Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Mar 18, 2014

Zaman Kegemilanganlah Sangat Padahal Poyo

Semalam tengah syok-syok aku belek handphone kengkonon bizi benau padahal sign in facebook. Kihkihkih! Sekali tengok kawan aku tag gambar lama zaman kolej.


Terus tergelak sorang-sorang bila tengok muka sendiri. Banyak lagi gambar kolej yang ngeri-ngeri. Ini semester berapa tak ingat, mungkin la 3 4 macam tu kot. Masa ni tudung pun tak sampai 10, sebab masa kolej aku tak pakai tudung lagi, pegi kelas je pakai, lepas tu terbang mana tudung aku. Tak sedor diri lagi masa ni. Mihmih!

Setiap semester pun sebenarnya susah gila subject. Dah la susah, dapat pulak student pemalas macam aku ni, memang kesayangan lecturer sangat la kan. *tak percaya pun tak pe, hihi*

Tapi alhamdulillah, aku percaya satu benda. Kalau kita jujur dengan segala apa yang kita buat. Walaupun tak berapa pandai, mesti jalan tu mudah. Jangan meniru masa exam, biarla lembap kepala otak, buat assignment pun takat IQ sendiri je walaupun masa hantar nipis yang hamat. Result tak bagus pun redha sebab tau kemampuan sendiri. Itulah yang aku percaya, kita jujur kat diri sendiri, nak cari kerja pun mudah je jalan dia.

 Bak kata pepatah sendiri, Biar lembap belajar, tapi jangan buat benda bodoh. Ha gitu. haha!

Bukan la kata baik sangat, pernah je la tiru masa kuiz tapi pun kadang2 pun lecturer paham dia sendiri bagi bincang asalkan bukan bukak buku. Pernah la masa buat experimen pergi meja sebelah tengok lepas tu dia letak apa, letak banyak mana semua. Tapi benda tu semua orang buat. Haha! Tapi berpada-pada la jangan sampai assignment upah orang, exam bawak nota masuk, kedatangan suruh kawan sign, yang tu aku tak berani la. Mungkin kite lepas sampai kita graduate. Tapi perjalanan lepas tu panjang lagi, kita tak tau balasan apa yang menanti. Gitu. Hahaha!

Anak-anak sekalian, jujurla dengan diri sendiri ye. *tetiba sangat*

So lepas berpulun membebalkan kepala otak di MSU, habis praktikal kat KPJ Seremban, belum graduate lagi aku dah dapat kerja (loccum) kat KPJ Ampang Puteri. 

Lepas graduate, apply pulak kerja kat KPJ Selangor. 

 Setahun jugak kot aku kat KPJ Selangor tak pakai tudung, haha! 5.4.2010 baru pakai itupun pakai masa gi kerja, tapi masa ni dah pelan-pelan berubah sikit la. 

 Okey ini dah pakai tudung. kalau korang perasan semua orang ada pen kat tangan, haha! kerja kitorang ni tak habis-habis kena sign prescription. terasa artis pun ada kadang2. Pfttt

Lepas resign kat KPJ Selangor, aku masuk Pantai Ampang.

Kat Pantai Ampang ni memang banyak gila aku belajar. Dulu masa kerja kat KPJ pun banyak, tapi sebab kat KPJ, staff farmasi berpuluh. So bila senior bagitau something contoh ubat ni function n guna macam mana, masa tu je la ingat. Lepas tu kalau tak ingat ramai lagi staff senior yang kau boleh tanya.

Lain pulak kat Pantai Ampang, staff ciput gila. tak sampai 10 kot. Ko kena cepat alert. Bila oncall ko jaga farmasi sorang-sorang. Sebab tu bila senior ajar ko kena terus lekat kat kepala otak, nanti senang bila jaga sorang apa-apa jadi boleh buat keputusan sendiri. Begitu. 

Buat magnesium sulphate (MgSO4)

 Konon2 susah la sangat. Padahal buat kek lagi susah. hahaha!

 Motif gembira masa ni?

 Buat ward check pun best, sebab boleh jalan-jalan pergi ward. Kalau pergi ward check pakai baju biasa je, tapi yang ni aku beriye pakai baju macam ni sebab kena buat ward check kat OT.

Bila dah resign kan. Rasaaaaa rindu gila kat tempat kerja, rindu kat kawan-kawan susah senang bersama. Kawan yang bila kita buat salah dia cover, bila kita susah dia tolong, bila kita kena isi borang kesalahan dia bagi kata-kata semangat. Tapi walau serindu mana pun, bila aku punya bos mintak kerja balik, sorry naik lori la kan, haha! Tak sanggup dah aku melalui waktu-waktu asik kena bambu je. 


Gambar kawan-kawan kesayangan, masa aku nak hantar kad kawin. Boleh tak dorang ni cakap kat aku 'eh Hana duduk rumah pun kurus' Pftt. Mesti dorang sangat berharap bila aku duduk rumah aku akan menjadi gemok supaya dorang boleh bahan aku. Hahaha! 

 Sekarang ni kan, bila jiran-jiran sedara mara tanya kerja apa, selalunya aku jawab 'tak kerja'. Sebab aku malas nak jawab buat online bisnes, kang panjang meleret-leret soalan dia. Haha! Aku tak kuasa nak jawab. Tapi kalau jawab tak keje pulak, mesti dalam hati dorang 'buang masa belajar, habiskan duit mak bapak, tapi tak kerja' Gitu. Tapi aku jenis orang tak pedulik kau nak kata apa pun. Yang penting aku dan kau bahagia. Hihi!

Inilah kerjaya aku sebelum menjadi suri rumah. Aku pun pernah rasa keluar rumah jam 6 pagi, pernah merasa balik kerja pukul 12 malam. Pernah merasa pukul 1 2 3 pagi kena pergi hospital. Pernah kerja sambil demam, pernah kerja balik lambat lepas tu mak abah call marah sebab ingat aku dating, hahaha! Semua tu pengalaman kan.

Mana-mana fresh graduate tu, cepat-cepatla cari kerja. Tak payah nak ada istilah berehat dulu ke apa. Ilmu ni tak berkembang kalau korang banyak berehat. Rezeki pun tak datang kalau kita tak usaha. Gagal temuduga sekali tu tak bermakna la korang tak layak bekerja kat mana-mana. Masa aku dah nak habis belajar kan, berlumba-lumba dengan kawan-kawan nak kerja. Nak cari duit sendiri. Mujur jugak dapat kawan2 yang positif. Cer aku berkawan dengan orang yang pengaruh aku  suruh rilex dulu. Komfem aku tak kerja sampai sekarang, rilex tak sudah habiskan duit mak bapak. Haha!

Kehmahinnnnnn membebel di pagi hari. Kuikuikui!

******************************************************************


Tau-tauuuuu je Ig anggerik_shoppe ni aku tengah survey barang-barang baby. Boleh tahan murah jugak tengok harga rocker fisher dia, haritu abang aku survey kat kedai harga RM400++. tapi kat anggerik_shoppe ni jual less than Rm200. Banyak jugak beza. Baju-baju pun murah, ada botol susu, bean bag yang sesuai untuk umur budak dari bayi sampai 4 tahun, ada spalsh pool lagi. Sapa nak survey harga, nak beli, rasanya macam boleh bayar ansur-ansur jugak kot, cer lah korang contact terus 017-7646004. 

Contact number : 017-764 6004

Kalau tak silap semua barang ready stok. So takyah tunggu. Hihi!

1 comment:

aisyah ambris said...

putihnyeeee....hehe i follow http://aisyahambris.blogspot.com -newbie-