aku menyewa rumah ni start bulan 6. Masa tu jugak pelan-pelan beli barang dalam rumah. Nikah bulan 8, so ada 2 bulan untuk complete kan rumah. Tak nak la dah nikah baru sibuk nak cari barang rumah. Pelan-pelan beli sofa, beli meja untuk ruang tamu, meja makan, beli tv, frame2 lekat kat dinding, pasang wallpaper, alhamdulillah semua complete sebelum nikah. Tapi beli yang murah mampu milik.

Kebetulan masa tu arwah abah sakit. Cancer paru-paru stage 4. Jalan pun dah tak larat. Asik terbaring. Mak pun tak sihat sangat, mak kan pernah operate kat dada sebab ada ketumbuhan kat jantung. So still on ubat, tak boleh penat sangat. Menambahkan lagi semangat aku untuk usaha tanpa susahkan mak dengan abah. Biarlah mak risau and jaga abah je. Aku pesan banyak kali kat mak yang aku boleh uruskan semua so jangan risau. Tapi semua mak still naluri keibuan dia meninggi. Mak bapak mana yang tak risau anak dia nak kawin. Hihi!

Aku tak ada niat pun nak buat malam berinai. Lagipun boleh cut budget. Duit boleh simpan untuk benda lain. Tapi sebab mak abah beriya2 nak buat jugak, tradisi katanya. Demi tidak menghampakan orang tua, aku buat jugak malam berinai. Masa ni last minit tambah baju, last minit cari kompang semua. Masa tu berkira-kira jugak sebab pakai duit sendiri. Haha! Memang mak kata kalau tak ada duit dia boleh bagi, tapi takpelah. Dah banyak mak keluarkan duit untuk anak-anak. Anak-anak bukan 2 3 orang, tapi 9 orang. Dah membesarkan aku, dah bagi pelajaran pun aku dah cukup bersyukur. Aku fikir walaupun aku anak bongsu, orang kata takpe, tinggal kau je pun kalau mak nak sponser, tapi takpela. Selagi ada kudrat, selagi aku mampu usaha, bagi aku usaha. Bagi aku belajar sendiri macam mana susah senang nak kawin ni.

Bila kita tak belajar susah, kita susah nak menghargai sesuatu benda. Perkahwinan ni adalah perkara yang melampau2 berharga bagi aku. Susah senang nak capai perkahwinan tu, hanya Allah je yang tau. Dengan nak raya, kena beli baju mak, baju abah, baju sendiri. Masa tu duit keluar banyak jugak, tapi kena redha dan ikhlas sebab itu untuk parent kita. Perlu ke kita berkira dengan parent, padahal masa kecik dia tak cukup makan, kerja sampai tak balik rumah nak bagi kita makan, nak bagi pelajaran, nak besarkan kita dengan sempurna. Budi mak abah memang takkan terbalas sampai habis nafas pun.

Kita kena ukur baju badan sendiri. Itu je aku nak bagitau korang. Kalau kita rasa kita mampu buat banyak tu. Kita buat je banyak tu. Aku bukan kata aku banyak duit sampai boleh melebih2 buat kenduri bermewah sana sini. Bukanlah mewah mana pun. Aku bukan buat majlis kat hotel ke apa. Masih dalam kemampuan dan besederhana. Sebenarnya aku tak nak hampakan orang tua aku. Aku tau dorang sedih risau bila aku tak nak guna duit dorang. Mak terkilan sebab tak dapat bagi aku macam apa yang dia bagi kat abang n kakak aku. Sebab tu aku tak nak kecewakan dorang. Apa yang dorang nak masa aku kawin, aku cuba realisasikan.

Syukur kitorang tak lalui saat sukar yang melampau-lampau. Syukur bisnes yang aku dengan Qery buat ni mampu menampung semua proses berkahwinan dua2 belah pihak. And sampai sekarang alhamdulillah Allah masih buka rezeki kami. Syukur tu membuat hidup aku lebih happy. Dari dulu lagi aku sangat bersyukur dengan kehidupan yang aku lalui ni. Betul orang kata, syukur boleh buat hidup seseorang bahagia, tapi orang yang bahagia tak semestinya bersyukur.

Semalam aku tengok rancangan apa entah. Tentang perkahwinan la. Adat atau syariat islam. Macam-macam topik and contoh pasangan. Ada pasangan yang buat majlis sederhana dengan apa yang dorang mampu tanpa buat pinjaman. Ada yang kahwin guna duit pinjaman . Bagi aku itu pilihan masing-masing. Mana-mana pilihan pun ada kebaikkan dia. Cuma kita kena pandai aturkan kewangan tu. Niat nak kawin pun kena betul.

Aku tau bukan semua orang bernasib baik. Bukan semua orang lahir dari golongan kaya duit bersepah2. Bukan semua orang yang mak ayah dia boleh sponser majlis. Bukan semua orang yang mampu buat pinjaman. Kehidupan kita dari saat kita lahir memang berbeza-beza. Sebab tu pengajaran kita pun berbeza-beza. Apa yang kita lihat berbeza-beza. Tapi kalau kita boleh belajar dari semua pengalaman, kita tak putus asa berusaha, insyaallah mesti akan ada bahagian kita. Lambat atau cepat je.

Sama ada Allah bagi dugaan atau tak ada dugaan, kalau jodoh kita tetap akan jadi jodoh kita. Yang belum berkahwin, bersabarlah. Banyakkan berdoa. yang dah kawin tu, pun jangan putus doa supaya rezeki tak putus. Yang memang dah ada semua, jangan lupa bersyukur. =)

Salam Jumaate

p/s : Entry sanding belah Qery insyaallah minggu depan aku up kan. Dah lama beno perap dalam draf. Kihkihkih!

15 comments:

kathy jem said...

Teringat susah senang masa nak kawen dulu2..huhu terharu pulak bc entry sepet ni..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum sepet. alhamdullilah syukur. Allah permudahkan jalan nak nikah.. syukur sangat, dapat buat majlis kecilan untuk keluarga dan sahabat handai. yang penting, dahulukan wajib tinggalkan bida'ah. in shaa Allah..

Zarra Qaseh said...

betul la sepet....nak kawin ni kalau boleh jgn nak susah kan mak ayah...kalau kita lalui sendiri macam mana susahnya nak kumpul duit tu, baru la kita hargai perkahwinan kita tu..:)

Liyliz said...

bnyk dugaan kan nak kawin ni. liz pn sama juga, skrg ni rasa susahnya nk plan dari 0 - 100 ke arah pkawinan tu. masih lagi kumpul duit.

cik gObu said...

jap akak nk quote ayat ni

"melampau2 beharga"

bukan shud b terlalu berharga ke

hahahaha

comel je awak ni...

apa2 pun akak respek dengan semangat awak...

semoga bahagia hingga ke jannah k

BUNDA a.k.a KN said...

Salam ziarah dari bunda dan selamat berhujung minggu..

Afidah Azmi said...

Memang time nak kahwin la ada saja dugaannya.time tu la benda nak meragam.memang Stress rasa mcm nak btlkan je majlis tp syukur dah setahun kawin

- G C - said...

hai sepet!

baru kenal blog ni. aku dulu pun masa kawin buat simple2 jugak, gaji kecik, nak bayar kereta, nak bayar sewa rumah, makan minum lagi, memang buat sesimple yang mungkin. Alhamdulillah, Allah permudahkan semua. Now, anak dah 2. hihih.

AkuBukanLelaki said...

duit.

itu yg dlm otak aku skang sbb aku langsung xbermotivasi utk simpan duit.

cettttttt

yana yassin said...

Dugaan sebelum kawin, akan berganti sesuatu yang indah lepas kawin kan :)

Hidayah said...

:)

suri said...

Teringat masa nk kawen dulu..masa tu bf keje kontrak dgn kjaan je..jabatan perangkaan perak..keje bodo2w gaji pun bodo2 la..800..sy time tu keje..gaji dh sedap stpm tp gaji 2500...bila bf ckp nk tunang sy pk 'eh dia ni ada duit ke'...ketorg pun btunang dgn sgt simple..xde pelamin,hantaran pun buat syarat je,baju bertunang pun xde de mcm bwbudak skang dh ghope pengantin kekdahnye..simple..mmg sgt simple..hanya sedara terdekat je yg dtg..janji kawen 3 bulan dr ttarikh bertunang..pastu tunang dpt keje PE..kena g indon pulak..tp gaji ciputtt...1500 gilerrr...engineer gaji 1500..tp tunanh berhenti keje sbb company mtk dia stay indon...dlm masa sebulan sebelum kawen tu tunang xde kwjw..menganggur..sy dh risau yg teramat takut duit xde...sy pnh nk buat loan utk topup belanja kawen tp tunang ckp jgn..di boleh sediakan duit..dn smpai ms nikah alhamdulillah semua complete..rupanya suami simpan duit sejak pertama kali kami kenal..sbb niat dia berkenalan dgn sy adalah utk jdikan sy zaujahnya hihi...tp kami buat ikut syariah la..xde photographer,xde mlm berinai,salin baju,potong kek sume tu la sbb suami ni ahli surau hihihi...dn nk jd kan cerita lepas 2bullan kawen baru suami dpt keje..pun gaji ciput..n beberapa bulan keje, company tutup...time tu sy ngandung 5 bulan..n sy dh benti keje..sedih n risau tp suami ckp kite kena yakin dgn rezeki Allah..n alhamdulillah suami dpt keje yg bgus n position yg baik..alhamdulillah..sebelum bby lahir mmg niat suami nk sy bersalin kt private yg islamic..n alhamdulillah berkat simpan duit hajat sy n suami nk jg aurat masa bersalin terlaksana...

Mek Onie said...

proud of u kak sepet! u deserve it!

Nurmujahidah Ismail said...

terdatg kat sini,, very inspiring,, sekrg muja pun tgh prepare my wedding,, alhamdulillah,, semua dapat yang muja nak dgn harga yang sangat murah lps survey banyk tmpat,, doakan muja jugak ye :)

Rihky007 said...

Assalamualaikum... Sy bru nk mendirikan rumah tangga.. Tp.. Bukn nk sushkn mak atau bapak.. Cume.. Mereka mcm xnk restu ape yg kami lakukan... Ape pendapat semua?ari2 kami menangis sbb benda ni? Mcmne cara utk selesaikan? Dan belah perempuan mintk brng hantaran..tp..belah lelaki xnk brg hantaran... Mcmne nk buat ni? Belah perempuan smpai patah hati.. Dan mak die ckp.. Jgn cite lg pasl kawin.. Ya allah.. Besarnye dugaan yg aq tengah lalui...